Saturday, April 30, 2011

selamat hari buruh!


hye belog kesayangan
berdasarkan pada tajuk, buruh tuh aku maksudkan sebagai pekerja.
xkesah la kau kerja apa ok.
bukan hanya khusus kepada buruh binaan je.
paling penting, ni kali pertama aku cuti hari buruh dan aku bergelar buruh.
erm, faham x ayat kel*ng aku? hehe
tapi cuti la sangat.
hari sabtu pergi training half day.
hari buruh je yang betul2 cuti.
on monday pun camtu. kene pergi settle keje half day.
see, betapa busynya aku.
tu la salah satu sebab kenapa susah nak hangout dgn kwn2. sob.sob. (alasan)

pape pun aku still dalam mood excited sebab baru pindah rumah.
dekat je ngan tempat kerja.
dalam 5min pun dah sampai.
xperlu la aku bangun awal2 lagu.
bangun kul 7.30 pun still sempat.
so, kpd kwn2 yang nak datang lepak.
ayuh la ke mari. hehe.
rumah baru tu sangat best.
tapi satu je yang xbest.
aku kan guna berukben yang pakej student.
bila dah pakej student, mestila murah dah line cam harem.
of kos kat rumah baru yang permai ni, langung xleh guna berukben aku ni.
ish ish ish. frust frust.
see, ni adalah penyebab kenapa aku dah lama xonline.

akhir2 ni semua orang asyik tegur kenapa aku dah makin gemuk.
oh, aku sedar la wei.
tapi ape bleh buat. hehe.
Alice yang saiko siap panggil aku hippo.
memang dah tahap obes ni.
ayuh diet! wek, lupakan. haha.


p/s: rindu kat kawan2 :'(

Friday, April 22, 2011

.......frust :'(



hancur hatiku mengenang dikau
menjadi keping-keping setelah kau pergi.
.
.
.
.
.
.
.
.
ku angankan pelamin indah
untuk kita berdua singgah
sayangnya, semua musnah :'(
.
.
.
.
.
.

Tak bisa terima kau pergi.. dariku
Aku masih tetap cinta
Lalu kuputuskan kutunggu DUDA mu



ok. post kali ni memang tersangat saiko dan xde orang yang akan faham.

kecuali orang turut merasakan betapa frustnya aku melihat ashraf muslim yang dewa meletup tu dah bertunang!

huwaaaaa! frust oh!

hehe..


ps: bf, harap faham. :D



Tuesday, April 19, 2011

jom imbas kembali !


antioxidant
microalgae
chloroplast
ekman grab (kumpul bahan genetik) ahahahahahah..
laminar flow
spectrometer
centrifuge
salinity
kreb's cycle

wakdehal?
ni je yang aku ingat?
HAHAHA.

sori, aku dah murtad biologi.
sekarang hanya tahu kira interest
debit credit

lain2?
zero.

siot je kan?


Friday, April 15, 2011

mari bercerita !


hye belog kesayangan
aku makin hari makin busy sampai nak stalk orang pun dah xsempat
kepada kawan2 yang masih mencari peluang pekerjaan
kat sini aku juz nak bagitau yang HL Bank masih membuka peluang
program nya sama je dgn yang aku join dulu
mungkin orang tertanya2 macam mana keje yang aku lalui kan?
mungkin juga ramai yang takut disebabkan pengaduan yang berlebihan aku dlm blog ni kan?

akhir2 ni ade 5 orang yang tanya aku, keje bank ni best ke?
sebenarnya kerja bank ni, ok la.
xsenang, xmudah.
memang la xde keje yang mudah kan?
aku rasa keje papepun semuanya ade baik n buruknya.
cam keje bank, memang kau busy.
kau kene ade rasa tanggungjawab.
kau kene bermotivasi tinggi.
sanggup ambil cabaran.
contohnya, bila kau diberi tugas berat, kau akan sangat stress.
tapi bila kau usaha dan tugas tu selesai, sumpah kau akan rasa sangat CAM BEST !

lagipun keje memang kau kene berkomunikasi dengan manusia.
orang boleh maki kau, kau hanya perlu diam dan senyum.
kat belakang kau maki la dia balik.
tapi xsemua customer cam tu.
hati kau akan sangat berbunga bila ade customer yang senyum and say thanks kat kau.

apepun, aku juz nak cakap.
keje aku sekarang memang sangat bagus untuk membina identiti.
yela, time belajar dulu aku juz tahu buat keje last minit and copy paste je.
tapi sekarang x.
aku tepaksa fikir dan uruskan semuanya sendiri.
sekarang aku dah berjaya handle 3 department dengan kebongokkan aku.
so, aku promote ni bukan sebab nak dapat extra bonus ke hape.
aku xdapat pape pun.
cuma at least, bila kau dapat peluang kumpul pengalaman, kenapa kau nak lepaskan?

aku pun mungkin xselamanya kat situ je.
mungkin aku akan try dapatkan keje laen lagi.
tapi sementara mencari, guna segala peluang untuk tambah point dalam diri.
lagipun dengan keje ni la aku dapat bersama dgn my baby pink.

