Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 29, 2017

Losing weight

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-4 kita semua berpuasa. Tahun ni, spt azam2 tahun lepas kami merancang utk tidak ke bazaar ramadhan. Cuma tahun ni, tambah sikit lagi niat ie berbuka simple2 ie kurang2kan aneka lauk pauk juga kuih muih. 

Hari ni entry sesaja tentang diri sndr hehe.

Dua minggu sebelum berpuasa, actually saya dh mula control pemakanan saya. Alkisahnya begini, tengah jalan2 berdua dengan suami di KLCC, tiba2 :

Papa : kenapa kita tak pernah beli baju raya awal2 ek... bukan sll semua orang sibuk shopping raya awal kan? Kita sll sehari dua nak raya baru nak cari kan.

Saya : ok la, tahun ni kita beli awal. Jom cari baju.

Papa : eh, tak nak la... gemuk2 gitu nak beli baju raya pulak. Diet dulu baru beli ok ... hahahaah 

Dia punya ketawa berdekah2 tu buat i sentap.... sikit lagi nak nanges. Saya tau dia selalu mengusik, tapi emosi pula tak stabil hari tu... dalam hati ada betul juga... uwaaaaa...

Lepas bersalin irham plg mudah dpt berat badan asal ie 48kg. Masa adam pun boleh la. Masa ariana susah ckit. Masa ammar ni, dh cecah 54kg, saya cm dh berpuas hati dan langsung tak ambil berat dah pasal tu. Banyak sgt benda nak fokus especially psl kerja la(dua tahun kot cuti ie sejak beberapa siri keguguran kan).

Dalam tak sedar berat saya dah mula cecah 57kg. Yelah, alasan konon menyusu selalu lapar tu penyedap cerita la.

Saya makan nasi 4 kali setiap hari. Seawal pagi ie masa anak2 nak pergi sekolah saya makan nasi bersama mereka ie jam 6am. Wow...

Lepas tu breakfast dengan papa pula. Selalu makan nasi juga. Then lunch dgn fmly (nasi). Malam makan lagi nasi masa dinner dan sll supper pula (bukan makan ringan2).

Portion ambilan pun, mmg tak pasti mana pinggan saya mana pinggan papa. 

So saya mulakan dengan kurangkan portion nasi, dan hanya mkn nasi sekali atau max dua kali sehari. Saya memang tak boleh dipisahkan dgn nasi. Tak larat n akan kena gastrik blk kalau tak.

Bila saya start diet, suami pula mula la cakap, "apasal makan sikit sangat. Macam ariana?".

"Tak payah diet2 la".

Bila saya cakap "nanti orang tak nak beli baju raya, dah la kutuk2 orang"... baru nak gelak kuat2... gelak cam nangis orang panggil... tau rasa bersalah.

Then papa cakap "saya bukan nak kutuk2, saya bgurau je. Tapi mmg baru ni nampak badan awak naik sikit. Saya tak kisah. Tapi kalau dah banyak naik pastu baru awak sedar, lagi susah awak nak turunkan berat badan. Awak juga yang stress nanti. Kalau bukan saya yang jaga n tegur awak, siapa lagi".

Ok la, thank you. Saya tak merajuk pun, tapi sendiri risau juga dgn kesihatan sndr sejak umur 35 tahun dh ni. Pemakanan kita sangat memberi kesan pada kesihatan kita kan. Metabolisme juga makin menurun kan.

Alhamdulillah kurang 2 minggu lepas kejadian itu dan slps saya kurangkan portion makan (tapi makan kerap, kurangkan nasi sebenarnya), berat saya dh turun 4kg ie dr 57kg kpd 53kg (masa hari pertama puasa).

Saya ingat bila puasa ni lagi la mudah nak turun berat badan sbb kurang mkn kan, tapi jangkaan saya salah. Mmg saya jaga portion etc, tapi dah 4 hari puasa saya baru turun 1kg ie berat hari ini 52kg. Lepas discuss dgn papa, saya rasa sbb sy kurang minum air masak. Masa sblm bulan puasa, sy mmg consume byk air putih. Mgkn ini yang bantu cepat hilang berat badan.

So saya buat konklusi bahawa utk cepat turunkan berat badan, pengambilan air masak sangat penting. Dan dlm bulan ramadhan spttnya kita lagi kena byk minum air putih utk elak dehidrasi (sy sll berbuka sy minum 2 gelas air suam. Lepas terawih 2 gelas n bersahur dua gelas air suam). Tapi mungkin masih tak cukup.

Apapun, kita makan utk sihat, kita jaga pemakanan utk perbaiki kesihatan kita dan keyakinan diri juga. 

