Followers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Pregnancy tickers
Showing posts with label invitation card. Show all posts
Showing posts with label invitation card. Show all posts

Sunday, January 9, 2011

back up invitation for postage

salam.

scroll invitation dah siap. tapi ada problem besar! macam mana nak pos untuk kawan-kawan jauh. al-maklum Jaja duk sarawak mahunya banyak jugak kad yang perlu di pos. nak pos scroll invitation. oh tidak! nanti sampai kat kawan dah jadi lempeng! haih! 

ok dun be panic. Jaja dah buat back up invitation untuk di pos. masih lagi guna invitation yang sama cuma Jaja tambah cover dan lipat je. belum siap lagi. masih 'under construction'. satu lagi hasil DIY tangan keras Jaja.
maaf ye kawan-kawan yang tak dapat bagi by hand. tak dapat bagi scroll invitation yang berkotak. kalau ada rezeki Jaja bagi by hand yang tu hari tawen nanti. tapi mesti datang ok.

B2B semua secara rasminya dijemput.
sila tinggalkan alamat untuk Jaja pos invitation ni.
sangat berharap jumpa kawan-kawan B2B yang banyak support Jaja di alam maya ini.

:)

Tuesday, December 14, 2010

scroll invitation full budget

pengumuman.
sesapa yang berminat nak DIY scroll invitation macam yang Jaja buat.
sila lah kira budget anda sekarang.
eleh macam ada orang nak buat. toing!
budget per piece ni


SCROLL BOX:
513 card paper x 2 pc = RM0.36 (2 pc sebab 1 untuk kotak, 1 lagi untuk lid)
sticker = RM0.28 (tapi Jaja dapat special price! Jaja dapat RM0.05 je)
ribbon  = RM0.20 (for deco)
SCROLL INVITATION:
glossy paper + black & white printing = RM0.40 (Jaja print kat Jalan Brunei)
TOTAL:
RM1.01 per piece
300 pc X RM1.01 = RM303.00
berbaloi-baloi!, kalau tempah RM2.80 tau per piece
300 pc X RM2.80 = RM840.00

Jaja jimat RM537  tau! suke sangat :)

ok hari tu janji nak snap gambar kedai tempat Jaja beli kertas. kedai tu takde nama kot. tapi bila kat Jalan Brunei, korang masuk lorong belakang caltex. pastu cari kedai ni di sebelah kanan.


 kedai depan dia kedai kanda dinda. sure jumpa lah :)


jenis kertas yang Jaja guna untuk buat kotak namanya kertas 513 card paper.
ada kaler white & off white je. kalau ada kaler laen, Jaja nak hentam teal sebenarnya.
tapi terpaksa buat kotak kaler putih je.
tapi bila tengok balik, sweet gak putih
suci gitu :)

p/s:
Jaja harap cik cahaya baca post ni.
good luck cik cahaya.
jangan lupa share ngan Jaja

Tuesday, November 23, 2010

scroll invitation ready to print

salam. 

mata Jaja dah separuh ni. dah macam mata garfield. tapi nak jugak bloggin. degil bin degul!
malam ni nak share scroll invitation Jaja. before this dah share yang muka depan.
muka belakang baru je siap. next week nak g print! sungguh tidak sabar!

ok ni muka belakang scroll invitation Jaja. 


jom zoom peta DIY Jaja. boleh la tengok betapa dekatnya rumah kami. sangat dekat. tapi rasanya berpeluh jugak ketiak kalau jalan kaki.
(betul tak encik b?)


sessi soal jawab :

1. kenapa macam kosong je cik Jaja?
- sebab nanti gulung tak la nampak tulisan pape dari luar.

2. kenapa ada corak damask kat tengah-tengah?
- sebab nanti senang keje Jaja. 
tak payah ikat2 ribbon. 
damask tu pun dah lagi cantik dari ribbon bila dah gulung.

3. kenapa cik Jaja tak tido lagi?
- sebab encik b janji nak bincang hal kad kawen malam ni.
beliau cakap ada ckit nak kena otter lagi.

4. haa dah banyak tanya.
Jaja ngantuk la
. nak titow dulu.
tak mo tunggu encik b dah!

+ camat malam +

Monday, November 8, 2010

scroll invitation box deco

yeah scroll invitation boxes Jaja dah siap.

lega yang amat! boleh la jari Jaja ni rehat sekejap. Jaja tak jadi buat 800 pc kotak. encik B cakap mak dia nak 300 pc je. ma Jaja pun nak 300 pc gak. so total 600 pc kotak.misi buat kotak dah selesai. tinggal misi nak deco kotak lak. kering idea ni. nasib baek ada encik google yang baik hati. dia dah pinjamkan Jaja banyak gambar kotak yang cantik.


simple n just nice tapi malas nak buat tag lagi.

suka yang ni tapi kertas tu nak cari kat mana? haih.

ribbon dia unik. simbolik dengan tying d knot.

black + white theme

sangat suka yang ni tapi Jaja tukar kaler teal la bukan pink.

suka tengok deco dekat scroll. bintang guna dawai.

sweet sangat. biru + pink :)

yang ini sesuai gak untuk chinese wedding kan? nampak oriental..

yang ini pun cantik. ahh pening nak fikir.
suka dengan deco semua kotak ni. 
tapi masih lagi tak dapat idea untuk kotak invitation sendiri.

