Beberapa hari yang lepas modem streamyx saya rosak. Saya agak ianya disebabkan oleh kilat. Biasanya kalau modem tu ok, 4 lampu akan menyala, PWR, DSL, WLAN dan DATA. Tapi yang nyalanya adalah PWR dan DSL. Yang LAN tu tak payah citer le sebab masa saya ambil gambar tu saya cucuk LAN punya. Pas tu call customer service 100 pas tu diaorang ambil report.
Sehari pas tu technician datang, untuk check then dia cakap modem rosak kot so dia nasihat pi TM Point. Lepas saya pi kat sana, dia cakap modem rosak kena beli yang baru sebab waranti dah habis. Kalau tak silap waranti hanya setahun.
Lepas tu dia bawa masuk modem tu then check punya check, entah apa dia buat, pas tu dia cakap ok. Dia suruh guna wifi telefon untuk connect then ok dah. So selamatlah tak payah keluarkan duit nak beli modem.
So mengikut blog norfanil, modem streamyx ni mudah rosak apabila kilat. So dia nasihat off kan modem then cabut wayar yang connect kat telefon untuk mengelakkan perkara ini berlaku.
Saturday, May 31, 2014
Monday, May 19, 2014
Jom Makan di House of Nasi Kerabu (HONK), Sri Gombak
Hari Sabtu yang lepas kami makan tengahari di House of Nasi Kerabu (HONK) yang bertempat di Prima Sri Gombak. Boleh tahan juga ramai orang masa kami pergi.
Tak sempat nak ambil gambar keadaan dalam HONK ni, yang ni kaunter minuman.
Kat sini memang terkenal dengan nasi kerabu. Pilihlah yang mana satu anda suka.
Selain daripada itu, ada juga nasi berlauk ayam dan nasi dagang.
Kalau nak yang masak-masak pun ada, nasi goreng kampung ke.
Ni pula harga minuman.
Jom kita tengok pencuci mulut dahulu, bubur sanggupal. Kiranya sagu le. Anyway makanan ni harganya RM2.80. Memang saya suka betul dengan santannya dan kemanisan walaupun ianya sedikit manis. Yang sedap of course sagu yang dimasak sempurna dan sedap apabila dikunyah. Untuk itu saya bagi rating 8.1 out of 10 untuk dessert ni.
Ni pula strawberi blended @RM5.50. Anak pompuan memang suka betul minuman berasaskan strawberi. For me, minuman ni biasa-biasa je. So rating saya bagi 7.4 out of 10.
Ni nasi dagang kari ayam @RM9.00. Maybe ianya sedikit mahal jika dibandingkan dengan nasi dagang di tempat lain. Saya suka dengan kari ayam ni, lembut juga dan nasinya of course kalau makan banyak memang kita rasa mual sedikit. Yang ni saya bagi rating 7.6 out of 10.
Anybody nak cuba makan cili ni?
Memang apabila kari ayam ngan telur rebus dimakan bersama memang cukup umpppph.
Ni nasi goreng cina @RM7.00 yang dipesan oleh my daughter, Afiqah. Sedap juga walaupun nasi tu sedikit keras since ianya tidak digaul dengan baik. Apabila dimakan bersama dengan ayam, udang dan sotong memang sedap juga. Rating? 7.3 le saya bagi.
Nasi kukus ayam @RM6.90 memang sedap especially dengan ayamnya yang dimasak garing. Nasi nampak macam sedikit lembik tapi ianya tidak menurunkan selera kami. Dimakan pula dengan sambal lada dan timum memang perfect. Saya bagi rating 7.7.
Sesiapa sahaja tengok ayam ni, memang terasa aja nak makan.
Tuesday, May 13, 2014
Seronok juga Jungle Trekking di FRIM, Kepong
Kalau tak larat apa kata lepak kat pondok ni yang terletak sebelum naik canopy walk ni.
Beginilah keadaan laluannya.
Setelah naik lebih kurang 30 minit sampai le kat batu ni. Actually kalau nak naik lagi ada le 2,000 kaki. Memandangkan anak-anak dah letih so kita berhenti kat sini le. Ha ha ha, alasan baik punya.
Ada juga nampak batu-batan yang mana ada air bukit.
Memang cantik pemandangan kat sini, dengan pokok-pokok yang dijaga. Jom apa lagi, kalau tak tahu nak pi mana, kita terjah FRIM ya. By the way, kalau nak cari tempat makan ada beberapa gerai kat FRIM ni yang terletak di hujung sekali dekat dengan air terjun.
Sunday, May 11, 2014
Thanks BellaEnveeus
Nak ucapkan terima kasih kepada Bella Enveeus kerana telah memilih saya sebagai salah seorang pemenang komen terbanyak bagi bulan April 2014 di your blog.
Memang cantik ole-ole from Langkawi. Sebut pasal Langkawi ni memang salah satu tempat yang menarik yang perlu dikunjungi. Memang tak puas jalan-jalan kat sana. Ada aja tempat yang belum kita lawati.
Memang cantik ole-ole from Langkawi. Sebut pasal Langkawi ni memang salah satu tempat yang menarik yang perlu dikunjungi. Memang tak puas jalan-jalan kat sana. Ada aja tempat yang belum kita lawati.
Monday, May 5, 2014
Dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) Sebanyak 4.25% Pada Tahun 2013
Mengikut laman web merdeka-online, baru-baru ini, Menteri Pendikan telah mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) sebanyak 4.25% bagi tahun 2013. Saya baru aja masuk SSPN-i, so dividen yang dapat bagi tahun 2013 adalah sebanyak RM31.01.
Nampak gaya kena naikkan lagi simpanan bulanan untuk anak-anak dalam SSPN-i ni. Ianya untuk masa depan mereka disamping kita simpan tempat lain, i.e. Tabung Haji ataupun akaun simpanan di bank. Yang bagus simpan kat SSPN-i ni adalah dapat pelepasan cukai pendapatan.
Just imagine kalau gaji anda dalam banjaran tertinggi, dapat penjimatan cukai pendapatan sebanyak 26% tapi of course simpanan maksimum yang boleh dapat pelepasan adalah RM6,000 setahun (20012-2017). So secara keseluruhan dividen sebenar bukanlah 4.25% tetapi melebihi 30%. Banyak bukan.
Sebagai contoh simpan RM3,000, dapat dividen SSPN-i sebanyak RM127.50 (4.25%) dan penjimatan cukai pendapatan sebanyak RM780 (26%) so jumlah semua adalah RM907.50 (30.25%). So tell me kat mana yang boleh bagi pulangan sebanyak ini?

