Oct 30, 2010
YEAHHH!!!! KELANTAN MENANG...
Oct 29, 2010
CARA MEMASANG IKLAN NUFFNANG DI BAWAH POST
Oct 28, 2010
WAITING FOR BOARDING
CARA UNTUK MENGUPDATE SURVEY FORM NUFFNANG
MACAM MANE NAK DAPATKAN BUFFERED EARNING NUFFNANG
MASYUKKK TAPI GEMBIRA DALAM KESEDIHAN
BERSIN KUAT SAMPAI TERCAMPAK....
Oct 27, 2010
THE KING OF CHICKEN ' KFC '
MENCARI JALAN DAN LORONG YANG....
PART 1
BERATNYA NAK BUAT KEPUTUSAN
Oct 26, 2010
KERANA KETAM BIBIR KU SEKSI
WARGA EMAS DENGAN KASUTNYA DI HOTEL MEWAH
KUDA PUTIH DAN SPEAKER MASJID
Oct 25, 2010
AKU DAN GULAI SIPUT SEDUT
TERPAKSA BOGELKANYA ...
SOPANKAH KALAU ADA YANG MAKAN SEPERTI...
SEMINGGU SAJE LAGI..
Oct 24, 2010
GENG PECAH RUMAH KEMBALI LAGI !!!!
Salam n morning all ...
Orang selalu kata ' rumah ku syurga ku '... tapi bagi aku tiada lagi istilah tue , apabila baru2 nie kejadian yang same berulang lagi , ini kejadian ke 4 sepanjang hampir 2 tahun aku tinggal di sini serius aku dah jadi fobia dengan apa yang terjadi ...kawasan rumah aku nie dah x selamat dan boleh di kategorikan kawasan black area , hampir setiap minggu ada je rumah kena pecah..
Terbaru rumah aku di masuki pencuri lagi setelah 3 kali percubaan , akhirnya dua hari lepas si la'anat durjana nie berjaya juga , kenduri besar la'anat tue siut coz anggaran kerugian kali nie mencecah lebih 5 ribu ringgit , barang kemas duit habis si la'anat tue sapu sampaikan radio kereta laki aku pun , la'anat tue kebas..memang sialan punya pencuri..
Orang ada dalam rumah pun dowang berani buat keje , siap boleh amek kunci kereta lagi .. yang pelik kami langsung x sedar , padahal malam tue en.hubby tidur agak lewat.. bijak sungguh la depa nie .. kalau la satu hari nanti aku dapat jumpa si la'anat nie , nak je rasanya aku katuk bagi separuh mati than baru aku serah dekat polis... menyusahkan orang betul ...
Nasib baik la kunci pagar dan dua buah kunci kereta lagi , dia x jumpa!! kalau tak , lagi naya mau dengan kete2 sekali dia angkut.. bahaya sungguh la dowang nie...serius !!! rumah aku dah x selamat , ada alarm macam mane pun dowang still boleh pecah masuk .. kami suspek dowang guna ilmu pukau sebab x sedar langsung... lepas nie tak tahu la nak buat macam mane lagi .. kena beringat dan lebih berhati2...
fobia sangat!!!!
Head cd player yang telah di rembat
Keadaan kereta yang berselerak di geledah
Riben , cermin mata hitam dan beberapa koleksi barangan
honda pun dia kebas , sampaikan buku honda pun ambik juga
nak buat apa la agaknya , x kan nak study pulak!!!!
Bengong punya pencuri....
ULANGTAHUN KELAHIRAN FATHER IN LAW
MACAM MANE NAK TAHU LELAKI ROMANTIK
Kena lah kenal pasti dulu apa kriteria 'lelaki romantik' tu.. apa yang dia kena buat untuk melayakkan diri untuk masuk kategori 'Lelaki Melayu Romantik' Kalau nak tetapkan standard kenalah ada garis panduannya kan. Tak boleh lah main hentam je. Asal tak kena ngan citarasa, terus kata 'issskkk, tak romantik langsung'
Kalau lelaki melayu tak romantik, lelaki bangsa mana yang romantik??
Dan aku nak tanya satu soalan 'camne nak tau lelaki tu romantik??'
Pandai memujuk bila kita merajuk??