Monday, November 1, 2010

buntu..

buntu. tak tahu mana yang best.

tolong Jaja!

Jaja ada la draf invitation Jaja nanti. draf je, tangan ni tak boleh kalau 1 hari tidak menggodek adobe photoshop. macam teror tapi TAK!
projek DIY yang ketiga kot.



mana ye yang best?
ke both tak best?

isk tolong saya!

Tuesday, October 12, 2010

Sangat C-book!

fuhhh... fuhhhhhh dah berhabuk blog Si Gaun Putih ni rupanye.

Jaja tak sempat nak update. SIBUK SANGAT YANG AMAT! eleh macam keje menteri kan? bukan la Jaja bukan sibuk ngan keje truli. Jaja sibuk siapkan kotak invitation Jaja yang beratus-ratus lemon tu. dah naik kebas jari Jaja menggaris + menggunting. hah baru tau susah! tapi takpe. as long as am happy with my own design, its really ok lah :) sekarang ni baru siap 300 out of 800. Encik B dah bising-bising tapi lepas mengadu jari sakit akibat pegang gunting terus dia cakap. " takpelah awak, buat sikit2 ye? janji dapat siap". sejuk hati Jaja dengar. Jaja rela buat semua ni selagi ada encik B yang memahami dan sentiasa teman Jaja buat kotak (walaupun kat handphone je).

Ringggggggggggggggg!

alamak, loceng dah bunyi. Jaja ada kelas. daaaaaaaaaaaaa... muaxxx!

Tuesday, August 24, 2010

scroll invitation box tutorial

seperti yang Jaja janji.
hari ini tiba-tiba rajin nak bagi tutorial. sorry if korang tak faham tutorial Jaja yang messy ni!Kalau korang semua nak yang lagi detail, Jaja suggest korang pergi kat sini ok? Website ni bagi tutorial untuk buat note box tapi Jaja alter jadi kotak invitation box Jaja sebab Jaja rasa yang ni paling senang nak ikut. tak banyak gunting dan lipat. Apa-apa pun jom layan picture tutorial Jaja kat bawah ni. opps sebelum lupa. tutorial ni untuk penutup kotak tau sizenya. kotaknya Jaja buat kecik sikit supaya boleh masuk penutup ni.


Jaja pakai card paper warna putih. Jaja beli kat Jalan Brunei 1600 pc for 800 boxes.
About the scor-pal, In case korang tak ada, boleh buat garisan guna pen yang tak berdakwat dan garis macam biasa supaya senang nak lipat nanti.


Jom garis! Jaja gariskan kat 1.5" dan 3" dari tepi kertas (kanan dan kiri)


Lepas tu dengan ukuran yang sama, garis lagi kat atas dan bawah kertas.


Ini hasilnya. kertas yang bersilang-silang dengan garisan.


masa untuk potong2! rujuk gambar ya tang mana yang nak di potong. heh.

lepas potong boleh la lipat bahagian yang korang main garis2 tadi.


ok yang ni part susah nak explain. tapi tengok gambar la ye? mula-mula lipat dulu bahagian panjang ke dalam dan lekat dengan double sided (optional). tak nak lekat pun tak apa sebab memang dah lekat pun. cuma nak bagi kemas :)


lepas lekat, boleh la lipat bahagian yang pendek ni. cara lipat tengok gambar kat bawah ni.


kotak dah hampir siap.


dah siap! gambar kat bawah adalah pandangan dari atas. kotak tu nanti korang hias la ikut kreativiti masing-masing. yang kat bawah tu bukan final lagi tau. nanti lah Jaja hias dulu cantik-cantik baru letak kat sini ye. Jaja letak sticker je dulu.


harap tutorial ini dapat membantu sapa-sapa yang berminat nak DIY kotak. tak kisah la kotak apa pun. untuk doorgift ke. untuk kad. even untuk hantaran! tapi size mesti alter sendiri la ye?
ok la jari Jaja dah kebas. jumpa lagi ye. GOOD LUCK!

Friday, August 20, 2010

SCOR - lah!

haaa jangan salah faham ye? bukan sekolah tapi SCOR lah. hari ni nak citer pasal SCOR PAL. apa benda lah SCOR PAL memula Jaja dengar ingatkan band music ke biskut ke.. aih bukan2. tengok gambar kat bawah. cantik lagi sebab baru je beli. tengok tu bling3:

SCOR PAL ini sebenarnya glamour among pembuat kad dan kotak. So memandangkan Jaja dah mula nak berjinak-jinak dalam bidang pembuatan kotak Jaja beli la satu. mau RM200 jugak. huh! tapi takpe invest supaya kerja Jaja nanti senang. Jaja berangan nak buat scroll invitation card pastu letak dalam kotak. scroll invitation card tu Jaja baru draft sikit-sikit. takde masa lagi. tapi bab kotak ni agak leceh jugak sebab Jaja perlu buat about 800 pc kotak! Jaja dah mula meng"SCOR" kertas untuk buat kotak-kotak tu sume. SCOR ni macam buat garisan untuk buat lipatan kotak tu nanti. suatu hari nanti Jaja upload tutorial ye? setakat ini saja kali ni.

daaaa~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...