Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 19, 2018

Bye bye Bibik | Weekend @Melaka | maidless

 Salam...

Tengok tajuk dh tau beberapa cerita mama nak share hari ni. Ringkasan cerita bermula dari Jumaat lepas.

Bibik emalyn dah tamat kontrak bekerja dgn kita. So jumaat lepas mama bg cuti utk emalyn keluar shopping dgn cikna. So ammar di bawa ke ofis.

Sabtu pula, melayan lagi emalyn sambung shopping. Boleh tahan la suka shopping. Beli barang kemas pun habis RM6k. Mula2 beli gelang utk dia dan anak dgn ma saya selain rantai emas. Sekali tiba2 cakap nak cincin n subang plk. Ma sy xsmpt amik stok brg kemas baru, so sy bawa la ke kedai emas.

Tu cik emalyn tg pakai baju pink tudung coklat tu.... bising ajak sy pilih sama. Saya bukan berminat sgt hal brg kemas ni. Haha. Jujurnya xpernah beli di kedai emas. Selalu yg ma saya bagi je sbb ma saya mmg jual brg kemas especially white gold dan berlian. Satu lg hadiah kawin n bertunang dr papa. Saya xpernah ada inisiatif beli sndr atau berminat nk mencari brg kemas haha. Xpernah ajak papa ke kedai barang kemas etc. ada juga la papa tny nk beli tak brg kemas sndr (sbb ada dlm 4 set dh yg mak sy bg), so far tak terasa nak beli sndr. Sy lebih suka berlian dan emas putih. Suka tgk org pakai atau kt kedai tp utk pakai tu cm rimas huhu.


Barang kat kedai ni mmg agak murah tapi design dia mungkin lama sikit. Tambah pula susah nk cari saiz yang muat jari bibik saya. 



Lepas beli barang kemas, kita ajak emalyn makan. Kira farewell lunch. Ikut apa selera dia la. Emalyn ckp nak try steak, sebab tak pernah mkn steak. Dia kata sll tgk kat tv mcm mknan org kaya. Haha. Sebelum ni kalau ajak dia mkn kat luar dia xpernah nk mkn, even minum pun kena paksa. Hari ni baru dia jawab bila kami paksa. Katanya selama ni dia xsuka makan dekat luar sbb xreti nk mkn elok2, takut malu. Haiyaaaa....

So kita ajak bibik makan di Cozy Place. Sedap mknan dekat sini, sll saya n fmly mkn n santai di sini.




Adam n irham pun nak makan steak juga. Mama mulut melayu sikit :)





Gaji emalyn sebulan RM1400. So ada dalam total RM33,000 utk dua tahun. Tp sebab byk dah hantar pd family, n even sblm balik kirim lagi pada kakaknya di sabah, selain shopping (barang kemas dh rm6k, handbang kasut, byk baju utk anak dia, utk suami etc) so dia bawa balik dlm 100k pesos ie dlm USD3k. Saya tny dia,  100k pesos tu byk ke? Sbb balance dlm RM dah tak banyak. Bersungguh dia habiskan duit utk shopping. Slps kirim pada keluarga, spttnya ada lg RM16k kami serahkan pd emalyn. Tapi dia shopping dlm RM8k total. Katanya boleh la sbb gaji averange org kampung dia dlm 1500 pesos. Kira byk la tu. Tapi sebab xada bank n duit letak bawah bantal je, sbb tu dia nk bekal bwk balik emas/shopping je puas2. Stok makanan juga byk bawa balik. Kami bagi beg samsonite yg papa beli di oklahoma dulu. Besar n muat la brg2 dia. 

Ptg tu sy beli jgk sedikit mainan sbg hadiah pd anak emalyn sbb sy tgk dia xbeli mainan. Katanya mahal, baik beli baju. Teringat anak sy teruja papa blk dr canada belikan mainan, so kami plan utk hadiahkan mainan utk anak emalyn selain chocolate ferrero roche dan coklat dan gula2 lain.



Yang ni plg dia suka sbb byk aksesori anak2 selain box tu ada music n lampu2. Dia kata tiap kali ariana beli mainan, dia teringat anak dia. Anak dia sebaya ariana.


