Pengunduran Tan Sri Taib Mahmud daripada kedudukan sebagai ketua menteri
Sarawak yang dipegangnya selama 33 tahun telah mencetuskan isu politik
dalaman negeri ini, berhubung penggantinya dan pengaruh Taib selepas
ini.
Kedudukan Taib yang sangat lama sebagai ketua menteri telah
mengukuhkan kedudukan beliau dan sekutu politik dan ekonominya, pada
satu tahap yang hanya dapat diperhatikan di Sarawak.
Pemimpin
selepas Taib dijangka tidak akan dapat mengatasi malah menyaingi
pengaruhnya sebagai ketua menteri, dan kemungkinan akan terus dibayangi
Taib dalam politik dan pentadbiran negeri Sarawak.
Malah, mungkin ada yang melihat kepentingan Taib masih kuat dalam
usaha memastikan kestabilan di Sarawak, dan untuk mengelakkan persaingan
kuasa yang boleh menjejaskan partinya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB dan Barisan Nasional.
Pengaruh yang telah
lama dibina bermakna penguasaan Taib dan sekutu yang kukuh dalam
pelbagai ruang, dalam tempoh yang suasana politiknya jauh berbeza dengan
sekarang dari sudut penguasaan parti pemerintah dominan.
Hari ini, selain pengganti yang tidak dapat menyamai kepimpinan
Taib, suasana politik yang baharu menyaksikan parti-parti pembangkang
termasuk daripada Pakatan Rakyat semakin mengukuhkan kedudukan di negeri
ini.
Dalam Pilihan Raya Negeri ke-10 pada April 2011, BN
memenangi 55 kerusi Dewan Undangan Negeri, daripada 71 kerusi, merosot
daripada 62 kerusi dalam pilihan raya negeri sebelum itu.
Pilihan
Raya Umum ke-13 pada Mac tahun lalu pula menyaksikan BN menang 25
kerusi Parlimen daripada 31 kerusi, berbanding 31 dimenangi pada pilihan
raya umum 2008.
Ini bermakna landskap politik Sarawak telah banyak berubah, malah
Parti Keadilan Rakyat pada 2011 berkempen dengan menjanjikan pelantikan
pemimpin parti itu, Baru Bian sebagai ketua menteri jika PR
menguasai Sarawak.
Pada tahun-tahun akhir Taib sebagai ketua menteri, kempen untuk
menjatuhkan beliau juga berjalan dengan rancak dari dalam dan luar
negara, meningkatkan lagi tekanan ke atas Taib dan negeri kubu kuat BN
itu.
Tetapi selepas dua pilihan raya itu, Sarawak kekal sebagai
kubu kuat BN walaupun dengan kekuatan yang merosot, dan Parti Pesaka
Bumiputera Bersatu, PBB, yang bersifat Bumiputera Muslim kekal dominan
dalam BN di Sarawak, dan bersama dengan Umno menjadikan BN hanya
dikuasai parti Melayu.
Piliha raya 2011 telah mencatat rekod terbaharu Taib berjaya mempertahankan penguasaan BN di Sarawak, pada masa banyak pihak bercakap
tentang keperluan peralihan kepimpinan negeri Sarawak.
Perkembangan
itu menunjukkan satu perubahan besar yang berlaku sejak beberapa tahun
kebelakangan ini; peningkatan kepentingan Sarawak dalam politik
nasional, terutama kepada parti-parti politik dominan yang asas kuasanya
terletak di Semenanjung.
Menyedari kekuatan undi di Sarawak, PR menjadikan negeri ini
sebagai sasaran perubahan besar-besaran untuk mengubah imbangan kuasa
BN-PR, terutamanya memandangkan Sarawak memegang 31 kerusi
Parlimen.
Sarawak dan juga Sabah mula menjadi perhatian khusus parti-parti
pembangkang, terutama PR dan parti Kita untuk merebut bahagian
lebih besar hasil pilihan raya, dengan tawar-menawar yang semakin
seimbang.
Selama ini, Sarawak dan Sabah kelihatan sekadar
dipergunakan untuk kepentingan agenda-agenda yang sering tidak sehaluan
dan tidak meletakkan kepentingan rakyat dua negeri itu sebagai matlamat
utama.
Tetapi, berbeza dengan Sabah, Sarawak terus dikuasai PBB sedangkan
Sabah telah menjadi salah satu medan utama Umno dan mempunyai kedudukan
istimewa dalam kepimpinan tertinggi parti itu.
Sarawak mahu mengekalkan kepentingannya, dan bukan sekadar menjadi sumber undi mudah kepada BN tanpa pulangan yang sewajarnya.
Perkembangan ini menunjukkan pengaruh PBB yang semakin kritikal
kepada BN, yang masih mampu mempertahankan negeri bank undi gabungan
parti pemerintah.
