Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 24, 2016

Impian semoga jadi kenyataan- Disneyland

Al-kisah cuti sekolah dah nak mula. Suami duk fikira2 aktiviti utk diluangkan bersama anak2. Irham nak ajak ke legoland. Tp rasa mcm dah bosan sgt ke sana sbb dh beberapa kali masuk ke taman teman dan dua kali bermalam di hotel legoland. Mood utk travel pun xbyk, so utk visit tp yg dh pernah pergi mcm merudum sikit sejak kurang sihat ni.

Tiba2 irham ajak ke Disneyland. Sejak last year irham dan adam ada cakap nak pegi disneyland sbb tgk sepupu dan kawan2 sekolah sll cerita pegi disneyland bila cuti sekolah. Tahu kah anda anak2 dimana tpt itu? Huhu

Fikir punya fikir, alang2 saya pun nak celebrate bday suami saya juga sbb hari tu just buat makan2 sbb saya tak larat nak bercuti.

Tiba2 rasa mcm nak sampaikan hajat anak2 sbb setiap hari mereka nmpk sgt letih dgn rutin mereka. Even muka lesu dan pucat (risau jgk) tapi tak pernah mengeluh dan teruja setiap hari nk ke sekolah. Balik sekolah je semua bau bacing anak2 semerbak dalam kereta :)

Ahad lepas saya inform suami macam nak pegi Disneyland Tokyo. Tp tgk perjalanan flight smp 8 jam, rasa gerun. Tukar plan nk ke hong kong.

So smlm gigih jumpa dgn gyne sy utk dptkan pandangan tentang kesihatab saya.

Alhamdulillah doktor cakap saya dlm keadaan sgt fit utk travel dan baby juga dlm keadaan baik. (Doakan semoga semua baik2 dan lancar sll. Ameen).

Teruja kami tgk baby kecil dr tgh tidur tersembam, tiba2 pandai plk lambai tgn ke monitor masa doktor nak snap gambar. Beberapakali lambai. Papa cakap "galok juga adik ni" hehe.

Dan akhirnya dapatlah surat ni :)


Ini baby kecik kita :)


Doktor ckp travel dgn flight lebih selamat utk baby dr kereta (hrp nya begitulah). Dan abb perjalanan ke hong kong cuma 3 jam 50min, ada sedikit lega di situ (tp sy masih trauma nak naik flight sbnarnya !! gulp)

So akhirnya, hari ni smpt lagi masuk ofis, terus buat operasi membuat persiapan etc.

1) flight

Checked - kami bertolak inshaAllah selasa lewat petang (31 mei) dengan Malaysia Airlines dan balik semula hari jumaat (waaaa lamanya cuti. Selasa mgkn masuk keje dulu. Jaraaaang cuti lama, kalo xsihat pun sy jenguk jgk la kejap2 ofis)

2) hotel 

Checked - kami di hong kong utk tiga malam shj. 

Dua malam kami bermalam di Hotel Disneyland.


Lagi satu malam ie malam sblm balik kuala lumpur, plan utk bermalam di hotel ascot hong kong (sbb kakak pernah duk sini. Pro : dekat dgn victoria habour utk symphony light show malam2. Cons : bilik sgt sgt sempit). Belum buat bayaran masih berfikir2. 

3) disneyland

Motif perjalanan utama. Tiket semua dh beli. InshaAllah pjg umur dan kalau sihat, kami akan ke sana pd 1 Jun nanti, inshaAllah.

Tiba2 sy pun dh teruja nak bercuti. Tp tak boleh lasak dan byk sgt aktiviti kot even doktor kata ok. Doa2 kan semua ok.


Walaupun semua adalah perancangan saat akhir, semoga semua dipermudahkan dan impian anak2 kami menjadi reality. Ameen.