Malam tu kita semua hantar emalyn ke airport. Singgah kt rumah ma sy dulu sbb kakak2 sy pun nk jmpa n bsalam dgn emalyn selain semua pun ada buah tangan utk emalyn.






Masa ni dh hampir 12am. Anak2 nak minum, so kita ke starbucks jap nak alas perut. Rasa mcm malas pula nak balik rumah, dgn xbawa beg baju, terus kami ke melaka, rasa mcm nk bercuti plk haha.



Juga bekalkan subway takut lapar bila smp hotel kt melaka kan hehe. So dr airport kita terus bertolak ke melaka.




Hello Melaka

Kita tiba di Hotel Swiss Garden Melaka dlm pukul 2.15am. Hotel ni ok la sbb baru n swimming pool dia best. Smp hotel baru la duk garu kepala sbb semua xde baju pun yg kami bawa kecuali ammar. 


Ini katil papa dan mama manakala ammar kat sofa bed tepi katil. Haha


Dan tiga lagi share katil kat sini ye hehe.




Ada budak happy papa mandikan dia :) 


Awal pagi, slps semua dah bangun, kita pegi visit pool dia dulu. Mggu lepas kan cuaca kt msia sejuk kan. Melaka mmg sgt sejuk n berangin. So menggigil semua n mcm xsesuai je nak mandi kolam kan. Parents dan adik2 saya mmg suka sgt dtg ke sini bila lapang di hari minggu sbb nak layan pool kat sini. 








Kita plan nak shopping dulu baju sblm mandi. Memandangkan mall buka pukul 10, so kita cari kedai mkn dulu. Mama google kedai mkn famous di melaka. Ada yg suggest utk breakfast dekat Roti Canai Kayu Arang. 

Mmg sedap makanan kat sini. Ada mee kari, bihun sup, lontong, sate, nasi lemak, mcm2 kuih etc. plg famous haruslah roti canai dia. Roti canai dia sedap, ada telur ala2 separuh masak dlm tu, cuma sbb kuah dia bukan kari, so tak kena sgt la dgn tekak sy. Saya kurang ckit kuah dhal.






Sempat ke mall sekejap utk shopping baju sbb dtg ke melaka sehelai sepinggan kan. 


Settle shopping, kita balik rehat kt bilik jap. Xjadi pegi swimming sbb mama papa mengantuk hehe. Smlm kan smp pukul 3.30am, sbb dh smp kat hotel lewat, smpt pulak makan subway jam 2.30am, so hilang mengantuk.

Lepas dh bersiap utk check out, mama google lg kedai mkn best utk lunch. So kami plan utk ke Asam Pedas Selera Kampung. Mmg sgt sgt best pilihan makanan kat sini.


Kat sini xboleh tapau. Lauk pauk beraneka jenis sudah dihidangkan, kita just pilih je nak mangkuk lauk mana utk dinikmati dgn keluarga. 





Dan ini pilihan lauk kami. Ikan bawal asam pedas yg sgt sedap, udang galah masak lemak cili padi (yg ni mmg sgt sgt sedap, cuma harga dia tak murah sgt ie dia letak dua ekor dlm satu pinggan n satu pinggan tu RM40), telur ikan masak asam pedas, siput masak lemak, sambal bilis petai bercili, sotong goreng kunyit (yg ni papa xpuas hati sgt sbb sotong kecik n sikit tp harga dia RM15), ayam goreng kampung, paru goreng, budu dan ulam2.





Lepas mkn2 kita shopping dodol, cencaluk (utk ma sy, ma kirim dodol juga), makanan tradisional lain (xtau nama tp papa beli byk utk papa hehe), mainan utk budak2 dan juga "rotan" baru utk anak2 hehe... kalau tinggal solat atau xdengar kata kan :)





Lepas siap membeli, kita bertolak balik. Kita singgah rumah tokma. Tokma masak utk kita dinner, lepas dinner kita balik rumah.

Maidless

Sekarang ni rutin kita xbanyak berubah. Cuma bila tak ada maid ni, kena lebih pandai manage masa la. 


