Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Monday, July 29, 2013

Finally after almost 4 years in audit firm ;)

1


My place

Syukur alhamdulillah.. Bertahan jua SR, 4 tahun sudah, SR berkhidmat di firma audit dari bujang, kahwin sampai la dah ada anak sorang, dengan gaji yang tidak la setinggi mana untuk lepasan degree holder, TAPI SR tetap boleh senyum puas kerana dapat menuntut ilmu sambil bekerja, and dapat menimba banyak pengalaman dalam kerja-kerja akaun, audit dan juga percukaian. Now SR move on career SR as accountant. Hopefully, pengalaman selama 4 tahun di firma audit dapat membantu SR kembangkan career SR di masa hadapan.. Amin..




After grade SR memang ingin belajar "full set of account', bagi SR rugi kalau  tiada experience buat full set of account. Apa guna ilmu teori yang kita blajar masa di universiti macam accounting, auditing and tax computation kalau tidak dipraktikkan ye dop. So selain daripada itu, SR sudah pasang niat untuk jadi salah seorang ahli Malaysia Institute of Accountant (MIA) telah termakbul. Alhamdulillah semua impian SR tercapai selama 4 tahun di firma audit. SR ada lagi 2 impian dalam kerjaya SR yang belum tercapai lagi.. InsyaAllah coming soon :)

  staff dari kiri : Nadia, Hana, Hasni, Kak Amy, laila, SR and Eddy

4 tahun SR kerja disini, perkara yang bestnya environment kerja iaitu staff saling bantu membantu tiada istilah kedekut ilmu, then ada discussion tentang isu audit, tax or account and sama-sama cari jalan penyelesaiannya, budaya sharing is caring wujud di antara staff and trainee, staff and staff. Dapat pergi outstation untuk audit job, stay and tidur di office during peak period jugak merupakan antara pengalaman yang best.. After this i will miss all this things lol!!

Company trip ke Bandung, Indonesia

 Company trip ke Bandung, Indonesia


Kenangan bersama trainee Zulco :)




The interesting is, bila jadi auditor, accountant (client) ada gugup sikit if kita banyak tanya pasal transaction yang mcm xlogik or minta apa2 document, yelah biasanya kalau cakap "auditor" je, orang akan pikir seseorang yang akan cari kesalahan transaction accounting orang lain, seorang yang cerewet minta itu dan ini... Haha.. So ambil ko SR, now you have to facing auditor plak..Wish SR luck!!~

Monday, June 24, 2013

Supermama...

0


SR start kerja pada 17th June 2013.... Baru seminggu secara offically jadi suri rumah (isteri+ibu) berkerjaya dah perasan jadi Super Mama...hahaha...penat?? Tak payah cerita penatnya macam mana.. Kalau sebelum ni duduk dengan mak SR, mak banyak membantu.. Now, duduk sendiri A-Z kene buat sendiri..

Rutin harian SR sebagai Suri Rumah Berkerjaya... Dari office, SR dan hubby akan ambil Qhaid di rumah mak SR.. Kami akan pastikan kami akan sampai di rumah kami before maghrib (tak elok bawa baby time maghrib2). Sampai sahaja di rumah, SR akan masak nasi dan masak lauk untuk dinner.. Now hubby request lauk yang simple2 je, dulu duduk berdua bolehlah nak masak 2-3 jenis lauk.. now dah bertiga masak 1 lauk pon dah mencukupi.. Sementara SR masak hubby akan jaga nad tidur kan Qhaid.. Kalau nak makan pon, tak boleh nak makan macam pengantin..hahaha.. SR kalo bab makan, mmg slow, biasanya SR org yang terakhir hbs makan.. Dah ada anak ni, semuanya kene pantas.. Anak tito je, time tu la nak mandi, basuh baju, lipat baju and gosok baju.. 

Mujur hubby seorang yang memahami dan banyak membantu.. Kalau husband and wife bekerja, kedua-duanya mesti ada kerjasama dalam membuat kerja2 rumah.. Kalo SR memasak, hubby akan tolong basuh pinggan and kuali... Kalo SR basuh baju, hubby akan sidaikan.. Alhamdulilah.. Ringan sikit beban.. ;) thanks abg... Hihi..

Bab wat susu anak tengah2 malam, hubby nya keje.. Bab bagi susu kat Qhaid, SR nya bahagian.. Bab salin pampers kami gilir2.. Hidup dalam rumahtangga mesti ada kerjasama, baru hidup aman sejahtera...amin... Hihi.. 

Kalau dulu time weekend time untuk berehat, now tak berapa nak rehat sangat and terasa kepenatannya.. Haha.. Lagi2 Qhaid dah pandai nak ajak bergurau, kalau mama or papa dia tak ada depan mata, mula la ekkkk..ekkk.. Hihi.. Alahai, bila teringat Qhaid hilang semua penat mama kamu sayang... MasyaAllah... Rupanya sungguh indah perasaan insan yang bergelar ibu.. Hihi.. Agaknya ni power seorang yang bergelar ibu, sanggup buat apa sahaja untuk kesejahteraan anak yang dikandungkannya.

Kepanatan yang melanda, mungkin di peringat awal2, bila dah lama, mungkin SR akan biasa.. Time tu kacang je and tidak rasa lelah.. ;) bukan mudah menjadi suri rumah berkerjaya.. Nak jaga makan minum suami tercinta and mendidik serta membesar anak tersayang memerlukan kekuatan dan kesabaran.. Belum lagi nak concentrate dengan career..

Tapi demi tanggungjawab sebagai seorang isteri dan memikul amanah Allah untuk menjadi seorang mama kepada Qhaid Danial. SR berdoa semoga SR berjaya menjadi seorang isteri yang baik, taat dan manjaga rumahtangga serta menjaga kehormatan suami dan seorang mama yang boleh mendidik dan membimbing anak2 untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat.. Aminn.. ;)





Qhaid Danial Bin Qhairul Ezam

0



Syukur alhamdulillah, SR telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada tanggal 22hb April 2013.. Nama diberi Qhaid Danial Bin Qhairul Ezam, buah hati pengerang jatung mama and papa... Semoga anak mama menjadi seorang yang beriman, taat kepada ibu bapa, membesar dgn sihat, berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara dan hidup diberkati Allah s.w.t ye sayang...Aminn.. <3 


Sekejap je masa berlalu, Qhaid Danial genab 2bulan pada hari ini 22 June 2013..mama tidak puas tengok kamu semasa kamu dalam hari (pantang) sayang kerana begitu cepat kamu membesar.. Bila teringat saat2 dan detik2 semasa mengandung, dan melahirkan kamu, buat mama tersenyum, kerana ia merupakan pengalaman yang begitu indah sekali buat mama sayang... 



Now anak mama dah pandai berborak, senyum and gelak bila mama and papa ajak bergurau, pandai tegur orang di sekeliling, pandai merajuk bila lambat dapat susu...Alahai... Buat mama bertambah geram dekat kamu Qhaid.. ;) 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.