Apr 29, 2011

Jumaat penghulu segala hari..

Salam Jumaat semua..

Apa kata luangkan sedikit masa untuk kita renung, fikir dan timbang-timbangkan perkongsian hari ini.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apa pun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal dunia terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak terlepas dari melakukan kesalahan

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepadaNYA kerana kita masih mampu untuk terus hidup !


Note: Hari nie en.hubby datang ke Ipoh untuk menjemput ku pulang pada hari ahad ini. Semoga perjalanan en.hubby selamat sampai ke rumah Bonda..amin

Apr 28, 2011

Mulakan perubahan dalaman , pasti ianya akan menghasilkan...


Walau dalam apa jua keadaan kita hari ini,samada bahagia atau derita, jangan sekali-kali kita cuba menyalahkan takdir. Walau apa pun juga yang berlaku kepada kita sepanjang hidup ini, pasti ada sebabnya yang perlu kita terokai dengan mata hati kita kerana setiap sesuatu yang ALLAH jadikan, pasti ada penyebabnya.

Jika ketika ini kita sedang bergelut dalam pelbagai masalah tidak kira apa juga masalah yang dihadapi, janganlah merungut, tapi renungkanlah hikmah yang tersembunyi disebalik masalah itu.

jika ketika ini kita sedang bergelut dengan masalah kewangan, carilah hikmah disebalik setiap masalah kewangan yang anda alami.

Lihatlah keadaan kita ketika ini. Jika kita sudah bekerja keras tetapi masih belum menampakkan hasil kewangan yang baik, jadi buatlah perubahan. Mungkin perubahan di atas setiap usaha kita , atau mungkin juga perubahan perlu di lakukan dari dalam diri kita. Seperti berubah dari cara atau kaedah berfikir. Berubah dalam menguruskan emosi dan perubahan juga dari segi meningkatkan kekuatan spiritual. Perubahan yang paling baik adalah bermula dari dalam diri kita sendiri.

Ramai yang berkata , sudah bekerja keras membanting tulang mencari rezeki, malah ada yang melakukan sehingga 3 kerja sehari semata-mata untuk mendapatkan pendapatan yang baik. Tetapi duit yang datang umpama air, masih sukar untuk menyimpan wang atau mengumpul harta.

Malah aku juga ada menemui individu yang amat mudah untuk mendapatkan wang, adakalanya wang hadir ketika beliau tidur, malah adakalanya wang hadir ketika beliau bergelak santai bersama kawan dan teman. Malah kebanyakkan wang yang datang ketika beliau tidak menjalankan apa-apa urusan urus niaga secara fizikal. Pendek kata ianya boleh dianggap sebagai pendapatan pasif.

Adakah hanya individu yang terpilih sahaja yang mampu memperolehi wang seperti itu? Oh tidak! kerana ALLAH itu Maha Adil, setiap hambanya memperolehi peluang untuk berjaya dan gagal, malah setiap hambanya disediakan rezeki masing-masing.Cuma bergantung kepada diri kita yang mencorakkan perjalanan hidup kita. Mulakan dengan perubahan dalaman..pasti ianya akan menghasilkan perubahan diri yang hebat. Apa yang penting lihatlah sesuatu perkara yang berlaku pada diri dalam pandangan yang positif, pasti hikmah disebalik kejadian dapat kita lihat dengan sejelasnya

Apr 27, 2011

Rahsia di sebalik perbualan atau gurauan


Sejak kebelakangan ni agak sibuk dengan tugas seharian, tak putus-putus dengan site visit. Tapi peluang untuk berjumpa dan berbincang bersama otai-otai dalam bidang ni memang sesuatu yang berguna, kalau pun bukan untuk hari ini tapi untuk masa akan datang.

Dalam pada itu, salah seorang rakan kurang sihat dan meminta aku membelikannya panadol untuk mengurangkan ketidak selesaannya, jadi aku singgah di sebuah kedai runcit. Bila masuk ke kedai runcit tersebut aku terdengar perbualan tuan punya kedai ( agaknya sebab dia ada kat kaunter kedai runcit tersebut ) dan seseorang yang ada di situ, mungkin pelanggannya.

“Boss terror kan, cuba teka apa yang ada di dalam tangan aku ini?”, tanya pelanggan kepada taukeh kedai sambil menunjukkan genggaman tangannya.

“ Apa u ingat ini nujum pak belalang kah ? bagi clue lah”, pinta si taukeh.

“Baiklah, benda ini bentuknya bulat seperti telur.”, ujar pelanggan tadi.

“Tips lain?”, tanya si taukeh lagi.

“Warnanya seperti telur juga.”

“Bayangan lain?”, rayu si taukeh lagi.

Pelanggan tersebut menggeleng-gelengkan kepalanya sambil berkata : “Belum cukup clue lagi kah boss ?”

“emmm, jika ia dimasak rasanya seperti telur. Isinya cair dalam keadaan biasa, tetapi apabila di masak ia akan berubah menjadi keras (pepejal).”, katanya untuk tidak menghampakan si taukeh, agaknya.

Setelah berfikir panjang, taukeh kedai menjerit dengan yakin dan penuh kegembiraan, “Aku dah tahu jawapannya. Ia adalah sejenis kuih! Betul tak?”

“Ish ish ish ish”. Pelanggan menepuk dahinya sambil menggelengkan kepala. Lantas membuka genggamannya……

Nak tahu apa yang ada di dalam genggaman pelanggan tadi ? ianya sebiji telur ! telur tu pulak di ambil dari tray yang ada di depan taukeh tersebut…..Emm terpikir apa rahsia disebalik perbualan mahupun gurauan tadi……

Setiap kali memberi pembayang, pelanggan tadi mengatakan sama seperti telur, tapi jawapan si taukeh langsung tidak berkaitan dengan telur. Kenapa ek ? Loyar buruk kah dia ? Mungkin korang di luar sana ada jawapannya atau memahami maksud tersirat disebalik cerita ini….apa kata kita kongsikan bersama..

Apr 26, 2011

Penjual belon di funfair


Ada seorang lelaki yang hidupnya bekerja sebagai penjual belon di funfair. Setiap hari, jika jualan belonnya kurang, dia akan melepaskan satu belon helium, belon itu akan terbang ke atas, kanak-kanak yang melihatnya akan mahukannya dan secara tidak langsung jualan belon akan meningkat.

Suatu hari, bila jualan belonnya berkurangan, dia melepaskan satu belon merah, tiba-tiba jaketnya ditarik dari bawah..Bila dia pandang ke bawah, terlihat seorang budak lelaki.

Budak kecil tu bertanya,”kalau pakcik lepaskan belon merah yang lagi satu tu, adakah ia akan terbang ke langit juga?” Dengan ringkas pakcik belon tu menjawab,” adik, ia bukan sebab warna belon tu membuatkan ia akan terbang, tapi apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang membuatkan ia terbang ke langit.”

Apakah kaitan cerita di atas dengan kehidupan kita ? Sedar atau tidak, prinsipnya adalah sama dengan kehidupan kita. Apa yang terkandung di dalam belon tersebut yang boleh buat ia terbang ke atas? Dan apa yang terkandung dalam diri kita yang boleh buat diri kita berjaya ? Setuju tak kalau saya katakan ianya adalah sikap kita ?

Teringat kata-kata my ex boss, katanya dalam segala hal, apa yang paling penting value on you. Kalau nilainya kaca, simpan dan letak kat mana sekali pun, nilainya tetap kaca tapi kalau nilai kita adalah permata, kat ceruk mana sekalipun orang akan berlumba-lumba untuk mendapatkannya. Sama-samalah kita fikirkan.

