Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 23, 2018

Cerita anak5 bersama minat masing2

Salam,

Hari ni agak tersentuh hati terbaca tentang anak kawan mama yang tiba2 pengsan dan tak sedar lagi slps 2 minggu. Brain tumor. Buat mama teringat dan rindu anak2 sgt. Dalam kelam kabut rutin harian, setiap ibu tak akan pernah sedetik terlupa anak2 mereka. 

Anak2 kita, walau dr ayah dan ibu yang sama, karektor mereka, minat mereka semua berbeza. Even makan minum mereka pun dgn cara masing2 even utk menu sama. Mcm td mama buat kari daging n roti canai, irham suka letak gula utk cicah, adam nak kuah banjir, tapi ariana suka asingkan mangkuk kuah n roti. Itu baru ckit la kalau nak cerita :)

Hari ni nak bercakap tentang minat mereka dlm kokurikulum.

Irham

Irham sejak darjah satu minat fencing. Tapi waktu di sekolah kebangsaan , tak de pula kelab fencing. Utk join kelab fencing di luar, yuran dia semua lebih RM1k. So papa kata nanti dulu.

Masuk ke sekolah sekarang, alhamdulillah ada kelab fencing. Irham sgt teruja dan bersungguh2 join kelab tu. Dah masuk beberapa tournement dan minggu lepas dilantik sbg kapten oleh coach. 

Antara gambar tounement yang irham join (masa ni baju pinjam dgn club sbb baju irham xdpt lg).









Yeay irham dah dapat fencing suit dia elok sblm puasa hari tu



Sekarang ni yuran2 kelab semua tak macam zaman kita sekolah. Murah2 atau free je. Utk irham, set pakaian shj pun RM1k+ tak termasuk yuran bulanan dan yuran pendaftaran atau yuran join tournement.



Apapun, mama papa happy irham join kelab fencing sebab masa latihan kena byk lari2, ada exercise la kan, selain melatih mereka lebih fokus.

Adam

Berbeza dengan adam, adam minat utk join kelas robotik. Semasa di sekolah kebangsaan dulu, irham dan adam mmg join robotic class. Mereka sgt minat dgn binaan mcm lego ni. Tapi kali ni irham tak dpt join robotic sbb clash dgn fencing class, so irham lebih berminat dgn fencing. Maka berpecah la kelas mereka.

Dulu di sekolah kebangsaan, yuran murah je ie RM60 sebulan, n set robotic semua percuma ie pinjam dgn sekolah kena share 4 org . 

Tapi sekarang, mereka kena beli sendiri set robotic. Dan jadi milik mereka sndr. So adam sgt2 teruja. 

Utk set permulaan, adam beli set asas ie RM580. Sekarang adam dah lompat set lain (harga lebih kurang setiap set).



Agak mahal juga utk join kelab ie minat anak2 berbanding masa kita dahulu. 

Tak banyak gambar adam ketika kelas robotik sbb ibubapa tak boleh teman kan hehe (dulu papa mama teman anak ke kelab sampai habis sbb wkend kan. Gigih menunggu dua jam di sekolah haha.).

Ini gambar coach kirim pada papa.



Adam sibuk nak join tournement jgk. Tapi utk join kena beli dulu set RM300 ( nak join team reka drone pula.) dlm pertimbangan ye hihi.

Macam ni la lebih kurang, tapi yg ni adam terlepas nak join sblm ni sbb masa ni papa baru enrol adam ke kelas robotic. Set robotic pun belum dpt.




Ariana

Ariana pula minat dia berbeza sikit. Errrr dia minat semua  benda kot haha. Apa je kelas boleh join semu dia nak. Dia masuk swimming dan kelas tae kwan do.

Ariana anak yg happy dan ceria sll. Disenangi cikgu dan kawan2. Alhamdulillah.

Antara feedback teacher buat mama cair sll :)





So mama follow je apa yang ariana nak join. 

Ni pic ariana teruja masa dpt baju tae kwan do. Papa ariana ni ada black belt tae kwan do. Kalau boleh semu anak dia nak suruh join. Tapi papa xpksa. Sblm ni irham adam join karate do. Minggu lepas semua reqeust dgn papa nak jon tae kwan do plk. Kami happ je semua dan akan sll support minat anak2 inshaAllah.





Setiap kali tgk pic ariana rasa nak tergelak. Mak mak sgt sebab suka sgt tgk pic anak sndr haha. Nama timangan anak2 ni byk, tp favorite ariana kalau mama pggl dia “solehah cantik”. Terus dengar kata hihi. Adam plg suka kalau mama pggl dia “mufti adam” manakala irham akan sengeh malu2 bila mama pggl “imam irham”. :) kata org cakap tang baik2 sll, panggil nama2 baik sll kerana setiap kata itu satu doa :) ini manja mama semuanya. 

