Di sebuah kampung terpencil di Malaysia terdapat anak(Alim) dan ayah(Kucing) yang mempunyai cita-cita untuk insaf dari melakukan pekerjaan asal mereka. Pekerjaan mereka ialah menipu orang kampung untuk mendapatkan keuntungan. Dengan hasil menipulah mereka hidup mewah.
Namun, pada suatu hari ketika Alim dan Kucing ini berjalan di sebuah batang sungai, Alim pun menyampaikan hasratnya kepada Kucing. "Ayah2, cuba tengok sungai tuh bersih suci dan air mengalir selembut lembutnya. Alim firkan ayah, apa kata kita insaf, buang yang keruh ambil yang jernih" kata Alim kepada ayahnya.
Ayah Alim terkejut dengan tindakan anaknya itu, bagaimanapun niat Kucing juga sama iaitu hendak insaf. Lalu ayahnya bersetuju dengan permintaan anaknya itu. Alim pun berkata lagi " Ayah, sembagai simbolik kta dah insaf apa kata kita terjun sungai ni sebgai tanda buang yang keruh ambil yang jernih" kata alim. Ayahnya pun bersetuju lalu ayahnya pun terjun ke sungai.
Kucing pun terjum dengan gaja terjunan yang hebat dan masuk ke dalam sungai... setibanya di dasar sungai kaki Kucing tersangkut pada akar kayu yang terdapat didalam sungai itu, agak lama juga Kucing untuk lepaskan kakinya yang tersangkut itu. Alim pun hairan kenapa lama sangat ayahnya itu didalam air.
Selepas beberapa ketika, Ayahnya timbul. Alim pun bertanya kepada ayahnya " Kenapa lama sangat dalam sungai tuh ayah". Jawab ayahnya " Ala biasa la, ayah kan lama tak terjun sungai, sampai ke dasar sungai nampak plak kedai makan bawah tuh. Ayah singgah la makan jap". Padahal Kucing neh dengan niat nak tipu anaknya itu.
Lalu tiba giliran Alim pula terjun ke sungai. pinnggggggggggggg!!!! kepada Alim berdarah terkena batu, air yang jernih dan sikit keruh itu bertukar menjari merah. Kucing pun terkejut "Eh kenapa air bertukar warna merah tuh". Seketika itu Alim pun muncul. " Kenapa dengan kepala kau tuh alim, berdarah teruk tuh?" kata kucing kepada Alim. dengan selamber jawab Alim " Haaaaaaa... tu lah bapak... tadi singgah makan kedai dekat bawah tuh kan? bapak tak bayar apa lagi kepala Alim kena ketuk dengan senduk. sebab tuh lah berdarah ".
Moral of the story,
1) Sekali kita mula untuk menipu sampai bila-bila pun kita akan menipu.
2) Tindakan kita untuk insaf/berubah adalah tindakan yang bijak namun janganlah apabila kita insaf, kita masih hendak melalukan kesalahan yang sama.
3) Seluas-luas pintu yang ada di dunia ini adalah pintu TAUBAT. Taubat nasuha mengharapkan Keampunan Allah itu adalah yang terbaik.
4) Berkawanlah dengan orang yang berilmu dan orang2 alim supaya kita pun akan terikut sama untuk melakukan kebaikkan.
Sebarang penambahan sila komen di ruangan hehe.
Ahad, 23 Februari 2014
Kisah Anak dan Ayah Namun...
Posted by Simple Boyz Alwayz at 3:49 PTG 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)