Tq husband utk "nasihat2 pedas" sesekali. Kalau tak, saya tak perasan atau ambil ringan.

Suami tanya, berapa berat badan saya target lepas ni... hmmm masih confuse 50kg atau 48kg. Sbb raya nk mkn byk, try turun byk ckit then lepas mkn byk masa raya, semoga berat badan kekal 50kg haha.

Sejak berat badan saya turun sikit, suami pun dah mula catu pemakanan dia. Bila saya senduk nasi utk suami, dia dah nasihat utk letak sikit je masa bersahur mahupun masa berbuka. Suami sy mmg jaga pemakanan sll, cuma skrang lagi dia jaga la. Kalah si isteri. Kdg2 malu dgn dia masa mkn.

Lucu ada kesian pun ada bila papa ckp " saya kena la jaga mkn. Dalam sy diet ni pun badan saya susah turun n naik sll. Awak pula dlm mkn byk gitu pun ok je, naik sikit. Spttnya dgn cara awak mkn dulu, tak tau la apa jadi kalau sy ikut sama."

So berazam utk makan sihat mulai hari ni. InshaAllah (sbb baru ni control portion je, bantai semua lauk lauk juga). 

Jom cuba lebih sihat. :)

Sekian.

P/s : ni suami ajak masuk gym la pula lepas puasa... hmmmm sy xselesa ke gym kalau ramai org, jogging ok kot.


Mrs nizar

#pic throwbacK, beberapa minggu sblm kelahiran ammar... besarnya saya... masa ni papa x pula ckp i gemuk, sll kata "comey je"..... hahaha. Tau tak berani usik....



(oh ya, takut salah faham... suami saya ni mmg jenis kaki sakat yg plg dahsyat di dunia... bukan la jenis serious suka complaint psl orang ie saya la org tu...hati dia sgt baik hihhi.. cuma suka sgt sakat org...pakej sakat dia tu sllnya dtg dgn gelak yang sgt kejam, so agak kerap juga ia berakhir dengan air mata saya. Dan bila dah mula adegan merajuk saya baru la nk buat confession ala ala iium confession tu, dia xpernah maksudkan apa dia kata la etc hehe. Saya tau sbb dgn fmly dia n dgn anak2 pun dia usik. Cuma dia xbuat perangai dgn kwn2 je. Ariana pun nanges bila papa usik "warna" ariana bukan white tp peach atau ckp ariana "color" brown cam papa...haish anak, sabar la kita. Lepas anak dah nanges baru gigih nak peluk balik, tau sedih buat anak nanges). 




Sunday, May 28, 2017

Ramadhan Kareem | Kisah Awal Ramadhan


Alhamdulillah sekali lagi diizinkan Allah utk menerima kunjungan bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kedatangan bulan mulia ini kita sama2 mengejar kesempatan utk beribadah dan mengimarahkan Ramadhan kali ini dengan lebih baik dr sebelumnya.

Bila Ramadhan datang

Ini kisah keluarga saya di awal ramadhan.  Setiap kali kedatangan ramadhan, pasti berniat utk berpuasa penuh, ke masjid bukan shj utk terawih tetapi solat fardhu berjemaah di masjid, mengawal nafsu berbelanja, bertahajjud tanpa gagal dan berkhatam Quran, bersedeqah setiap hari, memberi makan, etc.

Ujian Awal Ramadhan

Pada hari pertama Ramadhan, saya diuji dgn kesihatan yang kurang baik.

Kisah bermula jumaat lepas, adalah antara hari plg sibuk saya. Sangat lesu sampai rasa tak larat nak melangkah.

Tak sempat jumpa anak pun masa lunch seperti biasa, dari pagi smp petang, appoinment dan meeting tanpa henti.

Lepas meeting terakhir di Publika, masih terpaksa masuk ofis jam 6.30pm utk persediaan meeting isnin, awal pagi nnti.

Sempat papa kirim gambar anak2 waktu saya rasa plg lesu. Bertambah sikit semangat.




Balik rumah mmg sgt penat dah. Lepas teman anak2 makan, saya terus mandi bersiap utk solat isyak dan terawih di masjid.

Sejak kecil saya mmg dilatih abah tak pernah tinggal terawih di masjid. Jadi bila dah berkeluarga, saya masih akan ke masjid bersama suami dan anak2 setiap tahun. Seawal anak berusia hampir dua tahun kami akan mula bawa ke masjid. Saya masih ingat, even suami di canada dulu, suami izinkan saya ke masjid bersama anak2. Rasa lain mcm kalau tak berterawih di masjid kecuali kalau ada aral. Wajah kesayangan saya:) 



Balik tu kalau ikutkan dah berdenyut kepala mengantuk + penat. Tp sebab risau tak larat bangun awal utk sahur, gigih masak sahur dulu malam tu selain siapkan supper utk papa ie keropok lekor dan kuih lipat goreng (inti daging). Malam tu papa mkn sepinggan keropok lekor dan kuih. Saya lapar tp cuma makan separuh jd keropok, lesu smp nak kunyah pun tak larat, terus naik atas dan tertidur jam 12 mlm. 

