Thursday, December 31, 2009

bye2 2009

harap-harap2010 membawa sinar baru dalam hidup ni.....
wish list 2010:
1) laptop baru
2) bini tuk bulat
3) hubungan aku ngan miss hunny makin ok
4) hidup lagi teratur
5) segala yg dah di- plan menjadi
6) sambung belajar mungkin
7) PS2
8) motor baru(klau ade rezki)
9) sambar putra sebijik

Wednesday, December 30, 2009

plan holiday:candat sotong, terengganu


wah...lame gile x g holiday ni....seingat aku, last aku g outdoor adalah pada tahun lepas..kat sungai neggiri...sangat lame tu.....kali ni ngah plan tuk g mencandat sotong kat terengganu.. cadang2 nak g time cuti sekolah... aktiviti mencandat sotong biasanya dilakukan sekitar April hingga Ogos, kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti bandar terapung yang diterangi cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.

Kawasan perairan seperti di Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Kemaman, Merchang, Marang, Kuala Terengganu, Batu Rakit dan Penarik bagaikan sedang berpesta apabila kerlipan cahaya itu menerangi kawasan laut yang sebelum ini gelap-gelita.

Pesta mencandat sotong bermula daripada terbenamnya matahari sehingga fajar menyinsing dan jangan terkejut jika dikatakan seseorang nelayan mampu membawa balik antara sehingga 50 hingga beratus kilogram sotong semalam jika kena lubuknya.

Mencandat sotong adalah satu kaedah tradisi menangkap sotong tanpa menggunakan umpan dan hanya menggunakan sejenis peralatan dinamakan “candat”.

x sabar dah ni.....harap2 plan tu menjadi... candat sotong betul k..? bukan "SUTUN"!!

menanti teman


lamenye nak tunggu bakal bini si bulat nih....leh rehome ujung bulan 1 nanti....lamenye nak menanti...en. bulat kesayangan dah busan kese-ekoran.....

aku mahu


aku sangat demam sama ini lappy....

Weight: 1 kg, 200 grams
CPU Speed : Intel® Atom® Processor N280 1.66GHz (512kb Cache, 667MHz FSB)
Screen Size : 10.2
Graphics Type : Mobile Intel 945 Express Chipset Family
Conectivity : Wireless 802.11 b/g, Bluetooth
Memory : 1GB DDR2 RAM
Optical Drive : N/A
Hard Drive Capacity : 250GB SATA HDD
Camera : 1.3 Mega Pixel
Operating System : Microsoft Windows 7 Starter .

aku dah ade lappy 1, IBM punye...sangat lasak n aku ngat nak jadikan tu lappy tuk keje autocad aku kat umah je..malas nak bawak lappy IBM tu kemane2...sangat berat oh..... semangat mau kumpul duit....hehe...

avatar movie



jumaat lepas aku bosan gile.....petang tu ngan tak niaga burger, ngan ayai( housemate aku) x de kat umah sebab lepak kat shah alam..dalam bosan2 tu aku aku mesej2 ngan mrs. hunny.. tbe2 rase nak ajak dia kuar tengok movie...tapi x plan pun nak tengok movie ape, just rase mcm nak tengok movie alvin and the chipmunk 2 or cite avatar... lg pn tiket x book g,yela, x plan langsung... so aku msg2 ngan mrs hunny ajak dia kuar...aku ajak dia kul 8pm tapi dia suh amik kul 8.20pm, lum siap dia kata..so aku ok je....
aku siap simple2 je, pas tu amik kereta terus g hostel dia...tungu jap pas tu dia muncul.. sembang2 dalam kereta je....sampai alamanda dah kul 8.40pm... beratur jap...

sampai kat depan dia kate tiket abis lak...hampas!!tingal reservation jep... so kene la beratur balik....sampai kat depan balik nasib tiket still ade.. tengok cite alvin tiket x de yg couple, so tengok cite avatar..tu pn dpt tiket depan. 2 line dr depan....layan je la...

ok2..terus ke cite avatar tu..cite ni agak menarik bagi aku, just aku kurang fahan starting dia...
cite ni x membosankan walaupun durasi agak panjang:2 jam 40 minit kot.. plot dia x meleret2 tapi padat... CGInya mampu mengalahkan CGI seperti Filem Terminator: Salvation, Transformer: Revenge of Fallen & 2012..huh, aku x tau nak review cite ni...tapi klau korang lum tengok leh la layan tengok...

ni ade sikit fakta pasal filem ni:

Fakta No. 1.
Avatar filem James Cameron tak ada kena mengena dengan avatar kartun, budak botak kepala ada arrow.

