Tuesday, March 26, 2013

Azam baru Azie

Masyaallah tabarakallah..dah bertahun sudah berlalu..terlalu bnyak perkara yg telah aku lalui..diri sendiri pun masih terpinga2 apabila berjumpa semula dgn 'Buku Catatan Kebahagiannku'  ini..ya aku bahagia..nikmat apakah lagi yang mampu aku dustakan..Allah..

perubahan pada diri- aku sekarang bekerja sebagai tutor di UUM..sedang bercuti belajar untuk melayakkan diri menjadi tenaga pengajar di  sana.. alhamdulillah sekarang menjadi full time paid student..hehe. sedang menunggu hari juga untuk bertemu dgn my lil daughter yg sedang aktif in the belly..the EDD will be this May..Ummie cant wait to see you sayang.. and definitely am a wife to my lovely husband; encik fakrulhizam..Terima kasih Allah untuk semua ini..segala puji hanya layak untukMu jua..and also am putting on weight so badly far away from dulu2..huhu..takpa, lepasni kira lain...

Azie nama timanganku di kampung..dari mana ia datang, entahla tak pasti..catatan kebahagiannku ini sayang pulak untuk didelete begitu saja...harap2 tiada yg membaca..tringin nak jadikan ia catatan hidupku..mungkin untuk dibaca oleh anak2 nanti..hehe.

azam baruku nak meneruskan hidup bersama insan2 tersayang..nak jadi wanita isteri ibu dan anak yang solehah..o Allah bantu kau untuk terus kuat dan istiqamah di dalam beribadat..

Monday, March 5, 2012

sudah tua~

Alhamdulillah, tetiba terjumpa laman ini walau ia sudah lama tidak dijenguk..buku kebahagian saya..hehe.

A year of 2011 berlalu sudah..dan saya masih ada dimuka bumi Allah ni.Alhamdulillah..

Alhamdulillah..saya gembira..saya bersyukur atas semua aturan dan takdir Allah atas diri ini..:)

Sesungguhnya Allah maha tahu..

Thursday, December 23, 2010

terasa hati~

ntah, tetiba terasa hati..sunyi sangat diri ini, tak berkawan..apa erti kawan? hanya pada masa senang ja..masa susah? hilangla semua...
aku betul2 kesunyian...tak berkawankah aku?takda sesapa lagi yg boleh aku harapkan lani,..dan aku mesti berani untuk terus berpijak atas kaki sendiri..kemana-mana bersendirian, kongsirasa dengan hati sendiri..kerana mungkin aku juga tak boleh di harap..ntah, sedih, kecewa, sangat...aku ibarat sampah kot..tak berguna langsung..tp bila susah atau da tak da org lain lagi bru lah diriku terasa ada fungsi..sedih amat sih...
insaf seketika..betapa hanya Allah sajalah yg bersamaku dalam setiap detik dan saat..cukuplah Allah bagiku..ya Allah, berikan aku kekuatan untuk mendalami dan memahami erti lafaz ini ya Allah..kalau di ikutkan rasa hati aku memang mau duduk di rumah saja dan bekerja di kawasan sekitarnya..duduk bersama mak dan tinggal di rumah tempat darahku tumpah itu..tapi aku akur dengan liku-liku hidup yg telah di aturkan ini..moga-moga ianya selari dengan kehendak Rabbul 'Alamin...mungkin suatu hari nnt akan ku kembali jua di tanah tempat lahirku itu...
sedih, resah, kecewa, pilu....itulah perasaanku saaat ini...sesungguhnya hanya Allah yg tahu setiap isi hatiku ini...

Tuesday, December 21, 2010

2010 dalam kenangan...a week to go

Seakan akan tidak percaya tahun 2010 dah nak melabuhkan tirainya..aku?masih macam tu..bnyak benda tak capai lagi..dan tak dapat dinafikan bnyak benda gak yg Allah bagi aku..dah setahun tak tgk "buku kebahagiaan" aku ni..sayang pulak nak buang cam tuja..aku kembali menulis semula diari terbukaku ini..sebab aku tahu takde sapa yang membacanya..jadi sekadar luahan perasaan ku semata-mata...

bagai mimpi, aku skarang berada di bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya memegang jawatan Pegawai Undang-Undang L41 a.k.a Peguam Persekutuan..huhu..dengaq macam best, tapi aku sendiri tak pasti perasaanku saat ini..Perasaanku bercampur baur gitu..tertanyatanya adakah ini sebenarnya citacitaku sejak kecil…aku senang disini, gaji ok, ofismate semua ok, ntahla apa yg tak ok nya..keja pun tak la banyak sangat kalau nak banding dengan senior2 officer tu..tp mgkin jiwa dan perasaanku bukan disini agaknya..kdg2, aku meyesal menghadirkan diri ketika temuduga Jun lepas..niat dihati ingin menimba pengalaman ja sedang waktu itu aku amat takut untuk berkhidmat sebagai DPP..waktu itu juga aku dah pun diterima sebagai pensyarah di INTEC UITM Shah Alam..hm, nasib menyebelahiku dan aku diterima bukan sebagai DPP tapi FC (Federal Council)..setelah hamper 5 bulan berkhidmat, aku masih terkedek-kedek untuk mengetahui dan mendalami jobscope yang luas itu..memeningkan kepala ja..tp aku perlu bekerja, perlu mengisi masa mudaku untuk hari tuaku juga..cuma aku masih keliru dimana sepatutnya aku berada dan dimana sebenarnya kepakaran aku..hehe..moga Allah menunjukkan aku jalan keluar..

