Showing posts with label muslimah. Show all posts
Showing posts with label muslimah. Show all posts

Thursday, December 17, 2009

Sayangi Dan Bersyukurlah Dengan Kehadiran Seorang Yang Bergelar Suami




SUATU PERJALANAN


"Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan."

Teringat pesan ayah di suatu petang...

"Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati," ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

"Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?" Rasulullah SAW menjawab, "Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

"Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa," luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

"Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap," jawab saya supaya dia buka mata.

"Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia." pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali 'memandang tinggi' kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

"Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh,
ambil yang jernih. Baru teguh peribadi."

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, "Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini."

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..

"The only real mistake is the one from which we learn nothing..."


Sumber: facebook.com




Monday, November 30, 2009

Wanita Malaysia Tiada Maruah?

Oleh kerana saya telah hidup sebagai seorang pelajar dan tenaga pengajar di bumi UIAM selama hampir sepuluh tahun, maka sedikit sebanyak saya telah mengetahui kepelbagaian bahasa, budaya dan tingkahlaku orang-orang asing yang menjadi penduduk universiti tersebut. Saya juga mempunyai pensyarah, kawan dan kenalan dari berbagai-bagai negara. Al-hamdulillah, seronok dengan pengalaman bersama mereka.

Baru-baru ini saya ada menerima e-mel dari seorang kawan luar negara yang berpenghuni di bumi UIAM. Dia menulis e-mel tersebut dalam Bahasa Arab. Walaupun ianya ringkas, namun padat dan memberi tamparan hebat kepada saya sebagai seorang wanita muslimah Malaysia.

E-melnya berbunyi (terjemahan):

"Hari ini saya telah bertemu dengan orang Arab yang berkahwin dengan wanita Bosnia, lalu saya bertanya kepadanya: Kenapa kamu tidak berkahwin dengan orang Malaysia? Dia (lelaki Arab) itu menjawab: saya tidak suka wanita Malaysia kerana saya tengok mereka tidak mentaati suami, sentiasa bekerja (di luar rumah), mempunyai kawan-kawan lelaki, dan mempunyai sifat takabbur (sombong). Budaya ini memang berbeza dengan budaya kita. Saya (penulis e-mel) berkata: Ya, betul."

Apakah benar wanita Malaysia sedemikian rupa? Wanita Malaysia tiada maruah?
Saya begitu teruja dan teruji dengan kata-kata tersebut lalu saya mebalas e-mel itu dengan seberapa segera.

Jawapan saya yang ringkas:

"Apa yang awak perkatakan itu tidak semuanya betul. Bahkan memang ramai di kalangan wanita Melayu Malaysia yang mentaati suami. Kalau tidak, masakan ada keluarga yang bahagia, berjaya dan cemerlang?! Awak hiduplah di mana-mana pun, negara mana dan bumi mana sekalipun, awak akan dapati wanita yang baik dan wanita yang tidak baik. Begitu juga dengan lelaki; pasti ada yang baik dan ada yang jahat di dunia ini. Hatta awak berada di negara Arab sekalipun.

Saya sekarang hidup di negara Arab, al-hamdulillah, saya bersyukur kepada Allah, saya dapat kenal manusia, saya kenal orang Arab. Ketahuilah bahawa orang yang bertakwa kepada Allah itu ialah mereka yang mendengar kalam Allah, mengikuti segala kebaikan. Mudah-mudahan Allah Taala menjadikan kita insan yang bertakwa kepadaNya. Allahumma aamin...

Wanita Malaysia suka bekerja di luar rumah. Ya, betul. Tetapi ingat, mereka bekerja dengan izin suami. Soalan saya: Adakah Islam menegah wanita dari bekerja di luar rumah? Tidak sama sekali. Islam tidak pernah menegah wanita dari bekerja. Yang ditegahnya ialah bila adanya ikhtilat yang haram (percampuran yang bebas tanpa ada batasan) di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Bahkan di zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam pun ada wanita yang bekerja, tetapi dalam hudud-hudud tertentu.

Saya ada banyak membaca kisah-kisah para wanita dan sahabiyyah yang hidupnya bekerja di luar rumah, mencari rezeki, berdakwah, memberikan khidmat kepada masyarakat demi perjuangan Islam. Oh, indahnya hidup di bawah lembayung Islam yang suci ini.


Kesimpulannya, terpulang pada diri masing-masing. Fikir dengan mata hati yang bercampur-baur dengan keimanan yang tinggi pada Rabbul Izzati, bertunggakkan kepada al-Quran dan as-Sunnah. In syaa Allah, kita akan sentiasa dan perlu sentiasa bertakwa kepada Allah walau di mana saja kita berada."


30 November 2009



Wednesday, November 25, 2009

Tips Berurusan Dengan Lelaki

Oleh: nasya

"Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mel atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: maaf (bukan sorrie..), terima kasih (bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =), gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk al- Quran, surah al-Ahzab, ayat 32: "Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."

Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka - darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih, kan?

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ Ya ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah al-Ahzab, ayat 53: "…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…".

Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke...

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam al- Quran baru nak buat. Contoh : "Wahai cik_____, tundukkanlah pandangan.." . Isk, isk... tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students / orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu, TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue
pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara profesional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam."


Sumber: tranungkite.net



Saturday, November 21, 2009

Akhawat...Maruah Anda: Tolong Jaga 'Hati' Allah!

Ketikamana Syawal yang lalu masih lagi menyelubungi insan-insan sekeliling, aku dijemput oleh satu persatuan di bumi Jordan ini untuk meraikan bulan yang mulia itu dengan menghadiri satu program yang cukup meriah lagi 'menghairankan' dengan tujuan untuk mengeratkan lagi hubungan ukhuwwah di kalangan para pelajar dan ahli-ahli persatuan.

Setelah aku berhempas-pulas di bumi tanahair yang tercinta dengan program-program yang begitu menggembirakan hati, di samping dapat beraya dengan keluarga, aku juga dihidangkan dengan program-program ikatan ukhuwwah setelah datang kembali ke bumi syam ini. Penat juga menghitung tarikh-tarikh untuk dimasukkan ke dalam jadual peribadi.