Ohhh, kalau gitu harus suami aku di beri kredit. bab memujuk bini dia merajuk ni superb beb . Tambahan pulak kebelakangan ni , murah hati sangat. Bila bini dia jadi makin kememeh, sikit2 nangis, kena tegur sikit monyok, pastu bila dah malu sendiri, masuk bilik, tekup muka ngan bantal pastu meleleh lah air mata. dia datang memujuk sambil usap-usap sikit rambut. Suruh bini dia berhenti menangis. Bukan aku tak nak stop lah, tapi aku malu sebenarnya...heheheheh(",)...
Pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata.
Sweet talking... sape tak suka kan.. dihujani dengan kata pujian setiap masa. Asal masuk kete 'mama nampak cantik sgt hari ni ' Ohhh, sah hati berbunga-bunga dan kembang setaman sentiasa. Memang jadi idaman lah. Tapi bagi aku, aku tak harapkan sgt dia memuji. Kalau dia memuji pun aku akan macam 'nada pape ke nie kenapa??' *walau dalam hati ada skit rasa gembira* Sambil tengok muka dia tggu dia reveal kan perkara sebenar, paling pun dia akan kata 'alah..puji bini sendiri pun tak bleh' apa yang aku lebih harapkan dari dia adalah kami ada topik perbualan yang boleh diborakkan sepanjang masa. Kemahiran komunikasi dia lagi aku pentingkan. Bila dia tak sentiasa setuju dgn apa yang aku katakan. Ada je nak kami perdebatkan. Itu yang aku suka. Macam tu baru lagi romatik. Tak lah nanti asyik membisu je.
Sikap yang mengambil berat dan penyayang
Yang ni memang kualiti yang dicarik-carik.. Sape tak mahukan lelaki yang mengambil berat pasal diri kita. Sentiasa dulukan kita dari lain-lain benda. Nak buat apa smua pikirkan kita kan dulu. Tipulah kalau kata tak suka.
Apa lagi yang membolehkan seorang lelaki tu dikatakan romantik?? *pikir..pikir*
Bila dia sentiasa kaya dengan surprise?? Bila tiba-tiba ada org dtg opis antar bunga ngan coklat kat kita?? Bila balik umah, masuk bilik tgk ada kotak hadiah atas katil?? Memang seronok beb kalau dpt smua ni. bab atas katil dan bunga tue aku dah merasa cume coklat x mungkin kot sebab sebelum dia bagi kat aku , dia dulu sental bagi habis..gile coklat la katakan..(",) Tapi kalau takde smua ni, tak romantik ke dia?? Tapi kalau dah tu penanda aras yang kamu letak.. tak romantik lah dia. Tapi kalau bukan itu yang kamu perlukan.. maka romantik lah dia. sowie erk kalau pening dengan ayat aku...
Kesimpulannya, terserah kat diri masing-masing.
Tapi bagi aku, romantik tu bonus. aku lebih perlukan dia yang lebih bertanggungjawab. Yang sentiasa utamakan keluarga dari benda lain. Yang sentiasa mahukan yang terbaik untuk keluarga dia. Tak romantik pun takpe *tp kalau ada lagi bagus* tapi kualiti kat atas tu kena ada.
tak romantik takpe, tapi selalu2 lah bawak i jalan-jalan. next year ye sayang.
Oct 22, 2010
JAWAPAN BAGI TEKA MENEKA SESI KE 3
NAK HADIAH!! JOM KITA TEKA MENEKA SESI KE 3
TRAGEDI 18sx DALAM TOILET KAPAL TERBANG
Oct 21, 2010
MEMBACA NAME DI BATU NISAN BOLEH MELEMAHAN INGATAN
Gambar di atas nie aku google je , jadi korang jangan salah faham ye..mane tau ada yang salah faham terus ucap takziah dekat aku... biasa la kan selalu kalau orang tengok gambar kubur atau batu nisan , orang akan kata mungkin berlaku kematian tue atau terkenangkan salah seorang ahli kuarga yang telah pergi buat selama2nya...tapi gambar tue langsung tidak ada kena mengena...harap maklum ye!!!
Aku cume nak story pasal batu nisan , pernah x korang dengar orang kata membaca name di batu nisan boleh membuatkan seseorang itu pelupa , lembab atau lemah ingatan.. betul ke!! boleh pakai ke semua tue , ke ia hanya kata2 orang tua2 saje... aku pelik jugak macam mane kalau ada sesetengah orang yang jenis setahun sekali ke kubur dan kubur pulak semakin hari semakin bertambah penghuninya.. dah pasti la ada di kalangan mereka yang terlupa kedudukan kubur yang biasa mereka ziarahkan.. cara untuk mencarinya adalah dengan membaca name di batu nisan.. kalau x baca macam mane nak tahu kan , x kan la nak telifon semua sedara mara pulak lagi merumitkan melainkan ada tanda yang mudah di kenali..
