Isu kerajaan perpaduan kembali mendapat perhatian ekoran satu laporan Asia Sentinel, diikuti dengan tulisan memberi gambaran positif usaha itu di Malaysian Insider - dengan tajuk hampir sama dengan artikel di bawah. Perkembangan ini ialah yang terkini selepas episod rundingan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum Pilihan Raya Umum ke-12. Di bawah ini ialah tulisan pada Jun 2010 menjelaskan isu kerajaan perpaduan yang disuarakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Tulisan ini pernah disiarkan akhbar Siasah.
Oleh HARIS ZALKAPLI
Ketika bermula muktamar tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan minggu ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan permainan politik dalaman parti ini sudah pun tersebar di pelbagai media termasuk blog.
Oleh HARIS ZALKAPLI
Ketika bermula muktamar tahunan PAS ke-56 di Kota Bharu, Kelantan minggu ini, pelbagai isu yang berkaitan dengan permainan politik dalaman parti ini sudah pun tersebar di pelbagai media termasuk blog.
Satu
isu perenial yang ditimbulkan untuk mencapai tujuan politik kelompok
ialah kerajaan perpaduan yang pernah dicadangkan oleh presiden parti,
Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun lalu.
Dalam
wacana popular kelompok tertentu, isu ini ditimbulkan secara mudah,
tanpa penjelasan yang definitif yang boleh menyanggah kebolehlaksanaan
ide tersebut.
Kerajaan perpaduan, yang disebut sebagai “UG” (singkatan kepada unity government) dijadikan simbol dalam kempen negatif terhadap Abdul hadi dan sesiapa sahaja yang dilabel “pro-UG.”
Hampir semua isu, daripada pertemuan di rumah terbuka hingga kepada pemberian credential media kepada penulis blog di muktamar diletakkan secara mudah di bawah tajuk besar “UG.”
Berdasarkan
pemerhatian pada sejarah singkat wacana kerajaan perpaduan dalam PAS,
kempen negatif yang dimainkan secara berterusan itu dapat dibuktikan
sebagai satu tindakan politik kelompok yang tidak berdasarkan sebarang
bukti.
Ide kerajaan perpaduan yang paling jelas oleh Abdul Hadi dicetuskan dalam satu wawancara yang disiarkan Siasah keluaran ke-138 (1 hingga 7 Mac, 2009). Muka depan Siasah keluaran itu memuatkan berita utama bertajuk Negara Tanpa Pembangkang, yang menyusuli siri tumpuan kepada “politik damai” yang dicadangkan oleh Siasah.
Dalam wawancara itu, Abdul Hadi menerangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan mengambil contoh Indonesia
di bawah bekas Presiden BJ Habibie. Jelas Abdul Hadi, kerajaan
perpaduan ini akan melibatkan semua parti politik menjadi sebahagian
kerajaan, dan bukan hanya melibatkan PAS dengan Umno.
Ketika
itu, cadangan ini menerima reaksi positif daripada banyak pihak dalam
PAS sekurang-kurangnya, dengan isu kerjasama PAS dengan Umno tidak
ditimbulkan langsung.
Malah,
dakwaan bahawa cadangan kerajaan perpaduan dibawa hanya oleh Abdul Hadi
dan “PAS Terengganu” tidak didapati asasnya kerana ide ini turut dibawa
oleh Dr Mujahid Yusuf, Ahli Parlimen Parit Buntar.
Dalam Siasah keluaran yang sama, Mujahid yang juga pengerusi Lajnah Perpaduan
Nasional PAS dalam satu tulisan panjangnya menjelaskan perlunya satu
pendekatan baharu dalam politik negara, dengan menimbulkan persoalan,
“Mungkinkah ini era kerajaan perpaduan nasional ataukah ia kerajaan
persekutuan nasional yang akan terbentuk..,” memberikan harapan kepada
penubuhan sebuah kerajaan perpaduan nasional baharu.
Kemudian,
ekoran pelbagai isu yang timbul dalam perdebatan isu kerajaan perpaduan
dan kehadiran Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri
baharu, gagasan kerajaan perpaduan yang hampir menjadi konsensus itu
mula ditolak.