Tolong carikan aku jalan untuk kembali...



Di mana aku sekarang ye! Entah la aku sendiri tak tahu aku kat mana sekarang. Tengok bawah masih berpijak di bumi yang nyata. Tengok atas masih di payungi dengan langit nan luas. tengok kiri dan kanan ok line clear.. Jadi apa tunggu lagi ' jom kita melintas' hehehehe~ Ok gurau je jangan amek hati na! Kalau korang tak nak gelak pun tak pe.

Bila kepala tengah stress mula la nak buat keje tak senonoh. Something yang boleh mengembirakan diri supaya hilang semua rasa stress dan bebanan keje. Sejak kerja luar nie , aku jarang sesangat dapat update blog di siang hari . Kalau ada pun sekadar buka than tutup semula. Tak pun pergi seround dua blogwalking hai'2 sana.. hai'2 sini pastu aku tutup balik. Tak tau nak tulis macam mane. Idea mencurah'2 tapi satu pun x dapat di keluarkan. Tak tau la apasal mungkin sebab stress dan penat kerja kot sehingga otak pun jadi beku huhuhu~

Urmmm.. Rasa macam dah sesat entah ke mana je. Berbeza dari sebelum nie.Hari'2 yang berlalu pun rasa macam sama je. Satu tujuan dan satu matlamat iaitu KERJA.Cuma yang peningnya aku tak ada masa untuk buat benda lain kerja..kerja..kerja..kerja.Minta tolong carikan aku jalan nak kembali seperti sebelum nie boleh tak? Ke dah sampai masanya untuk aku bersara dari kerja macam nie. Better aku buat business yang bersesuaian dengan aku. Apa pendapat korang??


Apr 25, 2011

Aku bukan kurang ajar ok !




Pernah tak korang mengalami situasi seperti yang aku alami nie.Walaupun korang lihat aku menulis dengan membahasakan diri AKU tapi itu tidak bermakna aku tiada adap memanggil orang yang lebih tua dari aku dengan panggilan nama. Pernah terjadi di antara aku dengan seorang blogger nie , selama nie aku memanggilnya dengan nama saja tanpa ada kakak. Sebab masa tue aku sangkakan dia sebaya dengan aku. Sampai la pada satu hari tue aku lihat di profile facebook beliau , rupa'2nya beliau lebih tua dari aku dalam 5 tahun bezanya. Lepas aku tau tue cepat'2 aku minta maaf. Ia bukan sesuatu yang di sengaja..Nasib la blogger tue jenis open dan lebih selesa aku memanggil nama saja...

Tapi hari nie aku bukan nak cerita pasal blogger tapi aku nak cerita pasal hubungan ahli baru samaada di sebelah kita mahupun di sebelah suami kita. Maksud aku sekiranya sebelah kita mahupun sebelah suami kita akan bakal menerima kakak/abang ipar yang lebih muda pada kita , apa yang harus kita panggil. Nak panggil kakak rasa macam tak sesuai sebab muda sangat.Nak panggil nama macam kasar je bunyinya.Urmmm.. Apa ya yang sesuai?

Aku mengalami dua situasi sekarang nie. Bakal kakak ipar aku iaitu tunang kepada abang aku lebih muda daripada aku. Mudanya bukan setahun dua tapi 3 tahun. Jadi terfikir gak la macam mana kalau sudah menikah nanti , aku nak panggil apa.Betul kita kena menghormati isteri abang kita dengan panggilan yang sesuai dan mengikut pangkatnya.Tapi ada rasa sedikit ralat pulak! Sebab abang aku yang lagi sorang pun tunangnya muda setahun dari aku. Tak pe la panggil name sebab jarak usianya x jauh beza dengan aku.Tapi yang nie ermmmm....

Lagi satu situasi sebelah suami. Husband aku anak kedua dari 3 beradik. So adik en.hubby nie tua dua tahun dari aku , begitu juga dengan isterinya. Masalahnya sekarang aku rasa macam ganjal kalau nak panggil nama sebab rasa macam tak hormat. Diorang pun panggil aku dengan nama je , tak ada title kakak pun. Tapi tak pe la mungkin sebab dorang rasa aku lebih muda dari dorang tapi yang tak bestnya aku la. Sebab aku lebih muda dari dorang jadi nak panggil abang atau kakak macam tak sesuai pulak. Mane ada kakak ipar panggil adik ipar dan biras abang dan kakak kan. Adoi susah jugak kan huhuhu~

Rasa macam masalah besar lak. Korang ada pengalaman tak macam nie kalau ada jom la kita sharing kat sini?


Terima kasih kepada blogger yang sudi...




Entri ini ditujukan khas kepada pengikut-pengikut dan mereka-mereka yang rajin singgah untuk memeriahkan blog ni. Dengan rasa rendah dirinya aku ingin mengucapkan bebanyak'2 terima kasih kerana kesudian korang semua singgah di sini walaupun tanpa kunjungan balas. Tapi kalau ada yang tak nak follow pun takpa. Janji kita seronok berwalking-walking , berjogging-jogging
dan menambah kenalan. Walaupun di alam maya tapi sembang macam dah kenal lama.

Ok la sebelum aku mengarut lebih panjang , better aku bagitahu buat masa nie sinar raudah tidak dapat membalas semua kunjungan rakan'2. Ini kerana tuan empunya blog tersangatlah busy. Sampaikan nak skodeng satu blog pun tak sempat. Jangan korang tertipu dengan entri nie , semua entri yang di hasilkan secara autopublish. Aku tak nak menghampakan pembaca yang singgah di sini. Tak elok la kalau tetamu datang tapi rumah kosongkan. At least walaupun tiada penghuni tapi tuan rumah tetap menjamu tetamu yang datang..Tak gitu hehehehe~~

Note : Entri ini juga khas untuk semua follower dan pembaca setia Sinar Raudah. Terima kasih sekali lagi! Ingat korang jangan follow kerana blog ni ramai follower ok. Tapi ikut la sebab rasa nak ikut.. eh..bukan..ikutlah dengan keikhlasan. Jangan terpengaruh dengan nombor2 itu. Tak semua yang dah ikut tu jadi pembaca setia blog kita. Biar jadi silent reader pun takper.


Apr 22, 2011

Masih belum terlambat untuk kita berubah


Percaya atau tidak, Kebolehan kita untuk mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri kita. Ini bermakna semakin kita yakin terhadap diri kita serta masa hadapan kita, maka lebih terbukalah kejayaan untuk kita.

Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang.

Kita tak akan dapat mengecapi kejayaan jika kita kekal dengan sikap sekarang ini. Kita kena berubah kepada sikap yang lebih baik supaya kita dapat mencapai tahap pencapaian yang lebih baik.

Sikap yang baik, mendorong kita mengambil tindakan yang baik, hasilnya kita beroleh pencapaian yang baik-baik.

Mulai hari ini, ubahlah diri kita. Perbaiki sikap, cara bercakap, cara bergaul, cara kita memandang orang lain dan ubah persepi kita terhadap kehidupan. Hidup ini tidak kejam sebenarnya, tapi kita yang kejam pada diri sendiri sebab kita tidak mengubah sikap dan tindakan kita menjadi sikap dan tindakan yang baik untuk kita mendapat hasil yang terbaik.

Jadi apa kata kita luangkan sedikit masa untuk kita renungkan dalam diri kita. Pejamkan mata dan lihatlah pada diri masing-masing. Pohon hati apakah yang telah kita tumbuhkan dalam dunia hati kita?

Bagaimanakah selama ini kita menjalani kehidupan kita?

Masih belum terlambat dan terlewat untuk kita berubah……


Note : Motivasi untuk diri sendiri dan perkongsian untuk semua...


