Thursday, December 23, 2010

terasa hati~

ntah, tetiba terasa hati..sunyi sangat diri ini, tak berkawan..apa erti kawan? hanya pada masa senang ja..masa susah? hilangla semua...
aku betul2 kesunyian...tak berkawankah aku?takda sesapa lagi yg boleh aku harapkan lani,..dan aku mesti berani untuk terus berpijak atas kaki sendiri..kemana-mana bersendirian, kongsirasa dengan hati sendiri..kerana mungkin aku juga tak boleh di harap..ntah, sedih, kecewa, sangat...aku ibarat sampah kot..tak berguna langsung..tp bila susah atau da tak da org lain lagi bru lah diriku terasa ada fungsi..sedih amat sih...
insaf seketika..betapa hanya Allah sajalah yg bersamaku dalam setiap detik dan saat..cukuplah Allah bagiku..ya Allah, berikan aku kekuatan untuk mendalami dan memahami erti lafaz ini ya Allah..kalau di ikutkan rasa hati aku memang mau duduk di rumah saja dan bekerja di kawasan sekitarnya..duduk bersama mak dan tinggal di rumah tempat darahku tumpah itu..tapi aku akur dengan liku-liku hidup yg telah di aturkan ini..moga-moga ianya selari dengan kehendak Rabbul 'Alamin...mungkin suatu hari nnt akan ku kembali jua di tanah tempat lahirku itu...
sedih, resah, kecewa, pilu....itulah perasaanku saaat ini...sesungguhnya hanya Allah yg tahu setiap isi hatiku ini...

Tuesday, December 21, 2010

2010 dalam kenangan...a week to go

Seakan akan tidak percaya tahun 2010 dah nak melabuhkan tirainya..aku?masih macam tu..bnyak benda tak capai lagi..dan tak dapat dinafikan bnyak benda gak yg Allah bagi aku..dah setahun tak tgk "buku kebahagiaan" aku ni..sayang pulak nak buang cam tuja..aku kembali menulis semula diari terbukaku ini..sebab aku tahu takde sapa yang membacanya..jadi sekadar luahan perasaan ku semata-mata...

bagai mimpi, aku skarang berada di bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya memegang jawatan Pegawai Undang-Undang L41 a.k.a Peguam Persekutuan..huhu..dengaq macam best, tapi aku sendiri tak pasti perasaanku saat ini..Perasaanku bercampur baur gitu..tertanyatanya adakah ini sebenarnya citacitaku sejak kecil…aku senang disini, gaji ok, ofismate semua ok, ntahla apa yg tak ok nya..keja pun tak la banyak sangat kalau nak banding dengan senior2 officer tu..tp mgkin jiwa dan perasaanku bukan disini agaknya..kdg2, aku meyesal menghadirkan diri ketika temuduga Jun lepas..niat dihati ingin menimba pengalaman ja sedang waktu itu aku amat takut untuk berkhidmat sebagai DPP..waktu itu juga aku dah pun diterima sebagai pensyarah di INTEC UITM Shah Alam..hm, nasib menyebelahiku dan aku diterima bukan sebagai DPP tapi FC (Federal Council)..setelah hamper 5 bulan berkhidmat, aku masih terkedek-kedek untuk mengetahui dan mendalami jobscope yang luas itu..memeningkan kepala ja..tp aku perlu bekerja, perlu mengisi masa mudaku untuk hari tuaku juga..cuma aku masih keliru dimana sepatutnya aku berada dan dimana sebenarnya kepakaran aku..hehe..moga Allah menunjukkan aku jalan keluar..

2. Mengimbau kenangan pahit manis sepanjang kesepianku ini..hehe,puitis! Sepanjang tempoh setahun ini jugalah aku menghabiskan ijazah kedua ku dalam Undang-undang Syariah (LLBS)..tenang, senang…itulah gambaran perasaanku ketika bergelumang dengan kitab-kitab arab dan tebal itu..bersama ustaz2 yang disegani mencurahkan ilmu untuk menjadi bekalan anak-anak muda seperti kami..di dalam masa yang sama, aku ambil keputusan untuk menyambung pengajian sarjana..alhamdulillah..pejam celik pejam celik, kadang menangis kadang tertawa, akhirnya aku tamat pengajian ku; ijazah kedua dan juga program masterku..Oktober 2010 yang lalu menyaksikan konvokesyenku yang kedua meraikan anugerah Allah padaku setelah berpenat lelah didalam urusan pengajianku..akhirnya aku mendapat pelajar terbaik Undang-Undang Syariah..Alhamdulillah..segala pujian itu hanya layak bagiNya sahaja..trimakasih juga buat keluargaku yang besaq yg sentiasa menjadi keutamaanku.. aku gembira dengan semua itu..anugerah Allah untuk aku mengupgrade diriku di dunia sementara ini…November 2010 pulak, aku tamat keseluruhannya program masterku dan mendapat keputusan yg memuaskan hatiku..semua ini nyata dari Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..kalau ikut usaha diriku sangatlah tak seberapa kerana pada akhir semesterku itu aku berperang waktu belajar sambil bekerja..maka sedikit sebanyak tumpuan ku jadi tak berfokus kadang2..namun, alhamdulilah, segalanya kuharungi juga…

3. tahun 2010 juga memberi berita gembira buat diriku kerana aku juga telah lulus Ujian Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Kedah..Segala Puji itu hanya untuk Allah..syukur sangat dikala terdapat calon-calon yang terpaksa mengulangi peperiksaan tersebut beberapa kali sebelum ditauliahkan..Alhamdulillah..aku amat berharap dengan setiap pencapaianku ini adalah dengan izin dan kehendak Allah..dan aku dapat mencurah bakti kepada agama dan keluargaku..

Oleh kerana ini hanyalah catatan kisah kebahagianku, aku rasa tak terdaya untuk menulis kisah-kisah kedukaanku sepanjang tahun ini...yalah dalam suka mesti ada duka..kecewa dan kesedihan hati dan jiwa…haha.abaikan…Allah knows best