Pada penghujung April, Abdul Hadi menjelaskan bahawa cadangan kerajaan perpaduan tidak berbangkit lagi.
Beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily dalam satu laporan bertarikh 21 April bahawa ide kerajaan perpaduan
ditarik balik kerana wujud ketidakfahaman dalam kalangan ahli PAS
sendiri dan menimbulkan pelbagai kekeliruan, walaupun isu itu sudah
dibincangkan di peringkat pemimpin tertinggi.
“Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini ‘unity’ biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju.
“Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa ‘unity government.’
Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh
kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya
itu.”
Selepas itu, Harakahdaily melaporkan
pada 18 Jun kenyataan Datuk Harun Taib, ketua Dewan Ulama yang menyebut
kerajaan perpaduan tidak boleh berlaku jika hanya dengan Umno.
“Kerajaan
perpaduan itu bukan hanya PAS dengan Umno sahaja, tidak timbul soal
PAS-Umno. Semua parti-parti politik terlibat sama dengan Parti Keadilan
Rakyat, DAP, MCA, MIC, Umno dan parti-parti di Sabah dan Sarawak baru jadi 'perpaduan.’”
Penutupan
pintu kerajaan perpaduan dijelaskan lagi beberapa bulan selepas
kenyataan Abdul Hadi itu. Pada Jun 2009 melalui satu kenyataan bersama
pemimpin Pakatan Rakyat mengulangi pendirian kerajaan rakyat tidak lagi
menjadi isu bagi gabungan itu.
Laporan Harakahdaily bertajuk Tidak Ada Lagi Bincang Kerajaan Perpaduan – Presiden PAS turut dimuatkan juga dalam blog Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Semua
parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama
memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan
datang,” kata Anwar seperti dilapor Harakahdaily.
Dalam
debat panjang yang tidak berkesudahan ini, dua perkara besar kelihatan
sengaja diabaikan oleh pengkritik gagasan tersebut, iaitu definisi dan
bentuk serta proses ke arah kerajaan perpaduan dan tindakan PAS
menggugurkan agenda itu.
Kerajaan
perpaduan terus didefinisikan sebagai “perpaduan PAS-Umno” yang hanya
mempunyai satu bentuk, dengan kedua-dua parti bergabung dalam satu
pakatan politik – mengabaikan realiti kedudukan Umno yang bekerjasama
dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional – dan
terus dikatakan menjadi agenda PAS walaupun kenyataan demi kenyataan
menafikannya dibuat oleh pemimpin parti tersebut.
Pada
masa sama, pertemuan pemimpin PAS tertentu dengan pemimpin Umno atau
pegawai kerajaan tertentu juga ditafsirkan sebagai pertemuan untuk dalam
tajuk “kerajaan perpaduan PAS-Umno.”
Selepas
semua kenyataan menjelaskan tentang kerajaan perpaduan, isu ini terus
dikemukakan sebagai gabungan PAS dengan Umno yang menjadi agenda rahsia
kumpulan yang digelar “faksi Umno” dalam PAS.
Selain
kenyataan, tidak ada juga sebarang perbincangan dan tindakan yang boleh
dibaca sebagai meneruskan gagasan kerajaan perpaduan daripada mana-mana
pihak dalam PAS, tetapi momokan “UG” yang berdasarkan tafsiran
menyeleweng – yang seragam bentuknya dalam setiap komentar pengkritiknya
– masih menjadi senjata kumpulan tertentu dalam PAS sendiri untuk
menyimpulkan pelbagai isu, termasuk yang tidak berkaitan sama sekali
dengan matlamat menjejaskan kredibiliti.
Kerajaan
perpaduan yang dicadangkan Abdul Hadi itu telah tidak ditangani dengan
sewajarnya oleh banyak pihak – terutama oleh mereka yang memberi
sokongan penuh kepada projek 16 September yang boleh dipertikaikan dari
segi moral itu – dan menjadikannya senjata dalam kempen negatif terhadap
satu kelompok dalam PAS. – 9 Jun, 2010
No comments:
Post a Comment