Friends

Daisypath Anniversary tickers

::Masa itu emas::


Thursday, December 30, 2010

Khairul Fahmi sudah berpunya..Hentikan angan2 anda~!

0

Menci tau!!!.. haha..tak ade maknanya ok, saja buat gimik & bikin statement panas pagi2 khamis terakhir tahun 2010.. Saya rasa bangga sangat3 dengan skuad bola sepak M'sia..memang respect la kat korang..korang memang best semalam!! ahaks..!! best gile tgk korang perform..huhu..kerana korang menang Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010, kita orang dapat cuti esok!! hihi..

Apa2 pon terkedu Elia ,kerana peristiwa semalam tak pasal2 blog Elia kene serbu beb..hihi..siapa Elia??? Jom korang serbu plak blog beliau..hihi..KLIK SINI


Monday, December 27, 2010

Giveaway eqbalzack "SERBA SATU"

1

Contest ini dianjurkan oleh abang Eqbalzack
Tarikh tutup : 1.11.11


Saya sertai contest ini kerana ingin memenangi
hadiah contest yang memang best iaitu barangan Ikea



Hadiah utama :

Table Lamp IKEA...



10 Hadiah saguhati

Frame & Tea Towel Table IKEA...


Saya Tag :
aihashus301.blogspot.com


"Giveaway Malek Ku..Strawberry Earphone"

0
Wah cantiknya Earphone Strawberry nih..!!
Nak jugak.. ^_^

Contest ini dianjurkan oleh pemilik blog : Life is Unpredictable
Tarikh Tutup : 31 December 2010 [malam tahun baru]
Jom Join~hihi


Thursday, December 23, 2010

Sweet memories (Holiday di Bukit Merah Lake Town Resort - 14th December 2010 our 1st day)

0

Huhu..sekejap je masa berlalu, dah seminggu memori itu pergi~ last week kami The Basirun's family ke Bukit Merah Lake Town Resort Perak, selama 3hari 2 malam..Sangat enjoy, walaupun penat, & ada yang demam, selsema, cirit birit sebelum ke Bukit Merah..Tapi semua happy dapat berkumpul bersama dan melakukan pelbagai aktiviti bersama..Sudah lama kami tak keluar holiday beramai-ramai & berkumpul bersama family yang berada di M'sia + S'pore..Yelah masing2 busy dengan komitmen masing2..terkilan jugak Pak Man, Ira & Firdaus tidak dapat join holiday kali ini. Pak Man & Firdaus busy dengan komitmen kerja, manakala Ira belajar di Egypt kursus kedoktoran...Tapi takpe, InsyaAllah next year hopefully semuanya dapat berkumpul bersama..hihi..

Untuk gambar-gambar yang sememangnya menyimpan seribu memori ini, terima kasih kepada our photographer Bibik Azie (camera women), Sarah (camera girl) & Danish (camera boy).Terima kasih bibik, Danish & Sarah..we love u.. :)



Actually pagi tu kita orang planning bertolak selepas subuh dari Selayang iaitu dari rumah uwan (our lovely grandma)..hihi..biasalah..tup tap...tup tap..around 8.30 a.m baru kami bertolak..huhu..

Sebelum bertolak kami sempat lagi ambil gambar buat kenangan, di depan rumah uwan..hihi..so sweet..


Enam buah kenderaan bertolak ke Lake Town, Auntie Aza ada provide walkie talkie bagi setiap kereta..yelah mana tahu ade yang nak singgah "membuang" atau tersesat, so tak payah guna handfone untuk call, guna walkie talkie lebih mudah & selesa..hihi..kami bergerak secara konvoi & mengikut turutan yang telah ditetapkan kereta Pak Tar berada di hadapan, then kereta Mak Tar, then follow by kete Mak Uda, Pak Lang, Pak Busu & Ayah..Syukur Alhamdullilah kepada Allah, perjalanan kami selamat pergi & balik.. :)



Sampai di R&R Rawang kami singgah breakfast, kerana ada rakyat yang belum breakfast lagi..macam biasa, gambar kenangan tetap ade..hikhik :P.. Sepanjang perjalanan, 4 kali kami berhenti untuk "membuang air", isi minyak, ...kalau ikotkan 4jam perjalanan..tapi 6jam kot masa perjalanan kami..Semasa di Ipoh, kami berhenti di R&R kerana hujan turun sangat lebat~


Around 2.30 pm kami sampai ke destinasi yang dituju~ hihi..Bukit Merah Lake Town Resort, here we come!! Tinggi jugak la nak mendaki bukit untuk menuju ke Resort, memang mencabar bagi sesiapa yang bawak kereta manual...after mendaki bukit, kita akan nampak view tasik yang sangat cantik..Yuhuuuuu~ tenang mata memandang..


