Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 24, 2017

Cuti sekolah buat apa ye? | Road to MAKA

Salam...

Hari ni adalah hari terakhir persekolahan anak2 kita. Kebanyakan ibubapa pasti ambil peluang ni utk bercuti dan melancong, termasuklah kesemua adik beradik saya kecuali saya ;)

Ikut perancangan awal, adik bongsu saya akan bertolak malam ni ke london utk bercuti solo. Kakak sulung dan fmly serta adik perempuan saya akan bertolak ke London-Switzerland-Italy isnin nanti. Kakak kedua saya pula akan ke istanbul.

Rabu lepas, saya kerumah ma abah di Bangi. Sebelum semua merancang utk bercuti, gigih masing2 ajak ma abah ikut sama tapi abah ma kata byk kerja dan penat baru blk dr terengganu. Malam tu, sempat borak dgn ma dan cakap, ma ada kata nak ke london (ma saya suka jalan2 dan antara tmpt ma cakap cantik adalah masa ma ke europe).

Tiba2 ma lembut hati dan cakap nak join trip. Happy abah saya dan kakak2. Khamis awal pagi cepat2 abah ke imigresen utk renew passport yg baru expired. Alhamdulillah selesai.Sebab semua teruja ma abah ikut, segala tiket yg dibeli abah tiba2 semua adik beradik refund ie sponsor bersama. Ke london tiket pergi balik adik bongsu sy azizi bayar, manakala ke switzerland n italy + penginapan+ tiket tren etc ie full package kakak sulung sponsor n segala tiket ke istanbul kakak kedua sponsor sepenuhnya...

Sepatutnya abah join adik travel malam ni ke London, tapi sebab last minute, tiket ke london (business class) habis. Sbb perjalanan jauh abah nak ma selesa. Flight A380 ke London. 

Lagipun kasi chance azizi ikut plan asal nak travel solo sebelum kahwin. Hehe.. semoga dijodohkan dgn orang yg dicintai inshaAllah (doa yg terbaik utk adik2)

Then ahad ni, abah dan ma bertolak ke London, adik saya azizi tunggu di sana.  Manakala hari isnin, kakak saya n family juga adik saya aina pula bertolak ke sana.

Kemudian mereka berjumpa di sana sblm sama2 bertolak ke Switzerland sebelum ke Italy. Teruja ma nak naik gondola :) mereka ke sana dua minggu. Then bila balik, masa transit di London, kakak n fmly balik dulu. 

Ma dan abah akan stay di london, tunggu kakak kedua saya n family pula sampai di london sehari dua sblm mereka bercuti pula ke istanbul dalam 10 hari.Gembira saya sbb lama ma abah bercuti berehat kali ni. Even perancangan last minute ie hanya tiga hari sebelum fly.

Sekarang dah nampak perangai siapa saya ikut nak bercuti tanpa perancangan ie last minit ni hehe. Masa kami kecik2, setiap kali cuti sekolah abah bawa kami bercuti ke kuala lumpur, penang etc... mgkn perangai suka berjalan ni pun menurun ma abah suka bawa kami berjalan ditambah dgn suami suka sgt plan utk bawa kami bercuti.

Tapi kali ni hanya saya yg ditinggalkan di sini. Selain faktor kena berjimat sbb fund semua difokuskan pada ofis selain masalah kesihatan ie pregnant xsesuai utk travel kan. Adik lelaki saya shuhairi pula mgkn akan ke maldives. Tiket flight n hotel semua dh beli yang open ticket masa ada travel akan expired december ni. 

Suami dah buat ayat sayu sebab xbawa anak jalan2 huhu. Sabar ye semua. Dah la semua tinggal kita serentak kali ni. Sob sob. Tapi super happy sbb teruja tgk semua nak bercuti n melancong. Gigh saya uruskan travel insurance utk mereka. Saya ambil platinum package ie coverage medical up to RM2mil setiap seorg (ma abah). Semoga semua baik2 shj di sana.

So tadi ma abah gigih datang rumah saya, masak special utk perempuan mereka yang akan ditinggalkan. Masak sedap2 sebab saya ni selalu sgt nak pegi makan kat rumah ma kan hehe.