Mrs Nizar

P/s : anak2 sll cerita mimpi mereka pd kami setiap pagi. Minggu lepas irham dan adam mimpi gigi mereka tercabut. Dalam hari yang sama. Cuak la kami dgr (teringat kata2 org tua). Tiba2 hari ni blk sekolah masing2 tunjuk gigi mereka betul2 tercabut. Ye, pd hari yg sama. Sehati sejiwa la. Padan dengan mimpi, serentak tercabut gigi huhu


Thursday, May 5, 2016

Tentang sebuah cinta yang paling dalam

Salam semua. Lama rasanya tak menjengah blog ni. Banyak sangat nak bercerita, tp masalah kesihatan dan masa buat semua perkara terabai. Tentang cuti2 sabah belum habis, ttg kisah pengalaman ATV selama 6 jam di salam hutan, bercuti di janda baik seisi keluarga, tentang hari ulangtahun putera kesayangan kami etc (inshaAllah masa akan mula menulis nanti). 

Hari ini dalam emosi sedikit sayu, ingin saya bercerita panjang tentang sebuah cinta yang sangat hebat. Panjang. Moga sudi membaca dan ada mesej di dalam kisah ini utk kita kongsi bersama.

Saya tak tahu mana nak mula. Sebelum tu saya nak kongsikan berita gembira yang saya terima awal april lalu, saya disahkan mengandung lagi. Rezeki yang tidak disangka pada waktu yang tidak diduga. Trauma dengan beberapa siri keguguran, utk kali ni saya cuba utk kurang aktif dan bercuti seketika dari ke pejabat. Saya kini baru masuk 10minggu kehamilan. Alahan kali ini agak teruk berbanding sebelum ni. Dan kesan dari hormon kehamilan, lahirlah kisah cinta pada malam ini. (Saya mohon doa dari semua utk mendoakan kandungan saya kali ni sihat dan selamat, serta kesihatan saya semakin baik). 

Inilah kisah cinta seorang ibu dan bapa kepada puteri mereka. Semoga Allah curahkan segala cinta dunia kpd mereka sbg balasan cinta yang diberikan kpd puteri mereka.

Kisah saya dari kecil

Saya bukanlah anak yang baik dan mudah dijaga. Walau kini abah dan ma sentiasa cakap saya tak pernah susahkan mereka. Tp bila diingat kembali, Sejak kecik saya banyak menyusahkan ibubapa saya.

Waktu saya sekolah rendah, doktor sahkan saya ada ketumbuhan dikepala. Saya terpaksa ulang alik ke hospital setiap dua mggu bjmpa doktor pakar (dr zarin). Masa tu abah dan ma bagi sepenuh tumpuan pada saya. Sentiasa di sisi setiap kali bawa saya bjmpa doktor. Saya sll sakit kepala. Abah dan ma sentiasa di sisi utk usap kepala saya dan temani saya sehingga tertidur, SETIAP MALAM.

Sehingga satu hari, slps sekian lama, saya diarah utk dipindahkan ke hospital kota bharu.waktu saya dalam darjah 6. Sblm dipindah ke sana, sy sekali lg membuat ujian dgn CT Scan, ajaibnya doktor ckp mgkn result X-Ray dan Ct scan sblm ni silap atau ada miracle, saya dikatakan sihat dan bebas dr apa2 penyakit. Alhamdulillah. Selepas itu tiada lagi episod saya ulang alik ke hospital slps beberapa ujian menunjukkan saya sgt sihat dan normal. Subhanallah.

Lepas tu, saya tahu perangai cerewet saya. Sy bukan sengaja, tp sy mmg susah sgt bab nk makan. Setiap hari ma akan masak apa yang sy inginkan sbb kalau tak nanti ma sy risau sy tak makan. Masa kecik, perkara plg sy "stress" bila ma sy minta sy makan. Sy mmg kurus dari sejak kecik. Kena beli belon la, mainan la, gula2 la, baru saya makan. Sampai nak tercekik rasa sbb paksa diri nak makan. ya Allah, teruknya saya, sabarnya ma dan abah sy.

Bila meningkat remaja, ie sekolah menengah, lagi sy xboleh berenggang dgn ma dan abah. Pergi sekolah nak kenalkan abah dekat kawan2. Semua orang kenal abah saya. Nak keluar dgn kawan2 pun saya ajak abah, ajak ma teman. Pergi library di bandar pun abah tunggu spjg waktu sy study even saya sudah berkumpul dgn kawan2. Saya tak pernah keluar sendiri dengan kawan2. Sabarnya ma dan abah saya. Sebab saya hanya selesa kalau keluar ke mana-mana, ma dan abah saya dekat sll.