Yooo..sempat lagi berposing, ini semasa tunggu kunci bilik..hihi..time nih semua kelaparan seh~ Bila dapat jew kunci bilik, masing2 angat barang dari kereta letak dalam bilik sementara menunggu untuk lunch.. Uwan & Mak Tar siap bawa rice cooker & siap bawa nasi & lauk dari rumah..stok makanan kita orang, memang sangat puas hati, ada sardin, roti, tuna tin, maggie, sayur2, nugget, sousage, kicap, sos, cili, bawang & banyak lagi la..huhu..Mak Ngah kalau bershopping pasal bab-bab makanan memang TIDAK kedekut, tambahan Pak Tar, & Mummy (Mak Teh) jugak bawa barang makanan, dapur tempat masak, periuk belanga, sudu, pinggan mangkuk, cawan dari rumah..so sangat meriah la dapor kita orang iaitu di bilik uwan, tempat kami berkumpul..hihi..Syukur Alhamdulillah ke atas rahmatNya..Amin~ Stok makanan diangkut & dibawa oleh kerete transformer (Hilux) pak tar..hikhik..that why kita orang bawa banyak barang..hihi..



After makan, & rehat2 around 4.30pm..ramai yang request untuk main game..hihi..for the 1st game, kita orang main skipping, mula2 main untuk suka2 jew, then kita decide untuk buat competition..sapa yang skipping paling banyak dapat hadiah..huhu..Hebat jugak kepada auntie2 & uncle2..seperti Mak Uda, Mak Lang, Ayah(Pak Teh), & Pak Busu sangat sporting & bertenaga untuk main skipping..lebih hebat dari anak buahnya!!! Saya sendiri tak dapat menandingi mereka, serius..huhu..Mak Uda & Mak Lang masih aktif & bersemangat, Pak Busu boleh main skipping tangan bersilang & skipping ke belakang seh!! sangat hebat..manakala my lovely daddy boleh main skipping dengan laju, dalam masa 3 minit, 30 kali skipping!!! perrghhh..Walauweah..Ayah masa muda2 dulu, selalu skipping, dalam 1 hari - dapat 300 kali... bangga kot, kenapa anaknya tak macam tuh :P hihi..


Untuk skipping kita bertanding among cousin, markah ini anggaran je tau, sebab tak rekod markah sebenar..paling tinggi Sofie 80+, then Fifi 70+, Danish 60+, Faiq 50+, Azuan 50+ & Kak Shishi (me) 50, Safree 1 1/5..hihi..walau apa pon, Safree still nak try 3kali walaupon die tak berjaya, Safree mempunyai sikap tidak putus asa..hihi..Tahniah Sofie~ kumpulan gegurl menang for the 1st round!!! hihi


2nd games, provide by Auntie Aza..hihi..kami cousin2 main twister..sangat best main twister..hihi..agak mencabar jugak la..sampai terbelit-belit badan..time ini saingan sengit antara Faiq & Sofie... & finally the winner adalah Sofie~!! hihi..group gegurl menang lagi..hikhik..Tengok tu, muka Faiq muka tak puas ati..hehehe.. :P Takpe Faiq try lagi next time k ;)


Kita orang main twister untuk 2nd round pulak, masa ini Mak Lang join sekali, tapi kita orang tak pasan, sebab badan Mak Lang kecik macam badan Fifi..hihi..Kali ni, Danish & Fikri menang, ini bermakna group boyz menang buat pertama kali (bagi chance la kan) hikhik...Tahniah Danish & Fikri :).. Adik fikri sempat berposing sakan time main twister..hihi..adik2..


Masa ambil gambar kami gegurl buat thumb down, & said boooo..hihihihi..saja nak sakat group boyz..hikhik :P


Our 3rd game, kami main Pinanta, games ni, kami dikehendaki memecah bungkusan plastik yang digantung kat tali. Dalam palstik tersebut ade gula2 & coklat..dengan mata ditutup dengan mengunakan kain, then badan kami akan dipusingkan sebanyak 3 kali..barulah kami akan try hayunkan kayu baseball & try untuk pecahkan bungkusan plastik tersebut, tapi susah nak pecahkan..hihi..ramai yang try untuk hayunkan kayu baseball ke bungkusan plastik tapi semuanya tidak kena, kerana plastik bungkusan itu akan dialihkan..hihi..mula2 bagi group lelaki mulakan dulu...semua tidak berjaya..then group gurlz pulak beraksi, finally Kak Shishi (saya lah tu) pukulan mengena pada bungkusan plastik tersebut!! hihi..so saya berjaya..


