Sunday, March 27, 2011

ya Allah, aku jatuh cinta lagi !


hye belog chantik
semalam indah kan?
setelah sekian lama xjalan2 di kota raya
semalam tergerak hati nak jalan2 sambil exercise
dalam bank pun selalu lari2 kecil
tapi xberpeluh pun, mengah je yang dapat. hehe.
semalam sanggup parking jauh2 yang murah then jalan kaki je
yela, jalan kaki lagi cepat sampai dari drive -.-"
jem teruk kot.
rindu oh saat duk kat capitol hotel
rindu suasana malam lepak depan mcD BB :)

paling penting, aku gigih pegi konsert terima kasih metro
sebabnya, sebab....sebab...
nak tgk Shahir-si-dewa-hensem-macam-nak-jilat2-je pipinya!
OMGeeeeeee! dia memang dewa okke!
siot je!
aku dapat jilat angin dengan harapan angin tuh menyentuh pipinya pun jadila.
aku xtahu sihir apa yang dy dah bagi aku sampai sumpah aku suka dy.
hahahahahaha!
bf, sila maafkan saya yang teruja dengan shahir.

papepun, sejuta tq kepada bf yang sanggup temankan sepanjang hari.
walaupun time konsert shahir saya hampir menggelupur.
tapi bf sangat tabah.
tq!



shahir, jom kapel !


ya Allah, aku jatuh benci lagi !


hai belog kesayangan
mesti kau rindu aku kan? haha

aku faham bukan semua orang akan suka kita
tak semua orang akan sokong apa yang kita buat
apa yang kita fikir, apa yang kita pilih
tapi aku rasa kau tak de hak kot untuk kutuk aku lebih2
wlaupun banyak benda yang aku terkutuk kau dalam hati,
tapi aku xpernah nak jatuhkan kau depan orang lain
sebab apa? sebab aku bukan jenis busuk hati macam kau.
kau kutuk aku, gelakkan aku, aku xpernah balas pun.
walaupun Tuhan je tahu betapa sakitnya hati aku.
tapi aku senyum je.
biarkan je kau menang kosong.
bukan sebab aku pengecut atau mengaku kalah
tapi sebab aku xnak nampak bodoh macam kau.

hello, aku pun ade cita2.
jangan ingat kau sorang je yang ade matlamat.
kadang2, bukan sengaja aku melepaskan peluang.
tapi sebab aku lebih tahu apa yang aku nak.
untuk apa aku kejar terhegeh2 kat benda yang aku xsuka.
kau memang sangat mencari pasal dengan aku kan?
sori, aku xminat nak layan orang yang xsetaraf :)



walaupun satu hari nanti, kau manager dan aku masih staff biasa.
sumpah, aku langsung xheran.
sebab hati aku xpernah ade perasaan jeles untuk orang macam kau :)
semoga Allah merahmati kau.

Monday, March 21, 2011

itulah kenyataan


muncul lagi di blog kesayangan di tempat ke2 :)
hari tuh aku ade baca statement ni,

"women are most attracted to men when they're unsure just how much the men like them"

betul ke?
.
.
.

itulah kenyataannya kan?
tapi bagi aku, perempuan ke, laki ke semuanya sama.
memang sifat manusia.
suka mengejar yang xpasti.
kalau yang sememangnya pasti dan jelas di depan mata, mesti akan di abaikan.
kadang2 langsung xpandang.
see, selfish kan?
langsung xbersyukur.
pliz la, bukak mata luas2.
apa yang kau kejarkan?
apa yang kau cari?

attracted tuh biar berpada.
kalau kita je yang terlalu bersungguh2, last2 kita yang jadi shit.
sebab orang tuh akan rasa cam best.
so, better move on.
rilex la, maybe after this dia plak yang attracted lebih2 kat kau.
sape tahu kan?



p/s: pergi kat pintu yang dah tersedia terbuka. buat ape tunggu pintu doraemon yang xpernah wujud?


bye2 sayangku si hitam manis


hye blog syg
sori, kau dah jadi no 2
sekarang no 1 adalah pasangan lesbian aku yang baru, BABY PINK
alhamdulillah, perjalanan pergi dan balik aku selamat
syukur juga sebab tuhan bagi kesempatan untuk aku jumpa abah selama 2 minit
hilang rindu dan segala serabut dalam kepala

sekarang tengah plan nak hantar balik CCC
tq CCC sebab dah berjasa selama 5 bulan
pulanglah kau kepangkuan ibu ku. ceh ceh ceh
sedih la plak nak lepaskan CCC
banyak betul kenangan bersama kete tu
walaupun hanya beberapa bulan
semoga kenangan tu akan terus segar dalam ingatan
hati aku pernah berbunga disitu,
hati aku juga pernah hancur disitu.
ololololo, mengadu nasib kat blog plak.
haha.

