SYILING KESILAPAN TEMPA .
Syiling 1sen 1994
Ditempa di Kilang Wang Shah Alam.
Jumlah Tempaan 185,084,682
Kandungan logam keluli bersalut gangsa
Berat 1.74 gram
Garis pusat 17.78mm
Galeri Sha Banknote pada kali ini ingin memaparkan syiling 1sen 1994 yang agak keliru . Adakah Syiling ini Syiling Kesilapan Tempa oleh mesin atau Syiling kesilapan yang dibuat oleh manusia .
Setelah puas meneliti dan memikirkan sebab dan bagaimana syiling ini mengalami Kesilapan Tempa . Galeri Sha Banknote teringat 2 koleksi Acuan yang ada dalam simpanan Galeri Sha Banknote yang dikenali sebagai Acuan penukul dan Acuan Andas yang mungkin dapat membantu Galeri Sha Banknote dapat memahami kenapa dan bagaimana kesilapan Tempa ini berkemungkinan berlaku atau tidak . Di bawah ini kita lihat dulu keadaan dan gambaran duit syiling Kesilapan Tempa 1sen tahun 1994 yang hendak kita bincangkan .
GAMBAR SYILING KESILAPAN TEMPA
Muka hadapan
Lihat Kesilapan Tempa muka depan syiling ini seperti yang ditandakan .Terdapat tompokan lebihan bebentuk gelembong di angka 94 , diangka 1sen , dikelopak bunga raya dan dot di atas bunga raya.
GAMBAR MUKA BELAKANG
Dimuka belakang Syiling ini juga terdapat kesilapan Tempa yang ketara seperti yang ditandakan . Terdapat tompok lebihan berbentuk gelembong .
Daripada apa yang kita lihat syiling ini terdapat berlakunya Serentak Kesilapan Tempa dikedua-dua belah muka syiling ini . Namun kita agak keliru adakah Kesilapan Tempa pada Syiling ini datang dari asal Kesilapan Tempa kerana Mesin atau Kesilapan tempa yang dibuat oleh manusia . Kalau ianya dari Kesilapan Tempa kerana mesin apakah kategori Kesilapan Tempa yang telah dinamakan oleh Ahli Numismatik Antarabangsa . Untuk pemahaman selanjutnya mari kita lihat dulu Acuan Penukul dan Acuan Andas dibawah ini .
GAMBAR ACUAN PENUKUL
Mari kita lihat secara dekat apa itu acuan penukul . Acuan Penukul adalah Acuan yang dipasang pada sebelah atas mesin penempa . Dibahagian hujung acuan Penukul ini dipanggil Acuan Bekerja untuk menempa permukaan atas syiling kosong . Sifat Acuan Bekerja ini ialah imejnya adalah terbalik dan tengelam .
GAMBAR ACUAN ANDAS
Acuan Andas ialah Acuan yang dipasang pada kedudukan sebelah bawah Mesin Penempa . Andas ialah tapak keluli yang menjadi alas kepada kerja menempa sesuatu objak . Di bahagian hujung Acuan Andas ini dipanggil Acuan bekerja untuk menempa permukan bawah syiling kosong . Sifat Acuan Bekerja ini ialah imejnya adalah terbalih dan tengelam .
GAMBAR SYILING KOSONG





Gambar Syiling Kosong sebelum ditempa . Syiling Kosong ini adalah peringkat pemulaan proses untuk membuat Syiling . Asal ianya adalah sekeping jaluran logam lebar kemudian ditempa mengikut saiz syiling yang dikehendaki dengan mengunakan Acuan yang dipanggil Acuan Kosong . Sifat Syiling Kosong ini ialah ianya adalah rata sehingga ke bahagian tepi dan masih belum dibentuk Bingkai dibahagian tepinya . Apabila Syiling Kosong dibentukkan dibahagian tepi dan menghasilkan Bingkai maka Syiling Kosong ini dipanggil Syiling Kosong Berbingkai atau Planchet . Semasa tempaan Syiling Kosong ini beberapa kesilapan Tempaan berkemungkinan akan berlaku diantaranya dipanggil Syiling Kosong Berbingkai Tergunting Melengkung [ Curve Clip Planchet ] , Syiling Kosong Tergunting Lurus [ Straight Clip Planchet ] dan Syiling Kosong Tekoyak [ Ragged Clip Planchet ] dan Syiling Kosong Berbingkai Merekah . [ Split Planchet ] dan Syiling kosong Berbingkai Mengelembong udara [ Bubbled Gas Planchet ]
Dari gambar Syiling 1sen 1994 yang dipaparkan diatas adakah Syiling ini dalam dikategorikan yang mana satu samada dalam kategori Acuan Merekah [ Split Die ] atau Acuan Tertusuk [ Die Gouge ] atau Acuan Terserpih [ Die Chip ] atau Syiling Kosong Berbingkai Gelembong Udara [ Bubbled Gas Planchet ] yang mana satu atau sebaliknya Syiling Kesilapan Tempa ini adalah palsu yang sengaja dibuat oleh manusia .