Meninggalkan beban kita secara periodic

Salam perkongsian untuk semua.

Semoga hari-hari yang kita lalui indah belaka seindah pagi Jumaat yang mulia ini.

Seorang pensyarah sedang menyampaikan kuliah yang bertajuk stress management. Dia mengangkat segelas air dan bertanya kepada para pelajarnya, berapakah berat segelas air pada fikiran anda semua ? Para pelajarnya menjawab, beratnya dianggarkan 20 – 500 gram.

Ini bukan masalah berat secara total tetapi berapa lama anda memegangnya. Jika kita memegangnya selama 1 minit, ianya bukanlah masalah yang besar. Jika aku memegangnya selama 1 jam, lengan aku akan berasa sakit, dan jika aku memegangnya sepanjang hari, berkemungkinan anda semua terpaksa memanggil ambulan untuk aku. Berat sebenarnya adalah tetap sama, tapi makin lama aku memegangnya maka makin terasa bertambah bebannya.

Begitu juga dengan hidup kita ini, jika kita terus menerus membawa beban kita , lambat laun kita tidak akan mampu membawa dan menanggung beban tersebut. Beban itu akan meningkat beratnya. Apa yang harus kita lakukan adalah dengan meletakkan gelas tersebut , merehatkan tangan kita sebelum kita mengangkatnya semula.

Kita seharusnya meninggalkan beban kita secara periodic agar kita lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum kita pulang ke rumah dari pejabat dan sebagainya, tinggalkan beban perkerjaan yang ada. Jangan bawanya pulang ke rumah. Apa jua beban yang tergalas di bahu kita, cuba tinggalkan sejenak, setelah berehat, ambilnya kembali.


Note : Semasa entri ini di publish aku sudah pun dalam perjalanan ke Utara. Mungkin untuk beberapa hari aku tidak akan dapat membalas sebarang komen yang di tinggalkan. Insyaallah sekiranya ada masa terluang aku akan cuba balas perlahan'2.

Apr 21, 2011

Dapat juga aku lihat dengan mata aku sendiri



Yeahhh!!! Finally dapat juga tangkap sendiri nombor nie 1345. Sekiranya 1 tue di tukar kepada 2 kan best lagi cantik nombor tue hehehe~ tamak'2 !! Papepun terima kasih kepada semua yang sudi follow blog aku nie. Walaupun aku tahu ada di kalangan mereka sekadar follow dan kemudian terus menghilang entah ke mana tapi aku tetap berterima kasih juga.

Kalau di lihat pada angka tue mungkin dah cukup ramai bagi aku. Aku pun tak pernah mengimpikan follower beribu'2 tapi cukup la sekadar yang ikhlas follow blog aku nie je. Orang kata jangan pandang kuantiti tapi pandanglah kualitinya. Kalau follower ramai tapi yang datang singgah baca entri kita seorang dua pun tak guna juga kan. So better follower sikit dan dah pasti jumlah follower tue seiring dengan jumlah yang datang membaca ke blog kita. Itu baru satu kepuasan. So kepada blogger'2 baru , tak perlu la mengejar follower. Kalu orang minat hasil tulisan kita orang pasti akan follow. Dan follower itu bukan sekadar berhenti berehat saja tapi sentiasa kerap datang singgah di blog kita.

Sebagai contoh lihat saja blog KAK CIK followernya tidak la seramai mane tapi kunjungan setiap hari ke blognya memang meletop walaupun hanya sekadar entri pendek tapi orang tetap akan singgah dan komen. So dapat lihat di situkan.Orang bukan pandang seramai mana follower blog itu tapi orang akan pandang betapa menariknya hasil penulisan yang di hasilkan.Tapi jangan pula ada yang terasa hati dengan kenyataan aku nie. Bukannya aku tak hargai setiap follower yang follow blog aku . Aku hargai sangat! Tapi aku lebih hargai kalau seseorang tue benar'2 ikhlas follow. Ikhlas yang aku maksudkan , ia follow kerana ia minat dengan blog aku tapi bukan kerana untuk menambah follower dia.Seperti yang sering kita lihat ' follow you follow me back'...

Terima kasih juga kepada blogger yang kerap berkunjung di teratak aku nie. Boleh di katakan setiap hari mereka tidak akan jemu singgah di sini.terima kasih kepada semua. Inilah tandanya mereka ikhlas follow sinar raudah. Blogger yang aku maksudkan seperti di bawah..

Azwa amani , Pia , Kak Munna , en.eelobor , Sarah-najwan , Kak Diana , Kak Ayu Citarasa Rinduan , kak zakie , Cma Sheima , En.sharomnasrudin , Eima , Panglima 7 , Nur Hawa , Faiz Farish , Kak Zaidah , Sarah Sazwani , Missbby , Kak Cik Ella , Atuk Phd , Sayangsayang ibu , En.ozzy , ibu intan , Lya Colour , kak yus , me suya , kak Yasminhamid , Angah Sayang , Kak Eida , Nurkass , Nmo2 , Kak Cik , Dni , Azzey , Eily , Aanie , Tuan Din , Bani , Apezs , Ummie Danish , Niesz dan beberapa orang blogger lagi ( kalau tak sebut nama jangan berkecil hati ye kadang'2 aku terlepas pandang. Terima kasih sekali lagi....



Lidah aku seksi , lidah kau ada ke !!!



Morning all..

Pejam celik pejam celik , sekarang kita dah pun berada di pertengahan bulan April.Wahhh!!! Pantas sungguh masa berlalu. Esok aku dah mula out station balik sehingga awal bulan Mei. Terasa malas sangat nak travel jauh'2 , ia sungguh memenatkan. Tapi nak buat macam mane dah nama pun tanggungjawab jadi terpaksa la tolak tepi semua alasan tue.Semangat'2 tak mau tansion'2..;)

Kalau ikutkan hati rasa macam nak cepat je settlekan semua kerja nie.Lepas tue baru rasa lega dengan bebanan yang di pikul. Ye la selagi tak settle selagi tue aku tak senang duduk , mane taknya payment dah dapat separuh tapi kerja baru 60% jalan. Insyaallah bulan nie dah boleh settle doakan aku ye kawan'2 semoga segala urusan di permudahkan.:)

Ok stop cerita pasal kerja sekarang aku nak tanya , kalau berdepan dengan orang korang akan memerhatikan orang itu ke atau sebaliknya. Maksud aku bukan perhatikan pakaian yang di pakai , kereta yang di pandu atau aksesori yang di kenakan tapi perhatikan ragam dan sikap orang tue. Macam aku , aku memang seorang yang suka memerhatikan ragam dan sikap orang lain. Bukan untuk di jadikan bahan kritikan tapi untuk di jadikan sebagai panduan bagi diri aku;).

Perkara yang sering aku perhatikan adalah time makan. Tak kira la samaada orang tue aku kenal atau pun tidak. Tapi ianya sudah menjadi suatu kemestian bagi aku. Pelik kan! Ye la sepanjang aku berdepan dengan pelbagai orang nie , macam'2 ragam yang aku jumpa. Ada yang suka bercakap semasa makan sampai habis berterabur makanan keluar dari mulut. Ada yang suka makan berbunyi berkecap'2 ( part nie memang aku tak suka:( ). Ada yang suka makan menjulurkan lidah terlebih dahulu sebelum memasukkan makanan ke dalam mulut berbanding dengan yang normal hanya membuka mulut saja. Ada yang suka makan menggangkat pinggan dan tak kurang yang suka menimbang sesuatu makan tue sebelum masuk ke dalam mulut. Tapi jarang kita jumpa orang yang makan dengan tertib ( aku tergolong dalam part di atas tue ).