si hitam, sila berbuat baik kepada mama. :)



Friday, March 18, 2011

bersyukur lah


hye blog kesayangan yg xsempat dilawati hari2
mak bukan bizi sangat, tapi mak xde idea nk tulih2
khabar yang terbaru, gigi mak saket
berdenyut2 sampai ke otak (erk, otak?)

alhamdulillah idup aku makin okkey la
better than before
keje pun dah xseproblem yang dulu
maybe sebab aku dah berjaya biasakan diri dengan alam keje
stress sikit2 tu biasa la
kalau dulu, setiap kali lunch hour, aku mesti kol kesayangan2 untuk lepaskan stress.
selalu kol my mum nangis2 sambil mintak dia doakan
tapi sekarang lunch hour pun aku sanggup teruskan keje.

diam xdiam dah 6 bulan aku keje
syukur, semalam (18th March) aku dah pun sign surat confirmation
dengan ini, rasmi sudah aku sebagai bank officer
sangat wtf*!
haha. aku ingat aku orang paling bongok sebab dulu
aku start keje dengan zero ilmu pasal akaun, kira2 duit, investment, matawang, cek segala bagai
walaupun ni bukan lah cita2 aku
bukan impian aku
xpenah terfikir langsung, sumpah.
tapi tu la, Tuhan lebih tahu kan?

aku hanya mampu bersyukur sekarang dah keje walaupun
perjalanan cita2 aku jauh melencong
dari cita2 jadi doktor, xlayak!
then amik biologi konon2 ubati hati xdapat jadi doktor,
dapat degree bio, xlayak jugak dapat keje yg sepatutnya.
aku terima nasib ini seadanya..sob! sob!
tapi aku masih harapkan kerjaya sebagai tauke kedai runcit.haha
mungkin pengalaman kerja bank bleh memudahkan urusan kedai runcit aku nanti.
HAHA!

rilex2, dari nasib yang ditangisi ni
aku syukur sebab mampu tunaikan impian hati azam tahun ni.
nak memiliki kete sendiri. yang ditanggung sendiri.
Ya Allah, dah dewasa rupanya aku! haha.

wlaupun (berapa kx walaupun daa..) kete tu bukan vios seperti yang di idamkan.
yela, ukur baju di badan sendiri.
kalau dah tahu kita tu gemuk, jgn pakai baju saiz s.haha.


esok mahu pergi ambil kekasih baru terbabit.
semoga perjalanan aku ke temerloh esok pergi dan balik dengan selamatnya.
aminnnnn~




p/s: azam berikutnya dalam perancangan. semoga dimakbulkan jugak dalam tahun ni.


Monday, March 14, 2011

selamat ulang tahun sayang


haihhh blog.
haihh? hahahahaa..

13 mac, ulang tahun ke 24 untuk tersayang
semoga panjang umur, di murahkan rezeki, di berkati hidup.

eh, aku dah tgk movie hikayat merong mahawangsa.
serius best gila babeng
aku yang jenis xminat cerita2 hikayat,
xkesah la english movie ke, movie cina ke, siam ke, tamil
tapi, movie yang ni berjaya enarik minat aku
memang best
memang lain dari yang lain
lagi2 dengan hero2nya yang hensem and gagah.
cuba kalau hero 100% melayu digunakan, best ke?
ceh, jadi lanun je lepas ahh.haha.

pastu aku yang konon2 kanak2 cuti sekulah rendah,
sebuk pergi busykan lagi suasana kat petrosains
teringat last time pegi zaman kecik2 dulu
maklum lah, sekarang dah sangat besar.haha.
best la jugak.
tapi xbanyak improvement pun
sama je dulu n sekarang
xde langsung yang berubah
nampaknya, aku je yang banyak berubah.huhu




Tuesday, March 8, 2011

meriah


hye
aku dalam gua yang sepi
kau datang macam bunga api
sangat meriah
siap dengan tarian singa
serius.
kau mercun !

aku senyum xhenti2.


Saturday, March 5, 2011

u'll miss me when im gone


hallo belog
sekarang dah makin bosan
xde lagi kuiz2 bodoh dalam fb
xde lagi topik2 bodoh dalam fb
xde lagi perbualan bodoh dengan kawan2
semua yang bodoh makin hilang

yang aku terpaksa hadap sekarang, bukan bodoh, tapi bosan
8 pagi pegi keje, 9 malam balik keje
weekend, hadap lappy
dah xbiasa dengan bising2 meriah di uptown
nasib baik je abg kat uptown tuh still cam
dah xreti dah nak karok lagu2 tinggi
dah xingat dah camne nak order shisha.
dah xbiasa dengan bau asap rokok.
kehidupan alam dewasa yang makin serius.
serius okke.

sh+t.
aku xready lagi untuk ke alam dewasa.



p/s: Just because everything is different doesn't mean anything has changed.