Jadi untuk clearkan tanggapan aku dan orang ramai jom kita kongsi kebenaranya.. kalau ada sesiapa yang tahu dan arif boleh la nyatakan di sini ..sekurang2nya dapat juga kita kongsi bersama..
MACAM NIE PUN ADA KE
KUANTAN – Misteri kehilangan bakal pengantin yang dijangka berkahwin 12 November ini, Rozaliya Mat Lazim, 20, akhirnya terungkai apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur petang semalam.
Gadis itu bekerja di situ sejak dua hari lalu dan menyewa rumah bersama beberapa rakan berhampiran kawasan Bukit Bintang.
Sebaik sahaja polis Kuantan menerima maklumat awam mengenai kehadirannya di kedai itu, mereka menghantar beberapa orang anggota untuk menahan gadis itu dan membawanya pulang ke Kuantan malam tadi.
Rozaliya memberitahu Kosmo!: “Saya tidak mungkin bersama dia lagi (tunangnya, Mohd. Helmi Mohd. Noor). Saya ingin bina hidup baru, apa yang sudah berlaku biarlah berlalu.’’
Gadis yang berasal dari Kemaman, Terengganu itu kini mahu menenangkan fikiran dan tidak berhasrat memikirkan mengenai majlis perkahwinannya yang telah sedia diatur pada 12 November ini.
“Kalau diberi peluang jumpa tunang pun saya tidak mahu.
Hati saya sudah tertutup,’’ katanya.
Rozaliya mengakui perhubungannya dengan Mohd. Helmi begitu singkat dan terburu-buru.
“Saya hanya kenal dia kira-kira empat bulan dan terus bertunang sebelum merancang untuk berkahwin,’’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan malam tadi memberitahu, ketika ditemui, Rozaliya tidak lari sebaliknya bersetuju untuk dibawa pulang.
“Kes ini tiada unsur jenayah dan kepada kami, siasatan telah selesai,’’ ujarnya.
Ditanya kaitan dua khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh Mohd. Helmi pada hari kehilangan Rozaliya yang berbunyi: ‘Ada dua lelaki sedang mengekori’ dan ‘abang datang cepat, saya takut’: beliau menjelaskan, ia mungkin rekaan gadis itu.
Katanya, Rozaliya sendiri mengaku menaiki bas ekspres ke Kuala Lumpur seorang diri pada hari kejadian.
Isnin lalu, akhbar melaporkan kehilangan Rozaliya semasa keluar membeli barang keperluan perkahwinan di Kuantan pada 13 Oktober.
Sementara itu, bapa mangsa, Mat Lazim Mat Ismail, 52, lega melihat anaknya selamat dan akan berbincang dengan keluarga bagi menentukan sama ada perkahwinan yang dirancang pada 12 November ini akan diteruskan.
Menurut Mat Lazim, Rozaliya mengenali Mohd. Helmi selama empat bulan sebelum mengikat tali pertunangan selama setahun.
“Bagaimanapun, selepas Rozaliya mengenali hati budi Helmi, dia sudah berubah sikap,’’ jelasnya.
Mat Lazim mendakwa, sikap Helmi yang pemarah, mengongkong dan sukar diajak ke mana-mana tidak disenangi oleh anaknya itu.
sumber dari kosmo
KETAWAKAN ORANG KAN DAH TERKENA PADA DIRI SENDIRI
Hari nie aku x bape sihat dan memerlukan sedikit rehat... jadi pagi nie aku x dapat la nak blogwalking ke rumah korang .. mungkin dalam tengahari or petang , aku datang ziarah korang..but pagi nie aku tetap nak post satu entry berkenaan story bola sepak malam tadi...
Perlawanan bola sepak di antara kelantan dan kedah.. dua2 team yang sangat hebat dan aku enjoy dengan game semalam , walaupun aku nie penyokong perak tapi di sebabkan perak sudah tersungkur lebih awal jadi aku sokong la negeri cik siti wan kembang nie... bukan berpaling tadah ok tapi sebab aku tinggal di negeri pantai timur jadi terpaksa la sokong.. Opsss!! terpaksa hehehe..ala lagi pun salah sowang player kelantan kan asalnya dari perak , jadi x salah la kalau aku nak bagi support... ahaks macam la player tue nampak aku (",) ....
