Pages

Saturday, June 30, 2012

Memang Sedap Durian Musang King

Pagi tadi pi pasar tani di Taman Melawati so ternampaklah durian musang king yang diperkatakan oleh ramai orang. Tak bawa pula kamera so tak dapat le ambil gambar durian. Anyway sekilo dijual dengan harga RM20. Penjual tu cakap musang king yang dijual tu datangnya dari Pahang.

Kebetulan ada durian yang kecil-kecil so kitaorang ambil le sebiji dan bila ditimbang ianya RM17. So suruh le diaorang buka terus, senang le nak bawa balik rumah. 
Ada le semuanya lebih kurang 10 ulas. Isinya memamg kuning dan sedikit pahit. Ianya tak terlalu manis dan just nice rasanya dengan kepekatan isi dan apabila masuk di dalam mulut terasa keenakan durian ini. Lain kali kena beli lagi, terasa keenakan lemak manis durian ni.Walaupun harganya mahal @RM20 sekilo, saya rasa sekali sekala OK juga cuba benda alah ni. Rating saya bagi 8.6 out of 10.

Jom kita tengok pandangan bloggers mengenai musang king:
  • Rubaizah: rasa dia plak mak aiiiiiiii..... sedap x tau nak habaq la... sampai la ni aku dok terbayang2 keenakan mkn musang king... biji kecik isi tebal.. sedap... harga pun sedap...
  • Deekuntum: Korang tengoklah warnanya.  Perggghhhh kuning terang.  Terbaeklah.  Isi tebal, manis, biji kecil..fuh..mmg the best durian I've ever taste.
  • Adifashla: Musang King ni memang rasanya lemak manis..dan berwarna kuning ..memang sedap la..
Bagi yang pernah mencuba durian musang king ni, apa kata share pengalaman ataupun pandangan.

Friday, June 29, 2012

Keputusan Terkini Kelantan vs Selangor: Liga Super 29 Jun 2012

Permainan tamat dengan Kelantan mendapat 3 mata penuh dan seterusnya Kelantan menaiki takhta Liga Super mengatasi Lions XII. Terima kasih semua kerana mengikuti entri kali ini. Jumpa lagi di lain masa 