Kesan kepenatan terlampau, saya terlepas sahur... uwaaaaaaa.... papa kata ada kejutkan saya, nampak sy penat kot, papa rehat jap sekali tertido smp dah azan subuh. Maid kami pun sama, tak terjaga.

So hari pertama Ramadhan agak mencabar utk saya. Actually saya ada gastrik dan migraine yang agak teruk.muka tu ok la, awal pagi ke sekolah anak, ambil buku rekod, lepas tu attend prize giving (kakak ipar menang peraduan tp atas nama saya)

Petang dalam pukul 2.30pm sbb dah agak mula sakit kepala, saya masuk dapur awal sikit. Masak lemak cili padi udang dan ayam goreng kunyit.


Dlm pukul 4.30pm, ketika bertadarus, tiba2 saya macam pitam jap. Semua nampak gelap sbb nampak balik. Saya bangun nak solat asar, tiba2 sekali lg macam nak pitam. Leps berjemaah dengan papa, papa minta saya baring je. Masa tu gastrik pun dah makin x ok. Sempat call abah. 

Abah saya pula risau dan cakap tak boleh paksa sbb saya mmg gastrik teruk. Abah risau sbb saya pernah kena mausk wad sebab gastrik. Masa tu saya rasa mcm ok. Dah pukul 6pm pun. Sayang la kan. Abah berkali2 ingatkan pasal rukhsoh. Saya masih ihgat, abah selalu letakkan roti dlm beg saya utk elak perut kosong lama kalau tak sempat makan. Sampai sekarang pun, suami pula sll je letak bekal roti ke biskut utk saya dlm kereta in case tak smpt mkn bila schedule padat sgt.

Dalam 6.30pm, mungkin sebab masuk angin, tiba2 saya sesak nafas dan sakit dada menekan. Dengan sakit kepala + sakit perut yang amat. Mujur maid saya boleh tlg hidangkan hidangan berbuka pd keluarga. Saya ajar satu persatu ie ikan nak letak dlm bekas mana, lauk nk susun kat mana etc. 

Bila azan maghrib berkumandang, saya cuma minum milo dan nekbat yang ma saya kirim. Lepas tu dah x boleh makan, semu mcm nak muntah balik. Rasa nak pitam dan sesak nafas sampai berpeluh2. 

Saya tak dapat pergi terawih, papa tak izin. Masa tu rasa mcm kuat sikit. Malam tu sampai pukul 2am saya tak boleh tidur sbb sesak nafas. Dan mmg tak makan apa2 kecuali agar2 sikit sbb semua makanan dah tak boleh masuk. 

Dalam pukul 10mlm mcm sihat dah sikit, boleh bangun. Cuma tak boleh makan. Cubaan makan tu ada la hehe.

Antara makanan yang smpt saya sediakan sblm xboleh bangun dah hehe.





Dapat terlelap sekejap malam tu buat saya lega sangat. Sian papa duk tunggu saya n ckp dah pukul 2 ni, nanti nak bangun sahur. Saya cuba la berehat seketika. Alhamdulillah, bila bangun utk siapkan sahur jam 4.30 am, saya dah tak sesak nafas. Pening je sikit2.

Bolehlah panaskan lauk ie udang masak lemak smlm, goreng ayam, goreng ikan, rebus telur puyuh + goreng telur mata utk kami bersahur.



Alhamdulillah, akhirnya saya dah boleh makan nasi semula, dan tak muntah :) Lepas bersahur, kita sekeluarga ke masjid utk solat subuh berjemaah.


Hari ini

Alhamdulillah hari ni saya mcm dah pulih. Biasalah diuji sekali sekala. Semoga saya kuat sll.

Hari ni saya masak awal sebab nak hantar lauk ke rumah ma saya. Macam potluck la. Apa agak2 ma masak ye... hihi teruja sll dgn masakan ma.

Sempat saya siapakn tomyam, salad/Kerabu sotong dan ayam masak kicap sbg hidangan dari keluarga saya.



Salad sotong versi bercili dan tak bercili :) yang ni mmg nak kena siapkan awal, then masukkan dalam peti, so nanti baru rasa dia rata dan lebih sedap.



itu sahaja kisah awal ramadhan. Semoga kita terus istiqamah dlm meningkatkan ibadah di bulan ramadhan dan terus istiqamah dlm amalan ini selepas ini. Ameen inshaAllah.