Antara gambar percutian 2017 mereka ie kakak (ke sydney masa cuti mid-term), adik2 juga ke sydney, kakak kedua azura juga bawa anak main snow. Abah ma plk hampir setiap bulan bjln2 cuti2 msia. Adik azizi pula selain ke sydney, ke bali phuket etc. hrp lepas ni ada rezeki kami pula ameen inshaAllah :) 

Pic abah ma ke sabah , langkawi etc





Family kakak sulung ie yg plg suka travel. Setiap cuti midterm n akhir tahun mmg akan travel sekeluarga bersama adik2 sy (baby sit anak mereka hehe)




Kakak kedua saya n fmly





Pic aina, satu2nya adik perempuan saya.




Dan Adik bongsu saya azizi. Azizi pandai masak. So kalau travel kadang2 rajin dia yg ke dapur. Ni masa di sydney.





So apa aktiviti hari pertama cuti sekolah kami?

Esok inshaAllah kita check-in di hotel di Kuala Lumpur ie premiera hotel. Alasan ke sana sebab anak2 terlibat utk majlis anugerah kecemerlangan akademik (MAKA). 

Minggu lepas ada majlis perjumpaan ibubapa utk mengambil buku rekod anak2. Sebelum tu kami tahu pasal majlis  MAKA tapi kami tak beli lagi seat sehingga mendapat result sebab seat utk ibubapa hadir menyaksikan majlis pun RM150 seorang. So smpt berbincang dgn papa, kalau result bagus n anak2 naik stage, kita beli la seat. 

So minggu lepas baru tahu result, alhamdulillah keputusan anak2 menggembirakan mama papa. So terus kita beli seat utk attend dinner + majlis anugerah malam esok. Happy anak2 dgr kami akan attend majlis MAKA dan lebih happy sebab mereka adalah antara penerima anugerah pelajar cemerlang.

Sesi perjumpaan ibubapa dan mengambil result anak2.


Bukan itu sahaja, utk anak2 yang dpt anugerah pun kena bayar RM47 (termasuk makan dan gambar). Kebetulan pula mereka terlibat utk persembahan, so kena bayar pula kostum seorang dlm RM80 seorang. Majlis sekolah sekarang boleh tahan la, mungkin sebab sekolah swasta ie mcm international school tapi kami pilih yg silibus malaysia, semua pun kena bayar huhu. So utk majlis ni dlm RM500++ utk kami attend semua tak termasuk kami ambil hotel di tempat majlis mereka utk keselesaan anak2 memandangkan esok mereka start rehearsal esok jam 12.30 tghari sehingga jam 5pm. Kemudian berkumpul utk majlis anugerah dan persembahan jam 7.30pm. Kalau tak mereka xsempat berehat utk blk rumah dan kami pun terkejar2. 

Dan esok juga kita plan utk celebrate bday Ammar Faiz secara kecil2an dulu bersama di hotel nnti. InshaAllah.

So tiada lagi perancangan lain buat masa ini utk aktiviti hari cuti anak2 :) inshaAllah kita plan bersama ya.

Selamat bercuti semua anak2, dan selamat berjalan2 bagi yg melancong di dalam atau luar negara.

Salam.

Mrs Nizar

















Saturday, November 18, 2017

Bersiaran dari office

10.00 malam 18/11/17 Sabtu 

Bersiaran dari office kesayangan tempat mencari rezeki. 

Seawal pagi terpaksa datang ke ofis. Alhamdulillah kami baru dapat dua projek dari developer selain diterima menjadi peguam panel kepada tiga buah bank (masih berdoa menunggu jawapan dari beberapa buah bank lagi).

Sebab kami masih baru, staff office saya keseluruhannya cuma 7 orang dahulu (sebab risau juga overhead tinggi dlm business baru bermula ni. Doa2 kan). Jadi bila dapat projek developer, kami akan dapat arahan mengejut ie ada pembeli membeli rumah dan kena siapkan agreement jual beli segera. Minggu ni beberapa agreement kena kami siapkan. Dan semalam dapat lagi arahan utk siapkan dan attend signing hari yang sama. Jadi dengan kakitangan tak seberapa, kami cuba bagi servis terbaik ie siapkan semua kerja2 dgn sempurna malah bersaing dengan company nama besar lain utk servis yang lebih baik dan cepat. Alhamdulillah so far team saya yang kali ni sgt agresif dan dedikasi. Kami sedar, kami baru, tak boleh merangkak dan takut2. Kena lebih agresif utk bersaing di pasaran.