Fakta No. 2.
Avatar filem James Cameron pun tak ada kena mengena dengan avatar yang di gunapakai dalam forum forum internet. (walau pun ada similarity dari segi 'avatar' sebagai perwakilan)

Fakta No. 3.
Aku dah tengok avatar Jumaat lalu. (setelah mengenepikan alvin dan chipmunks)

.
.
.
.
.

Wow.
Memang giler.

Tak sangka pulak aku, Zoe Saldana yang melakonkan watak Neytiri dalam citer tu, rupa rupanya negro. haha.


jalan cerita dia macam ni :

Cerita Avatar ini bermula apabila Jake Sully, seorang bekas tentera yang lumpuh dihantar ke Bulan Pandora untuk menggantikan saudara kembarnya (yang mati dibunuh) dalam program Avatar. Ini disebabkan beliau mempunyai kritiria yang hampir sama dengan saudara kembarnya untuk bergabung dengan Avatar milik saudara kembarnya. Namun begitu, penglibatan beliau menyebabkan pasukan saintis dalam program ini kecewa terutamanyan Dr. Grace Augustine kerana Jake tidak memiliki ilmu dan tidak terlatih dalam program Avatar ini.

Semasa menemai Dr. Grace dan Norm Spellman (yang berada dalam badan Avatar) dia telah diserang oleh pemangsa yang menyebabkannya terpisah dari kumpulan saintisnya itu. Semasa keseorang ditempat yang begitu asing baginya, dia telah bertemu dengan Neytiri, salah satu penduduk asal Pandora yang digelar Na'vi. Pada mulanya, wanita Na'vi itu mahu membunuh Jake kerana kaum Na'vi bermusuhan dengan manusia disebabkan manusia telah merosakkan tempat tinggal Na'vi. Namun begitu, dia telah membatalkan hasrat untuk membunuh Jake kerana mendapat petanda dari Eywa (kuasa spiritual bulan Pandora). Neytiri telah menyelamatkan jake dari dibunuh pemangsa dan membawanya di tempat tinggalnya yang dipanggil Hometree. Disana dia telah ajar oleh Neytiri mengenai kaum Na'vi.

Pergaulannya Jake dengan kaum Na'vi telah mengembirakan para saintis dibulan itu kerana ia memungkinkan pemulihan hubungan antara kaum Na'vi dan manusia. Namun bagi Colonel Miles Quaritc, ketua keselamatan di Pandora ia merupakan satu peluang untuk dia dan pasukannya mendapatkan maklumat mengenai kaum Na'vi dalam usahanya menghalau kaum Na'vi dari tempat tinggal mereka iaitu Hometree kerana dikatakan kawasan sekitar Hometree mempunyai galian yang sangat bernilai yang dipanggil Unobtanium.

Jake diberi tempoh 3 bulan untuk mendapatkan segala maklumat mengenai tempat tinggal kaum Na'vi tersebut. Namun begitu, sepanjang penyamarannya itu, dia semakin dekat dengan kaum Na'vi dan telah menjadi pahlawan. Sepanjang itu jugalah, dia mula mempersoalkan misinya dari segi moraliti kerana melihat tindakan manusia yang mahu menghalau kaum Na'vi adalah tidak berperikemanusian dan sikap manusia yang ingin menghancurkan keindahan Pandora.

Setelah mendapati kaum Na'vi enggan meninggalkan tempat tinggal mereka, pasukan tentera manusia telah bertindak menyerang Hometree dan lebih teruk mereka ingin menyerang tempat suci kaum Na'vi. Jake yang berjaya melarikan diri dari tahanan, telah menjadi ketua bagi semua suku kaum Na'vi dan berperang dengan pasukan tentera manusia.