Hal ini menjadikan PBB menyedari kekuatannya
dan dapat dijangka tidak akan dengan mudah mahu mengorbankan kedudukan
dominan ini, kedudukan yang semakin jelas pada masa BN semakin tercabar
oleh PR. - Februari 11, 2014
Blog analisis, komentar dan berita politik Malaysia. SiasahDaily bukan versi internet Siasah cetak dan tidak mempunyai hubungan dengan akhbar tersebut.
Showing posts with label Pilihan Raya Sarawak. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya Sarawak. Show all posts
Wednesday, February 19, 2014
Monday, July 30, 2012
Kenyataan diskriminasi gay tidak jejas undi liberal?
Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong diskriminasi terhadap golongan gay berhubung perkahwinan 18 Julai lalu telah mencetuskan kekecohan dalam kalangan komuniti gay dan liberal negara ini.
Kumpulan pemerhati hak asasi yang kuat membela Anwar selama ini telah mengeluarkan kenyatan mengecam kenyataan beliau itu.
Debat yang tercetus menjelaskan lagi tentang peningkatan suara dan pengaruh kelompok liberal di Malaysia, yang mendapat sokongan kuat antarabangsa.
Peningkatan aktivisme kelompok LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) merupakan isu paling panas dan mendapat perhatian dalam persaingan konservatif-liberal di negara ini, yang turut mengambil sikap secara kolektif dalam membuat pilihan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Kumpulan liberal Suara Rakyat Malaysia, Suaram, yang ramai ahlinya juga merupakan ahli berkedudukan dalam PKR, turut mengeluarkan kenyataan menggesa kedua-dua pakatan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat mengeluarkan kenyataan berhubung hak asasi golongan LGBT.
Kenyataan Anwar menyokong diskriminasi terhadap gay dilakukan dalam mahkamah, dalam situasi yang tidak membenarkan ucapan kabur dan berhati-hati seperti yang biasa diamalkan beliau dalam usaha mengimbangi isu-isu sensitif.
Walaupun menjejaskan kredibiliti liberal dan dikecam ekoran kenyataan itu, Anwar dan parti liberal PKR mungkin tidak terjejas teruk dari segi sokongan kelompok LGBT dan liberal, dalam keadaan kekurangan pilihan melibatkan parti politik dan wakil liberal dalam pilihan raya.
Malah, ada kemungkinan kenyataan itu boleh meredakan kritikan penyokong dan kelompok lain yang mengharapkan Anwar menegaskan sikap menentang golongan LGBT.
Dari segi politik, kenyataan Anwar membenarkan diskriminasi terhadap gay kelihatan lebih kepada melibatkan isu perkahwinan yang didefinisikan sebagai ikatan antara lelaki dengan wanita dan pendirian tidak mempromosi homoseksualiti, dan tidak lebih daripada itu.
Pendirian ini tidak melibatkan isu halal atau haram perlakuan terbabit, dan tidak sama sekali sealiran dengan kempen antihomoseksual yang giat dilakukan kumpulan bukan kerajaan Muslim yang bergiat aktif pada masa ini.
Dalam politik pilihan raya yang tidak memberi banyak pilihan kepada golongan LGBT, berbanding barisan konservatif Umno yang menguasai BN dan juga PAS yang kekal dengan pendirian menolak LGBT, undi kelompok LGBT kepada parti liberal PKR mungkin tidak akan terjejas.

Labels:
BN,
Global,
Hak Asasi,
Ideologi,
Masyarakat,
NGO,
Pakatan Rakyat,
PAS,
Pendapat,
Pilihan Raya Sarawak,
PKR,
Umno
Wednesday, July 20, 2011
Temu Pope usaha Najib tarik sokongan PRU 13
Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Pope Benedict ke-16 di Vatican City sekaligus menjalin hubungan diplomatik dengan Holy See tidak dapat dielakkan daripada dilihat berdasarkan politik Pilihan Raya Umum ke-13.
Pertemuan ini merupakan yang ketiga selepas pertemuan empat mata dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dan Perdana Menteri China, Wen Jiabao yang mempunyai implikasi terhadap sokongan komuniti minoriti kepada parti pemerintah.
Sokongan daripada komuniti Cina, India dan penganut Kristian Katolik terhadap Barisan Nasional terjejas sehingga mengurangkan kerusi pemerintah di Parlimen ekoran Pilihan Raya Umum ke-12.
Pemerintah ekoran pilihan raya umum lalu dikuasai hampir sepenuhnya oleh Umno, parti etnonasionalis Melayu-Muslim yang bersaing sengit dengan PAS, parti dikuasai Melayu-Muslim yang merupakan parti terbesar dalam gabungan pembangkang.
Sejak itu, pelbagai usaha dilakukan oleh Umno dan BN untuk memenangi semula sokongan tersebut, usaha yang dilihat menjadi pencetus kempen 1 Malaysia.