Seorang kakak angkat aku pernah berkata. Sekiranya kita ingin tahu seseorang tue jenis macam mana kita boleh lihat time dia makan. Kalau dia jenis makan gelojoh dia mungkin seorang yang suka membuat sesuatu perkara dengan kelam kabut. Kalau dia jenis yang suka makan berbunyi , dia mungkin seorang yang tak fikirkan perasaan orang lain. Kalau yang jenis menjulurkan lidah nie aku kurang pasti sebab dulu aku pernah menegur abang long aku makan suka sangat keluar lidah. Maksud aku bila tangan di angkat ke mulut secara spontan lidah akan terkeluar ( tapi tak la menjulur macam anjing tue ye ;)) just keluar sikit je.. So di sebabkan kes ni la aku menjadi habit suka perhatikan orang makan...

Bile sudah di tegur abang long cuba untuk ubah tapi tak boleh mungkin sebab dah terbiasa. Sampai la satu hari tue aku yang makan berdepan denganya tanpa aku sedari , abang long memerhatikan aku makan lalu dia menegur. ' Cakap orang dia pun sama '. Mati'2an aku tak mengaku tapi bila dah terperasan sendiri , cepat'2 aku cuba ubah..keputusanya kadang'2 ok kadang'2 sama huhuhu~:( So di sebabkan itu aku mula menjadi habit memerhatikan orang time makan sampaikan masa mula'2 kenal en.hubby dulu , perkara pertama yang aku lihat cara dia makan. Nasib la dia makan jenis normal , buka mulut dan masukkan makanan ke dalam mulut. Tapi sebenarnya ramai yang jenis makan menjulur lidah nie kalau korang tak caya cuba lihat dorang makan.Jenis macam mane ragamnya...



Apr 20, 2011

Pengorbanan suami kepada si isteri


Pada zaman yang serba canggih dan moden nie ,ramai isteri2 telah lupa pengorbanan yang di lakukan oleh si suami. Mari kita lihat antara apa yang lelaki korbankan untuk wanita ataupun isteri..


1. KAIN…..kain lebih banyak ukurannya utk buat baju kurung daripada seluar lelaki. Lelaki sanggup beli kain yang banyak untuk isteri.

2. MESIN…..basuh/mesin parut kelapa/mesin jahit/blender/ oven/dan macam2 lagi mesin kat dapur rumah, semuanya lelaki lebih rela tak pakai, semuanya “ikhlas” bagi isteri guna.

3. SABUN,BERUS, PENYAPU…..sekarang ni kita semua tahu harga barang semuanya naik. Lelaki sanggup beli setiap bulan untuk isterinya sedangkan lelaki tak pernah gunakanya.

4. TUALA….lelaki cuma pakai sehelai saje tuala sedangkan setiap bulan wanita bertukar- tukar tuala..

5. BAJU…..lelaki cuma pakai sehelai saje baju dalam satu masa, tapi wanita pakai dua…ehem2 fikir sendiri erk!

6. BARANG KEMAS….lelaki tak pakai pun rantai emas, subang emas, gelang emas…..tapi beli jugak untuk isteri….

7. ALAT SOLEK….lelaki rela tak pakai gincu, maskara, eye shadow dan bagai2 lagi alat solek tapi sanggup beli untuk isteri.

8. KASUT….lelaki lebih rela pakai kasut yang tumitnya rendah demi isteri dia sanggup beli yg bertumit tinggi…

9. REHAT….40 hari wanita di beri rehat selepas melahirkan anak sedangkan lelaki mungkin akan di berhentikan kerja kalau rehat sebegitu lama….

10. AMBULANS…..setiap kali nak melahirkan anak, wanita dapat merasa naik ambulans sedangkan lelaki cuma ikut dr belakang dengan kenderaan sendiri.

MORAL: JGN DERHAKA PADA SUAMI..WARG. ..WARGH.. ….. Renung2kan dan selamat beramal… .


Note : Entri merapu malam nie hehehe~ jangan marah na ! Saja nak hilangkan stress nie....huhuhu~


Bila usia sudah di penghujung

Salam perkongsian untuk semua.

Aku tertarik dengan kandungan email yang baru aku terima. Meskipun tidak dapat di pastikan dari manakah sumber ini diperolehi. Namun ulasan mengenai penghujung usia kita memberi kesan yang mendalam dalam diri dan aku kongsikan untuk korang semua di sini.

Apa perasaan kita apabila mendapat perkhabaran mereka yang begitu dekat dengan kita ditimpa musibah ? dan apa pula perasaan kita jika tiba-tiba dimaklumkan kita menghidap penyakit kronik, yang tidak mempunyai peluang untuk hidup lebih lama?

Atau mungkin kita dapat terus menghirup udara segar, namun sudah tidak berupaya dan berdaya untuk bergerak bebas, segalanya perlu dibantu, dan hanya menanti keajaiban untuk sembuh. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui penghujung usia kita. Setiap detik berlalu bermakna kita makin dekat menghampirinya. Setiap majlis hari lahir yang disambut bermakna kian singkatlah umur kita. Walaupun angka usia kita akan meningkat dari masa ke semasa hakikatnya usia kita semakin berkurang, bukan bertambah…

Sakit merupakan peringatan, mengingatkan yang lupa, menyedarkan yang leka, dan juga satu cara ALLAH meningkatkan martabat seseorang jika setulusnya reda dengan ujian itu… …

Pun begitu berapa ramai di antara kita yang disuntik kesedaran mendalam, keinsafan seikhlasnya, hanya setelah melalui sakit dan derita berpanjangan. Tidak kurang yang mengucap syukur kerana nyawa tidak di rentap dengan tiba-tiba, tetapi di dahului dengan peringatan sakit, membuatkan kita sempat bertaubat, sehingga mampu merencana hidup baru dengan usia yang berbaki…

Mengapa hati ini terlalu keras untuk memerhatikan kejadian dan gerak alam untuk kita mengambil manfaat daripadanya, sebelum segalanya sudah terlambat apabila roh dicabut dari jasad ?…

Kerdilnya diri ini mengenangkan dosa demi dosa, sambil membilang sekelumit jasa yang ditinggalkan … alangkah kecilnya. Jika kita dapat berhenti sejenak, dan sempat bermuhasabah tentang erti hidup yang makin hilang, mungkin ia seperti satu kurniaan nikmat yang begitu hebat…

“ buatlah satu kebaikan yang akan terus hidup walaupun selepas kita mati ”


Apr 19, 2011

Berusaha untuk mengubah nasib



Aku teringat satu cerita yang pernah aku dengar dari cikgu aku masa sekolah dulu. Kisah tentang seorang lelaki tua dan seorang anak lelakinya yang mempunyai kehidupan miskin. Mereka tersangat la miskin. Si bapa bekerja sebagai seorang buruh kasar di sebuah kilang. Gaji yang dia dapat pun sangat rendah. Kerjanya umpama kais pagi makan pagi. Begitu la keadaan mereka sejak dulu, tidak pernah berubah walau sekalipun.

Suatu hari, si bapa berfikir sudah sampai masanya untuk keluarga mereka menamatkan takdir yang buruk itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menyekolahkan satu-satunya anak lelakinya yang masih kecil itu agar dapat mengubah takdir yang telah menyelubungi keturunan mereka selama bertahun-tahun lamanya. Pada masa itu, ilmu dirasakan lebih berharga berbanding emas dan perak.

Hari pertama anak dia kesekolah, si bapa amat bersemangat kerana melihat anaknya bakal menjadi satu-satunya keturunan keluarganya yang berpendidikan. Dia sudah tekad. Demi pelajaran anaknya, dia sanggup melakukan apa saja. Duit simpanan dikeluarkan walaupun itu sebenarnya adalah duit untuk membeli sebidang tanah yang diimpikannya selama ini.