Filem arahan James Cameron ini bukan sekadar cerita semata - mata, ia menyampaikan satu mesej kepada dunia dengan memaparkan sikap manusia yang tamak dan kejam dalam filem ini. Dalam mengejar ketamakan harta, mereka sanggup menghalau dan membunuh kaum peribumi. Ini ditunjukan dalam filem ini dimana manusia yang merupakan makhluk asing bagi kaum Na'vi telah menghalau mereka dari tempat tinggal mereka demi mencarigali Unobtanium yang dikatakan sangat tinggi nilainya di bumi. ia tidak ubah dengan sikap golongan yang kaya dan tamak dibumi ini yang sanggup menindas kaum lemah.

hasil rompakan kat :murkiester.com
sori ye tuan blog, aku rompak artikel kat blog ko...

pergi dan tak akan kembali lagi



ahad lepas waktu tengah mamai2, aku dikejutkan dengan 1 pangilan talifon yang menyampaikan berita yang sangat mengejutkan.....

*lagu unforgiven-metalica*

aku: halu..?

akak: mir bru bangun tido ke?

aku:ermm....

akak:ni,pakde meningal tadi...mak suruh talifon semua..

aku:????? biar betul...? innalillah...meningal kat ne?umah ke?

akak:tak.. kat hospital sabak..tadi akak elok sampai umah mak bokde datang nangis2 cakap pakde dah meningal...

aku: yeke...dah tu anak2 pakde sume dah bagi tau ke?

akak:dah bagi tau...abang ehsan ngan abang jali dah gerak balik..kak ajar ngan kak lina je belum...ko balik tak ni?

aku:x tau g...jap g aku kol kak gee...klau dia tak balik aku pun tak balik la.... mane de kereta...

akak:ha...ok la..ko bg tau kak gee ko sekali..

aku:okie....

*perbualan dah diubah sikit sebab malas nak taip*

so aku kol kak gee...nasib dia kata leh balik...so petang tu dlm kul 5 petang baru kitorang gerak dari bangi..sampai kampung pun dah nak isyak...sampai rumah mak kitorang sembang2 sikit pas tu trus g rumah bokde...ramai dah orang sampai... masa kitorang sampai jenazah belum di mandikan, persiapan tengah dibuat...pas jenazah dah siap dimandikan n dikafankan terus jenazah disembahyangkan....kemudian majlis tahlil dijalankan...

esoknye pagi2 dah tercegat kat umah arwah,tolong2 sikit ape yang patut...orang kampung n saudara mara datang silih berganti.. jenazah disembahyangkan sekali lagi sebelum dibawa ke kubur..sampai kat kubur lahad dah siap..alhamdulillah semua berjalan dengan lancar...selepas jenazah dikebumi, talkin dibacakan...

siapa tuhan kamu?
siapa nabi kamu?
siapa imam kamu?
mana kiblat kamu?

yang lain aku x ingat...
lepas sume dah selesai aku terus balik rumah..tengahari tu gak kitorang gerak balik bangi sebab ade keje nak kene buat....

al-fatihah kepada arwah HAJI HASHIM BIN SUBARI, meningal pada 27/12/2009 pada jam 2.10PM pada usia 68 tahun 8 bulan akibat sepsin to pneumania.doakan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh... arwah merupakan abang sulung kepada abah kesayangan...

ingat lah, hidup ni cuma pinjaman..ape yang kita dah manafaatkan dari hidup kita ni? adakah cuma disia2kan?renungkan lah....

Tuesday, December 22, 2009

tergoda pada lelaki....?


er.....?nape tajuk post aku kali ni semacam je?aku seorang lelaki normal,hanya tertarik pada keayuan wanita sejati,tp kenapa tajuk tu macam tu sekali?sudah gay kah aku? tidak.... tidak sekali2...tidak mungkin...nauzubillah....

ok2,straight to the point,
cite dia macam ni, malam td mase aku niaga burger kat seksyen 16 fasa 1 bandar baru bangi (burger lori, depan shell), tak pasti jam berapa..aku tengah sibuk memasak n abang ipar aku tengah sibuk membungkus burger(kami jarang bercakap masa bekerja)...tak sempat menoleh kanan atau kiri, depan atau belakang tiba2 ekor mata aku tertangkap pada 1 figure yg cukup mengiurkan,dalam hati cakap "ush,model ke nak beli nih" tanpa sempat mengangkat muka aku mengagak seorang wanita seksi dengan baju ketat n berbuah dada besar.... yg empunya badan tu berdiri betul2 depan lori burger n tengok pada menu yang kitorang tawarkan. dalam hati agak terdetik "ape la pompuan tu,pakai baju mcm tak pakai baju" etc2 yg aku bebelkan dalam hati....