Sampai masa saya kena duk di asrama,  Sek menengah sains dungun. Sejam lebih perjalanan dari rumah saya. Pun abah dan ma datang lawat saya, SETIAP HARI. Sebab saya xmampu nk makan tanpa ma dan abah. Lepas kerja lewat ptg terus ma abah bergegas jmpa saya. Lepas dinner, pukul 10mlm baru semua balik ke rumah. Lewat malam baru smp. Hanya utk teman saya makan, teman saya berborak, dengar saya mengadu. YA Allah, kenapa saya begini? Lambat matang. Setiap pagi saya bangun awal sbb nak berebut utk call abah dan ma sblm ke sekolah.

Smp 6 bulan, sakit homesick makin kronik, sy demam panas yang teruk setiap kali abah gagal dtg. Sy merayu pd ma dan abah utk balik belajar disekolah Sultan Sulaiman, dan belajar bersungguh2 even bukan boarding school. 

Ingat lagi abah dan ma sabar je layan kerenah saya, tak nak pegi tuisyen add-math (mujur dpt A1) sbb kelas tuisyen tu bertembung dgn cerita kegemaran sy, superman. Lambat matang, minat kartun smp besar. (Suami ckp dia awal sekolah rendah dah tak heran kartun, duk risau nak kawin n gatal nak mengorat dah. Deng). Berbalik kisah tuisyen, abah pujuk abah akan ambil saya tepat pada waktu kelas habis dan cepat2 blk utk tonton slot kt tv tu. ma sediakan makan n sabar layan kerenah anak dara waktu tu.

Alhamdulillah dptlah jgk 7A (dulu 9 subjek je). Agregat 8. 

Masuk UIA, pun saya masih sll rindukan ma dan abah. Setiap minggu tanpa gagal saya balik kampung. Kalau saya tak dapat balik, WAJIB abah dan ma sy datang. Setiap malam saya bergayut berjam2, dengan siapa? Dengan abah dan ma saya. Sebelum ke UIA, saya dapat masuk matrik kota bharu ambilan Januari, hampir selang sehari abah turun ke kota bharu utk menjenguk saya dan sekadar mendengar celoteh anak dara yang suka bercerita ni.

Saya rasa hidup ni sgt kejam sbb pisahkan saya dan ma dan abah. Ish ish ish. Abah sll gelak dan pujuk sy ckp walau jauh macamana pun, tak pernah sedetik nama saya dan adik beradik sy hilang di hati ma dan abah ( sekarang sy fhm kata2 itu bila saya sndr dikurniakan chaya mata).

Minggu lepas saya berborak dengan pakcik saya, dia terkejut bila saya cakap sehingga saat ini, saya masih lagi telefon ayah dan ma saya sekurang2nya TIGA KALI SEHARI. Tapi sllnya lebih la. dan saya boleh bercerita semuanya dengan ma dan abah, berkongsi gembira saya dan sedih sy selain dengan suami tercinta dan anak2 tersayang.

Sehingga hari ini, saya masih peluk cium 
ma dan abah pada bila2 masa saya rindu dan bila masa abah dan ma ada dengan saya. Saya masih selesa tidur diriba ma saya, diusap ubun2 oleh abah, dan saya tidak segan utk nyatakan betapa sayang dan rindu saya pd ma dan abah. Saya tak malu utk terus call ma dan abah, menangis ckp sy rindu andai termenonton cerita psl ayah ibu etc. malam2 pun saya sangat selesa bercerita dgn ma saya di atas katil sambil peluk ibu kesayangan saya. (Itulah juga aktiviti wajib saya dan anak2. Setiap masa mereka akan minta utk dipeluk dan dicium. Diusap dan dibelai. Balik sekolah, setiap hari mereka akan ckp "rindu la mama masa kat sekolah td".)