zaman sekarang xpandang berapa sijil yang kau ade.
zaman sekarang zaman kemahiran.
apa kemahiran dan pengalaman yang kau ade.
aku bukan pandai cam kaunselor untuk cerita pasal ni.
tapi ni juz pandangan aku.
sori, dah banyak terpengaruh dengan collegue yang tua2.
sebab aku paling muda kat sana. (haha, motif dh lari).

oh, pening kepala taip entry dewasa ni.


semoga semua orang dapat kehidupan yang terbaik.
amin.


























































Friday, April 8, 2011

jgn pergi..


perasan tak masa tu pantas
dalam masa 24jam, kau boleh pergi banyak tempat
kau jumpa boleh jumpa beribu orang
dalam masa 8jam kau drive, kau dah boleh terpisah sorang KL, sorang di KB
dalam masa 2jam, kau boleh jumpa orang then berpisah balik
dalam masa 45min, sorang di airport KB, satu di Subang (nak firefly)

dalam masa 1 saat, sorang di dunia realiti, 1 di alam yang kekal selamanya.
aku masih belum ready untuk hilang sesiapa pun.
xkesah la samada aku kehilangan atau aku menghilang
plez, jgn ade sesiapapun yang pergi.

Thursday, April 7, 2011

23 yang indah :)


hye blog.
walaupun besday yg ke 23 aku ni xde party
but still puas hati sebab dapat bersama dgn yg tersayang dan family
part paling best sbb manager belanja pizza.
tq bos :)

sekarang aku kat rumah.
sumpah rindu gila kat family
rasa sayang plak sbb xmenggangur lama2
ish, teruk kan ayat tuh
cam xbersyukur
umur dah 23 tapi ayat masih karang guna emosi, bukan akal.

pape pun, on my besday, memang sgt hepi.
aku ingat aku d titik buta.
semua dah lupakan aku.
rupa2nya, msih ramai yang sayang.
tq :')

Tuesday, April 5, 2011

entry rojak kot


hye bebelog cumil
walaupun ABPBH dah lama tamat, tapi aku still nak sebut kat sini
walapun jugak aku tengah buang air besar time bintang paling fofular,
tapi aku tersangat la puas hati dapat tengok dewa2 aku bergabung

SUBHANALLAH,
SHAHIR DAN ASHRAF MUSLIM KOT !
YA ALLAH, KUATKAN IMAN AKU.
haha.
maafkan keterujaan aku. :)

ok, tamat pasal dewa.
esok hari apa?
ye, esok 6hrbln.
hari lahir aku.
aku xmintak banyak untuk usia 23 ni (aku dah makin tua)
cuma mintak supaya diberi kesihatan yang bagus.
maksud aku bagus adalah sihat bukan sihat gemuk -.-"
dikurniakan rezeki yang halal lagi melimpah ruah. (rezeki makanan sederhana pn xpe. pesanan org gemuk)
diberi peluang untuk membahagiakan family
di pertemukan jodoh secepat mungkn dengan pujaan hati (ayat gelojoh)
sentiasa dapat memberikan yg terbaik untuk orang2 sekeliling
menjauhi kemungkaran. mendekatkan diri pada yang Esa
amin.

tahun ni celebrate xmeriah
xde karok, xde besday party.
rindu tahun lepas punya besday
suprised party di McD KT (suprise ke?) haha
then karok dgn Fendians. really miss u guys :'(

pape pun.
TQ kepada bf yang sudi celebrate besday ku.

;D

Sunday, April 3, 2011

di alam mana ni?

hye belog.
dah lama rasenya aku xupload gambar.
bukan saja sebab wayar nak sambung dari hp ke lappy hilang.
(haha..sori, aku xtau ape nama wayar tuh)
tapi antara sebab lain adalah, aku bertambah gemuk.
harap sila maafkan gambar aku yang penuh ruang.
bukan aku xnak diet, tapi balik kerja lewat malam adalah antara punca utama.
mana tak nya, lunch kul 1.
balik kerja kul 8 or 9 mlm, of kos la kau nak melantak sebagai upah diri kan? hehe.
ok, aku tau tuh alasan lapuk -.-"



hye, saya ct no 2.
kenapa no 2?
sebab kat branch aku ade 3 ct.
aku yang kedua masuk branch ni, so aku ct no 2 :)


sila abaikan kecomotan aku.
time nih sempat meroyan di taman sambil2 tunggu servis kete.



Subhanallah, cantiknya bunga2 kuning gugur.
rasa cam nak baring2 guling2 cam cite hindustan.




akhir kata, maafkan dagu berlapis saya. :D



Friday, April 1, 2011

MC tuh ape?


hye blog!
rindu aku x? bukan aku xnak jenguk kau, tapi laptop yang xberwayar yg jadi masalah.

oh, hari ni (1st april) memang sgt april fool bila 1st time aku MC
bukan sengaja nak MC okke
tapi penyakit pening kepala dan muntah2 semakin berleluasa
apakah petandanya? haha!
serius rasa cam pelik2 gitu.
sebab aku xbiasa MC
dah la reason yang doktor gtaw sgt best
dia cakap maybe sebab aku banyak fikir pasal kerja n xcukup rehat
um, ade btolnya gak.

gila rasa macam semakin matang sebab jatuh sakit disebabkan kerja.haha!
matang xmatang, hidup mesti diteruskan!

doakan aku sehat ye kwn2 :)