tiba2 empunya badan tu bersuara
"BANG....BURGER AYAM 1..." satu suara garau yang dibuat2 lembut mengoda meng-order....
er.....aku salah dengar ke?suara yang muncul tu lagi garau dari suara aku..aku sangka aku salah dengar n mungkin ade breder len meng-order, tp rupanya sangkaan aku meleset samasekali..
memang empunya badan tu yang meng-order.. satu figure yg aku sangkakan wanita rupanye JANTAN!!!! What The Fish!!! aku nak gelak dah,tp sedaya upaya menahan..takut customer tu kecik hati..abang aku?jangan tanya la....masing2 buat muka macho menahan gelak.. aku buat burger Manah(mamat+minah???) tu cepat2 n ble dah siap burger tu n dia pn dah bayar n dah pegi agak jauh, pecah gak ketawa kitorang...tak boleh tahan weh.... malam tu bile aku balik dari burger,aku terus kol rin n aku cite kat dia..dia pun ketawa...hehe...

ok, persoalan kat sini.
kenapa ade segolongan lelaki yang mengubah fizikal yang gagah menjadi sangat feminin dengan buah dada yang besar mengalahkan wanita sejati jalan ala2 catwalk n suara garau yang dia bajet lembut tu..?
ade pulak segolongan lagi lelaki yang macho,gagah,etc2..tp malangnya bernafsu pada lelaki normal lain...?
ade pulak wanita yang berlagak gagah mengalahkan lelaki, berpakaian lelaki n berlagak sebagai lelaki dengan buah dada di- bandage supaya dada yang menonjol nampak bidang..? malangnye tak de bulu kaki...?
aku cakap ni bukan atas pemerhatian kat banyak tempat, cukup aku katakan, pemerhatian aku ni cuma berkisar sekitar bangi je...baru kat bangi, dah banyak aku tengok..ape g kat luar sana..?
sama2 la kite fikirkan....

Monday, December 14, 2009

hari isnin....?


kenape eh bile hari isnin je mesti rase bosan n malas bile duk kat ofis...? lagi2 pas cuti panjang sikit? persoalan yg aku sedang alami..

Monday, December 7, 2009

kawen2....musim kawen part 2 umah hadi (6/12/2009)

yang ni lak kenduri kat umah hadi..kat kampung aku..sungai nipah... layan je gambar2 nih

pengapit orang yang same ke?

"eh minah tu..suka suki je nak usha laki aku"ujur faezah ngan panas.. hehe..

nota kaki: sori eh hadi n faezah, x dapat upload banyak2,internet probs.. kalau aku rajin t aku bagi cd je la kat korang.. n pic ni aku x sempat edit,keje banyak....nak pic besar korang klik je kat gambar tu.... nak download,pandai2 korang eh?

kawen2....musim kawen part 1 umah faezah (5/12/2009)

musim cuti sekolah ni banyak tul majlis2 kawin ni..x terkecuala kawan aku nih..cite banyak x guna...layan je gambar ni....


senyuman penuh makna..


bersama teman perjuangan

"ayang,abang dah leh masuk lum nih..?"

pengapit sentiasa tersenyum

dua orang kuat

panas oo...

op...jawab pantun dulu... 1,2,3,4 kucing berlari.. tade pantun pon

bila teruna bertemu dara

sama cantik sama padan


"uks..sape punye keje letak dawai nih..?"kata pengantin kehairanan

"ape tengok2?"kata hadi sambil usha panas...hehe..

"ayang,x dapat g korea tgk salji kat sini pun jadi eh nak honey moon..?"
"ade g ke gula2 tuk aku t..?"kata pengantin pompuan

campak2 gula2...

baling gula2...

berpeluh pengantin...

senyum selalu

sapela pengapit nih..

moga berbahagia sampai bila2..

mane orang len ni?aku dah lapar...

pengantin sama padan pengapit sama cantik

nota kaki: klik je gambar ni kalau nak tengok ngan jelas..pastu kalau nak download pandai2 eh?