 
Inilah barisan Kelantan.
Kelantan menggunakan strategi 4-4-2 dengan Matyo dan Indra sebagai penyerang.
Sudah tentu Selangor akan bermain dengan bersungguh-sungguh di Kelantan kali ini dengan strategi 4-1-3-2.
 Kejap lagi perlawanan antara Kelantan vs Selangor akan berlangsung. Malam ini perlawanan diadakan di Stadium Muhammad IV, Kelantan.
KELANTAN 1-0 SELANGOR
  • 94": Permainan tamat dengan Kelantan mendapat 3 mata penuh dan seterusnya Kelantan menaiki takhta Liga Super mengatasi Lions XII. Terima kasih semua kerana mengikuti entri kali ini. Jumpa lagi di lain masa
  • 90": 4 minit masa tambahan
  • 87": Hantaran cantik oleh Razman gagal disempurnakan oleh Amri yang sedikit lambat tiba
  • 85": Harap Kelantan dapat mengekalkan permainan sehingga ke tiupan wisel terakhir
  • 82": Sayang sekali serangan berangkai Farhan-Indra gagal membuahkan hasil kerana hantaran Farhan tersekat, beliau sepatutnya mencuba sendiri
  • 81": Ramzul dimasukkan menggantikan pemain sensasi Kelantan, Matyo. Sudah lengkap 3 pertukaran oleh Kelantan
  • 78": Sepakan percuma oleh Safiq gagal ditanduk oleh Ramez yang berada di tepi pintu gol sebelah kiri
  • 75": Banyak insiden yang tidak baik malam ini, pemain Kelantan, Nik Shahrul dikeluarkan akibat kecederaan
  • 70": 20 minit lagi sebelum wisel penamat dibunyikan dengan kedudukan masih kekal Kelantan 1-0 Selangor
  • 66": Pemain terbaru Selangor, Solihin dikenakan kad kuning akibat mengasari pemain Kelantan
  • 63": Sepakan penjuru oleh pemain Kelantan hampir membuahkan hasil setelah keadaan kelam kabut tetapi pemain Kelantan gagal memanfaatkan keadaan
  • 62": Satu sepakan yang kencang oleh Indra tetapi terbangan badan penjaga gol menyelamatkan keadaan
  • 58": 3 minit permainan yang dihentikan di sambung kembali
  • 55": Terdaapat pertembungan di antara Ghaddar dan pemain Selangor. Keadaan agak tegang dan pemain kedua-dua pasukan kelihatan sedikit tidak berpuas hati
  • 52": Penyokong Kelantan berang setelah Ghaddar dikasari oleh Bunyamin dan tidak dikenakan apa-apa tindakan. Jurulatih Kelantan, Bojan,  juga tidak berpuas hati dengan membaling botol air mineral ke tanah 
  • 50": Pemain Selangor, Balaban yang berasal dari Crotia, menjaringkan 10 gol so far, dikenakan kad kuning kerana mengasari pemain Kelantan. Beliau tidak berpuas hati dengan layangan kad tersebut
  • 48": Matyo jelas berada di dalam kedudukan offside ketika Kelantan melakukan serangan
  • 46": Permainan di teruskan dan diharap ianya lebih baik dan banyak gol dijaringkan nanti
  • Permainan separuh masa pertama tamat dengan keputusan Kelantan 1-0 Selangor. Tunggu ya dalam masa 15 minit. Kalau yang belum solat tu apa kata pi le dulu ya
  • 45": Permainan dilanjutkan 2 minit. Satu sepakan volley yang baik oleh Farhan tetapi dapat ditangkap kemas oleh penjaga gol Selangor
  • 44": Selangor menguasai permainan dengan 54% vs 46% oleh Kelantan
  • 41": Pemain Kelantan, Obinna dilayangkan kad kuning setelah menjatuhkan pemain Selangor di luar kotak penalti di sebelah kiri. Sepakan percuma yang diambil oleh Safiq gagal disempurnakan oleh Amri. Sebelum itu Amri menyiku Ghaddar di hadapan pintu gol menyebabkan Ghaddar jatuh
  • 40": Indra terus menyerang tetapi tidak begitu kuat, sepatutnya beliau perlu membuat hantaran kepada Farhan yang menunggu di depan gol
  • 39": Tandukan Farhan melantun tinggi setelah mendapat hantaran cantik ke pintu gol
  • 38": Amri Yahyah dipersalahkan kerana berada di dalam posisi offside
  • 33": Percubaan cantik oleh Ghaddar dapat ditangkap oleh Norazlan walaupun tidak begitu kemas. Kelantan perlu menang malam ini bagi membolehkan Kelantan menduduki tangga teratas Liga Super, yang mana dikuasai oleh Lions XII 
  • 30": Permainan ada lagi 15 bagi bagi separuh masa pertama
  • 28": Kelantan menggandakan serangan tetapi sepakan Indra tersasar melepasi palang gol
  • 24": Ghaddar menanduk masuk bola ke gawang Selangor hasil sepakan penjuru. Kelantan 1-0 Selangor. Ghaddar adalah pemain gantian setelah Piya dibawa keluar akibat kecederaan
  • 21": Serangan pemain Selangor, Solihin dapat dikeluarkan oleh Daudsu
  • 20": Sepakan penjuru pertama Selangor tetapi dapat dihalang oleh pemain Kelantan
  • 17": Kapten Kelantan, Piya mengalami kecederaan dan diusung keluar
  • 17": Sepakan penjuru yang diambil oleh pemain Kelantan gagal disempurnakan dengan baik
  • 14": Nurul Azwan Roya membuat larian solo tetapi sayang dijatuhkan di luar kotak penalti tetapi tidak diberi sepakan percuma
  • 10": Sepakan percuma Safiq untuk Selangor tersasar
  • 5": Setelah 5 minit perlawanan, permainan agak seimbang dan tiada serangan yang berbisa setakat ini
  • 0": Perlawanan baru sahaja dimulakan dengan Kelantan menggunakan jersi merah putih manakala Selangor pula dengan kuning merah. Lebih 18,000 penonton membanjiri stadium pada malam ini, 29 Jun 2012