Jelas sekali bahawa kaitan pertemuan di Vatican City dengan politik pilihan raya tidak dapat dielakkan, dakwaan yang bukan sekadar spekulasi atau usaha mempolitikkan pertemuan itu.
Pertemuan Najib dengan Pope itu telahpun memperlihatkan sisi politik domestiknya disebabkan masa lawatan diadakan. Turut serta dalam lawatan itu ialah seorang pemimpin Katolik Malaysia Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.
Pertemuan Najib dengan pemimpin tertinggi Katolik itu menyusuli pertembungan antara pemerintah dengan kumpulan Katolik di negara ini berhubung penggunaan kalimah Allah dan halangan pengedaran Injil dalam bahasa Melayu.
Menjelang pilihan raya Sarawak April lalu, isu panas berhubung sekatan terhadap kitab Injil oleh pihak berkuasa timbul lagi, dipercayai untuk mempengaruhi pengundi Katolik di negeri itu.
Sebelum itu, kumpulan dominan dalam parti pemerintah menentang keras penggunaan kalimah Allah oleh kumpulan Katolik di negara ini, yang tercetus ekoran penggunaannya dalam majalah komuniti itu.
Parti-parti Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, PKR dan DAP menyokong penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian Katolik, pandangan yang semakin meletakkan pemerintah dalam keadaan defensif.
Tekanan terhadap pemerintah meningkat ekoran kelantangan kumpulan-kumpulan Melayu yang menyokong dan mempunyai kaitan dengan Umno, dan kemudian selepas berlaku serangan bom petrol ke atas beberapa buah gereja sekitar ibu negara.
Kumpulan terbabit dan Umno muncul dalam pelbagai media sebagai fanatik pada masa itu, menjejaskan kempen penyatuan 1 Malaysia yang diilhamkan Najib.
Pada masa sama, PAS yang sebelum ini terpalit imej negatif yang sama muncul dengan imej lebih positif berbanding Umno ekoran sikap parti Islam itu yang tidak menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Katolik di negara ini.
Secara umumnya, dari sudut sokongan popular terutama dalam kalangan minoriti termasuk penganut Katolik, PR memperolehi manfaat daripada isu kalimah Allah ekoran sikap positif terhadap penggunaannya oleh Katolik.
Walau bagaimanapun, di luar lingkuan parti politik, beberapa kumpulan Islam menentang penggunaan tersebut yang disifatkan mempunyai helah politik, pendirian yang meletakkan kumpulan terbabit berseberangan dengan parti-parti PR.
Penentang penggunaan kalimah Allah oleh Katolik termasuk bekas ahli parti komponen PR yang agresif mengkritik PAS dan ketua PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran pendirian berhubung isu terbabit.
Di sudut yang lain, lawatan Najib bertemu Pope itu juga mampu mencetuskan kesan negatif terhadap pemerintah, yang slogan 1 Malaysianya dikaitkan sesetengah pihak dengan sifat liberal, termasuk pluralisme agama.
Dalam kalangan audiens tertentu, pertemuan Najib dengan Pope dapat dibaca sebagai satu perkembangan yang negtif kepada Umno dan kini mudah dikaitkan dengan pelbagai perkara negatif.
Usaha Najib membina imej pemerintah yang dalam isu minoriti agama kini jauh merosot berbanding PAS menjelaskan satu kompleksiti baharu dalam politik Malaysia yang semakin sofistikated dan kompleks.

Agama,
analisis,
BN,
Ideologi,
Masyarakat,
Media,
NGO,
Pendapat,
Pilihan Raya,
Pilihan Raya Sarawak,
Umno
Friday, April 29, 2011
Selepas tarik India, Najib usaha menangi undi Cina
Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 yang berakhir awal bulan ini menampakkan lagi sokongan masyarakat Cina yang tertumpu pada parti pembangkang, DAP.
Parti-parti Cina dalam Barisan Nasional seperti MCA, Gerakan dan SUPP menunjukkan penerimaan sokongan yang semakin merosot daripada pengundi Cina.
Perkembangan ini membimbangkan Umno yang menjadi tunjang BN, gabungan yang dikemukakan sebagai model perkongsian kuasa antara kaum yang berjaya.
Sejak Pilihan Raya Umum ke-12, hubungan antara parti komponen BN terjejas akibat isu-isu kaum.
Menjelang konvensyen BN Disember tahun lalu - yang terbaharu diadakan selepas kali terakhir pada 2001 - perdebatan terbuka melibatkan pemimpin-pemimpin parti komponen Melayu dengan Cina semakin jelas dan mendedahkan potensi pertembungan yang lebih besar.
Walaupun hubungan antara parti pelbagai kaum dalam Pakatan Rakyat turut tidak bebas daripada masalah, BN berdepan cabaran terbesarnya pada masa ini, dalam usaha Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak memulihkan kembali sokongan kepada BN selepas tewas banyak kerusi Parlimen dan negeri dalam pilihan raya Mac 2008.