Apa yang menghairankan aku, program dari persatuan tersebut diadakan di Wadi Syu'aib. Oh, bagus juga nak pergi wadi ni, boleh kenal tempat baru, boleh tengok air, boleh bermesra dengan geng-geng, fikirku. Aku pun dah lama tak makan angin dengan mereka.

Pagi-pagi lagi kami bertolak ke wadi tersebut dengan menaiki bas yang disewa khas. Ya, sungguh seronok pergi ramai-ramai. Perjalanan ke sana lebih kurang satu jam juga (kalau tak silap). Dalam perjalanan tersebut, telingaku mendengar dan memfokuskan pada tazkirah yang dipasang oleh pemandu bas yang berbicara tentang solat. Amat berkesan tazkirah tersebut buat mereka yang ber'aqal, tambahan pula dengan suara penyampainya yang begitu lantang menerjah ke benakku. Antara intipati tazkirah tersebut ialah:
  • Solat itu merupakan rezeki dari Allah Taala
  • Solatlah kamu selagimana kamu masih mempunyai 'aqal
  • Jagalah solat dengan sebaik-baiknya nescaya solat akan menjaga kamu
  • Teramat rugi bagi mereka yang meninggalkan solat
  • Meninggalkan solat merupakan satu punca terjerumus ke dalam syahawat
  • Adakah dengan solat boleh menghabiskan wang anda?!, adakah dengan solat menghabiskan masa anda?!
  • Wahai orang yang meninggalkan solat, musibah untuk anda!
Mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran yang sebaiknya buat penyampai tazkirah tersebut.

Bila saja ku sampai di wadi itu, ku melihat air yang tenang sedang mengalir. Kanak-kanak dah mula bersorak sebaik sahaja melihat air di situ. Bagaimana aku nak menyeberangi wadi ini? fikirku. Airnya dalam juga, lebih kurang paras betis dan lutut. Al-hamdulillah beberapa orang ikhwah berganding bahu mengangkat batu, meletakkannya ke dalam air agar kami para akhawat dapat menyeberangi wadi tersebut. Terima kasih ku ucapkan pada mereka.

Namun, apa yang menyedihkanku, sebahagian dari akhawat berjalan atas batu-batu tersebut sambil tangan mereka memegang bahu para ikhwah. Ada yang terus membuka stokin dan mengangkat sedikit pakaian mereka agar tidak terkena air. Aku terkejut! Subhanallah! Kenapa macam ni?

Aku tahu bahawa batu-batu di situ masih tidak kuat dan akan sedikit bergolek bila dipijaknya, oleh itu sebahagian daripada ikhwah membenarkan diri mereka dipegang oleh akhawat untuk menyeberangi wadi itu. Namun, persoalan di sini ialah adakah keadaan tersebut dikatakan dharurah yang menghalalkan anda untuk memegang sang lelaki yang bukan mahram anda? Begitulah sebaliknya bagi sang lelaki. Soalan lagi ku lontarkan: Adakah dengan mengharungi air wadi itu berkemungkinan besar maut akan menimpa diri anda?


Ada juga yang berkata: "takpelah, pegang adik je". Eh, betulkah 'teori' ini? Adik itu kecil atau besar? Umur berapa?

Fikir-fikirkanlah, mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan yang dimarahi Tuhan.


Apapun aku ucapkan hamdan lillah, terima kasih wahai Allah, Tuhanku yang menyelamatkan aku dari menyentuh insan-insan yang bukan mahramku. Aku juga cuba meniti dan berjalan atas batu-batu tersebut, namun aku kalah. Aku undur kembali, kemudian mengharungi air wadi itu. Biarlah pakaianku sedikit basah, asalkan perbuatanku tidak mengguris 'hati' Tuhanku yang sentiasa memerhatikan tindak- tandukku. Maafkan aku wahai Tuhan, kalau aku salah seorang dari mereka yang membelakangkan undang-undangMu.


21 November 2009


Friday, August 14, 2009

Renungan Buat Para Isteri Dan Bakal-Bakal Isteri

Oleh: Zamri Keciks

Buat sang suami, fikir-fikirkanlah!

Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam-diam dan membanding kita dengan perempuan lain.

Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan. Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja.

Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.

Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya. Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak untuk anak-anak, sarapan untuk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah 'komplen' pasal perwatakkan saya. Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan seks.

Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.

Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain. Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, 'fashion' yang menarik.

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber't-shirt' dan berkain batik.

Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, 'carreer', mempunyai 'taste' yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai 'fashion', korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri 'slimming session' dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

PS (Pendapat Saya): Penting di sini kita memahami erti perkahwinan. Perkahwinan adalah bukan tempat kita untuk berseronok-seronok dan jangan bertindak zalim dengan perbuatan kita. Perkahwinan adalah sebahagian cara untuk kita mencari keredhaan Allah. Dan perkahwinan itu sebahagian dari iman, dan perkahwinan juga tempat kita diuji. Maka, bersabarlah dan bertindak dengan bijak dan penuh hikmah.

Bagi lelaki yang berfikir untuk bertindak seperti ini, fikirkanlah, betapa besarnya pengorbanan seorang isteri demi sebuah keluarga yang sempurna. Jadikanlah kebaikan seseorang isteri itu sebagai hiasan untuk anda, tetapi jadikanlah keburukan seseorang isteri itu sebagai tanggungjawab anda untuk memperbaikinya. In syaa Allah...



Dicatat oleh: Drs. Khalil Idham Lim

idhamlim.blogspot.com



Friday, June 12, 2009

Teguran Khas Buat Akhawat

Dua hari yang lepas, salah seorang dari syabab di bumi Jordan ini menghubungi saya melalui YM, menegur beberapa perkara yang berkaitan dengan akhawat. Walaupun beliau tidaklah menyatakan agar saya mengumumkan kepada pihak ramai, namun saya rasa terpanggil dan bertanggugjawab untuk menyatakan teguran tersebut demi kebaikan kita bersama.