Salam ramadhan.

mrs Nizar




Sunday, May 21, 2017

Kegembiraan mereka adalah kegembiraan saya

Alhamdulillah, sehari dua ni saya sangat gembira... gembira apabila melihat orang disekeliling saya tersenyum dan girang...ini entry tentang staff2 saya.

Alhamdulillah kali ni diberikan rezeki utk bawak kesemua staff2 saya bercuti di Jakarta dan Bandung selama 4 hari tiga malam. InshaAllah mereka akan pulang ke tanah air dgn penerbangan MAS terakhir dr jakarta malam nnti ie 10.30mlm (kalau tak silap, ingat2 lupa hehe). Semoga lancar perjalanan semuanya ameen.

Secara kebetulan rupanya tarikh staff saya bercuti di indonesia kali ni jatuh pada tarikh yang sama kami cuti ie ber Family Day di Penang pada 2016. (Later2 sy buat entry.... byk rupanya entry yang belum di tulis... bukan apa, bila ada waktu lapang saya suka jengah blog ni dan intai blk kenangan lalu. Minggu lepas Allah uji phone corrupt, hilang semua data, contact, email gambar2 ... serius saya menangis dan sgt sugul. Mcm2 tmpt kami pergi semua kata xboleh buat smp la smlm, Allah izinkan satu tmpt dapatkan blk apa yg dh hilang tu. So dr situ byk gambar lama yg sy view blk... mode sayu2 gitu :)

Berbalik cerita Office Trip kali ni ke Jakarta dan indonesia, saya buat keputusan agak last minute utk cancel join staff sy pd trip kali ni. Saya officially inform staff pun sehari sblm bertolak (saya beri courtesy leave dua hari pd staff. Ada 5 staff yg xdpt join sy minta masuk ofis, dan mereka ada dpt cuti dua hari tu slps ini). So tiket,  hotel etc utk fmly sy kira "hangus" la semuanya. 

Hari jumaat smpt saya bergegas ke airport utk say "hi hi bye bye" pd staff2 saya. (Masa saya makan gaji dulu, saya sll terfikir apa tempat kami di hati boss :) Sehinggalah sy ada ditempat sy sekarang, sebenarnya dalam hati setiap majikan, mereka sgt sygkan staff mereka. Staff yang bantu sll mereka setiap hari dlm urusan kerja. Tp kdg2 staff mgkn xsayang pun majikan hahaha... hopefully mereka pun ada la jgk sayang kat sy hihi)

Ni antara kiriman staff saya di sana :)

Gambar dr hotel di jakarta dan bandung, juga beberap tempat lawatan mereka. Hari sabtu di habis kan utk shopping di beberapa tempat utama di bandung manakala ahad hari utk melawat tempat menarik. Hari ni pula mereka pusing2 jakarta.

Rumah Mode ni antara tmpt famous utk shopping2.







Antara pic dr hotel. Gembira tgk senyuman dan keakraban mereka.









Antara tmpt lawatan mereka ...lebih 5 tempat menarik disana dilawati...










Cilok dr insta adik juga ie our account manager :)








Ni masa lunch... percutian ni termasuk tiket flight, hotel dan makan2. Cuma tahun ni kami tak sempat bagi duit poket utk shopping spt tahun2 sll hehe.... inshaAllah nnti kita try reward ie kalau ada rezeki dlm bentuk bonus ke apa ye.



Katanya tiap2 mlm mereka layan pasar malam yg berlainan ie semua tmpt yg famous utk dikunjungi la.


Saya sewa dua coaster ie 16 seater dan 12 seater utk staff. Spttnya utk sy satu MPV, mujur yang ni boleh cancel hehe.



Ni dinner di Kampung Daun, antara restoran plg famous di Bandung krn keunikan masakannya dan plg penting, tempat yang sgt cantik ie ada wakaf dihias indah dlm kwsn air terjun. Dr video di kirim juga ada alunan muzik yg menenangkan spjg dinner :)










Pic kredit google di Restoran ini.



Gembira juga baca kiriman whatsapp dr staff2 di sana :)




Abah selalu berpesan, "sebenarnya kegembiraan memberi adalah lebih terasa dan lebih gembira dr kegembiraan orang yg menerima". Benar kata abah. Saya sgt gembira even saya tiada di sana, semoga mereka juga gembira di sana.

Sekarang semua dlm perjalanan ke kedai/kilang brownies plg famous di indonesia selain shopping di jakarta sblm pulang ke tanah air. Sentiasa berdoa keselamatan mereka semua di sana. Ameen.

Semoga semua lebih bersemangat utk bekerja slps percutian ini. InshaAllah.

Salam.

mrs Nizar