Kos Bercuti di Langkawi @4H3M Jun 2012

Maybe ada yang nak tahu berapa kos bercuti di Langkawi. Anyway semasa cuti sekolah baru-baru ini, kami sekeluarga pi ke Langkawi dengan Airasia. Sempat berada di sana untuk 4 hari 3 malam. Anyway belanja keseluruhan adalah RM2,492. Jom kita tengok sedikit ringkasan (bukan semua belanja saya letak sini ya) mengenai kos-kos yang terlibat.
  • Pengangkutan: RM1,171
    • Airasia: RM710. Kami book tiket lambat juga lebih kurang 4 bulan sebelum tarikh berlepas. Maybe kalau book lebih awal harganya lebih murah
    • Sewa kereta: RM270. Ambil picanto untuk RM90 sehari. Harga ini setelah minta diskaun RM10 untuk blogger. Kalau bukan waktu sekolah harganya RM60 aja sehari
    • Teksi (rumah ke airport): RM85.
    • Petrol: RM50. Just nice isi minyak untuk jalan-jalan. 
    • Bas: RM24. Yang ni from LCCT to KL Sentral pas tu dari KL Sentral ke rumah kitaorang ambil teksi @RM20.
    • Penginapan: RM180
      • RM180. Memang bertuah sebab majikan ada resort kat Langkawi. Kitaorang sewa 2 bilik pada kadar RM30 untuk satu bilik sehari. Kalau dok kat resort luar at least RM100 le sehari.
    • Makanan: RM330
      • Restoran Wan Thai: RM80. Memang sedap makanan kat sini. Lain kali bila melawat sini kena datang lagi
      • Tempat lain makan kat Jom Ikan Bakar memang sedap. Waktu lunch memang ramai betul yang makan kat sini. Tak sempat nak tulis entri kat restoran ini tapi bolehlah baca semasa saya ke sini semasa berkursus.
      • Sama juga dengan kat pasar malam. Ini pun semasa pi masa kursus. The Loaf pun sama.
    • Tempat Menarik: RM257
      • Underwater World. RM66. Saya memang suka betul tengok hidupan laut kat sini
      • Islands Hopping. RM90. Tempat ni pun enjoy tapi hati-hati dengan monyet kat Dayang Bunting ya
      • Cable Car. RM50. Nasib baik sempat naik benda alah ni sebab sebelum ini cuaca tidak mengizinkan
      • Mardi Agro Park. RM20. Macam-macam buah ada kat sini.
    • Cenderamata: RM554
      • Coklat. RM180. Memang sah kalau datang sini mesti beli coklat sebab harganya sangat murah
      • Periuk kaca Vision. RM195. Belilah untuk kenang-kenangan
      • Yang lain-lain macam keychains, baju, gambar semasa kat Cable Car dan macam-macam lagi
    Tu le sedikit sebanyak yang saya dapat kongsi, semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada yang hendak pi ke Langkawi. Jom tengok tempat-tempat menarik di Langkawi.

    Memang seronok pi jalan-jalan dengan keluarga ke Langkawi, anyway JOM TENGOK TEKNIK MENDIDIK ANAK DENGAN CEMERLANG.

    Thursday, June 28, 2012

    Jemputan Majlis Hari Jadi dalam Botol

    Terkejut gak dapat jemputan majlis hari jadi anak my friend. Memang sungguh unikjemputan di hantar dalam botol. Temanya adalah lanun. Hmmm, nak jadi lanun baik boleh tak?
    Inilah peta yang dijumpai di dalam botol tersebut. Hmmm, macam peta untuk cari harta karun. Nampaknya tempat yang dituju adalah Mandarin Oriental.
    Nanti bila masanya tiba saya akan cerita lebih lanjut ya.

    Wednesday, June 27, 2012

    Afiqah Pula Dapat Yellow Belt Taekwondo

    Sebelum ini Danish dapat tali pinggang kuning kini giliran Afiqah pula dapat yellow belt. Anyway, baru-baru ini Afiqah dan Danish test untuk dapat kenaikan belt. So yuran test adalah RM50 dan RM60. Kalau tak silap dalam setahun ada 4 ujian, so "master" akan tengok sama ada layak ke tak nak ambil ujian. 
    Afiqah memang happy betul dapat menghadiri ujian kali ini kerana sebelum ini hanya Danish.
    Danish pula masa nak test, sakit perut tapi semuanya berjalan lancar semasa ujian.
    Kalau tak silap lebih kurang 2 jam semua peserta dari tali pinggan putih hingga kuning-2 menjalani test. So masa yang ditunggu sudah tiba so dapatlah tali pinggang kuning.
    Bagi Danish pula dapat tali pinggang kuning-hijau or kuning 2. So nanti kalau lulus satu test lagi dapatlah hijau.
    Bagi kuning 2, diaorang just letak tape warna hijau.
    Inilah tali pinggang untuk diberi kepada yang menjalani test. Bagi hitam kenalah tunggu umur at least 12 tahun walaupun banyak kali test.