Pertama, tentang blog dan isi kandungannya. "Bagus blog awak", katanya. "Blog santai", jawab saya ringkas. Eh, blog awak tu blog ilmiah. Saya tersenyum. Kemudian beliau bertanya tentang blog-blog akhawat yang lain. Katanya beliau kurang suka dengan kebanyakan post yang dibentangkan oleh akhawat. Mungkin baginya kurang memberi satu input yang baik, atau mungkin kurang berilmiah. Saya pun kurang pasti kerana saya tidak berminat sangat untuk bertanya hal ini, lebih-lebih lagi untuk mengetahui blog kepunyaan siapa sedemikian rupa.

Namun, di sini saya berpandangan begini. Setiap orang yang menulis blog mempunyai tujuan masing-masing. Ada yang menjadikan blog itu sebagai diari atau catatan harian mereka. Ada yang menjadikannya sebagai buku penulisan resepi. Ada yang menjadikannya sebagai catatan harian anak-anak, dan tak kurang juga yang menjadikannya sebagai blog politik, ekonomi, ICT dan sebagainya.

Saya amat memahami bahawa setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing. Tahap berfikir dan kekuatan untuk menganalisa sesuatu itu berbeza-beza. Sesetengah orang tidak mampu untuk mengkritik dan mengulas sesuatu topik atau isu-isu yang diperkatakan ramai. Dan sebahagian yang lain pula mempunyai kekuatan untuk berbuat demikian. Begitu juga dengan minat dan kecenderungan mereka juga berbeza-beza. Oleh itu, setiap post atau maklumat yang disiarkan itu, secara umumnya menggambarkan kecenderungan kita kepada perkara tersebut.

Namun, apa kata kita sebagai wanita yang dikatakan orang yang berpelajaran, merupakan pelajar universiti atau bekas pelajar universiti, cuba mencetuskan 'suasana ilmu' dalam apa jua skop kehidupan kita, termasuklah dalam penulisan blog. 'Suasana ilmu' yang saya maksudkan itu begitu luas. Apa-apa tulisan kita yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, menyedarkan manusia tentang erti kehidupan, atau penulisan yang boleh memberi semangat kepada orang ramai demi Islam, juga dikira sebagai aset untuk kita memperolehi ganjaran dari Allah swt.

Apakah bentuk penulisan yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai?

Banyak bentuk penulisan sedemikian. Ia bukanlah hanya artikel panjang yang kadang-kadang menjemukan pembaca-pembaca blog. Bahkan kita ada puisi seperti syair, pantun, gurindam dan sebagainya. Kita juga mempunyai cerpen, perbincangan atau perbualan-perbualan yang bermanfaat, kisah peribadi yang boleh melontarkan semangat kepada pembaca, catatan program, ziarah atau pelancongan yang memberi kesan ukhuwwah Islamiyyah dan sekaligus menunjukkan keagungan Allah swt.

Bagaimana pula dengan penulisan berbentuk catatan santai harian kita?

Pada pandangan saya, dibolehkan untuk menulis demikian. Namun perlu 'ditapis' dan dinilai. Berpada-padalah dengan catatan santai itu.

Perkara kedua yang dilontarkan olehnya, yang saya kira perlu diperhatikan oleh akhawat berkenaan dengan gambar-gambar yang terbuka aurat yang dipamerkan dalam blog. Sebenarnya sudah lama terdetik di hati saya untuk menyatakan perkara yang ditegur oleh beliau itu. Sahih, sebahagian gambar yang dibentangkan oleh akhawat adalah gambar yang sedikit terdedah aurat mereka. Contohnya kawasan pergelangan tangan atau lengan itu sendiri.

Ramai di kalangan kita yang tidak mengambil berat pada perkara ini. Mereka hanya memikirkan aurat itu cukup dengan berpakaian pada tubuh badan, menutup rambut dan kepalanya sahaja, sedangkan aurat itu sebagaimana yang kita tahu dan telah saya sebutkan dalam artikel-artikel yang lepas.

Oleh itu, sebagai wanita muslimah yang mukminah, hendaklah kita berjaga-jaga dengan pakaian baju kurung, jubah dan sebagainya yang kadang-kadang pakaian yang tidak berbutang pada pergelangan tangan itu memungkinkan aurat kita terbuka disebabkan kecuaian yang ada pada diri kita. Kita juga hendaklah cuba mencari alternatif lain supaya aurat di bawah pergelangan tangan kita tidak terbuka bila berhadapan dengan ajnabi.

Jadi, jika anda merasakan bahawa ada gambar-gambar yang terbuka aurat yang telah dipamerkan dalam blog masing-masing, maka diharapkan anda men'delete'kan gambar-gambar tersebut dengan seberapa segera.

Perkara ketiga yang diketengahkan olehnya juga ialah mengenai aksi bergambar bersama suami masing-masing. Beliau melihat banyak aksi yang berlebihan dipamerkan dalam blog. Memang ada betulnya apa yang ditegur oleh beliau itu. Para akhawat, sahih...suami adalah insan yang halal untuk bersama anda. Namun, sifat malu pada diri wanita itu cukup bernilai dan tiada tandingannya. Tidakkah kita berasa malu berpeluk dengan suami dan mempamerkan gambar tersebut untuk tontonan ramai?! Tidakkah kita berasa malu mempamerkan gambar suami mencium kita?! Tidak malukah kita menunjukkan wajah kita menyentuh wajah suami sambil berpeluk di khalayak ramai?!

Allahu akbar! Alangkah indahnya kalau sifat malu itu diterapkan dalam diri masing-masing. Berpada-padalah bergambar dengan suami untuk dipamerkan dalam blog. Gambar-gambar yang 'berlebihan' itu, eloklah disimpan dalam laptop untuk tatapan suami isteri dan keluarga, bukannya untuk tontonan ramai.

Malunya saya dengan pihak yang memberi teguran itu. Walau bagaimanapun, saya mengucapkan jutaan terima kasih atas teguran dan nasihat yang amat berharga. Jazakallahu khairan kathira!