Bila berjaya, saya dibagi chance untuk tidak tutup mata semasa membuat pukulan. Dengan sekuat hati tau saya hayun kayu baseball ke bungkusan plastik gula2 & coklat, Ya Allah susah giler kot nak pecahkan..so Safree ambil alih, dengan tenaga lelaki sekali sahaja Safree pukul, then gula2 & coklan semua jatuh..Ape lagi kami berebut-rebut la ambil gula & coklat yang jatuh..hikhik


After penat bermain game skipping, twister & pinata , semua bergerak ke swimming pool, untuk mandi & sejukkan badan..time nie pon kami sempat bermain bola jaring..hikhik..habis swimming pool nie kami konker sekerluarga~ muahahaha..


After penat mandi di swimming pool sampai nak dekat maghrib, semua balik kelaparan, bila lapar semua singgah bilik uwan..hihihi..Terima kasih kepada chef Mummy, chef Paktar & chef Maktar masak untuk dinner..Wah macam pirana masing2 makan..hihi..Around 9a.m after mandi & solat, semua berkumpul di bilik uwan..ini picture kenangan kami cucu-cucu Basirun Tahir & Joyah Md Zain..kami berkumpul untuk aktiviti yang seterusnya iaitu Exchange gift..semua tidak sabar untuk Exchange gift among cousins..sebelum ke Bukit Merah kami cousin2 sudah membuat undian nama untuk exchange gift, harga hadiah mestilah RM 5 atau SGD 5 ke atas.. semasa Exchange gift si pemberi haruslah bagi reason kenapa dia bagi hadiah tersebut kepada si penerima..


Sebagai cucu pertama, saya kene start bagi hadiah. So hadiah saya ini adalah untuk Kak Ngah/Deq G..Saya hadiahkan Deq G, anak patung pink yang chumel :) Hopefully Deq G sukakannya..hikhik ^_^


Then Deq G akan bagi hadiahnya kepada Sarah..Jeng3..Sarah menerima sebuah kotak chumel yang berwarna pink, tempat letak barang :) so sweet..


Then Sarah akan bagi hadiah kepada Kak Shishi (me)..sangat terharu kerana Sarah bagi dress biru muda yang sangat cantik, baju ni Sarah beli di Orchard menggunakan duit beliau sendiri..Tq Sarah!! Akak appreciate sangat2 :)



Kak Fifi plak akan bagi hadiah kepada Abang Safree, tgk tuu, tersenyum lebar Safree..hihi..Safree menerima cenderamata dari Kak Fifi yang sangat chumel...


Then turn Safree plak bagi hadiah, hihihi..safree hadiahkan cenderamata yang berwarna kuning kepada Azuan..hikhikhik..sooo cute..


Azuan plak akan bagi hadiah kepada abang Athuf / abang boy, hadiah yang diterima oleh abang boy adalah kotak tempat letak barang yang berwarna biru..hihi


Next..turn abang Boy plak, Boy bagi hadiah kepada Mizah, ada 2 hadiah okay..Mizah tersenyum lebar menerima 2 hadiah daripada boy iaitu frame & mug chumel..huhu


Mizah plak, menyerahkan hadiah kepada Sofie (Nicol David Spore) hihi..hadiah tersebut merupakan sebuah lampu tidur yang sangat cantik & sweet..hihi..


Sofie pula akan memberikan hadiah kepada her close cousin iaitu Farzana, Wah!!! Farzana menerima headfone warna pink seh..sangat cantik..sofie bagi headfone kepada Farzana kerana Farzana mempunyai MP3..


Farzana pulak akan beri hadiah kepada Kak Fifi... Kak Fifi menerima gelang yang sangat cantik daripada Farzana.. jealous i tau..hihi..


Untuk Faiq & Danish, mereka akan bertukar hadiah sama sendiri..hihi..oleh kerana mereka berdua minat dalam perisian computer or IT..jeng3..kita tengok ape yang mereka bagi antara satu sama lain..hihi...kedua-dua mereka menerima speaker..hahaha..sangat kelakar, oleh kerana hadiah itu dibeli oleh mama mereka iaitu Bibik Azi & Mak Uda.. Danish & Faiq sendiri terkejut..hihi..U buy 1, u free 1..hahaha.. :P



Hero kecik iaitu Fikri & Anaki juga tukar hadiah sama sendiri..hihi...Fikri terima hadiah camera air yang dihadiahkan oleh Anaki, manakala Anaki menerima hadiah robot atas pemberian Abg Fikri..kesukaan kedua2nya..hihi..