Semalam walaupun kami just tengok dekat umah , tapi cara kami mengalahkan macam berada di stadium je.. hahahaha (",) lawak betul la...lagi lawak bila aku sampai terbawa2 dalam tido..first time nie mimpi macam tue.. terkezut en.hubby dengar aku bercakap dalam tido sambil buat aksi lagak ngeri (",)..masa en.hubby kejutkan aku tue , aku boleh pulak tanya kenapa?? than bile dah betul2 sedar tue baru la aku tau yang aku bermimpi rupanya , sedang mengarahkan indera putra mengambil bola... gile la sampai terbawa2 dalam tido lak , padahal aku bukan fanatik bola pun...
ishhhh!!! buat malu betul la , masa breakfast tadi en.hubby dok ketawakan aku sambil melakonkan semula babak2 lucu tue huhuhuhu... malu siut !!! macam mane la boleh mimpi macam tue.. ketawakan lagi budak sepak dinding tue sekarang hamik kau terkena pada diri.. pasnie kena slow sikit la tengok bola , kalau x jadi parah lak kang x pasal2 laki aku pulak aku tendang... kan naya hahaha...(",)...
p/s: en.hubby tolong berhenti ketawakan saya ye.. sian saya tau!!~~huhuhu!!!
Oct 20, 2010
MAHU BELI HANDBAG INI PLSSSSS!!!
TRAGEDI KETAGIH ASAM LAKSA SPECIAL
ZIZIE IZETTE BERNIAGA DI PWTC
KUALA LUMPUR: Meskipun berstatus selebriti serta isteri kepada Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, ia tidak menghalang kepada pelakon terkenal Zizie Izette A Samad untuk turut berniaga di Perhimpunan Agung Umno 2010.
Gerai di Aras 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu kelihatan dikerumuni ramai pengunjung termasuk peminat yang mahu bergambar bersama Zizie selain membeli barangan jualannya antara lain seperti busana muslimah, gaun serta aksesori wanita.
Zizie berkata, idea untuk berniaga pada perhimpunan agung Umno kali ini timbul kerana minatnya yang suka berniaga di samping mendapat sokongan penuh daripada suami tersayang.
"Kakak ipar saya berniaga di Uptown. Rakan perniagaan dia (kakak ipar) pernah terbabit dengan buka gerai jualan di perhimpunan Umno. Dia tanya saya tak mahu buka gerai di sini ke (PWTC) dan apabila tanya suami, beliau beri sepenuh sokongan, itu yang timbulnya idea untuk berniaga di sini.
Zizie menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang layanan istimewa untuk mendapat unit ruang niaga berkenaan. Terdapat sebanyak 320 tapak ruang niaga disediakan sempena perhimpunan agung kali ini.
"Ingin saya tegaskan yang saya dapat ruang niaga ini sama seperti orang lain dan tidak timbul menggunakan jalan mudah (Bung Mokhtar) untuk dapatkan ruang niaga ini," katanya.
Zizie berkata, setiap hari beliau akan turun padang dan memantau hasil jualannya, sekaligus mengambil kesempatan untuk merapatkan hubungan dengan peminat.
"Saya akan sentiasa berada di situ dan kalau tiada pun mungkin saya pergi makan atau ada janji temu tetapi saya akan berada di situ setiap hari sehinggalah habis perhimpunan Umno ini dari pagi hingga malam," katanya.
Jika sambutan jualannya pada perhimpunan kali ini memberangsangkan, beliau berminat untuk terus berniaga pada perhimpunan Umno yang akan datang.
-Bernama
LELAKI TAK HANDSOME vs LELAKI HANDSOME
Kalau lelaki handsome pendiam
Perempuan akan cakap: woow, cool giler…
Kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: eh perasan bagus…
Kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: nobody’s perfect
Kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
Perempuan akan cakap: memang…. muka pun macam pecah rumah!
Kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
Perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
Kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: entah2 kawan dia…
Kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: sepadan sangat…
Kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
Perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!
Kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
Kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
Perempuan akan kata:…(terdiam, tapi telunjuknya meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)…
Kalau lelaki handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: perasaannya halus…penuh kasih sayang
Kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
Perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi…
Kalau lelaki handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: matching… hebat luar dalam
Kalau lelaki tak handsome bawa BMW
Perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?…
Kalau lelaki handsome tak mau bergambar
Perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
Kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
Perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?…
Kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
Kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
Perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu….
Kalau lelaki handsome bersedih hati
Perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
Kalau lelaki tak handsome bersedih hati
Perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?