Showing posts with label anak-anak. Show all posts
Showing posts with label anak-anak. Show all posts

Friday, February 14, 2014

Risau

Hari ni Za'im ke Perpustakaan Negara 
Katanya nak cari bahan untuk assignment yang cikgu bagi. 
Minggu lepas pi Arkib Negara. Bahan yang dicari tak dak la pulak, orang lain dah pinjam.
 Hebat budak-budak from 6 sekarang ni ya. 
Cari bahan assignment sampai keyell nun. 
Dulu zaman aku form  6 dulu cari bahan kat library sekolah saja..
Ok jer pun markah assignment. 

Minggu lepas masa dia pi Arkib Negara, aku cuak gak nak lepas dia pegi. 
Macam-macam aku duk fikir. 
Walaupun pegi dengan kenkawan 10, 11 orang macam tu, aku tetap risau. 
Takut jadi apa-apa. Sesat ka dia nanti, kawan tinggalkan dia ka. 
Pandai ka dia cari bahan yang dia nak tu. 
Sejam sekali aku sms tanya. ok ka.tak ok ka.
Yang aku geram dia bukan nak balas sms aku sangat.
Ada yang dia jawab ada yang dia buat derk saja..
Tu laa anak..bukan nya dia tau kita ni risau ke dia.

Tapi aku ni pun satu. Za'im tu dah nak 19 tahun bukannya 9 tahun lagi yang aku nak kepung bagai tu..Pandai la dia bawak diri dia.kann. 
Bukannya di pun sensorang. Dia pi dgn kawan-kawan. Ramai pulak tu. Tak kan la kawan-kawan nak tinggal kan dia ye dak.
Tapi aku rasa la semua mak-mak akan rasa macam tu. 
Anak walaupun dah besar panjang tetap nak rasa risau jugak.  apa..over-protected?

Harap-harap dapat lah apa yang dicari-cari tu.



.

Monday, April 16, 2012

Dulu dan sekarang

Dulu

mak : adik, cepat angkat kain, nanti ujan!

si anak laju jer pi angkat kain, sambil jari bersilat menjentik semut/kerengga yang sama berjemor di tali ampai..

Sekarang

mak : adik cepat angkat kain, nanti ujan

anak : asyik adik jer, suruh la abang pulak!

@ Sally - menggeleng kepala...

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Malaysia

Sampai kt sekolah tadi pukul 6.30am. Tepat-tepat seperti yang duk rancang dari semalam. Hahaha..anak-anak aku ari ni ada larian 1Malaysia. Kalau datang awal dapat sijil. karang balik nantti aku tanya dapat tak sijil yang dema kejau sangat tuhh..

Larian 1 malaysia punya pasal aku bangun pukul 4.30 pagi. pada hal sebelum tido,aku kunci jam pukul 5.30..alih-alih jam bunyik pukul 4.30.. Ni kalau bukan Zaim, mesti Aiman punya keja..semua pasal larian 1 malaysia..berkobar-kobar kerana larian 1 malaysia. Si Aiman yang punya laaaaa susahnya nak bangun pagi, boleh pulak bangun pukul 6.00.. isk-isk...hebat sungguh penangan larian 1 malaysia!

Yg sebenau ehh dema nak sijil penyertaan larian 1 Malaysia tuuu...nanti kita tenguk siapa yang kenaaaaaaaaa....hehehe