Tidak ketinggalan kepada mak2 & ayah2...after Exchange gift antara cousins, around 11 pm Exchange gift antara auntie & uncle pula..Mummy (Mak Teh) bagi Mak Lang tudung, manakala Mak Lang hadiahkan Mummy kain batik..Bibik Azi hadiahkan Mak Uda Wallet yang Mak Uda sangat minat, then Mak Uda hadiahkan Bibik Azi tudung & brush..Mak Tar exchange gift dengan Auntie..Mak Tar bagi Auntie kotak yang sangat cantik yang sesuai untuk simpan barang kemas, then auntie belikan Mak Tar barang yang selalu Mak Tar beli bila Mak Tar balik Singapore..Jeng3x..iaitu towel, hihi..baru kini kami semua tahu...huhu..Mak Tar suka beli towel..hihi..Then bibik hadiahkan jam yang sangat2 cantik kepada Mak Ngah, then Mak Tar juga hadiahkan Mak Ngah sebuah kotak yang sangat exclusive kepada Mak Ngah..We all love you Mak Ngah .. Mak Ngah banyak berjasa kepada THE BASIRUN'S FAMILY dari segi wang ringgit serta pergorbanan yang tidak ternilai..Mak Ngah juga ada bagi sedikit pesanan kepada anak2 buah supaya tidak menderhaka kepada kedua ibu bapa & jaga mereka apabila mereka tua kelak seperti Mak Ngah jaga uwan..InsyaAllah Mak Ngah :)



Then tidak ketinggalan juga kepada ayah, abah & papa untuk sesi Exchange gift..hihi..Ayah (Pak Teh) exchange gift dengan Pak Lang..Ayah hadiahkan Pak Lang mug untuk minum petang, manakala Pak Lang hadiahkan Ayah kain pelikat..Pak Tar exchange gift dengan Pak Busu, Pak Tar hadiahkan Pak Busu lampu bilik yang sangat cantik, manakala Pak Busu hadiahkan Pak Tar T-shirt SWAT..


After sesi Exchange gift sudah berakhir, our lovely Bibik Azi hadiahkan souvenir kepada anak-anak buah..kepada Sarah, Sofie & Farzana Bibik hadiahkan seutus rantai yang sangat chomel..& sesuai dengan usia remaja mereka..Then kepada Kak Shishi, Kak fifi, Mizah & Deq G, bibik hadiahkan seutus rantai yang sangat cantik :) kepada anak teruna iaitu Safree, Boboy, Faiq, Azuan, Fikri & Anaki juga tidak ketinggalan, bibik hadiahkan setiap seorang cincin & pena yang boleh gantung kat leher..Thank you bibik, we love u Bibik..


Selepas sesi Exchange gift semua "lepaking" at swimming pool, untuk bersantai, emak-emak berborak, auntie ada pasang candle dekat pondok yang kita semua lepak siap spray ubat nyamuk lagi..hihi..auntie begitu perihatin :) kami cousin-cousin, tak habis-habis dengan sesi bergambar..hihi ^_^


Then, alang-alang ambil gambar semua try aksi jump shoot!! huhuhu..thank you kepada Danish yang ambil gambar ini..hihi..kelakar seh, masing-maging dengan cara lompatan yang berbeza..sangat enjoy time nih..hihi..Kak Shishi u all..hikhik..

So after jump shoot, semua balik bilik masing-masing untuk rehatkan diri & tidur..Ini kerana, keesokan harinya banyak aktiviti-aktivi yang kami lakukan bersama..hihi..stay tune untuk 2nd day kami di Bukit Merah Lake Town Resort..


Tuesday, December 21, 2010

'1st GA from Aesya'

2

Contest by cik Aesya
Due date : 30 January 2011

motto hidup saya : I'm better ,I'm faster, Stronger, I'm happier

saya tag :
Hanira
Cik Bambam
Aini

Monday, December 20, 2010

Back from Holiday

0

Sudah 5hari tak update blog..huhu..14th, 15th & 16th ke Bukit Merah Lake Town Resort, Perak, sangat enjoy .Banyak aktiviti seperti main skipping, twister, exchange gift among cousin, auntie & uncle, main tarik tali..fuhhh..sampai sakit sendi2..ahaks!!!

