Perginya seorang kakak, ibu, dan nenek...

Monday, March 26
Assalamualaikum,

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Mak Sah [satu-satunya saudara nenek saya] yang menghembuskan nafas terakhir pada 25 Mac 2007 di Hospital Universiti Sains Malaysia[HUSM], Kubang Kerian.

Moga-moga Allah menempatkan beliau dalam kalangan As-Shuhada dan Al-Mujahidin.Amin.

Penghias Zaman Kecilku
(Buat keluargaku yang sedang berduka lara atas pemergian seorang kakak, ibu dan nenek. Al-Fatihah.)

Penghias zaman kecilku
Bersimpuh di tangga usang, menanti permata desa bila tiba entah
Terkambus perit derita berat kasihnya sebalik
Pada jantung hati tercurah semuanya habis
Pintanya hanya satu, kepulangan bukan khabar.

Tiadanya kau ini,bikin akal berfikir?
Samakah semuanya mungkin?

Bibir tua yang pemurah, mesra dakapan yang hangat

Menyambut tibanya kami
Tiap kali begitu.

Jelas
Pemergianmu merenggut rasa
Membunuh deria, jatuh sedu-sedan gugur
Tulus lafaz doa sedekah itulah termampu
Jadi pengiring setia, pengganti rindu terubat tidak.

Tidurlah ratu
Tidurlah ratu
Akan kami menyusul, bila janjiNya dikota.


eymanD.

Hari-hari cuti begini.

Monday, March 19
Assalamualaikum,

Kata orang: kejayaan yang dicapai pada hari ini boleh menjadi ukuran kejayaan masa hadapan.
Kata saya: kejayaan hari ini adalah permulaan untuk kejayaan yang lebih sempurna di masa akan datang jika diri bersedia untuk memulakan gerak langkah yang baru dan lebih tersusun. Jika, kejayaan yang dicapai dirasakan sudah memadai untuk seumur hidup, diri akan terkapai-kapai dalam lautan kehidupan dan peluang untuk bermula sekali lagi disia-siakan begitu sahaja.

Rasanya hampir sebulan saya tidak berada di KL [secara kasarnya]. Saya telah pulang ke Sg. Choh, Rawang, pada 23 Februari dengan menaiki Komuter. Kali pertama saya pulang ke Rawang seorang diri. Sebelum ini saya pulang ke sana bertemankan adik-adik saya. Saya bertolak dari LRT Jelatek ke KL Sentral selepas Zohor, lebih kurang pada jam 3:00 petang. Nasib baik, sesampainya saya di KL Sentral, Komuter ke Rawang belum lagi bertolak.
Hanya Tuhan saja yang tahu perasaan hati dan sanubari saya ketika di dalam Komuter. Air-cond. tidak berfungsi dan tiada tempat duduk. Pada jam 4:30, saya tiba di Komuter Rawang dan saya dijemput oleh Wan Azam [adik umi]. Maka, bermulah percutian saya.
p/s: Pada saat itu, saya bebas dari sebarang tanggungjawab yang membebani diri selama beberapa ketika.

Entah mengapa, sejak dari itu, saya kurang gemar menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan rakan-rakan lama. Gathering Batch 12 Al-Amin pun tidak saya sertai pada hari Ahad, 25 Februari. Pasti ramai yang tertanya-tertanya. Iman yang selalu busy pada gathering sebelumnya tidak hadir. Mungkin, tiada siapa perasan ketidakhadiran saya. Mungkin.

everybody except me

Once again, I'm not there.

Tidak banyak aktiviti yang saya lakukan di kampung. Sekadar meneruskan slimming programme. Pada 3 Mac, saya terpaksa pulang ke KL kerana adik saya, Rahim dimasukkan ke Wad Pediatrik, PUSRAWI, Kuala Lumpur akibat serangan asma. Namun, keadaanya semakin pulih dan dia dibenarkan keluar dari hospital pada 4 Mac. Malam itu, saya pulang kembali ke Rawang bersama Wan Azam.

Minggu itu saya semakin resah menanti keputusan SPM. Kerunsingan mengejar saya hingga ke dalam mimpi. Dalam pada itu, saya bersetuju untuk mengikut Nek Kam [adik nenek saya] bercuti ke Tioman. Satu tindakan drastik. 12 Mac, keputusan SPM diumumkan, dan pada 13 Mac, saya bertolak ke Tioman. Saya fikir, baik begini jika keputusan saya kurang menyenangkan. Mengasingkan diri di tempat yang tiada line DiGi[sebenarnya ada, cuma di kawasan Kg. Tekek, berdekatan Lapangan Terbang dan Berjaya Hotels]

Saya pulang ke Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 10 Mac. Penantian sememangnya suatu penyeksaan. Namun, saya bisik pada diri; harus pasrah dan redha dengan ketentuannya.

Sesungguhnya Tuhan Maha Besar dan Keajaiban itu milik-Nya. Kejayaan yang sungguh bermakna diberikan; tanda kebesaran-Nya. Tidak mampu melafazkan kata, hanya ucapan syukur yang lahir dari hati hamba yg kerdil.

Hajat untuk menjadi seorang professional bergelar Doktor terhalang apabila keputusan SPM saya tidak mengizinkannya. Agak sukar untuk saya menerimanya pada mulanya. Bila difikirkan berkali-kali, inilah petunjuk dari yang Maha Kuasa. Saya tidak sesuai untuk profesion tersebut. Mungkin.

Hasrat saya masih belum terkubur. Di situ ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya tetap memohon tempat di 'bilik pembedahan' hospital dalam negeri. Kalau kita tidak mencuba, masakan kita tahu hasilnya. Saya juga tidak menafikan kemungkinan saya akan bergelar Ir. Nuruliman Dashuki suatu hari nanti.

Saya tidak mahu menjadi terlalu tamak dan memilih. Saya sedia menerima apa-apa kemungkinan. Hidup ini bukan tentang apa yang kita mahu, tetapi tentang apa yang kita layak terima berdasarkan apa yang kita beri.

Akhir sekali percutian di Tioman. Percutian yang telah menukar warna kulit saya. Konon nak tanned lah..Tapi tidak sedar, diri sudah lebih dari tanned...

Peta Tioman.16/3/07

Moga-moga hari-hari cuti akan datang lebih menarik dan mencabar. Tanpa cabaran, manusia tidak akan maju!

Semoga maju jaya dan selamat menempuh hidup yang baru!


My Holiday's Diary:

20/3: Small gathering with former study group's members@KLCC, monthly check-up@Dr.Zalina's

21/3: Meeting with Aunt Rokiah, getting busy with IIUM Interschool Debate.

23/3: Takrim's rehearsal@SMIAAG

24/3: Takrim@SMIAAG

April: Scholarship interviews, IIUM Interschool Debate, another week at Rawang

May: There's no fixed activity for this month.

Eyman D


Beginilah kesudahannya...

Tuesday, March 13
Assalamualaikum,

Beginilah kesudahannya...

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kejayaan saya.. Semoga anda semua beroleh kejayaan juga, sama ada di dunia mahupun di akhirat...


p/s: Akhirnya add math dpt A1!!! Thanks Cikgu Hawa!!!