Dengan anak 4 orang n saya pregnant 6 bulan, mmg family saya especially mak saya agak risau bila sy ckp maid xsmp lagi pengganti. Ni first time kat rumah ini kami xde maid. Ma risau saya penat sgt sbb siang hari sgt sibuk setiap hari. Bak kata adam, adam confuse rumah kami ni berapa tingkat. Kata adam rumah kita mcm 5 tingkat huhu, dua tingkat utk satu side kiri dan tiga tingkat side kanan. Nmpk mcm susah nak manage, tp alhamdulillah, so far semua ok je. Cuma kami xmampu nak mop lantai dan basuh toilet setiap hari (even masa ada maid pun dia selang sehari juga la). Yg tu kami buat seminggu sekali je la.

Dengan bantuan yg banyak dr partner of life saya, en ahmad :) byk partnership kami ni, share kerja office, share business bersama, share segala kerjarumah bersama dan yg plg penting kami share amanah Allah yg plg penting, anak2 juga bersama :) alhamdulillah, partner sy ni sgt byk membantu. 

Kedua, house chores ni akan jadi mudah kalau langsung tidak bertangguh la. 

So kami bahagi tugas, papa urusankan bab laundry, dr basuh baju, keringkan baju, lipat baju, simpan baju dan iron baju. Utk rutin harian. Hal buku2 anak2, cek beg sekolah anak etc. toilet n buang sampah pun urusan papa.

Saya pula memasak, kemas rumah dapur ie menyapu n cuci pinggan mangkuk. Pendek kata jaga makan minum fmly n pastikan rumah kemas. :) 

Plg penting kena ada banyak tolak ansur dan empati pada pasangan. Kami tahu setiap aktiviti kami di siang hari, kami tahu andai salah seorang dr kami terlalu penat atau emosi tak berapa baik. Plus point bila kami kerja bersama sll di pejabat dan dirumah.

Ni "ofis" baru papa di rumah. Bilik laundry + tmpt nak iron. 




Rutin kami bangun awal pagi, saya n papa mandi siap2 sblm kejutkan anak2. Papa akan iron baju papa dan baju n tudung saya (anak2 papa beli uniform cukup utk seminggu, jadi papa iron di hari minggu sekaligus). Manakala saya akan siapkan breakfast. Selalu saya masak satu lauk utama sblm tidur, manakala pagi utk tambahan lauk simple2. 

Anak2 mmg jenis makan nasi sblm ke sekolah. Then saya pastikan anak2 mandi n bersiap sblm turun breakfast. Lepas diorg breakfast (termasuk ammar),  papa akan sikat rambut anak2 n bawak semua beg ke kereta. Kadang2 saya mandikan ammar, kadang2 papa. 

Sblm keluar rumah, kami pastikan bilik tidur dh kemas, dapur dh kemas, lauk pauk dh simpan dlm peti, lantai dh sapu, then kita sekelurga keluar rumah dlm pukul 7.15 pagi. So bila blk ptg nnti, xla stress tgk rumah bersepah kan.

Day 1

Setiap hari mama cuba utk masak utk anak2 even sll jug terfikir mcm lg mudah beli je sbb anak2 mkn xde la byk sgt kan hehe n utk keluarga kecil sy, tapi papa sll risau masakan diluar dr segi kebersihan, kandungan masakan ie gula garam minyak etc, so mama cuba utk sediakan juadah utk anak2 sll. Lagipun ma saya sll ckp, masaklah utk anak2, walau terasa sedikit penat, tapi itu petua utk ikat hati anak2 lebih dengar nasihat ibu ayah. InshaAllah.

Ok hari pertama tanpa bibik, Mama masak nasi n sup ayam n telur dadar. 



Day 2

Mama masak padprik, nugget n telur dadar





Ini bekal utk ammar masa kat ofis :)


Day 3

Mama masak ayam masak lemak dan telur dadar




Ceria wajah kesayangan hamba di pagi hari :)

Day 4

Bila anak2 request nak megi goreng plk utk breakfast. So mama guna yee mee utk goreng.


Ammar saya

Setiap hari ammar di bawa ke ofis. Kalau mama je ada meeting, ammar duduk dgn papa. Ke sana sini ikut mama dan papa. Bila mama n papa dua2 ada meeting, cikna cum my account staff akan jaga ammar di ofis :) Antara keletah ammar ketika teman papa nama di ofis.


Training anak attend client :p


Adoiii.... bila client minta discount la pulak haha..