2. Mengimbau kenangan pahit manis sepanjang kesepianku ini..hehe,puitis! Sepanjang tempoh setahun ini jugalah aku menghabiskan ijazah kedua ku dalam Undang-undang Syariah (LLBS)..tenang, senang…itulah gambaran perasaanku ketika bergelumang dengan kitab-kitab arab dan tebal itu..bersama ustaz2 yang disegani mencurahkan ilmu untuk menjadi bekalan anak-anak muda seperti kami..di dalam masa yang sama, aku ambil keputusan untuk menyambung pengajian sarjana..alhamdulillah..pejam celik pejam celik, kadang menangis kadang tertawa, akhirnya aku tamat pengajian ku; ijazah kedua dan juga program masterku..Oktober 2010 yang lalu menyaksikan konvokesyenku yang kedua meraikan anugerah Allah padaku setelah berpenat lelah didalam urusan pengajianku..akhirnya aku mendapat pelajar terbaik Undang-Undang Syariah..Alhamdulillah..segala pujian itu hanya layak bagiNya sahaja..trimakasih juga buat keluargaku yang besaq yg sentiasa menjadi keutamaanku.. aku gembira dengan semua itu..anugerah Allah untuk aku mengupgrade diriku di dunia sementara ini…November 2010 pulak, aku tamat keseluruhannya program masterku dan mendapat keputusan yg memuaskan hatiku..semua ini nyata dari Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..kalau ikut usaha diriku sangatlah tak seberapa kerana pada akhir semesterku itu aku berperang waktu belajar sambil bekerja..maka sedikit sebanyak tumpuan ku jadi tak berfokus kadang2..namun, alhamdulilah, segalanya kuharungi juga…

3. tahun 2010 juga memberi berita gembira buat diriku kerana aku juga telah lulus Ujian Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Kedah..Segala Puji itu hanya untuk Allah..syukur sangat dikala terdapat calon-calon yang terpaksa mengulangi peperiksaan tersebut beberapa kali sebelum ditauliahkan..Alhamdulillah..aku amat berharap dengan setiap pencapaianku ini adalah dengan izin dan kehendak Allah..dan aku dapat mencurah bakti kepada agama dan keluargaku..

Oleh kerana ini hanyalah catatan kisah kebahagianku, aku rasa tak terdaya untuk menulis kisah-kisah kedukaanku sepanjang tahun ini...yalah dalam suka mesti ada duka..kecewa dan kesedihan hati dan jiwa…haha.abaikan…Allah knows best

Saturday, March 28, 2009

masa itu duit~

Al wajibat aksaru minal auqat...begitula pepatah arab ada mengatakan, bhwasanya tggungjawab untuk dilaksanakan lebih bnyak dari masa yg kita ada..final exam is just around the corner..seminggu lg lebih kurang..waktu ni terasa macam2 tak study lg, tak wat macam2 lagi..Alhamdulillah..mggu yg lalu dah pun berlalu, my superchaotic week..:) akhirnya, semua tugasan da selesai, yg tinggal skang, study, fokus nak exam..mg dimudahkan la urusan semua org..

kata ustaz, jgn jdkan exam sebagai matlamat utama..exam katanya hanya sebagai wasilah to get the students to read!! betul gak, agak2 kalau takda exam, nak ka kita baca dengan penuh tekun dan cuba memahami semuanya sebaik2baiknya...kalau boleh, apa yg di tanya nak jawab dengan penuh confident!! kata ustaz lagi, keberkatan ilmu sangat penting..betul, mesti yakin bhwa kita menuntut ilmu krn Allah..sama2 la memperbaiki niat dr hari ke hari..tp tak dapat tidak, kita nak kptsan yg baik jgk, jd usaha, doa yakin sesungguhnya hny dengan bantuan Allah ja kita dapat menulis di exam hall..bukanla dgn kebijaksanaan kita yg sedikit cuma ni..sambung seorg ustaz lagi, "al ghayah kubra kita adalah....al jannah" huhu..insaf seketika...ya, ustaz....tq sbb ingatkan..

setiap kali nak exam, perasaan ku sama ja...nervous tak tentu pasal..macam nak p perang ja..perang la jgak, tp dr sudut yg lain..dah 4 thn kat ashik rasa bnda yg sama...aku berazam untuk terus bersabar dan bersungguh2 lagi...skang ni rasa nak study semua bnda..huhu.ada seorg sahabatku mengingatkan..katanya,"ada dua benda ja kita boleh tgguh wat waktu sekarang.....iaitu makan dan tidur..."..yg lain, semua da tak bleh tgguh lg..jom pakat study:)

wahai semangatku...kembalilah...hehe:)) jangan p jauh2..

mesti boleh!!

Wednesday, March 25, 2009

cobaannnn...

the future belongs to those who believe in the beauty of their dreams....

Beleive in yourselve~~

Saturday, March 21, 2009

LAW GRAD 2009



Alhamdulliah..finally, we are to complete the course...Always be thankfull to Allah for all He has blessed!! Without His blessing and His love, we won't be here..even in this world..Special thank also to all my lecturers and friends..All of u are very supportive!! May Allah bless u all always:) Hmmm...final exam is just around the corner! not even a month to go..let's us together work hard and focus!! live in campus give me a lots of memories..be it sweet or even sad memories..huhu. whatever it is, life must be go on!! Live life to the max!!!always appreciate the ni'mat of al-hayah:)