Setiap pagi, dia sanggup menghantar anaknya ke sekolah menaiki basikal sejauh dua puluh kilometer. Biarpun dia akan kepenatan selepas menghantar anaknya dan masih perlu bekerja lagi, namun semua keletihan itu tidak diendahkan kerana bagi si bapa tersebut, keringatnya itulah yang akan mengubah nasib keturunan mereka.

Si anak jugak mewarisi semangat yang dimiliki oleh bapanya. Walaupun dia hanya mempunyai sehelai baju sekolah yang hampir luntur warnanya dan sepasang kasut yang hampir koyak rabak kerana bapanya menjumpai kasut tersebut di tong sampah, semangatnya untuk belajar tidak pernah luntur sama sekali.

Pernah sekali si bapa terlambat menghantar anaknya ke sekolah kerana masalah basikal. Apabila telah sampai, kedengaran lagu Negaraku tanda waktu belajar telah habis sedang berkumandang. Lantas si bapa membawa anaknya untuk pulang kerana tidak mahu anaknya berasa malu. Tetapi si anak tetap bertegas untuk masuk ke sekolah, dan menghabiskan sisa lagu Negaraku tersebut.

Bila aku ingat balik cerita tu, aku rasa sedih. Bayangkan, betapa susahnya orang miskin berusaha untuk mengubah nasib mereka menjadi lebih baik. Setiap peluang yang ada langsung tidak disia-siakan. Tapi, orang zaman sekarang ni terbalik pulak. Semakin kaya, semakin pemalas jadinya. Ramai yang tidak tahu menggunakannya dengan sebaiknya. Walaupun peluang sudah ada di depan mata, namun masih ramai yang buta.

Aku tertanya, masih ada lagikah insan yang bersemangat kental untuk mengubah nasib hidup seperti si bapa dan anaknya itu? Mungkin kebanyakan daripada kita sekarang ni hidup dalam kehidupan yang sederhana. Tapi, adakah itu menjadi satu tiket untuk kita bermalasan dalam menjadikan kehidupan kita lebih baik? Adakah selepas itu kita tidak perlu lagi bersusah payah mencari ilmu kerana berasa yakin hidup kita akan baik selama-lamanya?

Tepuk dada, tanyalah ilmu.

Note : Kredit kepada yang menghantar email ini kepada aku.


Apr 18, 2011

Bank Persatuan Malaysia Berhad telah di ikhtiraf sebagai Bank Koperasi Kedua selepas...



Bank Persatuan Malaysia Berhad..

Ramai di kalangan rakyat Malaysia terutama yang berada di sebelah pantai timur dan juga Selatan kurang mengetahui tentang kewujudannya Bank Persatuan Malaysia Berhad nie .Atau singkatanya BPMB berbanding dengan mereka yang berada di sebelah Utara. Bank Persatuan Malaysia Berhad telah di tubuhkan sejak tahun 1950 lagi. Satu jangka masa yang lama dan ia merupakan salah sebuah Koperasi yang kini telah di ikhtiraf sebagai Bank Koperasi kedua selepas Bank Rakyat.

Jadi kalau dah namanya Bank Koperasi sudah semesti konsepnya lebih kurang sama .. Cuma yang membezakanya , Bank Rakyat sudah lame bertapak dan di sebabkan itu mereka mampu memberi kadar dividen yang tinggi iaitu 15% berbanding dengan Bank Persatuan Malaysia Berhad pada kadar dividen 10% bagi tahun sebelumnya. Insyaallah tahun nie kita juga mengharapkan BPMB dapat memberi dividen seperti tahun-tahun sebelumnya. Kalau mengikut pada menyuarat agung kawasan hari tue banyak juga keuntungan yang di perolehi..Jadi kalau nak duit anda cepat bertambah boleh la melabur di Bank Persatuan. Aku sudah anda bila lagi.. Menabunglah untuk masa depan anda..hehehehe~ Terlebih kempen la pulak!.

Kenapa tiba-tiba aku bagi info mengenai Bank Persatuan Malaysia Berhad nie. Nak tahu kenapa sebab hari nie ada kuar info mengenai BPMB di media cetak utusan. Sesiapa yang baca utusan pasti dah tahu kan dan kepada yang belum tahu lagi tue boleh lihat di SINI dan sekiranya nak tahu dengan lebih lanjut lagi tentang BPMB boleh lihat di SINI.


Note : Saham Bank Persatuan Malaysia Berhad masih di buka sehingga di beritahu kemudian , jadi kepada yang tak sempat melabur di Bank Rakyat boleh la melabur di BPMB. Hanya Rm2000 saja setiap seorang sama ada ahli baru mahupun ahli lame yang ingin menambah saham yang ada.. Pinjaman peribadi juga di sediakan dengan tempoh pembayaran selama 20 tahun..

Bila sampai di rumah suami pulak menyiksa diri aku.. aduhai!!!


As'salammualaikum..

Lamenya tak update Sinar Raudah! Traffic pun jatuh merundum.. Tak pe la nak uat macam mane kan banyak perkara yang harus di beri keutamaan. Terima kasih kepada yang sudi singgah dan bertanyakan khabar? Terharu sangat..

Hari nie dah boleh update dan blogwalking rumah korang. Wahhh!! Rindunya pada kamu semua... Semalam baru sampai Kota Bharu x jadi ke Teluk Ramunia , dua tiga hari lagi baru pergi ke sana. Nak rest dulu badan penat sangat dan tak berapa sihat huhuhu~Bukan tak sihat sebab travel jauh tapi sebab semalam en.hubby ada bagi aku minum satu benda alah nie. Katanya bagus untuk kesihatan dalaman. Kalau ada sembelit , angin banyak dalam badan , gastrik dan penyakit seangkatan dengannya , ia dapat membuang dan meneturalkan balik kesihatan kita.

So aku pun minum la benda alah tue petang semalam. Kalau ikutkan hati memang x nak minum tapi kesian pula pada en.hubby , balik dari kerja bersungguh-sungguh dia bancuh minuman tue kat aku.. Siap tunggu aku teguk sampai habis lagi sebab risau aku buang hahaha~

Lepas dah minum tue , en.hubby pun cakap la minuman fibre nie bagus. Papa pun dah minum tadi habis semua dia cuci. Aku pula tanya cuci apa! Dengan slumber dia jawab cuci perut.. huhuhu~ mati la aku malam nie..

After 7 ke 8 jam perut aku dah mula spin dry. Pusinganya mengalahkan gasing yang berpusing laju sambil senak-senak gitu. Aku yang menahan kesakitan nie merungut la.Kalau tau minuman tue cuci perut , mama x mau minum tadi. Tersekso dah macam makan julap je ha!. En.hubby memandang aku dengan penuh senyuman , dia kata x pe sekejap je nanti ok la tue.. Start dari pukul 1 pagi aku ke toilet sampai la ke pagi nie. Non stop!

Pagi nie aku merungut lagi pada en.hubby. Kata kejap je nie asal lame sangat nie. Lagi sekali dia jawab dengan slumber x pe sebab badan mama banyak angin , usus x molek , tue yang effect dia lame. Adoi la!!! Tersekso wei.....


Note : Tak ada yang menarik untuk di ceritakan sepanjang aku bertugas. So tak mau cerita pasal kerja nanti akan membuatkan otak aku jem pulak! So mau cerita santai-santai saja ye!


Apr 13, 2011

Of from Malaysia for a few days




Morning all...

