Wednesday, June 2, 2010

Bara..

Dah lama tak menulis blog....
Luahan hati ditelan saja, tak berkudrat nak membuka blogspot...
Tapi, kali ni tak tertahan. I don't think cukup hanya memberitahu diri sendiri. Yes, diriku orang yg pertama akan merasai apa yang ku katakan ini, tapi, nak juga sebarkan pada yang lain...

Sekarang,
isu Palestin membara sekali lagi...
Kenapa? Mesti semua tahu...kisah Flotilla..
Ye, kapal "humanitarian" ke Gaza diserang.
Kenapa?
Well, banyak sebabnya...
Antaranya, Zionis mahu menghalang bantuan kepada Gaza, rakyatnya dan kerajaannya (HAMAS). Well, that should be obvious enough. Kalau selama ini pun rakyat Gaza yang diberikan "kedamaian" perlu menyelinap keluar masuk melalui terowong, inikan pula 7 gerombongan kapal lengkap dengan bantuan datang. Tak semudah itu.
Apa pun, kalau dah menjadi rezeki Gaza, tetap akan tiba di Gaza.. Insha Allah. Allah Maha Merancang.

Tapi, bila difikirkan, ada sesuatu yang lebih besar...
Sebenarnya rombongan ini, pesertanya bukan calang2...
Ada orang media, ada pejuang kemanusiaan, tetapi kebanyakannya adalah orang yang 'faham'.
Surat dari salah seorang peserta Indonesia dalam misi ini, menceritakan suasana di dalam kapal...
Ada yang buat kelas hadith, bahasa arab, halaqah, solat hajat dll...
Bukan calang2 orang yang sanggup mengorbankan jiwa. Walhal mereka tahu, pasti akan ada cobaannya. Dan kerana itu, manusia-manusia yang pergi menyampaikan bantuan adalah manusia2 yang kuat jiwanya, imannya.
Manakan tidak, samada misi itu berjaya atau tidak, masih belum pasti. Samada mereka akan pulang ke pangkuan keluarga, belum pasti. Tapi, yang pasti, jika mati, maka ganjaran Syaheedlah yang mereka dapati, jika perjalanan dimulakan niat kerana Allah...

Masha Allah.. Tak senang, tak mudah, tapi tak mustahil...

Tapi aku di sini, jauh dari kenyataan Flotilla. Cuma terasa dekatnya bila melihat visual-visual repot memperlihatkan tentera Zionis menyerang kapal Flotilla, sehingga puluhan terkorban. Malah, memang sengaja diserang dan sudah ditarget orang-orang tertentu. SubhanAllah. Mengapa? Semestinya kerana mereka manusia-manusia yang hebat dan digeruni!!! Walhal, tidak memiliki senjata besar, sekalipun sebilah pisau. Tetapi, yang ditakuti ialah semangat mereka...Hamas mereka...

Sampai bila semangatku hanya mengikut arus??
Selepas ini, bila berita reda, semangatku juga reda.
Tidak!!!
Aku seharusnya tidak melupakan Gaza. Aku seharusnya tidak mampu tidur tanpa memikirkan Palestin. Aku seharusnya sentiasa berfikir bagaimana aku dapat bersama dalam menjadikan janji Allah ini sebuah realiti.

Ya Allah...jadikan aku pejuangMu.
Jadikan zuriat2ku tenteraMu...
Tetapkanlah kami di jalanMu...

Adakah cukup sekadar kita menjadi pengkritik?
Menyalahkan kuasa-kuasa besar Dunia kerana tidak menghalang Zionis laknatullah?
Sedarlah!!!
Mereka itu tidak akan membantu umat Islam mendapatkan haknya semula. Tetapi umat Islam sendirilah yang membantu diri sendiri!!!
Sedangkan beribu-ribu rakyat sendiri pun mereka sanggup korbankan demi membantu Zionis laknatullah, inikan hanya berpuluh yang mengikut Flotilla..
Mereka hanya akan berucap janji manis, mencandukan Dunia.

Takut...
Takut apa yang aku katakan ini aku lupa sendiri.
Ya Allah, ampunkan aku..
Berikan aku teman2 yang sentiasa memperingatkan aku tentang perjuangan hidupku kepadaMu.