Sunday, May 4, 2014
Memang Sedap Ikan Bakar di Restoran Tasik Idaman, Dengkil
Semalam kami pi makan malam kat Restoran Tasik Idaman. Ianya terletak di Lot 44A, Jalan Idaman B4/B9, Jalan Jenderam, Dengkil, Selangor. Kalau nak tahu lanjut boleh call Nur Fateha (012-333 7963) ataupun hunting line (012-677 5632) or Puan Rasidah (012-691 4799).
Boleh pilih nak makan kat tempat yang terapung or atas darat. Perlu diingatkan, kalau makan tempat yang terapung ni, saya pening sikit. Macam terhuyung-hayang especially bila ada orang berjalan-jalan kat sini.
Kami sampai lebih kurang kul 6.30 petang. Cantik juga pemandangan di kawasan tasik ni.
Jom kita tengok menu.
Nasi jenis yang goreng-goreng pun ada. Tapi defeat the purpose le kot makan masakan macam ni kat sini.
Harga air memang berpatutan. Pilihlah yang panas or sejuk.
Kiranya harga standard le air kat sini.
Ikan siakap, anybody?
Ikan kerapu pun ada tapi secara keseluruhan tak banyak jenis ikan or makanan laut kat sini.
Ni senarai harga sebagai contoh ikan jenahak RM7.00 untuk 100 gram or RM70 untuk sekilo. Ianya memang mahal jika dibandingkan dengan tempat lain. Sebagai contoh kat Aroma, Kuala Selangor baru RM45 sekilo.
Ikan pari RM45 sekilo. By the way, ikan kat sini semuanya besar, rasanya melebihi sekilo kot kecuali ikan pari. Since kami makan berdua, anak-anak tak makan ikan so ambil le ikan pari.
Ni Afiqah punya ABC @RM3.00.
Ni pun untuk Afiqah juga paprik ayam RM5.50. Memang dia enjoy betul makan paprik, sedap juga tapi sedikit masin, saya bagi rating 7.8 out of 10.
Kailan not bad @RM5.00.
Ni sotong goreng @RM7.00 kira makan untuk sorang. Memang sedap dan ranggup, memenuhi citarasi kami. Tak macam sesetengah tempat yang macam cekodok. Ni memang tepun garing dan nipis. Saya bagi rating 8.1 out of 10.
Ikan pari bakar memang tengok aja menaikkan selera @RM23. Lebih kurang setengah kilo le. Memang dimasak dengan baik dan sambalnya memang perfect. Saya bagi rating untuk pari ni 8.4 out of 10.
Dicicah pula dengan kicap memang sungguh menyelerakan.
Nak tahu lebih lanjut boleh call le ya nombor kat kad ni. Bagi yang pernah makan apa kata bagi komen sikit.
Semua sekali dengan nasi tiga pinggan, burger, air tembikai, ABC, teh O ais teh O limau dan masakan kat atas tu adalah RM57.
Sayang sekali ikan kat sini besar-besar, kalau tak boleh juga cuba.

Thursday, May 1, 2014
Mudah Juga Bayar Cukai Lebihan Melalui Internet
Baru-baru ini saya ada hantar e-filing dan 2 minggu lepas tu dapatlah refund since potongan cukai berjadual (PCB) melebihi jumlah cukai sebenar yang saya perlu bayar. Then sebulan lepas tu dapatlah surat dari LHDN mengenai pembayaran cukai memandangkan pendapatan tahun 2012 yang saya laporkan tidak diambil kira semasa mereka buat pembayaran balik.
So jom kita tengok cara untuk bayar balik cukai melalui internet.
Mula-mula masuk laman sesawang LHDN then kat atas tu cari ezHASIL dan cari ByrHASIL.
So klik le ByrHASIL ya.
Bila dah masuk byrHASIL, masukkan butir-butir ya.
Dah masuk tu isi lagi butir-butir mengenai pembayaran. Yang nama dan nombor rujukan tu akan keluar secara automatik. By the way, jenis bayaran adalah Bayaran Ansuran Cukai Individu.
No. / Bil. Ansuran sepatutnya 01 aja tapi entah macam mana saya terkeliru dengan nombor kod 84. Tak apa kot. Nanti kena call LHDN tanya benda alah ni takut tak pasal-pasal tetiap bulan diaorang deduct dalam akaun, teruk le. Rasanya tak kot.
Yang kod tu adalah 084.
Lepas tu keluarlah skrin macam ni.
So pilihlah bank mana yang kita nak guna. Macam saya, saya ambil maybank2u.
Lepas tu masukkan username dan juga password.
Lepas tu keluar secara automatik butir-butir.
Pas tu request le TAC ya.
Setelah dimasukkan TAC, so transaksi selesai. Print le resit untuk simpanan.

Subscribe to:
Posts (Atom)