...17th actually masuk office, tapi kepala ting tong ting tong demam terpaksa MC, malam 17th pergi ke rumah mak ngah, malam tu Kak Wani punya majlis berinai..hihi..so sweet..bila la turn saya plak..hihi..18th bangun pagi, after breakfast & siap2 untuk jadi "door gift gurl" masa majlis perkahwinan Kak Wani..hihi..penat seh, tapi enjoy!! hihi..

Sunday, December 12, 2010

Kenapa PC kat office tak boleh access GengBlogger??

1
PC kat office tak boleh nak access website GengBlogger..Masalah yang berlaku adalah saya tidak boleh log in or connect GengBlogger thru FB..U all tahu tak ape yang tak kene dengan PC kat office saya?? Saya boleh access GengBlogger time weekend sahaja, yelah time weekend baru On9 kat rumah & guna laptop kat rumah....mujurlah laptop kat rumah boleh access GengBlogger kalo tak..tak boleh nak PING blog atau ikuti perkembangan GengBlogger.com.. dialu-alukan kepada sapa2 yang boleh sharing macam mana nak mengatasi masalah ini, saya dahului ribuan terima kasih :)

Saturday, December 11, 2010

"eqbalzack 2010 Giveaway Contest"

4
Oh Yes!! giveaway yang sangat best!!
Contest ini dianjurkan oleh Abg Eqbalzack
Hadiah : Calender Upin & Ipin 2011
Tarikh tutup 17 December 2010


Contest yang sangat menarik, tertarik & mengebom!! hehe..sapa kata budak kecik jew yang minat upin & ipin..betul tak? betul..betul..betul..hihi....saya peminat 2 orang budak botak ini..Rugi kalau tak join contest Abg Eqbalzack..kerana siapa bertuah akan menerima calender upin & ipin..Wah dapat calender Upin & Ipin sapa yang tidak mahu kan..hihi.. ^_^ Wish me luck!! Berharap dapat satu calender Upin & Ipin tu..hihi

Saya tag :
Cik Bambam
Aini Haslina


Count down 18 December 2010 : 6 HARI LAGI...

0
Keluarga Mak Ngah sibuk membuat persiapan perkahwinan

Hihi..count down??? count down untuk hari perkahwinan?? dup dap dup dap...berdebar-debar rasanya..hihi..agaknya macam tue perasaan bila nak mengakhiri zaman bujang..huhu..tapi..tapi..yang ini bukan saya yang menamatkan zaman bujang okay..hihi..Yang nak menamatkan zaman bujang adalah Kak Wanie cucu sulong The Nakim's Family~ hihi..Kami yang lain tumpang gembira & teruja kerana ini merupakan 1st wedding dalam The Nakim's Family...Semoga majlis itu nanti meriah, & berjalan dengan lanjar hendakNya..AMIN.. :)

Friday, December 10, 2010

Tak sabar menunggu ari itu 14th, 15th, & 17th December :)

2

Yeahhhh menghitung hari untuk hangout bersama cousin-cousin, auntie & uncle!!
hihi..saya sudah tidak sabar untuk melakukan aktiviti yang dirancang..
Semoga perjalanan kami bercuti selamat hendak Nya..
Amin.. :)

Kenangan raya tahun 2009

Auntie-auntie di S'pore :)

My Cousin di S'pore :)

"Jom Terjah Blog AnakDaraDen"

1
'create


Jom Join!! & Terjah Blog AnakDaraDen

Tarikh tutup untuk penyertaan adalah 27.12.2010. So, apa tunggu lagi. Jom sertai 1st Lucky Draw by AnakDaraDen sekarang juga.

Saya Tag :
1. Aini
2. Cik Bambam





Wednesday, December 8, 2010

7 Dec 2010 (1 Muharam 1432H)

0


Semalam, 1 Muharam 1432H...7 a.m saya membuat keputusan yang sangat sukar..& menyebabkan saparuh jiwaku pergi..melukai orang yang tersayang membuat diri ini turut terasa terluka..semoga apa yang berlaku ada hikmah disebalik-NYA....Ampunkan diriku andai diriku telah melukai hatimu..halalkan makan minumku...semoga Allah melindungi dirimu..semoga dirimu mendapat pasangan yang lebih baik dari diriku..AMIN..







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Klik here to join

Twitter Widgets
Powered By Vistaprint
Free Auto Backlink
Facebook Widgets
Powered By Vistaprint
Web Directory
OnToplist is optimized by SEO
Add blog to our directory.