Saturday, December 6, 2008

Maafkan Dia Walau Hati Terluka



Zizi:
aku takkan maafkan si Azman tu, sanggup dia lukakan hati aku. Dulu terhegeh-hegeh menagih simpati dengan aku, supaya aku cintakannya. Lakonannya macam-macam, sampai aku jadi 'gila' dibuatnya. Tengok sekarang ni, dah terbongkarlah rahsianya. Laki orang. Pompuan tu aku kenal sangat la. Satu course dengan aku dulu. Geram betol si Azman tu, kaki pembohong, jaga kau!

Zety:
alah...maaf je lah, ramai manusia macam tu, buat-buat tak reti je. Ada lah tu hikmahnya.

Zizi:
Zety, aku bukan macam kau, kau ni apa yang orang buat kat kau...semua kau maafkan. Kau ingat mudah ker nak maafkan orang yang pancung kita ni?

Zety:
Memanglah susah, tapi tak per...ada kebaikannya.

Zizi:
Kau tu, lecturer nak failkan tesis kau pun...kau maafkan, lecturer sekerja cantaskan kau pun...kau maafkan, orang-orang dok mengata hal kau pun...kau maafkan. Apalah...pelik betul. Kalau aku...siaplah! aku kan buat segala apa yang ku fikirkan.

Zety:
aku tak suka buat kerja bodoh. Aku retilah bab-bab kerja bodoh ni...tapi malas nak layan.

Zizi:
Kau ingat kerja bodoh ke? Adil lah kalau kita buat. Biar dia rasa macam kita rasa. Betapa sakitnya hati aku ni.

Zety:
memanglah sakit, tapi aku tak fikirkan macam kau fikir tu...hanya depan mata je, aku fikirkan jauh dari itu. Kalau ikutkan hati jer, rosak hidup ni.

Zizi:
Aku tak kira, aku akan bertindak! aku kan pastikan hidup si Azman tu akan musnah.

Zety:
eh..jangan Zizi, kau jangan buat gitu. Sabarlah! kau nak hidup Azman tu musnah atau kau mahu Allah campakkan kau permata agung yang susah ditemui?! fikirlah sebaik-baiknya.

Zizi:
uhh...kalau semua orang berfikiran macam kau, selamatlah dunia ni!

Syukran Ya Tuhanku!


Friday, December 5, 2008

Nasihat Untuk Muslimah



"Yang Dicari,
Walau Bukan Putera Raja,
Biarlah Putera Agama.

Yang Diimpi,
Biarlah Tak Punya Rupa,
Asal Sedap Di pandang Mata.

Yang Dinilai,
Bukan Sempurna Sifat Jasmani,
Asalkan Sihat Ruhani,
Sempurna Hati.


Yang Diharap,
Bukan Jihad Pada Semangat,
Asal Perjuangannya Ada Matlamat.

Yang Datang,
Tak Perlu Rijal Yang Gemilang,
Kerana Ana Serikandi Dengan Silam Yang Kelam.

Yang Dinanti,
Bukan Lamaran Dengan Permata,
Cukuplah Akad Dan Janji Setia.

Dan Yang Akan Terjadi,
Andai Tak Sama Kehendak Hati,
Ana Redha Ketetapan Ilahi,
Itulah Ketentuan Sejak Azali..."


Hasil Ciplak Dari:
I LUV ISLAM.COM



Monday, November 10, 2008

Hormati Pendirian Suami

Dalam kenangan:

al-Marhum Abah ketika hampir berbuka puasa selalu berdoa, yang mana ia merupakan salah satu doa mustajab. Abah berbuka hanya dengan tamar, sedikit manisan dan air. Lebih kurang 2, 3 minit bersila, dia terus bangun dan akan melaungkan azan serta mendirikan solat. Dia tidak sesekali menjamah makanan berat melainkan setelah selesai solat dan tahlilnya. Keseronokannya dengan wirid-wiridnya dan lafaz-lafaz zikirnya itu amat ku fahami. Walau di mana dia berada, kelakuannya memang begitu. Dia tidak akan hiraukan apa yang diperkatakan oleh orang. Wajahnya yang sentiasa dibasahi dengan wudhuk itu dapat ku kenali. Abah lelaki yang tak 'banyak mulut', suka bergaul dengan tok-tok guru kat kampung, sekali keluar pendapatnya 'menggegarkan' orang sekelilingnya.

Pernah suatu ketika, kami dijemput berbuka puasa di rumah nenek. Sanak-saudara dan aqriba' tentulah pulang untuk sama-sama bertemu mata dan berbuka puasa. Bila sahaja masuk waktu maghrib kami semua terus berbuka dengan hidangan-hidangan yang bermacam-macam. Aku terfikir pada abah. Aku tahu dia akan terus meninggalkan hidangannya. Abah bangun menuju ke satu ruang untuk menunaikan solat. Sanak-saudara memandang abahku, saling bercakap sesama mereka. Abahku takkan hiraukan mereka. Dalam pada itu wajah mama sedikit berubah. Lalu ku terus mengubati mama dengan kata: tak apalah mama, dah abah macam tu, lagipun apa yang abah buat tu memang bagus. Biarkan apa orang nak kata, kan abah tu suami mama. Meh..kita hidang sama-sama.
__________________

Suami adalah anugerah Allah buat isteri, begitulah sebaliknya; isteri merupakan anugerah Allah buat suami. Kedua-duanya saling memerlukan, saling melengkapi antara satu sama lain demi kebahagiaan rumahtangga. Suami merupakan ketua keluarga yang perlu menjadikan dirinya insan contoh kepada isteri dan anak-anak. Di 'bahunya' terdapat satu bebanan atau tanggungjawab yang besar yang telah dipertanggungjawabkan oleh Allah swt untuk memastikan keluarganya hidup dalam ketaatan kepadaNya, di samping memberikan mereka kebahagiaan hidup sekeluarga.

Oleh itu isteri diwajibkan mentaati perintah dan kehendak suami selagimana kehendak suami tersebut tidak menyalahi suruhan dan larangan Allah swt. Pendirian suaminya perlu dihormati dan kehendaknya juga perlu ditunaikan.