    Tuesday, June 26, 2012

    Keropok Lekor Goreng dan Tauhu Bakar Sedap @Jus Buah Gelas Besar di Datuk Keramat

    Hari tu baca entri di blog eyriqazz mengenai "Restoran Air Buah Gelas Besar @Datuk Keramat, Kuala Lumpur" so ada masa terus terjah.
    Ianya terletak di hadapan Masjid Al-Akram Datuk Keramat dan bersebelahan dengan Mash Nasi Ayam. Memang parking susah sikit kat kawasan ni so apa lagi parking dalam area masjid le ya. 
    Anyway Amat Burger & Jus Buah Gelas Besar ni dibuka setiap hari bermula kul 5 petang hingga 2 pagi.
    Macam-macam jenis jus buah-buahan ada kat sini antaranya oren, epal, carrot, belimbing, mangga, tembikai dan honey dew.
    Harganya RM2 segelas, memang murah dan yang bagusnya memang pure jus ni. Tak sure berapa harga untuk gelas besar. Air saya bagi rating 8.7 out of 10.
    Yang sedap kat sini sudah tentu tauhu bakar, memang ranggup dan sosnya boleh tahan @RM2.50. Saya bagi rating 8.4 out of 10.
    Tengoklah tauhu ni penuh dengan kacang.
    Keropok lekor sudah menjadi menu yang pasti apabila berkunjung di Restoran Jus Buah Besar ni. Satu for 20 sen, mula-mula order RM3.00 tapi diaorang hantar untuk RM2 aja. Pasal rating saya bagi 8.0 out of 10.
    Memang tak cukup, so order RM2 lagi. Cepat aja habis, makan petang ok juga. Anyway selain tauhu dan keropok lekor, kat sini ada jual burger dan makanan panas lain. Bila nak balik tapau pula RM3. Memang boleh datang lagi lain kali untuk menikmati keropok bersama jus buah di Datuk Keramat ni.

    Nak Dekat Dah Hari Raya

    Masa pi jalan-jalan kat AEON baru-baru ini, ternampaklah Baju Melayu yang dipamerkan. Maksudnya, dah nak masuk Ramadhan le kita ni ya. Hmmmm, baikbeli awal-awal sebelum orang bersesak-sesak kan? Tunggu le beberapa minggu lagi ya.
    Baju Kurung pun ada dijual. Maybe apabila masuk bulan puasa, lagu-lagu raya akan dimainkan. Kejap aja masa berlalu kan? Bagi yang belum qada puasa tu apa lagi, jangan lupa ya.

    Monday, June 25, 2012

    Pernah Tak Main Saidina?

    Pernah tak main Saidina? Ianya lebih kurang monopoly, alah permainan mengenai hartanah. Hari tu pi beli benda alah ni kat MPH Mid Valley. Harganya RM60, murah le jika dibandingkan dengan monopoly yang harganya RM100. Anyway Saidina ni keluaran Malaysia,  Syarikat Permainan Malaysia (SPM).
    Memang boleh dikatakan 100% sama dengan monopoly. Ada duit, kad, rumah, hotel, dadu dan juga benda alah plastik yang membezakan setiap pemain.
    Ianya juga mempunyai kertas tebal yang boleh lipat. So far Danish dan Afiqah suka betul main dengan benda alah ni. Tak tahu le berapa lama diaorang akan suka dengan benda alah Saidina ni sebab so far permainan yang dibeli, setelah beberapa ketika bosan le. Itulah salah satu sebab tak beli yang mahal-mahal macam monopoly, lagipun fungsinya adalah sama.

    Ada Pavlova dan Cookies Istimewa di Majlis Birthday Anak Eyriqazz

    Sebelum nak teruskan dengan entri ni, just nak ucapkan terima kasih kepada blogger yang tidak asing lagi, Eyriqazz kerana menjemput ke majlis sambutan hari jadi anak beliau, Alisya. Semasa kat sana jumpa dengan beberapa blogger antaranya Kak Ina, Sumijelly dan Matjoe.
     Yang menarik ada pavlova. Boleh tahan rasanya. Kalau nak sedap benda alah pavlova ni, lepas aja keluar dari peti sejuk terus makan. Nasib baik masa sampai rumah Eyriqazz, masih ada beberapa slice. Thanks bro sebab simpankan ya.
    Satu lagi yang menarik sudah tentu cookies dibuat khas oleh Kak Ina. Nanti bolehlah order cookies ni. Memang lebih-lebih pula sharinginfoz siap minta ngan Eyriqazz untuk dibuka benda alah cookies ni. First time cuba memang suka dengan cookies coklat ni.
    Tengoklah memang gebu betul cookies ni di samping coklatnya yang sedap. Memang ranggup, fresh from oven ke ni?
    Sebelum balik Danish dan Afiqah dapat goodies bag. Lain kali bolehlah ajak lagi ya dan jangan lupa dengan pavlova dan cookies ya.

    Sunday, June 24, 2012

    Sebelum ini Honda City Baru, Kini Toyota Vios Baru 2012 Pula

    Sebelum ini Honda mengeluarkan versi Honda City baru dan kini giliran Toyota pula dengan Toyota Vios baru pula. By the way, gambar kereta dan harga diambil from blog paultan.