Najib membawa gagasan 1 Malaysia sebagai ide besar pentadbirannya, tetapi ujian terbesar hubungan antara kaum dalam BN berlaku dalam tempoh ini, apabila setiap parti komponen secara terbuka terlibat dalam pertengkaran isu kaum sesama sendiri.
Undi masyarakat India dinilai sebagai sudah kembali kepada BN, apabila Hindraf sendiri - yang mencetuskan sentimen antikerajaan orang India menjelang 2008 - semakin kehilangan sokongan, termasuk daripada PR sendiri.
Terbaharu, Najib menerima kunjungan Perdana Menteri China, Wen Jiabao ke Kuala Lumpur, menandakan hubungan baik dan meningkat kedua-dua negara.
Isyarat yang dicetuskan pertemuan dan hasil pertemuan dua pemimpin itu secara tidak langsung berupaya membina sentimen positif masyarakat Cina di negara ini terhadap Najib dan BN.
Sunday, April 17, 2011
Selepas menang besar, BN perlu tangani isu Taib Mahmud
(Kedudukan rasmi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10: BARISAN NASIONAL, 55 kerusi: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB, 35 kerusi. Parti Bersatu Rakyat Sarawak, SUPP, 6. Parti Rakyat Sarawak, PRS, 8. Parti Demokratik Progresif Sarawak, SPDP, 6. PAKATAN RAKYAT, 15 kerusi: DAP, 12. PKR, 3. LAIN-LAIN: Bebas, 1.)
Kedudukan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menjadi isu yang perlu ditangani Barisan Nasional selepas mencapai kemenangan besar mengekalkan dua pertiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Pengunduran Taib dan peralihan kuasa bakal menjadi tuntutan banyak pihak selepas berakhir Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 semalam.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin semalam dilapor berkata BN perlu melaksanakan janji mengadakan peralihan kuasa di Sarawak.
Kedudukan Taib - yang segera mengangkat sumpah selepas BN berjaya menubuh kerajaan - masih kukuh ekoran kejayaan memastikan kemenangan selesa walaupun berdepan tekanan kuat pembangkang.
Walaupun terjejas sebagai "simpanan tetap" bagi BN untuk Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, Sarawak tetap masih dilihat selamat bagi BN, dan menguatkan sebab kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak mengadakan pilihan raya umum tahun ini.
Taib telah berjaya memastikan BN kekal dengan dua pertiga kerusi di Sarawak. Prestasi BN dalam pilihan raya umum akan datang, sama ada berjaya atau tidak mendapat semula dua pertiga, bakal mengalih tumpuan kepada Najib pula.
Najib telahpun mengatakan BN akan berdepan saingan sengit pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti. Tetapi beliau dijangka tetap akan berdepan cabaran dan tekanan sekiranya BN tidak berjaya mengekalkan dua pertiga di Parlimen selepas pilihan raya itu nanti.
Saturday, April 16, 2011
BN kekal dua pertiga, kerusi PR meningkat
Barisan Nasional mempertahankan kerajaan Sarawak dengan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 hari ini.
Sehingga pukul 10 malam tadi, BN telah memenangi 52 kerusi.
DAP memenangi kerusi terbanyak dalam kalangan parti Pakatan Rakyat dengan menawan 12 kerusi, manakala PKR mendapat tiga kerusi.
PAS yang bertanding di lima kerusi tidak memenangi sebarang kerusi tetapi mendapat peningkatan undi.
Pilihan raya kali ini menyaksikan BN memperolehi jumlah kerusi yang jauh merosot berbanding 63 kerusi dalam pilihan raya sebelum ini pada 2006.
PR gagal membuat kejutan besar dalam pilihan raya ini walaupun isu besar tempoh 30 tahun pemerintahan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud digunakan secara besar-besaran untuk menarik pengundi.
Isu Injil dalam bahasa Melayu yang panas menjelang pilihan raya juga tidak menggugat sokongan kepada kerajaan BN pimpinan Taib.
Isu pengambilan tanah oleh kerajaan negeri juga dilihat tidak memberi impak seperti diharapkan oleh pembangkang.
Kemenangan ini memberikan kekuatan baharu kepada Taib yang menghadapi tekanan berundur dan dilihat sebagai liabiliti kepada BN.
Kejayaan yang boleh dilihat sebagai kejayaan Taib mengekalkan kemenangan dan kerusi dua pertiga mampu mengurangkan tekanan kepadanya untuk berundur.
Walau bagaimanapun, kemerosotan undi dan kerusi BN di Sarawak yang boleh memberi kesan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti tetap meletakkan kawasan "deposit tetap" BN itu dalam bahaya.
Kemenangan BN ini mampu memberi keyakinan kepada BN untuk mengadakan pilihan raya umum awal pada tahun ini, tetapi kemerosotan undi parti pemerintah di kubu kuat itu boleh memberikan keyakinan kepada PR.