Tq cikna sayang :)




Mendisiplinkan anak

Bila ada maid, anak2 manja sikit.  Nak mandi pun berteman etc. sekarang mereka tau mama kepenatan. Balik sekolah je semua terus ke bilik mereka, mandi sndr n turun utk solat maghrib berjemaah. Anak2 lebih disiplin alhamdulillah.

Irham sll offer nak tlg mama. Sama la adam pun. Even sebenarnya "bantuan" diberi buat mama lebih "penat" huhu, tp effort diorg sgt dihargai n mama layan jelah.

Tlg cuci pinggan (mama kena lap blk yg basah2 huhu)


Nak tolong memasak...



Dan ini ammar, xleh berenggang. Masak pun nak tengok mama kat dapur


Aktiviti bersama

Selesai dinner n solat isyak, anak2 akan siapkan homework.


Selepas mama dh siap kemas dapur dan sapu lantai n kemas ruang tamu, baru mama papa sama2 join teman/ tengok-tengokkan homework anak kalau belum siap. Mlm ni papa tlg adam manakala mama tlg irham cari gambar2 utk ditampal dlm buku projek sekolah. Buat homework di bilik mereka.




Lepas semua dh tidur, baru mama papa lipat baju. Mula tu mama tlg juga papa lipat baju, tapi skrang papa buat sorg je. Terima kasih byk papa. Boleh mama rehat sikit sambil baring2 sbb penat juga duduk lama2 hehe. Lewat mlm boleh jd "me time" utk mama papa. Masa utk berborak berdua, yg xmelibatkan ofis ke apa2 :) 

Kdg saya confuse dgn maid sblm ni, baju kami sll je ada yg xsmpt dibasuh, xdilipat n iron sbb katanya xsmpt. Masa tu kami terfikir mgkn byk kerja kot. Dapur pun sll juga mcm terkumpul byk pinggan mangkuk. Tp bila sndr siapkan kerja2 rumah, mcm xde la sibuk sgt/ byk sgt / letih sgt. N baju2 semua tersusun rapi papa kemaskan dan basuh setiap hari. Terima kasih byk2 papa yang sgt kami sayang :):) 

Alhamdulillah dipermudahkan urusan setakat hari ini. Lepas keluar rumah je mmg mcm lipas kudung kerja sana sini sblm blk rumah lewat ptg ie dlm pukul 6.30pm. Anak2 lepas sekolah, papa bawa ke ofis dulu.

Mcm tu la rutin kita setakat ini. Jumaat plg busy, balik ofis je terus nak siapkan cepat2 kerja rumah ie basuh baju, iron etc sbb weekend masa utk kita bersama anak2, nak jalan2 ke apa kan :) so jumaat kena la siapkan semua dulu. Mlm ni dh 3 loan papa basuh baju. Yeay dh selesai semua. Iron je belum :)

Aktiviti seminggu sekali

Mop lantai sesuci hati :)




Anak2 happy je tlg mama papa. Adam kata dpt pahala buat mama papa happy, dpt pahala sbb Allah suka rumah bersih, dapat pahala sebab buat syaitan sedih sbb xsuka bila rumah bersih, adam gembira sebab mama papa happy dan dapat pula RM5 sebab "kerja". (Haha kami bg upah la tiap kerja yg dibantu even diorg xminta, terkejut mama papa upah. Kadar upah ikut kadar tenaga ye :)


Itu sahaja cerita panjang kali ni. Nak menulis kena cari masa lapang. Masa lapang sgt jarang sekarang diperoleh. Bila ada kita tapau menulis smp habis :)

Sekian, salam.  

P/s : update isnin :
smlm n hari ni parents sy dtg tidur di rumah. Mlm td ma abah belanja dinner. 




Dan hari ni gigih sy masakkan kari tulang n roti canai utk breakfast. Kenapa gigih? Sbb sy xguna periuk noxxa (malas nk keluarkan dr almari), so mmg berjam baru siap kari tulang hehe :) fav anak2 mkn roti canai kuah kari. Berbaloi bila semua mkn licin n bertambah :) mama is happy :)


Dan utk lunch, selain kari tulang dan telur dadar, sy perap ikan kerisi goreng kunyit 





mrs Nizar