Kata orang, Rezeki tak boleh ditolak, sementara kita diberi kepercayaan kan. Seawal pagi gigih angkut anak2 ke ofis. Masa siapkan kerja, ada juga anak2 kerumah sepupu mereka di Sunway Montana ie rumah adik saya sebab tak jauh dari ofis. 

Tadi hujan lebat, tapi terpaksa angkut anak2 masuk kereta sebab mama terpaksa ke Damansara utk attend signing. Alhamdulillah semua urusan selesai jam 6.30pm, dua kali ke Damansara dan bersama staff dan anak2 di ofis sejak pagi. 

Dah malam, anak2 mandi2 dan dinner di ofis je sblm pulang. Papa siap ajak tidur di ofis je hihi. Alhamdulillah, sesekali sibuk lebih melegakan hati.

Gambar pasangan kelaparan tadi....


Gambar anak2 malam ni....






Sedikit gambar ofis kesayangan kami. Tidak mewah ataupun besar, tapi disinilah datang semangat kami sekeluarga. :)


Keadaan siang tadi masa siapkan kerja...





Ini bilik saya dan papa :) 



Bilik2 lain ie bilik adik2 saya cum orang kanan saya



Ruang receptionsit yang belum siap hehe ... pelan2 kita bergerak inshaAllah.


Meeting room (set kerusi meeting belum sampai). Glass door juga belum pasang.


Saya suka view bilik saya dan view dari ruang staff juga


Ni ketika hujan lebat tadi ditemani anak2 dlm kereta




Ni tetamu istimewa... selalu datang jenguk selang beberapa hari sekali utk ikuti perkembangan ofis kami. Yang tak henti doakan kami. 




Terima kasih ma abah rajin jenguk kami. 

Ini je serba sedikit perkembangan ofis baru kami. Agak sibuk akhir2 ini sampai kadang terlupa saya tengah mengandung. Lesu juga la. Tapi jadi kuat sebab semangat berkat doa semua inshaAllah. Tq juga anak2 sebab faham dan bersama mama dan papa selalu dipermulaan operasi ofis kita ni. 


Salam.

Mrs Nizar.

P/s : jom la balik.... penat pula terasa malam ni sob sob.









Wednesday, November 8, 2017

One of the happiest day in my life

Alhamdulillah hari ni antara hari paling mengujakan saya dalam tahun ni. Mungkin byk juga sblm ni dlm tahun ni, tapi dlm beberapa kesayuan sebulan dua ni, hari ni saya senyum paling lebar.

Satu hari yg panjang. Seawal pagi saya ke office sebab teruja nak selesaikan segala urusan. Diuji sedikit pagi ni, semua perkara macam tak boleh diselesaikan. Perabot dibeli kena tahan management dari naik ke office utk inspection dulu la, kabel unifi dah dua minggu tak boleh pasang, hari pun cakap macam prob sebab semua wiring rosak (end up dgn sekelip mata Allah tunjukkan jalan, kerosakan dijangka tu rupanya kesilapan, tiba2 dtg penyelesaian dan settle semua phone n internet). Dan macam2 la. Penat ke sana sini dengan perut pun gigih nak cramp juga. Adik risau mama lupa dia kot. Bagi cramp sikit biar mama ingat adik kan hehe.

 Tarik nafas, pegi makan jap. Elok lepas makan (dah call parents minta doakan), tiba2 satu persatu perkara yang mustahil utk diselesaikan bagaikan magis selesai hari ni. 

Dan hari ni, hampir 90% office sudah selesai (mula beroperasi sepenuhnya di office). Dari renovation, perabot, internet dan line telefon, fotostat etc. kira semua la selesai dalam sehariz  Yang belum selesai, mini pantry (inshaAllah jumaat, nak beli high table etc dan pasang water dispenser, jumaat juga). Jumaat juga utk pasang security and anti-theft door. Isnin printer sampai. Kecuali blinder dan drawer + partitian utk table xsmp (meja dah smp dulu la). Now dah nampak rupa office sepenuhnya. 