Pilihan raya ini telah menguji kedua-dua BN dan PR, dan pada masa sama mampu memberikan semangat untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Friday, April 15, 2011
Sarawak ujian paling sukar 1 Malaysia
Oleh HARIS ZALKAPLI
Pilihan raya di Sarawak itu mencatat sejarah sebagai ujian terbesar terhadap gagasan 1 Malaysia dan pelaksanaannya.
Politik di Semenanjung sebahagian besarnya melibatkan tiga etnik, Melayu, Cina dan India, yang menjadi perkiraan dalam pemilihan calon dan cara kempen parti-parti politik.
Di Sarawak, jumlah etnik dan agama yang lebih banyak ditambah lagi dengan isu jurang antara Semenanjung dengan Borneo melibatkan pelbagai isu.
Pilihan raya kali ini, yang bakal menjadi yang paling sengit dalam sejarah, menjadikan isu-isu tersebut sebagai topik utamanya.
Hal ini menjadikan medan politik Sarawak sebagai ujian terbesar terhadap gagasan 1 Malaysia, yang hanya akan diatasi oleh Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
1 Malaysia sentiasa berdepan ujian sejak kelahirannya yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.
Dalam era 1 Malaysia, elemen liberal dalam politik Malaysia semakin lantang bersuara, menuntut aspirasi mereka diterima.
Pada masa sama, muncul kumpulan etnonasionalis Melayu berhaluan kanan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Perkasa, yang menjadi sekutu dan pada masa sama pesaing kepada Umno, parti Melayu paling dominan.
Kempen Barisan Nasional, yang menyaksikan perdana dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkempen lebih lama di sana memberi gambaran persaingan sengit yang bakal dihadapi BN.
Janji-janji 1 Malaysia, menurut pelbagai tafsiran, kini dituntut oleh pengundi dan pemain politik di Sarawak.
Isu Injil dalam bahasa Melayu menjadi satu isu besar yang menggugat kerajaan BN, yang terlibat dalam debat ini sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak mahu menunjukkan sebarang komitmen.
Pendekatan berhati-hati pemerintah berdepan ujian dalam pilihan raya ini apabila isu Injil tersebut sekali lagi menjadi perhatian pembangkang dan kumpulan Katolik menjelang pilihan raya di Sarawak.
Kristian Katolik yang merupakan antara kumpulan agama terbesar di Sarawak berupaya mengundi secara blok dan memberi kesan terhadap dominasi BN.
Isu ini diambil kesempatan sepenuhnya oleh pembangkang dan menjadikan BN berada dalam keadaan defensif.
Kedudukan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telah berdekad memerintah Sarawak juga menjadi liabiliti kepada BN.
Kompromi yang diambil, menjanjikan pengunduran Taib selepas pilihan raya kelihatan tidak memuaskan hati banyak pihak.
Kedudukan dominan Taib dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, PBB, yang merupakan parti dominan Melayu turut menimbulkan isu kaum dalam pilihan raya kali ini.
Etnik yang ditakrifkan sebagai Melayu bukan etnik terbesar di Sarawak, tetapi Taib yang mewakili parti Melayu telah menguasai Sarawak selama 30 tahun.
Hal ini dijadikan satu isu yang menyentuh keadilan antara etnik di negeri itu, satu lagi isu yang meletakkan BN dalam keadaan defensif.
Pada masa sama, kedudukan Borneo yang jauh berbeza daripada arus pembangunan seperti dilihat di Semenanjung turut menyumbang poin negatif terhadap pemerintah BN.
Sarawak menjelang pilihan raya ini menjadi perhatian media propemerintah, dengan isu-isunya seperti pembangunan mengisi sisipan-sisipan dalam akhbar harian.
Malah, ada akhbar mula menerbitkan kolum dengan tajuk dalam dialek Sarawak.
Sepanjang kempen, berbilion peruntukan disebut dan dijanjikan oleh BN, dalam usaha menegaskan lagi kaitan parti pemerintah BN dengan pembangunan.
Secara tidak langsung, liputan media, janji dan pencapaian yang dikemukakan mengesahkan kedudukan Sarawak yang tidak terpandang dan jauh di belakang berbanding Semenanjung dalam pembangunan.
Pada masa sama, banyak paparan mengenai Sarawak dikemukakan dengan cara yang menekankan perbezaan antara wilayah itu dengan Semenanjung.
Tidak seperti pilihan raya sebelum ini, isu etnik, agama dan integrasi Sarawak dengan Semenanjung menjadi isu sentral, menguji kepimpinan Najib dan gagasan 1 Malaysianya.
Thursday, April 14, 2011
Dakwaan Raja Petra cetus kejutan
Raja Petra Kamarudin, pengendali laman Malaysia Today yang dikenali sebagai orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat kejutan terbaharu apabila menafikan yang beliau menuduh perdana menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Beliau membuat kenyataan itu dalam satu wawancara eksklusif dengan media pro-Umno, TV3 di Australia.