Utk ariana actually yuran bulanan dia cuma RM450 sebulan, tapi sbb join extra taek wondo, iqra dan swimming, yuran bulanan ariana jadi RM760 sebulan (termasuk kalau pick up lewat ie slps pukul 4, extra RM10 setiap jam).

So ini antara reason mama kena byk berdoa dan berusaha n kerja lg kuat demi anak2 tsayang. Sama2 kita doa ye.

Ammar

Ammar saya sudah setahun lapan bulan. Ammar makin byk vocab dia setiap hari. Dulu agak risau sbb ammar mcm lewat ckit berckp berbanding kakak dan abg2. Tp perkembangan setiap anak berbeza. Sekarang tiba2 byk vocab ammar. Alhamdullillah. Adam plg cepat ie seawal setahun 8 bulan, adam sgt petah. Siap pandai ayat manis ie puji mama n minta mknan dgn frasa ayat penuh ( teringat adam masa sy tinggal ke mekah, bila call adam di msia, adam boleh cerita semu dgn jelas, puji mama cantik, cakap rindu mama). 

Ammar boleh la pggl papa mama, abg, adam, kakak, nana, adik, arissa (pggl ayya je), eyak, tuh (jatuh), kit (sakit), antok (mengantuk), car, war (nak keluar) etc. not bad la hehe.

Tapi ammar ni byk akal ie idea sikit. Possessive lebih. Bila papa nak potong kuku kakak, instead of pujuk papa potong kuku dia dulu ( tp papa cakap sekejap), dia pandai divert kakak dia ikut dia main. So papa xboleh la potong kuku kakak. 

Kalau arissa menangis, dia risau mama dukung adik, cepat2 dia pggl bibik ke, papa ke, cikna dia utk abgkat adik. So mama pegang dia je. 

Macam2 lagi la idea dia. 

Kuat makan juga inin budak :) 



Selalu ikut mama  pegi kerja. Manja. Nak pimpin sll, dlm tgn pun nak pegang tgn. Kalau dgn papa pun, duk dlm kete nk pegang sll tgn papa :) 



Mania sgt dengan abg2 dan suka dimanjakan. Nak berpeluk dgn abg2 sll sbb abg2 n kakak suka manjakan dia.



Dan pandai manjakan adik... lembut sll pggl aduk, peluk cium adik. 



Arissa

Arissa pula lagi beberapa hari dh nak masuk 100 hari. Alhamdulillah arissa membesar dgn sihat dan ceria. Anak manis yg senyum 24/7. Sama mcm abg kakak dia, ceria sll. Pantang nampak mama papa, senyum n boleh gelak dh sekarang.  Suka diajak ‘berbual’. :)

Tgk anak2 sll ceria, mama sll usik papa, anak2 ceria sll sbb mama happy2 sll masa pregnant. Papa sll buat mama happy n salah satu faktor happy boleh mkn byk2 haha. So kredit utk papa jgk bila anak2 semua jenis ceria, mudah di jaga, senyum sll :) alhamdulillah. Semoga mudah sll dijaga hingga dewasa kelak. Ameen.

Teringat smlm duk berwhatsapp dgn papa. Mama ni dlm sekelip mata leh happy2, n sayu2, kadang2 plg haru emosi x ok sbb lapar je pun, lg parah bila lapar dan teringin lauk masakan sndr tp sibuk nk siapkan haha. Gaya cm pandai sgt memasak kah kah kah ...

Bertabah la papa ... tq la sbb sll berusaha buat kami happy :) 






Ngeh ngeh ngeh ... layan jelah ye...

Arissa ni agak kerap menyusu. Cuma lately mcm xberapa nak minum susu dgn botol. Even dh ada maid, kami masih bawa ammar dan arissa ke tempat kerja sbb satu belum dpt keyakinan hati utk tinggalkan mereka pd maid selain arissa pun mcm xnak sgt susu botol lately. Sblm tinggal kat papa dgn susu botol ok je.

Mcm abg kakak dulu, alhamdulillah rezeki susu arissa juga ok. Risau juga sbb saya menyusu dua orang (termasuk ammar) dan ammar pun consume byk susu sbb makin membesar kan. 

Alhamdulillah so far masih mencukupi dan stok sysu utk arissa juga byk. Sudah penuh deep freezer kami dan plan utk cari jalan simpanan lain pula nnti.




Ada lima tray. Satu tray muat dlm 40 pek (1 pek tu sy letak 10-15oz). Alhamdulillah. Sll mama panaskan 2.5 atau 3oz utk arissa setiap kali minum (setiap dua jam). Semoga dimurahkan rezeki arissa dan mama dpt menyusu arissa mcm adik beradik lain ie selama 2 tahun penuh. 



Inilah dia serba sedikit kisah anak2 kesayangan setakat hari ni. Menulis sekadar menzahirkan apa yang terlintas di benak, bermain di fikiran mama sekarang.