"abang suka kalau Zety pakai tudung labuh, abang akan tenang"

"abang nak isteri abang ni keluar bersama abang sahaja, kecuali kalau ada hal-hal yang tak boleh dielakkan"

Sebagai seorang wanita yang solehah lagi mukminah tentulah akan menunaikan setiap apa yang dikehendaki suami. Dia sentiasa akan memikirkan sesuatu yang terbaik untuk dilakukan buat suaminya. Sentiasa berusaha menjaga hati suami agar tidak terguris dalam melayaninya. Setiap yang diminta oleh suami pasti akan diusahakannya dengan sebaik mungkin agar kehidupan rumahtangga sentiasa dalam ceria dan bahagia.

Namun, kadang-kadang permintaan dan kehendak suami tidak sesuai baginya, bercanggah dengan keadaan semasa dan tempat. Dirasakan bahawa pandangan suami itu kurang tepat yang menjadikannya kekok untuk melakukan perkara-perkara yang dikehendakinya, disebabkan kehidupan isteri berbeza dengan kehidupan suami sebelum mereka disatukan.

Sebagai isteri yang bijak, bukan hanya bersenyap dan memendamkan perasaan tidak suka dan tidak puas hati dengan pandangan suami tersebut, bahkan cuba mengambil inisiatif dengan berbincang secara bijaksana dengan ketua mereka itu, serta memberikan pendapat-pendapat serta hujah-hujah yang baik agar ketepatan akan diperolehi. Dan jika pandangan suami adalah tepat, maka terimalah ia dengan hati yang terbuka dan hormatilah pendirian suami anda itu.

Saya pernah didatangi seorang kawan menyatakan bahawa suaminya kurang dalam pendidikan agamanya. Solatnya pun kadang-kadang dikerjakan, kadang-kadang tidak. Dia menyuruh isterinya itu agar ber'make up' bila berada bersama sanak-saudara dan aqriba'nya. Katanya suaminya berasa malu jika isterinya tidak berbuat demikian. Ini kerana keluarga, sanak-saudara dan aqriba'nya boleh dikatakan semuanya suka ber'make up'. Sedihnya hati ini bila mendengar keadaan suami seorang kawan yang sedemikian rupa.

"Ittaqillah ya rajul!". Anda diamanahkan untuk menjaga dan mengajak wanita anda ke arah keredhaan Tuhan, bukan memaksa mereka ke jalan kemurkaanNya. Bertuahlah anda mempunyai isteri yang memahami agama, walaupun tindak-tanduknya menyalahi adat keluargamu.

Oleh itu, wahai para isteri, dalam hal ini anda tidak dibenarkan menghormati pendirian dan suruhan suami anda itu. Bawalah berbincang dan berdiskusi dengan suami agar dia memahami erti peraturan dan hukum-hukam Tuhan yang perlu dilaksanakan.

Akhir kalam, hormatilah pendirian suami anda, selagi mana ia tidak bercanggah dengan urusan Tuhan. Hargailah pandangannya, insya Allah keberkatan akan datang mencurah-curah untuk anda.




Saturday, November 1, 2008

Cintakan Suami Orang

Teringat aku pada kisah cinta seorang kawan sekelasku pada lelaki yang merupakan suami orang di bumi tempat ku belajar dulu. Kisah ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Aku seorang pelajar yang merupakan 'kaunselor' kepada kawan-kawan, kerap kali menerima luahan perasaan dari mereka.

Sedang aku asyik membaca dan mengulangkaji pelajaran di tepi masjid (pintu masuk bahagian muslimat) sebelum menghadiri kuliah, datang seorang kawan lalu dia memelukku erat sambil menitiskan airmata. "alamak...apasal ni? apa dah terjadi?" fikirku. Lalu dia memberitahuku bahawa dia cinta pada seorang pensyarah yang memang hebat. Alahai..nak tergelaknya diri ini dengan pengakuan tersebut. Namun sebagai seorang yang memahami perasaan tersebut perlu bijak berdepan dengan situasi itu. Kita tidak boleh menunjukkan perasaan geli hati itu pada mereka yang telah ditimpa 'musibah'.

Pensyarah yang dinyatakan itu amat ku kenali dan diketahui umum bahawa dia insan hebat yang mampu mengalihkan fikiran para pelajar ke arah suasana topik yang disampaikan. Bahasanya yang begitu mudah walaupun dalam Bahasa Arab mampu memberikan mereka kefahaman yang mendalam dan sekaligus menarik minat mereka kepada pelajaran dan pengajarannya. Ditambahi pula dengan akhlaknya yang baik menjadikan para pelajar tidak jemu-jemu untuk mendengar syarahannya. Dr. yang merupakan kacukan Melayu dan Arab Mesir itu selalu menerima hadiah-hadiah dan jambangan bunga dari sebahagian para pelajar :). Aku salah seorang pelajar yang menghormati mutiara-mutiara ilmunya dan meminati uslub-uslub pengajarannya tidak akan melepaskan peluang untuk bertanya dan bermujadalah dengan beliau samada di dalam kelas, luar kelas atau di pejabatnya :).

Tidak ku sangka kawanku itu mempunyai perasaan cinta yang mendalam kepadanya sehinggakan berhasrat untuk berkahwin dengan Dr. tersebut. Setelah dia melepaskan diriku dari pelukannya dia terus bertanya kepadaku:"Kalau saya nak berkahwin dengan ustaz tu, adakah isterinya akan menerima...?" aduss, susahnya soalan dia! :(. Tapi aku tak menjawab soalan itu. Ku hanya memberikannya tips dan cara-cara untuk membolehkannya berkahwin dengan Dr. tersebut iaitu dengan cara memberanikan diri berjumpa dan berterus terang kepadanya tentang keinginannya itu dengan uslub-uslub yang tertentu. Tapi aku tidak sesekali menjadi orang tengah dalam hal ini. Sekadar untuk memberi cadangan dan pendapat bagi mereka yang sudah tenggelam dalam lautan ini.