Thanks ye kepada semua yang sudi berkongsi pengalaman anda di entri INI. Alhamdulillah aku akan cuba praktikkan seperti mane yang u all katakan..Ramai kakak2 dan abang2 di alam maya nie yang lebih makan garam dari aku , jadi tak rugi kalau kita menimba ilmu sikit dari mereka. Betul tak!;)

Hari nie aku akan ke Singapore untuk urusan keje dan kemudian akan ke Dhaka Bangladesh untuk beberapa hari atas urusan Business. Sekembalinya aku dari Bangladesh nanti aku akan berkampung pula beberapa hari di Teluk Ramunia di mana projek aku di jalankan. Projek yang bergabung dengan 4 company nie akan mula beroperasi tengah bulan nie. So kena fokus betul-betul kalau tidak dapat memenuhi syarat yang di tetapkan , pihak petronas akan membatalkan kontrak serta merta ~huhuhu..:(

Selesai keje di Teluk Ramunia aku akan ke utara pula bagi menyelesaikan beberapa masalah bangla. Ada dua tiga orang yang sudah hampir tamat tempoh untuk di hantar pulang.Last sekali barulah settlekan kerja di Ipoh. So di Ipoh dapat la aku bermalam beberapa hari di rumah Bonda.Lame dah rasanya tak pulang ke kampung.. Rindu sangat dengan Bonda dan Ayahanda serta adik beradik yang lain:)..Awal bulan mei nanti baru En.Hubby datang menjemput aku. Arghhh!! pasti aku akan merinduinya.. Jaga diri baik-baik ye sayang..

Ok la have to go doakan aku ye semoga selamat pergi dan pulang. Sinar Raudah juga akan bercuti dari blogwalking untuk beberapa hari dan sekiranya ada kelapangan waktu aku akan cuba membalas setiap kunjungan korang! Semua entri yang di hasilkan selepas ini secara autopublish kecuali en.hubby tolong updatekan...Harap u all faham dan maaf sekiranya tidak dapat membalas kunjungan...




Beratnya hati nak tinggalkan suami..



Baru lepas call Bonda di kampung. Alhamdulillah Bonda dan Ayahanda sihat dan Abang Ngah yang baru lepas operation buat kali ke dua isnin lalu pun sihat. Cuma ada rasa mengilu lagi sebab di belah tempat yang sama. Mau mengambil masa lagi untuk pulih! Sian dia hope tahun nie tak de la tangguh kawen lagi , kalau tak nanya tunang dia.. huhuhu~

Tadi ngadu dengan Bonda , kenapa susahnya nak tinggalkan hubby. Even ummie dan abah ada boleh tengokkan pun hati still berat nak tinggalkan. Banyak yang aku fikirkan , makan dia nanti. Selalu aku masakkan! Pagi sebelum pergi keje , aku akan siapkan breakfast dia , aku akan hidupkan enjin kereta dia dan sementara menunggu enjin kereta panas kami berborak dulu. Bila sampai masa nak gi keje macam biasa salam2 than aku akan pandang kereta hubby sampai tak nampak bayang than baru aku masuk dalam rumah. Nie kalau aku tak de mesti dia rasa sunyi. Selalu aku nie jadi bahan usikkan dia. Alahai betul kata orang bukan senang nak berjauhan dengan suami nie. Tabik spring la pada pasangan suami isteri yang boleh berjauhan tue. Aku tinggal kejap pun dah libang libu hati..huhuhu~

Korang tau apa Bonda aku jawab. Tue la dulu masa belum kawen selalu suruh aku tinggalkan ayah kamu. Bagi alasan kata aku cemburu la , apa la . Sekarang bila dah kawen ko tau la macam mane rasanya nak tinggalkan suami.. Adoi Bonda slap la pulak! Tepat lak tue huhuhuhu~ Macam mane nak buat nie , nak bawa en.hubby dah confirm la dia tak boleh tinggalkan bank. Aduhai.. U all kalau berjauhan u all buat apa ye..Share la sikit bagi yang dah berpengalaman tue!!!


Perak menang besar Kelantan gigit jari.. Suami isteri bertikam lidah dapat sms berbaur hinaan..




Selamat pagi..

Hari nie aku nak story pasal game bola sepak semalam. Walaupun ramai yang dah tahu tapi aku pun tak nak terlepas sama untuk berkongsi kegembiraan ini di Sinar Raudah...:)

Sedikit berita rasmi yang aku perolehi...

Perlawanan antara Perak dan Kelantan malam tadi lebih menyebelahi tuan rumah iaitu Perak dengan jaringan gol 4-0. Perlawanan yang di saksikan lebih ribuan penonton cukup memuaskan hati para penyokong Seladang apabila Perak berjaya menumpaskan Kelantan dengan menang besar dalam perlawanan bola sepak malam tadi.Tahniah buat pasukan Perak! Kepada pasukan Kelantan jangan bersedih , adat pertandingan ada menang ada kalah. Baru nie u all berkenduri gol di Kelantan so malam tadi kasi la peluang kat orang lain pula kenduri gol ahaks...wakakaka~ gelak jahat sikit..:P

Di atas kekalahan semalam Kelantan yang selama ini mendiami kedudukan takhta liga sebelum ini sudah jatuh ke tangga no 4. Nampak gayanya kekebalan penjaga gol no 1 negara Khairul Fahmi Che Mat di depan gawang berjaya di robek penyerang Perak.Kekalahan ini juga mengejutkan ramai pihak terutama di kalangan penyokong Kelantan,termasuklah en.hubby aku. hahahaha~:P Namun mereka menerima kekalahan itu seadanya walaupun ada sesetengah penyokong Kelantan yang tidak dapat menerima kekalahan itu sehingga berlaku perkara yang tidak sepatutnya~ Hope lepas nie penyokong Kelantan akan lebih profesional lagi , jangan la bila kalah je nak gaduh nak bakorrr...;)

Ok stop cerita pasal perlawanan , kita berbalik kepada cerita sebelum perlawanan ini berlangsung pula. Berita tak rasmi ini di sampaikan oleh Amy Syaquena...

Ada sedikit kekecohan berlaku di Kota Bharu. Berikutan sepasang suami isteri yang sangat fanatik dengan pasukan kegemaran mereka telah bertikam lidah gara-gara si isteri menyokong pasukan Perak dan si suami menyokong pasukan Kelantan.Pasangan yang di maksudkan adalah Amy Syaquena dan En. Amirul Ridzuan :). Lagi bertambah terbakar bila salah seorang staff kepada En.Amirul Ridzuan @ lebih di kenali sebagai seorang blogger HISBANI Che Mansor telah menghantar kiriman sms berbaur hinaan kepada penyokong Perak di mana beliau begitu confident bahawa kijang akan menumpaskan seladang malam tadi. Tapi setelah beberapa minit perlawanan berlangsung berlaku sebaliknya pula. Dan di sebabkan itu dua penyokong fanatik Kelantan ini telah mengambil langkah mendiamkan diri kerana terasa terbakor dengan kata-kata aku. hahaha~:P

En. Amirul Ridzuan a.k.a En.hubby membisu seribu bahasa , manakala staff kesayanganya pula yang sama-sama bersetongkol untuk membakor aku juga mengambil langkah menuding jari kepada bosnya hahahah~:) dan di sebabkan peristiwa ngeri ini , mereka tido dalam keadaan kepanasan walaupun penghawa dingin sudah di pasangankan ke tahap max tapi still rasa panas. Sebab apa sebab terbakorrrr dengan orang perak hahahahah~:P

Sekian dulu berita tak rasmi untuk hari ini. Berita ini di tujukan khas buat dua penyokong fanatik Red Warriors.......Apa macam ok tak ! Jangan marah na gurauan semata-mata hahahaha.......;)



Apr 12, 2011

Review Khas blog-blog mantop!!!