Gambar sebelum ni meraikan suami yg bertungkus lumus tunggu dan pastikan kerja2 renovation setiap hari. Kita ke restoran hadramawt di bawah office. Fav suami n mmg sedap....lama makan minum dia tak terjaga sebab sibuk sgt, ajak berenti makan pun kadang dia xnak. Kecuali yang breakfast dirumah je. balik kerja kemain lapar sebab tak stop makan kalau saya tak de nak makan. Selain sbb diet, atas faktor sibuk, suami saya dinner je sekali dirumah sblm ni ketika sibuk siapkan ofis. Tq sayang.




Malam ni pula makan2 santai dgn anak2 lepas bawa mereka ke office. Gigih, balik office je, kami smpt solat jemaah maghrib bersama sblm bergegas ke office lagi. Demam rindu office haha. Anak2 pun teruja nak dtg sll. Pukul 10 mlm, baru rasa nak balik (anak2 pun tak nak balik hehe). Then kita ke sakura kristal utk mkn2 even dah dinner sbb adam dah lapar semula (mama apatah lagi hehe).

Malam ni kami solat hajat dan buat sekali lagi sujud syukur di office bersama dgn anak2. Ajar anak tentang syukur dan tawakal. Cakap anak2, office ni siap atas semangat mama papa utk anak2. 

Semoga Allah permudahkan.

Dan tadi berita gembira bila developer call cakap ada lagi tiga unit file baru utk office kami. Alhamdulillah rezeki Allah utk anak2. Tadi juga lawyer saya attend client utk signing bg file lain. 

Semoga hari2 yang lebih indah mengiringi kita sekeluarga pada hari mendatang menggantikan hari2 suram seketika sblm ni. Alhamdulillah saya dh 100% move on dan jauh disudut hati, saya sudah berlapang dada dan memaafkan semua orang. InshaAllah.

Gambar di ofis belum ready sepenuhnya.... inshaAllah akan post later bila dah siap sepenuhnya. 

Alhamdulillah utk rezeki kegembiraan kali ni. Akhirnya, mimpi kami menjadi kenyataan.... impian kami Allah izinkan menjadi realiti. 

Subhanallah alhamdulillah allahuakbar.

Jom masa utk kerja lebih kuat dan bersemangat tanpa toleh apa2 lagi dibelakang. InshaAllah. Aja aja fighting !!

Pepatah :
"Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.

Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu kerja, seharusnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.

Jika rezeki datang kerana kepintaran, seharusnya pensyarah-pensyarah sudah menjadi jutawan.

Jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para presiden dan raja berada di urutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.

Cumanya, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah... 

"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah barakahnya." 
(Ali bin Abi Thalib)"


Salam....

Mrs Nizar




Wednesday, November 1, 2017

Memorable October

Salam

Alhamdulillah hari ni ada sedikit mood dan masa utk menulis. Lama tak menulis, jadi sekali tulis saya rangkum terus sebulan punya cerita.

Alhamdulillah baby sudah masuk 2nd trimester, even masih ada alahan, tapi tak seteruk baru ni. Antara lama menyepi dari blog juga sbb pregnant kali ni alahan paling teruk. Lesu, mual, pening, lemah etc mungkin disebabkan faktor usia, anak kecil masih menyusu dan banyak perkara nak handle. 

Alhamdulillah, papa byk bantu masa saya kelesuan. Masa anniversary kami yg ke-9 baru ni papa tanya "apa yang awak nak cakap dalam satu perkataan tentang perkahwinan kita?".... laju je saya jawab "pregnant"... papa gelak sakan, mgkn dia bayang sy cakap happy ke, bahagia ke hehe... papa cakap betul juga apa saya cakap tu,  9 tahun kahwin, dah 8 kali pregnant, hampir 5 tahun dlm 9 tahun ni saya duk pregnant je sll.. huhu... alhamdulillah....

Satu lagi sebelum october dan ketika october ni, byk juga ujian melanda keluarga. Dugaan nak buka firm, tak sangka fund sgt byk diperlukan. Lebih menyedihkan ada pihak yang fitnah saya. Dalam dunia perniagaan papa selalu ingatkan saya tentang sepak terajang yang kotor. Saya selalu rasa itu mungkin byk dalam filem. Tapi makin hari makin saya rasa semua tu benar belaka. Mcm2 ujian salah satunya ttg fitnah. Dulu tahun 2014 pernah diuji fitnah sana sini konon kami dah bercerai walhal suami bekerja di canada. Macam2 ujian waktu tu dengan pakej pandangan serong. 