Al-kisah cintanya yang mendalam itu diberitahuku bahawa dia selalu berjumpa dengan Dr. yang 'kacak' itu dengan menceritakan kepadanya masalah-masalah yang dihadapinya di universiti itu, agar Dr. dapat memberikan penyelesaian yang terbaik serta pandangan-pandangan yang bernas. Kadang-kadang masalah yang dihadapinya diceritakan dengan tangisan yang teresak-esak agar Dr. bersimpati dengan masalahnya. fuhh...hebatnya si wanita ni. Dia juga berbangga kerana tangisan itu dirasai oleh Dr. tersebut lalu beliau memberikan tisu-tisu yang berwarna biru kepadanya agar dia menyapu titisan airmata itu. Alahai..romantik betul! Wanita itu juga menyatakan padaku bahawa tisu yang berwarna biru yang diambilnya dari Dr. itu menunjukkan makna 'love'. Oh..'confuse' aku. Betul ke? Lalu dia menyimpan tisu tersebut sebagai kenangan bersamanya.

Sebenarnya cinta kawanku itu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja :). Dr. tersebut tidak mengetahuinya dan beliau juga tidak mempunyai perasaan sebagaimana wanita itu. Beliau hanya menganggap sebagai seorang pelajar yang datang untuk bertanya dan mendengar pendapat. aduss..klasiknya. Aku pun terharu dengan keadaan sedemikian. Hebatnya cinta melanda, membadai, menggoncang jiwa. Tidak mengenal jantina, tidak mengenal usia dan warganegara. Ada sahaja peluang 'disapu' jua.

Bercakap tentang cinta pada suami orang, adalah satu perkara biasa, bukanlah perkara yang keji dan tidak baik, cuma ia menjadi satu perkara yang sedikit memalukan dalam masyarakat kita jika wanita berkahwin dengan lelaki yang telah mempunyai isteri, walaupun ia adalah halal di sisi Islam. Lebih-lebih lagi jika wanita itu adalah anak dara.

Namun, sebagai seorang wanita yang berwawasan perlu berfikir panjang dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Janganlah kerana seorang lelaki yang kacak dan dianggap hebat menjadikan anda kurang befikir terhadap perkara-perkara lain. Cinta yang mendalam telah mengaburi mata anda dari meminta pandangan-pandangan orang lain.

Biasalah, wanita yang mempunyai suami yang hanya 'untuk dirinya' sahaja tidak sama dengan mereka yang perlu berkongsi suami dengan orang lain. Kalaulah masalah-masalah yang anda fikirkan itu, anda sanggup menghadapinya, maka teruskan kehendak anda itu. Mana tahu orang yang anda impikan itu mampu memberikan kebahagiaan yang sebaiknya untuk anda. Tetapi jika anda tahu bahawa anda tidak mampu untuk menghadapi suasana perkongsian hidup, bahkan hidup yang berkemungkinan besar boleh membawa kepada porak- peranda, hidup hanya dengan makan hati berulam jantung, sentiasa maki hamun pada suami, maka tinggalkanlah.

Buangkan cinta yang mendalam itu jauh dari anda. Lemparkan ia ke dalam lautan api, agar anda terselamat dari maksiat. Rapatkan diri dengan Tuhan yang menciptakan cinta anda itu, agar Dia memberikan anda cinta dan kasih yang tepat pada orang yang akan menjadi suami anda.

Fikirlah sebelum terjadinya sebuah perkahwinan! Fikirlah sebelum terjadinya keparahan! Fikirlah agar anda mendapat kebahagiaan. Fikirlah, semoga anda memperolehi keberkatan!.




Friday, October 24, 2008

Awasi Aurat Anda!

Beberapa hari yang lepas, saya mendapat artikel dari seorang wanita yang tidak dikenali melalui YM. Entah macam mana diperolehinya alamat YM saya itu. Al-maklumlah dunia sekarang semakin sempit. Diberitahu namanya Tasha dan umurnya 17 tahun.

Terkejut saya dengan artikel tersebut serta perasaan malu pada diri sendiri apabila membaca coretan peribadinya yang berbangga dengan penzinaan yang dilakukan bersama bapanya ketika berumur 15 tahun. A'uzubillah. Terfikir saya pada permulaannya mungkin dia akan menyatakan kesedihan dengan kelakuan bapanya yang terkutuk itu, namun sebaliknya, bahkan disebarkan pula artikel kepada orang ramai menyatakan keseronokannya itu.

Itulah perbuatan manusia yang mempunyai akal, tetapi mengenepikan agama, tarafnya lebih rendah dari binatang. Namun saya tidak tahu apa agamanya, cuma namanya dan bapanya ber'ala' melayu.

Berkemungkinan besar kehidupannya tidak dilitupi dengan pengetahuan agama yang menjadi asas dan benteng pada diri kita menyebabkan dia tidak berasa bersalah dan berdosa dengan Allah swt. Seks haram itu terjadi disebabkan pemakaian baju renang yang nipis yang boleh meghairahkan mereka yang melihatnya. Walaupun di depannya lelaki yang mahram iaitu bapanya sendiri, namun aurat tetap perlu diawasi. Tambahan pula kehidupan di zaman moden ini, maksiat berleluasa, boleh dilihat di merata-rata tempat. Manusia longgar dengan pegangan agamanya, maka lebih baiklah kita berwaspada dengan menutup aurat sebaik yang mungkin.

Wanita ialah makhluk yang cantik yang dicipta oleh Allah. Namun, bukanlah kecantikan itu untuk dijadikan barang dagangan, boleh dipertontonkan kepada semua orang tanpa ada batas-batasnya. Kadang-kadang dengan suaranya yang lembut dan merdu boleh menjadi 'fitnah' kepada sang lelaki, apatah lagi dengan kecantikan yang ada pada dirinya.