Raja Petra mengatakan tindakan beliau membuat kenyataan yang mengaitkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibuat selepas didesak dan dipengaruhi individu-individu yang rapat dengan Anwar.
Beliau turut menyebut individu terbabit, iaitu Nik Azmi Nik Daud, John Pang, Din Merican dan Kolonel Azmi Zainal Abidin.
Kenyataan Raja Petra dalam Akuan Bersumpah yang dibuat pada Jun 2008 itu mencetuskan kejutan dalam politik negara dan meletakkan Najib dan Rosmah dalam kedudukan sangat defensif.
Kenyataan itu juga diterima ramai sebagai pengesahan bahawa Rosmah terlibat dalam pembunuhan model dari Mongolia itu.
Raja Petra kemudian melarikan diri dan keluar negara selepas waran tangkap ke atasnya dikeluarkan pada Mei 2009. Beliau kemudian didedahkan berada di London, England.
Kenyataan terbaharu Raja Petra ini menimbulkan tanda tanya tentang kedudukan beliau kini, yang dilihat semakin mendekati kem pemerintah dan menjauhkan diri daripada kem Anwar.
Tindakan ini menambahkan lagi isu-isu panas yang negatif kepada pembangkang ketika kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 sedang berjalan.
Raja Petra juga terlibat dalam kumpulan politik dan sosial Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia, MCLM, yang dilihat bakal mencabar dan menjejaskan peluang Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Tindakan Raja Petra yang menegatifkan Anwar ini bakal memburukkan lagi hubungan Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat dengan MCLM yang muncul sebagai kuasa ketiga itu.
Penghujung tahun lalu, beberapa kenyataan Raja Petra dilihat banyak pihak sebagai usahanya berbaik dengan Najib.
SiasahDaily turut melaporkan hal yang sama pada 16 November tahun lalu.
Labels:
analisis,
Berita,
BN,
MCLM,
Media,
Pakatan Rakyat,
Pilihan Raya Sarawak,
PKR,
Umno
Monday, April 11, 2011
Isu Kristian dedah kebimbangan BN di Sarawak
Walaupun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan kerajaan Barisan Nasional menghormati hak Kristian, kempen yang dijalankan melibatkan orang Islam di Sarawak menunjukkan BN bimbang dengan peningkatan pengaruh kumpulan itu.
Kempen oleh blog-blog dan juga yang secara tidak terbuka oleh BN mendedahkan isu Kristian dijadikan alasan untuk menolak Pakatan Rakyat yang dikuasai DAP dan PKR di Sarawak.
Tokoh PKR, Baru Bian yang menjadi konsensus untuk menjawat jawatan ketua menteri sekiranya PR menang dalam pilihan raya kali ini menambahkan lagi kebimbangan terhadap penghakisan pengaruh Melayu dan Islam dan peningkatan pengaruh Kristian dan bukan Melayu.
Status agama peguam itu menjadi sasaran dalam kempen BN untuk menolak PR dalam pilihan raya negeri kali ini, yang menyaksikan saingan paling sengit dalam sejarah.
Pengakuan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak bahawa pilihan raya ini sengit dan tempoh kehadiran dua pemimpin tertinggi pemerintah itu dalam kempen Sarawak menggambarkan kebimbangan BN terhadap saingan sengit kali ini.
Kelangsungan penguasaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan partinya didakwa sesetengah pihak boleh memelihara Sarawak daripada dikuasai pengaruh Kristian.
Kempen pilihan raya di Sarawak kali ini menyaksikan isu Kristian menjadi isu paling panas, yang dijangka boleh mempengaruhi pengundi Kristian secara blok.
Kempen menjatuhkan pemerintah Sarawak dijalankan dengan agresif kali ini dan mendapat sokongan pelbagai pihak termasuk dari luar negara.
Tekanan terhadap Taib yang sangat kuat telah mendorong BN mengambil kira dengan serius peralihan kuasa di negeri itu.
Friday, April 8, 2011
Undi Kristian, Cina penentu nasib Taib Mahmud?
Undi masyarakat Kristian dan Cina bakal menjadi faktor penting kejayaan Barisan Nasional pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10.
Walaupun kelihatan yakin dengan sokongan yang bakal diperolehi daripada pengundi Kristian dan Cina, kempen pembangkang yang semakin agresif mampu mengubah kecenderungan kumpulan pengundi terbabit.
BN melakukan tindakan memujuk melalui pelepasan Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan dan pengumuman bantuan dan sokongan untuk sekolah mubaligh Kristian.
Kempen pilihan raya BN kali ini yang bertema kestabilan dan masa hadapan yang terjamin dilihat sebagai ditujukan paling utama kepada masyarakat Cina yang paling banyak terlibat dalam perniagaan.