Kali ni fitnah lebih berat tentang karier pula. Sedih juga sbb ia keluar dari mulut orang paling kita hormati. Bila berdepan dan tanya, baru cakap dia dalam keadaan tertekan sebab saya nak start business sndr. Semua bukti fitnah saya simpan. Jujurnya saya sangat marah dan jarang saya tak maafkan. Kali ni hati masih berat utk maafkan penfitnah dan fitnah yang dilemparkan itu. Sabarlah, Allah itu ada. Doa orang teraniaya tiada hijab. Tak lama Allah nak tunjuk kebenaran. 

Ok habis dah, tak nak tulis cerita tak best banyak2. Hakikatnya dalam hidup ni biasalah ada ups and downs. Kena sabar dan yakin apa yang Allah atur sentiasa yang terbaik utk kita. Ujian pasti akan meraptkan Kita padaNya. Hidup seketika sahaja sebelum ke alam sana yang kekal. Tak perlu terlalu risau dan sedih utk urusan dunia. Tapi berusaha utk dunia bagaikan kita akan hidup 1000 tahun lagi. 

Ok ringkasan kenangan oktober. Setiap tahun oktober selalu dinanti dan sll istimewa. Alhamdulillah. Ringkasan kali ini :

Karier

Alhamdulillah firm saya secara rasmi diterima pendaftaran pada 1 oct 2017. Ini bukan kejayaan, tapi permulaanutk satu usaha dan cabaran besar bagi saya. Doakan semua dipermudahkan utk orang baru mcm saya.


Dalam keadaan ofis belum siap (renovation), Allah hadiahkan lagi rezeki tak disangka. (Saya yakin berkat dari doa keluarga yang tidak putus dan doa kami yang dianiaya. Semoga Allah lindungi kami selalu).

Pada 11.10.2017 saya dapat satu lantikan peguam utk satu projek developer. Jualan rumah dari harga RM600k ke atas di subang. 


 Belum habis air mata syukur, dapat satu lagi surat lantikan dari developer yang ternama juga utk menjadi peguam projek mereka. Utk property dari harga RM1 juta ke atas. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Rezeki anak2.



Kesyukuran 

Kami adakan sedikit majlis meraikan anak2 hafiz utk solat hajat dan doa selamat utk kesejahteraan, dijauhkan fitnah dan utk keselamatan keluarga dan sekaligus kesyukuran utk nikmat dariNya.

Happy sangat anak2 bila mama cakap nak ajak abang2 hafiz datAng rumah. Adam kerap sgt ckp nak jadi al-hafiz. Kami baru find out sekolah anak kami ada kelas khas tahfiz. InshaAllah tahun depan nak mulakan kelas tahfiz utk irham dan doakan. Doakan anak2 kami diberi hati yg terang utk menghafal qalam Allah.

Sekitar pic majlis doa selamat, khatam wuran, jemaah maghrib dan isyak bersama serta makan malam dgn anak2 syurga ini. Saya tempah nasi beriani pada malam tu.








Bila abang2 hafiz nak balik, sedih semua anak2 saya. Pujuk saya bg abang2 dpt tidur di rumah kami. Ustaz ckp sll anak2 hafiz blk awal sbb pukul 10 mereka dah nak tidur. Sekali semua duk main dgn anak2 kami smp terlupa waktu. 10 malam baru bersiap nak hantar mereka balik ke pusat tahfiz mereka di shah alam.

Walau jmpa seketika, tapi hati sudah jatuh sayang pada mereka. Macam anak sndr rasanya.

Birthday 

October juga istimewa kerana ia adalah bulan kelahiran saya juga. Bangun pagi seronok anak2 nyanyi lagu birthday kat mama yang masih busuk ini hehe.

Then tokma tokki cikna dan anak2 saydara dtg rumah buat surprise. Hantar hadiah birthday dan beli makanan dan minuman utk lunch ie celebrate birthday saya. Tq tq tq semua... terharu makcik hehe....


Petang lepas amik anak2 sekolah, papa bawak blk kek kegemaran saya. Beli beberapa slices hehe sebab satu slice ada yang RM16 ada yang RM15. Xleh bEli banyak sbb papa tgh kontrol sugar intake saya haha. Berbaloi2 sbb sedap dan mmg favorite saya. 