Berkenaan dengan had-had dalam menutup aurat boleh dirujuk dalam tafsir-tafsir al-Quran, hadis-hadis atau kitab-kitab Fiqh yang diiktiraf. Di sana kita akan dapati banyak dalil-dalil serta pandangan-pandangan ulama berkenaan dengan aurat yang memuaskan hati kita. Saya tidak bercadang untuk membahaskan tentang hudud aurat di sini, namun saya bersedia untuk berkongsi maklumat jika didapati ada kemusykilan dalam hal ini.

Satu perkara yang saya nak tekankan di sini ialah bahawa menutup aurat ini merupakan suatu kewajipan yang tidak ada pertikaian di kalangan ulama kecuali sebahagian kecil anggota yang menjadi 'khilaf' bagi mereka. Perlu diingat bahawa kewajipan menutup aurat tersebut bukanlah dikira samada kita berada di rumah atau di luar rumah sebagaimana yang difikirkan oleh kebanyakan masyarakat kini, bahkan ia perlu dilihat samada kita berada di depan ajnabi (bukan mahram) atau bersama mereka yang bukan ajnabi (mahram).

Sekalipun berada di rumah bersama keluarga dan sanak saudara, kita sebagai wanita yang beragama Islam perlu sedar siapakah mereka yang bersama kita? Jika di sana adanya ipar duai, para sepupu atau mereka-mereka yang bukan mahram, maka wajib kita bersegera dan bertindak mengawasi aurat kita.

Pernah kita dengari, rata-rata masyarakat menyatakan bahawa mereka yang menutup aurat dan mengawasinya juga terjebak dalam seks haram, dirogol dan diperkosa. Oleh itu, menutup aurat atau tidak, sama sahaja pada pandangan mereka. Memang saya tidak nafikan bahawa perkara itu berlaku dalam dunia hari ini, namun perlu kita ketahui bahawa menutup aurat merupakan satu perintah Allah yang wajib dilaksanakan. Ia merupakan satu benteng atau prisai untuk mengelakkan diri dari berlakunya anasir-anasir yang tidak sihat dan sekaligus boleh mengurangkan berlakunya perkara-perkara tersebut.

Oleh itu, hendaklah kita sedar bahawa menutup aurat adalah perkara penting yang mempunyai hikmah yang besar. Moga-moga kita mendapat taufiq dan rahmat dari Allah swt.

24 Oktober 2008



Sunday, June 22, 2008

Renungan Buat Muslimah

Sebagai manusia biasa, kecenderungan terhadap ‘Si Dia’ merupakan satu fitrah yang dikurniakan Allah kepada makhluknya. Namun, akal merupakan nikmat yang besar yang perlu dijaga dan digunakannya dengan sebaik mungkin demi kebaikan diri masing-masing, mengikut acuan yang dikehendakiNya.


Zety (bukan nama sebenar) seorang pelajar universiti yang cerdik dan cekal hatinya. Dia seorang yang berpegang kuat pada landasan-landasan Islam menyebabkan kehidupannya tidak sama dengan kebanyakan pelajar-pelajar kota, dari segi muamalahnya, tutur katanya, pemikirannya dan tatacara hidupnya, yang mana kehidupan di kota banyak menjurus ke arah kehidupan yang bebas dan kurang berpegang pada ajaran Tuhan. Zety bukanlah seorang perempuan jalanan yang ke sana ke mari tanpa tujuan yang penting untuk dilakukannya.


Oleh kerana dia seorang wanita beragama dan berpendidikan, ada yang berminat dan cenderung kepadanya untuk dijadikan ‘permaisuri rumah tangga’. Namun, mereka tidak berani untuk menyatakan hasrat yang suci itu. Tambahan pula, segan dengan sikap Zety yang pemalu dan suka menjauhkan diri dari lelaki yang bukan mahramnya. Sebahagian daripada mereka yang berani menyuarakan khitbah melalui ‘orang tengah’ ditolak olehnya kerana mereka kurang berpendidikan agama, dan beraliran barat yang kurang tahu tentang kesyumulan Islam.


Suatu ketika tanpa disangka-sangka, Zety mengenali seorang pemuda yang digelar dengan Ustaz K, yang dianggapnya hebat pada penulisan dan artikelnya yang bertebaran dalam internet. Zety tidak tahu siapa lelaki tersebut, hanya melalui tulisan-tulisan yang amat dikaguminya. Dia yang suka membaca blog-blog manusia, tiba-tiba ternampak 'id YM' Ustaz K tersebut, di’add’nya id itu, kononnya ingin mengenali tuan empunya blog itu dan bertukar-tukar pendapat dengan beliau. Memang sah, lelaki yang dianggapnya hebat pada penulisannya itu, sebenarnya manusia hebat yang Allah kurniakan ilmu kepadanya. Kehidupannya yang sentiasa dengan ilmu menjadikan Zety suka bersoal jawab dan bertanya tentang dunia ilmu yang memang diminatinya.


Namun, tanpa diduga, lelaki tersebut juga meminati pendirian Zety, cara kehidupannya yang sedikit berlainan dengan wanita-wanita lain serta dirinya yang suka kepada ilmu. Akhirnya Ustaz K menyatakan minatnya yang mendalam terhadap Zety untuk selalu bertukar-tukar pendapat dalam ilmu pengetahuan. Tetapi Zety mengelak diri dengan menyatakan minat yang mendalam sedemikian rupa, kemungkinan boleh membawa kepada perasaan cinta yang mungkin jatuh ke lembah dosa. Akan tetapi Ustaz K bertegas bahawa perhubungannya melalui alam siber ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah sekadar menambah ilmu pengetahuan. Tetapi hati Zety yang halus itu begitu takut dengan ustaz tersebut, bimbang kalau-kalau hubungan walaupun hanya melalui alam siber boleh membawa kepada bibit-bibit percintaan yang tidak berlandaskan agama, disebabkan kata-kata Ustaz K yang selalu menyebut ‘suka’, ‘minat yang mendalam’, ‘awak hebat’, ‘awaklah wanita yang diidamkan’ dan sebagainya.


