Pemerah pipi serlah wajah muda

Pemerah pipi adalah kosmetik yang biasanya digunakan di bahagian tulang pipi oleh wanita untuk memberi warna merah pada sekitar kawasan berkenaan bagi mendapatkan penampilan lebih muda atau ceria.
 Mengikut sejarah,pemerah pipi digunakan sejak zaman Mesir purba lagi.Ia juga dipakai di bibir sebagai gincu.Pda zaman pemerintahan raja di England,kedua-dua lelaki dan perempuan turut memakai pemerah pipi.
Namun,ketika zaman pemerintahan Victoria,individu yang mengenakan alat solek dikaitkan dengan moral rendah dan menyebabkan wanita pada masa itu menggunakan cara mencubit pipi untuk kelihatan merah.
Pelbagai bahan digunakan untuk menghasilkan pemerah pipi seperti di zaman Greece purba yang menghancurkan buah mulberi dan hasilnya begitu disukai ramai.
Namun,ada juga yang menggunakan jus ubi merah,strawberi hancur dan bayam merah sebagai asas pembuatan pemerah pipi.
Berbanding zaman moden,pemerah pipi yang biasanya berasaskan talkum berwarna merah harus dipakai menggunakan berus untuk memudahkannya disapu pada pipi.

3 comments:

 
'Copyright 2014 | Blog Siti Zawiah
Designed by BISMI DESIGN ARTZWORK.
Credit watermark by AINA KAMAL.