    Not bad juga dengan versi baru Toyota Vios ni. Hmmmm, kereta yang digunakan sekarang masih ada beberapa tahun lagi sebelum habis pembayaran. Kalau ada rezeki bolehlah tukar ya. He he he, sekali sekala berangan apa salahnya.
    Ni bahagian dalam kereta Toyota Vios. Kalau berkesempatan pi tengok depan mata bolehlah cerita banyak lagi mengenai Toyota Vios baru ni.
    Ni pula senarai harga bagi kereta Toyota Vios baru ya. Ianya bermula RM73,220 sehingga RM91,218. So apa lagi nak tahu lebih lanjut boleh tengok kat blog paultan dalam entri beliau pada 21 Jun 2012.

    Mana Banana Split Ni?

    Hari tu pi le Baskin Robbins AEON Wangsa Maju, nak cari banana split. Memang sedap banana split kat Baskin Robbins ni. Tapi bila tanya staff BR ni dia cakap pisang tak masak lagi. Memang terkejut apabila menerima alasan tersebut.

    Nasib baik diaorang tak letak pokok pisang ke kat situ, so bolehlah cakap pisang tak berbuah lagi. Hantam ajalah. Maybe lain kali le.
    So belilah aiskrim untuk Danish dan Afiqah. Danish beli perasa chocolate trilogy. Memang penggemar coklat betul Danish ni. Itulah pasal, masa kat Mid Valley hari tu penuh dengan coklat banana split tu.
    Afiqah pula macam biasa le, anything berkaitan dengan strawberi memang dia suka so belilah very berry strawberry.

    Saturday, June 23, 2012

    Hari Sukan Sekolah Rendah

    Pagi tadi ada temasya sukan kat sekolah Afiqah. Seminggu yang lepas, hari-hari berlatih. Anyway murid-murid darjah 1 dan 2 ditempatkan di bawah khemah, bagus juga le senang nak kawal dan juga boleh elakkan daripada sinaran matahari.
    Dimulakan dengan acara perbarisan. Ada 4 kumpulan dan of course yang menjadi tarikan ialah yang memakai pakaian Doremon. Mesti panas kan pakai costume ni.
    Memang seronok tengok diaorang berbaris.
    Afiqah masuk acara lari dalam kasut but pas tu kena susun tin susu jadi macam piramid. Memang bukannya senang berlari dalam kasut yang besar ni. Menang kalah tak kisah kan?
    Sebelum balik murid-murid diberi nasi tomato dengan ayam masak merah serta air mineral. Sedap juga. Semasa entri ini ditulis, Afiqah senang makan nasi tu, lapar agaknya.
    Ni le hadiah yang dibawa pulang untuk murid-murid sekelasnya. Actually kat dalam tu ada satu lolipop tapi dah habis le.

    Cantik Betul Gambar yang diambil dengan Samsung Galaxy Note

    Ni nak share gambar-gambar yang saya "pinjam" daripada facebook my friend, Encik Fizri. Actually beliau telah memberi komitmen kepada diri sendiri untuk mengambil gambar at least satu sehari menggunakan Samsung Galaxy Note dan upload dalam facebook di bawah folder Lightbox Photos.

    So far sebanyak 251 gambar telah dikongsi dalam facebook. Jom kita tengok beberapa gambar yang saya rasakan menarik.
    Memang cantik betul apabila kita lihat pemandangan awan ni. Ianya diambil di Kuala Lumpur. Agak-agaknya kat mana exactly.
    Kemungkinan 95% hujan akan turun apabila kita lihat gambar ini. Cantik betul jambatan ni. Macam kat belakang rumah aja, he he he.
    Bunga apa ni? Yang pasti warnanya adalah putih. My daughter, Afiqah cakap bunga daisy, betul ke? Rasanya memang tak betul.
    Ini sudah pasti ramai yang tahu kan? Menara Berkembar, KLCC. Sungguh cantik gambar ni yang diambil waktu malam.
    Tengok gambar ni rasa lapar le pula walhal dah makan. Magnum classic memang sedap, kalau nak lagi sedap, suruh orang belanja.
    Makanan yang disukai oleh orang Malaysia. Gambar ini diambil di Pasir Puteh, Kelantan.
    Gambar terakhir di tepi pantai. Inilah orang yang mengambil gambar menggunakan Samsung Galaxy Note dan edit gambar menggunakan aplikasi PhotoEditor ataupun BeFunky.

    Sharinginfoz nak ucapkan terima kasih kepada Encik Fizri yang membenarkan saya berkongsi karya beliau di blog ini.