Pelancaran kempen yang diadakan di Sibu, sebuah bandar utama kaum Cina juga boleh dilihat sebagai usaha kempen pertama memujuk pengundi Cina.
Kempen menentang Taib mendapat perhatian masyarakat Kristian dan Cina yang melihat pemerintahan berdekad ketua menteri itu sebagai dominasi Melayu yang tidak adil kepada etnik dan agama lain.
Kempen itu, yang turut mendapat bantuan pihak dari luar negara, bergantung sebahagian besarnya pada pengundi Kristian dan Cina untuk berjaya.
BN mula meningkatkan kempen memenangi sokongan kelompok pengundi terbabit dengan pelbagai tindakan termasuk janji pengunduran Taib selepas pilihan raya, yang masih dipandang dengan skeptikal oleh pembangkang.
Pada masa sama, BN terus menabur janji pembangunan di Sarawak, termasuk berbilion peruntukan pembangunan dan janji menjadikan Sarawak negeri kaya.
Wednesday, March 23, 2011
BN makin yakin hadapi pilihan raya Sarawak
Pelepasan kitab Injil dalam bahasa Melayu yang ditahan, pergeseran melibatkan Parti Keadilan Rakyat dan Parti Nasional Sarawak (SNAP), dan curahan bantuan dan projek ke Sarawak menjadikan Barisan Nasional semakin yakin hadapi pilihan raya negeri itu.
Walaupun menjejaskan pemerintah sejak awal, tindakan melepaskan Injil yang ditahan ketika pilihan raya semakin dekat dilihat mampu meredakan kemarahan penganut Kristian terbabit di Sarawak.
Perselisihan merebut kerusi melibatkan PKR dan SNAP yang tidak selesai lagi juga mampu menjejaskan peluang Pakatan Rakyat menunjukkan prestasi yang baik dalam pilihan raya ini nanti, walaupun DAP dijangka tidak terjejas.
Sejak awal Mac lalu, gandingan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan perhatian terhadap Sarawak.
Media melaporkan hari ini Ketua Menteri Sarwak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata Sarawak diperuntukkan RM5.7 bilion untuk melaksanakan pelbagai projek infrastruktur untuk meningkatkan mutu kehidupan rakyat di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Semasa melawat Serian Sabtu lepas, Najib juga mengumumkan peruntukan RM252.35 juta untuk bekalan air dan elektrik yang akan memanfaatkan beribu-ribu penduduk Sarawak termasuk mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Taib sebelum itu menyatakan BN Sarawak yakin mendapat kemenangan besar dalam pilihan raya negeri kali ini.
Tuesday, March 22, 2011
Video seks, penentang Anwar mula berhati-hati
Sebahagian besar ahli politik dan media propemerintah mengambil kesempatan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan defensif ekoran pendedahan video seks semalam.
Walau bagaimanapun, beberapa pihak sudah mula menampakkan sikap berhati-hati dengan kemungkinan-kemungkinan lain yang sukar dijangka.
Bekas ahli kanan Parti Keadilan Rakyat, Zulkifli Noordin dalam tulisan di blognya mengemukakan kemungkinan pendedahan itu sebagai rancangan untuk kepentingan Anwar sendiri.
"Dan cuba bayangkan kalau akhir nanti terbukti video klip ini palsu dan direka. Apatah lagi diletopkan betul-betul sebelum pemilihan di Sarawak. Boleh bayang apa nak jadi? Rakyat akan kata ini fitnah besar, sekaligus isu DNA juga akan dikatakan fitnah besar; dan pasti rakyat akan terpengaruh untuk menolak kerajaan dan menyokong pembangkang," tulis Zulkifli di blognya.
Pandangan yang selari dikemukakan oleh blog Gerakan Anti PKR yang mendakwa bekas ahli parti itu.
Menurut blog ini, tidak mustahil pihak Anwar sendiri melakukan taktik ini untuk digunakan bagi kepentingannya nanti, memandangkan tekanan isu DNA dan perkembangan semasa parti.
Sebuah lagi blog pro-Umno, The Unspinners mengemukakan teori pergolakan dalaman yang turut terkait dengan kemelut DNA sebagai satu kemungkinan punca pendedahan semalam berlaku.
"Jika wang bukan punca pembelotan ini berkemungkinan besar adalah rancangan dalaman PKR untuk menyingkirkan kepimpinan Anwar Ibrahim yang kini terperangkap dengan isu DNA," tulis blog itu.
Pandangan-pandangan berbeza dalam kalangan Umno dan penentang Anwar ini menunjukkan sikap yang semakin berhati-hati dalam menangani pendedahan yang pada mulanya dilihat sebagai pasti memberi kelebihan kepada pemerintah.
Monday, March 21, 2011
Video seks: PR nafi Anwar, Ummi Hafilda tidak terkejut
Satu rakaman video aksi seks yang didakwa dilakukan oleh seorang pemimpin tinggi pembangkang menggegarkan politk negara hari ini.