Hey..

Time tengah free nie baik aku gunakan masa yang ada nie untuk review blog 3 peneka terpantas bagi segmen yang aku buat baru-baru nie. Sorry aku terpaksa buat review 3 dalam 1 coz memandangkan masa terlalu mencemburui aku. Tinggal sehari saja lagi than aku akan berlepas ke luar negara untuk beberapa hari.. Sorry ok! Aku nie kan hard worker a.k.a pekerja berdedikasi , so banyak komitment yang aku kena bereskan dulu. Hope korang faham erk! Aku bukan sengaja but serius dua tiga hari nie aku memang busy sangat... Hrmm , ok la dari aku melalut lebih jauh lagi better aku mulakan dengan review blog2 terpilih nie...Moga kita dapat mengenali antara satu sama lain.. Kalau masih belum mengenali mereka jemput la terjah ke blog mereka ye....


My Real Fairy Tales

Nama penuh puan empunya blog nie Hurin Adawiyah atau lebih mesra dengan panggilan Pia. Beliau salah seorang blogger yang terpantas di Sinar Raudah , bukan saja dari segi penglihatan meneka malah dari segi komen juga. Boleh di katakan setiap entri yang di postkan setiap hari , baik siang atau pun malam pasti beliau adalah salah seorang pengomen terpantas. Bukan senang tau nak dapat pembaca setia macam beliau nie. So tak rugi untuk korang mengenali blogger nie. Selain pantas , beliau juga seorang rakan di alam maya yang boleh berkongsi cerita. Kadang kala kalau aku ada masalah beliau la yang menjadi pendengar setia aku. Mungkin kerana situasi kami yang sama membuatkan kami faham antara satu sama lain...Untuk mengenali blogger nie boleh terjah di SINI...


Warna warni kehidupan

Nama penuh puan empunya blog nie pula Eily Md Rozali atau lebih mesra dengan panggilan Eily.Salah seorang blogger yang rajin singgah dan komen di Sinar Raudah. Even beliau mempunyai masalah internet dan tidak dapat meninggalkan komen tapi beliau still singgah dan baca entri di sini. Macam mane aku tahu! Aku tahu berdasarkan komen yang beliau tinggalkan di facebook , di bawah setiap entri yang aku publishkan..Setiap kali beliau komen , beliau akan sertakan alasan mengapa beliau tidak dapat komen di Sinar Raudah. Hargai sangat usaha beliau. Lagi bertambah hargai , bila aku dalam tertekan dengan masalah yang di lemparkan oleh orang sekeliling. Beliau cuba berusaha untuk memberi semangat kepada aku. Semua itu aku dapat lihat dari entri yang telah beliau hasilkan khas buat diri aku. Thanks Eily! Tak ada lagi blogger yang buat aku menangis selain diri beliau. Menangis bukan kerana sedih tapi kerana terharu dengan usaha beliau.. Thanks again dear.. Untuk mengenali blogger ini boleh terjah di SINI...


Sayang sayang Ibu

Name penuh puan empunya blog nie masih dalam pencarian.. hehehehe~ Aku just mengenali SS Ibu melayu blog saja berbanding dengan dua blogger di atas.Di awal aku mengenali beliau , aku memanggilnya dengan panggilan IBU tapi panggilan itu tidak kekal lame. Mungkin kerana aku rasa tidak sesuai kerana kebanyakkan blogger memanggilnya dengan panggilan kakak. So untuk lebih selesa aku panggil dengan panggilan Sayang Ibu. Sedapkan! SS Ibu juga salah seorang blogger yang kerap singgah di Sinar Raudah. Boleh di katakan beliau salah seorang blogger yang mengikuti perkembangan Sinar Raudah. Terima kasih SS Ibu. Bukan senang nak buat orang suka dengan apa yang kita tuliskan.So untuk mengenali blogger ini boleh la singgah di SINI...


Review Khas Bicara Ozzy

** Firstly aku nak ucapkan terima kasih kepada tuan empunya blog Bicara Ozzy iaitu Encik Ozzy kerana menyenaraikan blog aku *Sinar Raudah* sebagai salah sebuah blog yang kerap di lawati 2011. Memang tidak di nafikan apa yang beliau katakan itu banyak benarnya. Sejak dua menjak nie aku tak dapat menghasilkan entri yang betul-betul boleh buat para pembaca aku suka dan puas hati. Kebanyakkan entri yang di hasilkan lebih kepada emosi aku je.. Di tambah pula dengan faktor kesibukkan yang melampau , membuatkan masa di SR sangat terhad. Sorry!! Insyaallah setelah semuanya selesai , aku akan cuba mencuri kembali hati-hati para pembaca aku..Ok tak mau cite panjang , kang tak pasal-pasal u all boring lak tengok entri yang menjela nie so nak tahu apa yang en.ozzy katakan pada aku boleh lihat di SINI....**



Salam takziah buat Kak Ayu Citarasa Rinduan di atas...


Al Fatihah...


Kepada mereka yang mengenali Sis Ayu aka Ayu Citarasa Rinduan , Marilah kita sama-sama sedekahkan al fatihah di atas pemergian bapa mertua beliau. Semoga Roh arwah di cucuri rahmat dan tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. Salam takziah buat sis ayu dan suami serta ahli keluarga Citarasa Rinduan..Semoga tabah menghadapi ujiannya..

Sabar dan syukur padanan yang sangat harmoni


Salam perkongsian untuk semua, semoga hari-hari yang dilalui memberi seribu makna buat kita semua.

Setiap yang hidup ini dijadikan secara berpasang-pasangan, siang pasangannya malam, hidup pasangannya adalah mati, bersabar pasangannya adalah bersyukur.

Dalam meniti kehidupan kita, pasti pelbagai coretan yang akan menghiasai diari sebuah kehidupan. Namun apa jua yang terhambar di depan mata kuncinya adalah sabar. Bukan hanya ketika kita ditimpa masalah malah ketika sedang diulit kesenangan.

Bila menyentuh soal sabar, ramai di antara kita merujuk kepada musibah mahupun kesusahan. Tanpa kita sedari kita juga perlu bersabar dan bersyukur di atas segala kesenangan yang diberikan kepada kita.

Sekiranya kesabaran ada dalam diri kita, kita akan tetap meneruskan amalan walaupun seluruh tubuh kita berasa sakit dan seolah-olah tidak berupaya untuk bergerak.

Bila kita terlantar di hospital, maka kita bersabar untuk terus mengingati ALLAH. Lalu bila kita sentiasa menyebut-nyebutNYA, maka “ kesusahan ” atau “ musibah ” itu sudah tiada nilai yang boleh menyebabkan rasa gundah gulana. Malah kita terus bersabar menjalankan tanggungjawab harian kita. Ia dilakukan kerana ALLAH.

Bila orang bersyukur, maka sabarnya amat mudah sekali. Bagaimana pula mahu menterjemahkan rasa syukur? Ia sama sahaja dengan kaedah bersabar. Ia sepatutnya menyebabkan manusia lebih hampir kepada ALLAH.

Sabar dan syukur padanan yang sangat harmoni. Ia bersifat kesalingan. Aku berdoa agar kita semua sentiasa diberi rasa sabar dan syukur di atas ujian atau keriangan yang dianugerah ALLAH.

Kerana hidup ini hanya bersifat sementara dan tidak ada yang kekal buat selamanya, aku bersyukur kerana merasai pelbagai “ rasa ” dalam hidup ini kerana dengan “ rasa ” itulah aku terus bangkit untuk meneruskan kehidupan ini. Dengan “ rasa ” itu aku belajar erti bersabar dan dengan bersabar aku dapat melalui kehidupan ini insyaALLAH dengan sebaiknya.