Malam pula papa bawak kami ke kedai favorite anak2 (of course la fav sy juga haha). Kami ke shell out.... makan puas2.... sbb kat sini anak2 xboring tunggu mama, kalau mereka dah settle makan, mereka dpt marker pen dr kedai utk mereka conteng2 dinding kedai etc sesuka hati. Suka la semua... snip snap ketika kejadian. Semua dr ehsan phone papa :) 




Saya makan lebih dari separuh ni huhu.... 









Keesokannya papa bawak makan kat kedai fav kami juga di Di Naina. Papa suka sgt lamb shank kat sini.



Exam dan MAPS

Alhamdulillah minggu lepas anak2 dh selesai peperiksaan akhir tahun. Mmg tiap2 masa mesti last minute baru nak study. Huhu. Gigih papa pulun dgn anak2. 

Ada masa serius, ada study santai2 mcm ni. Sementara mama gigih di dapur siapkan bihun sup utk minum ptg.



Papa janji bawak anak2 ke MAPS lepas exam. So gigih la ke sana. Kbtln tema minggu tu Halloween... start 6.30 ptg sana sini hantu berkeliaran. Sekali tu gigih i selamatkan anak2 kena kejar dgn hantu masa papa dia beratur nk masuk rumah hantu. Terus bertukar menjadi momster haha.... ngek punya hantu, i nak p toilet je pun, dia kejar n usik anak2 kat luar, xjadi i p toilet,mujur i xketuk kepala hantu tu.... seram n real sgt make up dia ... mama pun takut haha....

Antara pic, xbanyak sbb mood bergambar kurang sejak pregnant. Lagi pic ehsan handphone papa. Semua plg excited tgk stunt show + pegi ke tok aba cafe.

Ni trip kali kedua kami ke sini. Tiket dgn mykad RM150 dewasa, tanpa mykad RM190. Kanak2 lupa, lebih kurang tu jgk xsilap. 










School Concert

October juga ada school concert ariana. Tokma tokki pun dtg nk tgk show. Sepulu ariana, yusuf pun sekolah sama dgn ariana, so ada show jgk la.



Baju pink tu yusuf... 




2nd trimester?

Tak pasti la anak girl ke boy. Mcm boy plk je haha. Awal2 suka sgt kek mcm girl. Tp lately asyik nak ketam je mcm anak boy. Apa2 la janji sihat dan selamat mama lahirkan.

Teringin ketam.... tapi kita buat alasan celebrate utk 2nd trimester la hihi. Aci je kan? Ni gi dating dinner dgn papa di www.fattycrab.com. (Actually anak2 xnak ikut sbb tgh syok main masa ni haha) Sedap masakan dia. Tapau utk anak juga. Nyumnyum....

Sy cuba dua masakan dia, ketam masak cili dgn ketam masak apa ntah lupa plk... blackpepper kot.






So inilah serba sedikit kisah oktober saya. Tak boleh tulis panjang sbb dah lapar dan teringin ketam sgt la pula. Tsk tsk tsk.... 

Apapun dalam diari harian kita pasti ada kisah sedih dan gembira. Yang penting, kena yakin setiap apa yang Allah aturkan pasti yg terbaik. Belajar utk utk redha even dlm keadaan paling pahit. Cuba utk byk ingatkan yang manis. Dalam hidup ini tak akan selalu orang sukakan kita even kita tak pernah usik kisah hidup orang, tapi percayalah itu tanda Allah sayang kita, nak bagi pahala free utk setiap ujian yang diberi. Contoh bila difitnah, kita redha sbb tanpa buat apa2, pahala tertulis bila orang bercakap hal tidak benar, even tgh tidur pun pahala masih mengalir. InshaAllah. Ceria ceria je sll. 

(Sekali sekala nangis tu biasalah, happy pun nanges, sedih pun nanges...dalam orang bampak i ceria sll, suami n parents sy je tau i ni ratu airmata.... haha hati tisu, cepat tersentuh... masa marah pun nanges....apapun tapi saya janji setiap kali saya lap air mata (kalau sedih atau frust),  saya akan bangkit utk lebih kuat dan lebih hebat. Ameen inshaAllah).

Ok terima kasih oktober utk byk kenangan manis dalam waktu down sy. Alhamdulillah....


Salam

mrs nizar

P/s: Doakan baby kami sihat selalu dan mama gagah perkasa utk terus bekerja. Semoga murah rezeki kita sekeluarga sll. Ameen