Kesayangan mama dan papa...wajah masam baru bangun tidur.... terus ceria senyum semua... plg happy tiap kali anak bgn n sengeh2 pada mama papa, sekecil2 arissa dan ammar, bgn je mesti terus senyum happy :) senyuman itulah yg selalu menceriakan mama :)






Semoga Allah melindungi anak2 mama selalu dab anak2 membesar sbg hambaNya yang soleh dan taat kpd segala perintah Nya.
InshaAllah

Salam

Mrs Nizae

Friday, July 6, 2018

Finally, alhamdulillah

Alhamdulillah, selepas hampir 6 bulan tanpa maid, akhirnya penantian berakhir jua hari ini. Didoakan semoga mendapt maid yg baik hati dan ikhlas menjaga anak2 kami. 

Kebetulan office masuk zone yang sgt sibuk. Terdetik di hati, bila maid nak smp sbb macam kena kerja ‘all-out’ lately. Allah mendengar isi hati, baru tertanya2, agensi call, maid sudah smp. Rezeki jumaat yang penuh berkat. Byk pula berita gembira hari ini. Alhamdulillah.

Berita pertama pasal maid.

Ini maid baru kami. Nama penuh lupa pula, kami panggil Joma. Muslim dari filipina.



Lega... mcm xbiasa pula. Balik rumah sll kelam kabut dgn urusan rumahtangga. Ni blk, slps sekian lama terus boleh rehat sikit.

Kelmarin sibuk seawal pagi ie sediakan sahur utk papa, sedang malam tu saya tidur pukul 2am, lipat baju etc. sll sy mula kemas rumah lepas anak2 tidur ie jam 10.30 mlm. (Kesian papa smlm kami tlajak waktu sahur, tp smpt papa minum air je... gi dh masak nasi mlm tu huhu). 

Bangun goreng nasi etc utk papa n panaskan lauk2. Then kemas rumah n siapkan breakfast. Then keluar kerja awal dgn anak2 sbb nak buat lesen. Smp ptg. Balik rumah dh hampir 6pm, masak utk berbuka utk papa. Cuma daging goreng dan telur masak cili.








Elok siap masak, smpt mandikan arissa dan ammar. Suapkan dinner utk ammar dan susukan arissa. Bagi irham adam ariana dinner dulu sblm papa berbuka puasa.

Elok papa siap berbuka n semua solat jemaat dgn pap, terus papa angkut semua masuk kereta sbb mama ada appointment penting. Drama juga la sbb mama plan boleh je pergi sndr tp papa risau sbb malam n takut susah nak parking. Mama sedih tgk papa struggle angkut anak2 naik kereta n nk handle semua dlm kereta kan. Alhamdulillah semua ok kecuali arissa dul menangis masa mama meeting.

Malam tu blk agak lesu, kami tidur ‘awal’ (hampir jam 12am dh tapi sbb sll lagi lewatkan), so sy bgn awal utk sambung kemas rumah pula. Gitu la rutin harian, jadi lega la maid dh smp cuma sbb baru sgt, mampu bdoa je yg dtg ni baik2 blake. 

Kos pengambilan maid bukan murah ie RM17380. sbb tu kami hrp dpt yg boleh bg service yg baik. Gaji maid RM1700 (terus bermula tanpa ada potongan gaji utk bulan2 pertama ni spt dulu). 



Semalam schedule sy agak padat, so papa, anak2 dan adik sy shj yg ke damansara utk jemput maid kami. 

Berita kedua yg kedua gembira di jumaat yg berakoh, dpt email dr developer utk siapkan document utk urusan pembelian unit rumah yg agak byk sekaligus. Saya dpt berita ketika meetig di luar. Mmg terus agihkan pada staff utk segera siapkan dan ready utk signing segera. 

Malah utk 4 hari bekerja mggu ni, kami dapat bilangan file yg sgt tinggi spjg tempoh firm ini beroperasi. Alhamdulillah. (syukur dalam debaran, semoga dpt memberi servis terbaik kpd client). 

Kegembiraan ketiga, dh lama x cuti2. So kami merancang utk cuti2 ke penang selain ada appoinment dgn satu client di sana.

Teruja sbb terasa sgt pack schedule kali ni n betul2 nk rehat sikit. So kami buat reservation di hotel double trree hilton penang.

Kami ambil dua bilik suite mengadap laut. Sebab ma dan abah juga adik plan utk join sekali inshaAllah. Teruja sbb suka sgt nak ke pantai , nak mkn2 di penang juga. InshaAllah ini blk kami nnti. Semoga dptlah join room sebelah2 (xpasti ada ke join room utk suite). Saja nak blk luas ckit utk anak2.










Semoga lancar perjalanan kami nnti inshaAllah.

Byk perkara yg perlu disyukuri, banyak rahmat Allah beri utk dinikmati. Alhamdulillah.

Salam.

Mrs Nizar