Note: Banyak blog tak sempat blogwalking semalam , so hari nie aku akan cuba balas semua kunjungan ok..

Apr 11, 2011

Mereka yang berjaya meneka di segmen saja suka-suka meneka


Happy Monday all..

Sorry masih tak sempat nak update! Blogwalking pun mane yang sempat je.. Nanti kalau aku dah free aku singgah rumah korang ok. Jangan terasa hati lak , lambat atau cepat aku pasti akan singgah.. Sabarrr ye!!!

Ok Firstly aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa menjawab segmen saja suka-suka meneka semalam. Aku sudah dapat 3 orang yang berjaya meneka dengan tepat. Mereka 3 orang nie terdiri dari blogger Pia , Eily dan sayang ibu.. Tahniah ye mata anda cukup tajam.. Nantikan review blog dari amy dalam minggu ini ye! Thanks sekali lagi....



Jawapannya 10 ekor...

Apr 10, 2011

Segmen saja suka-suka meneka..Jommmmm


Happy weekends all...

Sorry im not in a mood to be updating my blog today. There are too many things inside my tiny rock-headed brain. All i can think about my new Project at Teluk Ramunia. Arghhhh! stresss.. Hopefully next week imigresen can settle down all the problem for renewel permit.. I need 40 people more before end of this month.. huhuhuhu~ Anybody can hepl me!!!!!

Amboi Speaking London pulak aku hari nie. Ayat pun berterabur ada hati nak speaking London hahaha~ ada aku kisah... Ok la untuk merehatkan minda kita di hujung minggu ini apa kata aku adakan satu segmen suka-suka. Segmen yang di beri name Saja suka-suka meneka... Caranya mudah saja , u all just lihat pada gambar di bawah ini dan cuba cari seberapa banyak burung yang ada di dalam gambar nie..Dah ada jawapan u all hanya perlu kasi angkanya saja sebagai contoh 6 ekor di ruangan komen ini. 3 Jawapan yang tepat dan terpantas akan menerima review blog dari blog aku.. Apa macam ada berani tak!


Klik gambar untuk imej yang lebih besar...

Note : Segmen nie just for fun , sorry sebab tak ada hadiah.. Aku masih fobia dengan pos malaysia. Barang yang aku pos yang nilainya rm300 hilang amcam tue je untill now x de apa2 jawapan pun huhuhuhU~


Apr 9, 2011

Hati panas handphone buat hal


Alhamdulillah selesai sudah.. Tahniah kepada semua yang berjaya termasuklah FIL aku. Sorry tak dapat update situasi majlis tadi coz handphone aku buat hal. Masuk virus pulak ha! Habis semua gambar yang ambik tadi tak dapat lihat..Nak harap phone satu lagi memory pulak full.. Macam-macam hal ! Eeeeeeee..geram betul la time-time nie la nak buat halnya. Jangan no semua hilang sudah lah , mati aku mane nak cekau no-no client nie..huhuhuhu~

Mood sakit hati , sakit jiwa , gerammmm semua ada ha!


Mesyuarat Agung Kawasan 2010 Bank Persatuan Malaysia Berhad


Morning all...

Pagi nie aku just nak update pasal Mesyuarat Agung Kawasan 2011 Bank Persatuan Malayisa Berhad. Majlis bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB.. Jadi kepada mereka warga kelantan yang menjadi anggota sebelum 31 DEC 2010 Bank Persatuan di alu-alukan menghadiri majlis ini.

FIl aku masuk dalam pencalonan perwakilan Bank Persatuan kawasan Kelantan. Kalau ada yang hadir tue sila-sila lah vote Tuan Haji Abd Razak ye! hehehehe~Ok la have to go bye jumpa petang nanti ye sebab lepas majlis nie aku ada jemputan birthday party anak cousin hubby..Jadi petang baru boleh blogwalking..

Apr 8, 2011

Tercabar dengan blogger Eelobor



Selamat petang semua...

Gempak je bunyi tajuk kan hahaha~ Actually aku telah di jemput oleh En.Eelobor untuk menyertai segmen yang beliau anjurkan iaitu Maghi belajo Bahaso Kelate.Segmen nie saje suka-suka bagi mempelajari bahasa kelate. Serius beb aku bukan pandai sangat bahasa kelantan nie coz aku 100% orang luar. FIL selalu cakap kalau aku kecek dah supo ore siam ja hahaha.. Dan di sebabkan itu juga aku lebih selesa kecek luar. Tapi en.hubby kecek kelate gan aku , so sikit-sikit tue boleh faham la... Kalau masa awal-awal dulu sepatah haram x faham , la nie dah dua tahun lebih boleh kiro la fahamnya hehehe...

Hrmmm..nak minta bantuan en.hubby dia pulak sibuk di Dewan Jubli. Set up Dewan untuk mensyuarat Agong Bank Persatuan besok. So di sebabkan tak nak menyerah kalah , aku cuba la jawab.Kalau salah pun tak malu sebab aku orang luar hahahaa~ Kepada u all yang rasa nak join segmen En.Eelobor nie boleh klik DI SINI.. Seronok juga sekali sekala belajar kecek kelate nie.. Jom kita terjah blog tuan penganjur....



Kembar Abang Nara aka Beautifulnara


Bantuan di perlukan !

Semalam dok sibuk bertekak dengan en.hubby pasal satu gambar nie.. * bertekak manja tau tapi bukan bertekak bertegang urat ok * hehehehee~

En.hubby aku nie pembaca setia beautifulnara.. Boleh dikatakan setiap hari dia akan mengikuti perkembangan Abang Nara kita nie. Kadang , kalau aku terlepas entri-entri Abang Nara en.hubby la yang akan story kat aku.. Ye la aku nie kalau blogwalking , suka pergi blog yang biasa aku singgah je. Kalau nak pergi blog gosip nie kena tengok pada mood dulu. En.hubby lak bukan suka sangat baca pasal gosip tapi dia suka baca komen yang di tinggalkan pada satu-satu entri tue. Pelik kan ! Dapat pulak kalau satu entri tue komennya more than hundred. Mula la dia skodeng satu-satu komen yang di tinggalkan.. Lepas tue ketawa sendiri ...Hahaa pelik sungguh laki aku..

Jadi semalam aku ada tunjukkan satu gambar nie kat en.hubby. Aku katakan muka yang ada dalam gambar nie sebijik macam Abang Nara. So en.hubby pun lihat la sambil berkata ish tak de langsung macam Abang Nara. Pastu ketawakan aku sambil guling-guling hehehe*ayat tambah tue* Macam mane la mama boleh cakap sama , terang-terang muka dorang lain.. huhuhu~Sedap je dia ketawakan aku , nak buat macam mane dah aku tengok muka dorang ada iras-iras..

Jadi untuk memuaskan hati aku , better aku minta bantuan korang semua.. Adakah gambar ini menunjukkan muka mereka ada iras atau sebaliknya. Kalau jawapan berpihak kepada aku malam nie en.hubby kena belanja aku kepsi hehehe~ Tapi kalau jawapan banyak berpihak kepada en.hubby so jawabnya malam nie aku kena masak kari ketam huhuhuhu~

So please lihat betul-betul gambar di bawah nie. Adakah muka mereka ada iras.. Jawab dengan jujur tau huhuhu~ So layan.....


Abang Nara aka Beautifulnara


Kawan sekolah aku..


Amacam same ke tak! Ke mata aku nie problem...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Belog KAK AMY Copyright © 2015. Design by MaiGraphikDesign