Disebabkan perasaan takut dan risau yang ada pada dirinya itu, beberapa hari kemudian Zety terus bertegas pada Ustaz K bahawa kalau beliau memang ada hati dan berminat untuk berkahwin, maka Zety mahukan kata-kata yang terus –terang (khitbah) dan kemudiannya terus melangsungkan perkahwinan agar tiada hubungan yang tidak baik berlaku. Tetapi ustaz K berkata: “awak tak kenal saya, saya pun tak kenal awak”. Lalu Zety terus menjawab: “kalau macam tu, tak perlulah berkomunikasi dengan kata-kata yang sedemikian rupa. Kalau mempunyai niat yang betul, nak berkahwin dalam masa yang terdekat bolehlah berkenalan dengan lebih lanjut."


Ketegasan Zety itu menyebabkan Ustaz K mengiakan apa yang terdapat pada hatinya dan bersetuju untuk bermuamalah sedemikian, dengan niat untuk berkahwin dalam masa yang terdekat. Kebimbangan itulah menyebabkan Zety tidak suka bergaul rapat dengan mana-mana lelaki yang tiada pertalian darah dengannya. Lebih kurang seminggu Zety berkenalan dengan Ustaz K yang hanya melalui e-mel dan YM, akhirnya dia berfikir untuk menyatakan perkara ini kepada keluarganya serta persediaan-persediaan yang perlu dibuat. Namun hatinya begitu berat lagi untuk memberitahu keluarga kerana dia ingin tahu siapa sebenarnya Ustaz K, di samping pengesahan yang sebaik-baiknya dari beliau.


Hati Zety berasa tidak selesa, semacam ada sesuatu yang hendak diperkatakan pada ustaz tersebut. Lalu pada suatu ketika, dia terus bertanya: “adakah ustaz dah berkahwin?”. Sebelum ini, hati Zety telah mengatakan sedemikian, namun dia membiarkannya sahaja. Ini kerana dia tahu bahawa Ustaz K masih muda, belum mencecah umur 30an. Baginya ramai lagi muda-mudi yang belum berkahwin sekitar umur 26, 27 atau 28.


Bila soalan itu dilontarkan, Zety merasakan seolah-olah Ustaz K tidak mahu menjawab dan ingin mengelak diri. Akhirnya setelah didesak olehnya, Ustaz K memberi jawapan melalui e-mel bahawa beliau telah berkahwin dan mempunyai anak. Zety amat terkejut dengan berita tersebut, berkecai hatinya, sedih mengenangkan keadaan itu. Dia menangis teresak-esak mengenangkan bagaimana seorang lelaki yang baik pada fikirannya sanggup berbuat demikian tanpa memberitahu keadaannya yang sebenar. Sebelum ini, Zety betul-betul bertekad untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa yang terdekat demi mengelakkan fitnah yang akan berlaku. Namun, itulah hakikat, kita manusia yang dhaif, tidak akan tahu apa yang akan berlaku.


Ustaz K sebenarnya sudah lama ingin memberitahu Zety tentang status dan keadaan dirinya, namun begitu berat untuk menyatakannya, bimbang kalau-kalau Zety terus memutuskan hubungan dengannya. Sedangkan beliau begitu tertarik terhadapnya dan merasakan bahawa Zety amat berlainan dengan isterinya. Namun, Zety faham ‘kejutan’ yang melanda pada diri Ustaz K itu. Dia memaafkan beliau, walaupun pada hakikatnya kesedihan itu amatlah dirasai. Zety tidak mahu hidup bersama Ustaz K, kerana dia simpati dengan isteri dan anak-anaknya yang amat memerlukan kasih sayang beliau. Walaupun dia terharu dengan peristiwa tersebut, namun terus mengharapkan agar Allah memberi ketenangan dan mengampunkannya jika ada kesilapan yang telah berlaku.


“Takpelah Zety, awak tu masih muda lagi. Ujian Allah ni selalu datang, tambah-tambah lagi orang yang baik macam awak ni. Insya Allah, awak akan dapat orang yang hebat macam awak jugak.” Senyuman Zety selalu terpancar bila dinasihatkan sedemikian.


Selang beberapa lama, dikhabarkan bahawa Zety telah melangsungkan perkahwinan dengan orang yang hebat pada pandangan saya. Pasangannya yang amat sesuai, seorang lelaki yang kuat berpegang pada agamanya, menjadikan saya terharu melihat wanita seperti Zety. Agamalah jua menjadi pilihanya!. Suaminya yang petah berbahasa Arab menjadikannya suka berkomunikasi dengan Bahasa Al-Quran itu. Tersenyum saya melihat anugerah Allah yang diberikan kepada Zety sebagaimana yang dimintanya.

Sekian.


* Artikel ini merupakan luahan hati seolah pelajar dan ditulis sebagai renungan bersama *



Tuesday, June 17, 2008

Suara Hati Seorang Wanita

Suria (bukan nama sebenar) yang telah berkenalan dengan saya dengan lebih dekat lagi. Dia anak sulung dari dua orang adik-beradik sahaja. Suria hidup dengan seorang emak yang telah diceraikan ayah semenjak kecil lagi. Khabarnya, penceraian tersebut disebabkan sihir yang menyebabkan ayahnya menceraikan emaknya dengan talak tiga. Saya tersenyap mendengar ceritanya tersebut, rasa simpati dengan keluarganya.

Suria belajar bersungguh-sungguh sehingga dapat melangkah masuk ke universiti. Begitu tabah seorang emak mendidik dan membesarkan anak-anak, walaupun diceraikan ketika umurnya awal 20an. Ayah suria berkahwin lain dan mempunyai beberapa orang anak tetapi emaknya tidak 'berteman' sekian lamanya. Lalu saya bertanya kepadanya: "kenapa emak awak tak kahwin lagi?" Suria menjawab: "emak masih ingat ayah sampai sekarang..tapi emak tak boleh kembali kerana dah ditalak tiga, kecuali kena kahwin dengan orang lain dulu".


Terkejutnya saya dengan jawapan yang pilu itu. Hati saya menangis, bercucuran air mata mendengar suara hati seorang wanita yang bergelar ibu, yang amat setia dengan cintanya, walaupun suaminya telah pergi 'berjauhan' dengannya.