Silat Seni Gayong mempunyai berapa corak lambang yang dipamer pada kepala surat, dokumen rasmi, lencana dan sijil.
Naga
Melambangkan kekuatan di air. Logo naga sebagaimana dipercayai telah dihadiah oleh Maharaja China kepada Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah atas keberanian dan kehandalan beliau semasa melawat negeri China dulu. Di sebalik maksud di atas, naga juga melambangkan Allahyarham Dato' Paduka Mahaguru sendiri, Dato' Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim. Kedudukan naga yang melingkungi dunia di mana kepalanya hampir bercantum dengan ekor melambangkan ilmu Silat Seni Gayong akan terkenal ke seluruh dunia.
Harimau
Melambangkan keberanian dan kepahlawanan di darat. Satu penonjolan identiti atau corak salah satu pelajaran Silat Seni Gayong yang diasas daripada sifat dan ketangkasan seekor harimau. Resam harimau menyembunyikan kukunya, dikala tertentu sahaja ia akan menzahirkan ketajaman dan kekuatan cengkaman kukunya yang boleh mematah dan membunuh mangsanya dalam beberapa saat sahaja.Keris bersilang
Simbolik kepada semangat Laksamana Terbilang Melayu Dato’ Hang Tuah dan Dato’ Hang Jebat, 2 orang pahlawan Melayu yang masyhur lagi gagah berani. Keris yang merupakan salah satu pelajaran yang diajar kepada murid Gayong adalah satu lambang senjata asli bangsa Melayu. Ini membuktikan Silat Seni Gayong adalah seni warisan bangsa yang asli dan tulen.Pedang bermata dua
Melambangkan pedang Zulfaqar kepunyaan Saidina Ali r.a. yang terukir kalimah suci daripada al-Qur’an bermaksud ‘Kemenangan daripada Allah dan kejayaan yang hampir’ disepanjang mata pedang tersebut. Pedang ini dizahirkan bertujuan mengenang kembali perjuangan para sahabat menegakkan Islam di zaman Jahiliyyah.Bumi
Bulan dan Bintang
Selempang Hitam Chula VII
Melambangkan Bengkong Hitam Harimau Pelangi Chula Sakti Gangga Negara, bengkong peribadi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman bin Daeng Uda Mohd Hashim, Mahaguru Silat Seni Gayong. Bengkong Pelangi Hitam juga bermaksud Silat Seni Gayong bersendikan adat, adatlah yang mengawasi perjalanan Silat Seni Gayong. Tanpa adat, Silat Seni Gayong akan hilang kedaulatan. Oleh itu, menjadi kewajipan semua murid Gayong untuk mempertahankan adat agar halatuju dan matlamat Silat Seni Gayong tidak diseleweng.Kendi / Bejana air
24 comments:
Alhamdulillah. Terima kasih pencerahan.
Terima kasih tuan atas ilmu yang diberi
Bagos kor
Bosan eler
Bosan eler
Terima kasih kerana memberi ilmu
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20
Babi
Sensor
Sensor
Hggfffftgtgfggyyyy7y
Saye masok silat seni gayong menghafal logo maafkan saye sbb saye mencarut
Saye masok silat seni gayong menghafal logo maafkan saye sbb saye mencarut
Harus masuk
b
gila
Bapak jahat kau ni
Wested
Wested
Terima kasih atas semua ilmu yang diberi
Kendi yang mana satu
Terbaik bang
Okey
Woi carut pahal
Post a Comment