Spekulasi bahawa lelaki terbabit ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim segera tersebar ekoran pendedahan itu.
Rakaman yang dipertontonkan kepada wartawan di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur itu terus meletakkan Pakatan Rakyat terutama Parti Keadilan Rakyat dalam keadaan defensif.
Pemimpin-pemimpin PKR dalam kenyataan masing-masing di media sosial segera menolak keaslian video itu, mendakwa rakaman itu palsu dan diubah suai.
Pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad dilaporkan berkata video itu diubah suai, menimbulkan persoalan sama ada beliau sudah menonton video itu sebelum mengeluarkan kenyataan tegas itu.
Pemimpin-pemimpin lain PR termasuk Ahli Parlimen PAS Khalid Samad turut membuat kenyataan menafikan lelaki dalam video tersebut ialah Anwar, walaupun tidak jelas sama ada mereka sudah menonton rakaman video itu.
Media yang melaporkan tentang rakaman itu juga tidak menyebut Anwar sebagai individu yang terlibat dalam aksi seks yang dirakam itu.
Walau bagaimanapun, seorang penulis blog, Kickdefella mendakwa Anwar ialah individu dalam video itu, dan mendesak PAS menimbangkan semula hubungan dengan tokoh pembangkang itu.
Pihak terbabit mendedahkan rakaman itu mendakwa hanya sekumpulan wartawan dijemput khas yang dipertontonkan video itu.
Ummi Hafilda, yang dihubungi portal berita mynewshub.my mengaitkan pendedahan itu sebagai menyokong apa yang dibawa selama ini terhadap Anwar.
"Saya tak tahu video klip apa yang dimaksudkan tetapi jika benar, saya harap masyarakat akan sedar apa yang saya katakan selama ini bukannya fitnah, tetapi kenyataan," katanya seperti dilapor laman itu.
Kemunculan rakaman video itu menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi mengaitkannya dengan motif dan perancangan politik.
Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan hari ini untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Saturday, March 19, 2011
Pilihan raya Sarawak: BN berdepan pelbagai isu kritikal
Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud mengumumkan Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan Isnin, 21 Mac ini, menamatkan spekulasi tarikh pilihan raya negeri itu.
Pembubaran itu membolehkan pilihan raya negeri kali ke-10 diadakan, ketika Taib dan Barisan Nasional negeri berdepan pelbagai isu yang kritikal.
Tarikh penamaan calon dan pengundian walau bagaimanapun belum diumumkan. Pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran.
Pilihan raya ini menggambarkan keyakinan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 dijangka menyusul tidak lama selepas pilihan raya Sarawak.
BN mencapai kemenangan cemerlang di Dun Merlimau di Melaka dan Kerdau di Pahang dalam pilihan raya kecil 6 Mac lalu.
Taib yang memimpin Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersama parti komponen BN di Sarawak memenangi 61 daripada 69 kerusi dalam pilihan raya terakhir pada 2006.
BN Sarawak di bawah Taib walau bagaimanapun berdepan isu-isu sukar pemerintahan berdekad ketua menteri itu dan rampasan kitab Injil berbahasa Melayu oleh kerajaan.
Kedua-dua isu meletakkan Taib dan BN dalam keadaan defensif, terutama isu Injil yang ditujukan untuk menjejaskan sokongan masyarakat Kristian Katolik yang besar di negeri itu.
Isu pemerintahan Taib dan kemelut Injil bahasa Melayu yang ditahan pihak berkuasa mula panas dan menjadi perhatian menjelang pilihan raya Sarawak yang dijangka banyak pihak.
Tekanan yang meningkat terhadap BN Sarawak ini dijangka akan memberi kesan kepada persembahan Taib dan BN negeri itu nanti.
Selain itu, era selepas Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008 yang menyaksikan pengaruh dan sokongan parti-parti pembangkang meningkat dan penubuhan parti baharu Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) dijangka turut memberi kesan kepada pilihan raya ini nanti.
Parti-parti Pakatan Rakyat selain DAP walau bagaimanapun dijangka berdepan laluan sukar di Sarawak kerana masih dilihat parti Semenanjung di sebahagian besar negeri itu, dan bagi PKR, kesan negatif dijangka tercetus akibat krisis dalaman parti itu kebelakangan ini.
Populariti PKR terjejas di Sarawak dan Sabah ekoran ketidakpuasan hati ahli-ahli di kedua-dua negeri.
Selepas 16 pilihan raya kecil Dun dan Parlimen pasca-Pilihan Raya Umum ke-12, BN dan PR memiliki kekuatan yang setara dengan kedua-dua pihak memenangi 8 kerusi.
Malah BN mungkin mempunyai beberapa kelebihan ekoran persaingan dalaman parti-parti PR, termasuk PAS yang akan melalui pemilihan kepimpinan awal Jun nanti.

Subscribe to:
Posts (Atom)