Tahun 2010 aku mulakan tanpa resolution.. Bukan sebab aku nie seorang yang tidak berazam atau tidak punya cita-cita untuk move forwards tapi aku cuma mahu muhasabah diri sepanjang tahun nie ..Aku nak cari di mane ruang yang perlu aku perbaiki dan apa yang perlu aku tingkatkan lagi sebagai usaha untuk menjadi lebih berjaya...Alhamdulillah sedikit sebanyak aku tahu kelemahan diri aku dan insyaallah di lebaran baru nie aku cuba perbaikinya..
Bagi aku tahun nie adalah tahun yang paling mencabar buat diri aku..Baik dari segi kerja mahupun dari segi rumahtangga.. Tapi dalam masa yang same aku tetap bersyukur dengan rezeki yang tidak pernah putus ini.. Bila aku lihat hasilnya sekarang rasa hilang semua penat lelah aku selama nie.. Alhamdulillah terima kasih ya allah..
Mungkin hari nie aku rasa aku dah berjaya dalam kerjaya aku , aku dah berjaya menjadi seorang isteri yang taat dan patuh pada suami dan aku dah berjaya menjadi seorang anak yang tak pernah lupa akan tanggungjawabnya kepada ibu bapa .. tapi malangnya aku masih gagal dan masih tidak berjaya untuk bergelar seorang ibu..
Sedih memang sedih tambah tertekan dengan suara2 luar yang sering mengajukan soalan kepada aku.. Memang agak berat untuk aku terima ujian nie tapi walau seberat mane sekali pun aku harus tabah dan yakin apa yang terjadi pasti ada hikmahnya..
Aku bersyukur ke hadrat illahi kerana aku terpilih untuk menerima ujian dariNya..Itu tandanya aku di beri lebih perhatian oleh yang maha Esa dan terima kasih juga ya allah kerana Engkau telah meminjamkan aku satu lagi nyawa walaupun ianya tidak sempat untuk melihat dunia nie namun aku tetap gembira kerana aku dapat merasai saat2 yang di nantikan oleh setiap wanita yang sudah berumahtangga...Insyaallah tahun 2011 aku akan lebih berhati2 dan berjaga2 supaya peristiwa lame tidak berulang buat kali ke 3....Doakan aku ye kawan2!!!
Sebelum menutupi tirai 2010 nie aku bersama en.hubby dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pembaca dan pengunjung Sinar Raudah sekiranya sepanjang aku menulis entry di sini ada kata2 yang kurang menyenangkan hati u all atau ada yang tercuit sane sini aku mohon maaf.. Aku hanya sekadar manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan..
Dan satu hal lagi 2011 nie aku mungkin akan kurangkan aktiviti aku di Sinar Raudah kerana memandangkan aku baru dapat beberapa projek baru jadi aku harus memberi tumpuan kepada yang lebih penting tapi aku janji sekiranya ada kelapangan masa pasti aku akan update at least satu entry sehari pun jadilah kan hehehe(",) dan aku pasti akan singgah rumah korang walaupun tidak seperti selalu ..Ok la Selamat menyambut Tahun Baru semua , semoga tahun hadapan akan lebih bermakna dari tahun sebelum2nya , amin ...Love u all !!!