Besar pengorbanan ma dan abah utk besarkan saya dan adik beradik. Sejak kecil, tak pernah jemu bagi perhatian pada saya. Saya tak pernah rasa jauh dari ibubapa saya walau kdg2 jarak memisahkan kami.

Dengan tak malu juga saya katakan, saya juga byk hutang kewangan dengan ma dan abah. Sejak mula bekerja sndr. Saya dh pernah bayar. Lepas tu sy dianiya org, kawan bawak lari duit, masalah timbul di ofis etc. saya menangis dan terduduk.

Ma dan abah bergegas dtg dr terengganu utk bersama sy. Ma menangis sambil usap dahi sy minta sy tabah. Sayu tgk ma abah solat ditengah malam mendoakan kesejahteraan sy. Doa abah dan ma bukan bala bencana pd mereka yg aniaya saya, tp semoga mereka bahagia dan tiada lagi org yang "sakit hati dan akal" utk menganiaya saya.  

Ma dan abah terus hulurkan sokongan kewangan pada sy ( ma saya ni pantang ckit buat loan dgn bank sbb ada interest). Alhamdulillah bulan ni, baru saya dpt selesaikan hutang pd ibubapa saya ie bukan kecil jumlahnya ie lebih RM4XX k. 
Teruk kan saya. Syukur ada jalan segera utk selesaikan. Ibubapa kita pasti akan berkorban apa shj itu anak2 mereka. (Syukur sbb selain hutang dgn fmly, sy xbyk hutang lain dan semua selesai. Juga selesaikan hutang suami juga spjg tempoh dlm perkhidmatan dulu. Niat sy utk segera bayar balance hutang kereta suami dan kami mulakan hidup tanpa hutang :) satu persatu sy akan langsaikan. Alhamdulillah dipermudahkan jalan. oh ye, rumah masih berhutang sbb xmampu langsai semua. Tp ada perancangan ke arah tu inshaAllah. Saya nk segera selesai sbb kerja mcm saya ni harus segera bebas hutang. (Suami ada ckp tak nak upgrade apa2 ke ie umah ke sbb nak bebas hutang kan? Haha inshaAllah nnti kita usaha juga).

Semua ini berkat doa ibubapa, rezeki dtg tak putus. Juga krn restu dari suami yang  tercinta. Bagi saya, hidup ini tiada makna dan keberkatan tanpa kedua2 ni. Selalu org cakap, "awk ni ada luck" dan seangkatannya. Dalam hati sy terus ucap, alhamdulillah tp bg sy semua ni atas sebab dia restu dan kasih syg dr suami dan ma abah sy. Usaha saya apalah sgt. Saya bukan org hebat dan sgt berilmu apatah lg pengalaman. Peluang dtg bagi saya semua dgn izin Allah atas restu tiga insan istimewa ini.

Yang menarik hati saya utk bertulis kisah yg panjang intorduction ni, adalah tentang smlm.

Ma dan abah dr sejak kecil tak pernah gagal utk penuhi permintaan kami. Ada selalu utk kami. Semalam saya borak2 dengan ma. Saya cakap saya rindu ma saya dan teringin sgt ikan masak singgang pedas. Tp sy xsekerap dulu ke dapur sbb kurang sihat. Tak tahan semua bau.

Dah malam hari saya berborak, tiba2 abah segera belikan bahan dan ma masakkan utk saya. Saya tahu dr abah bahawa abah dan ma nak datang hantar makanan utk saya bila abah call sy jam 9.45 malam. Masakan belum siap. Ma bukan shj masak ikan singgang pedas, malah ma buat ikan merah masak mati air dan mee kari utk saya. Menangis saya sebab rasabersalah. Saya cakap saya akan segera ke rumah ma dan abah di bangi (abah dan ma saya sudah menetap di bangi sekarang). Saya tak nak susahkan abah. Saya nak datang mabik sendiri masakan air tangan ma. 

Tp Abah berkeras minta sy rehat. Kata2 plg menyentuh hati "abah nak dtg jmpa anak abah. Kalau org dtg rumah kita, besar rahmat. Apalagi mak ayah. Abah harap ada rahmat besar bersama malam ni, mana tau rahmat tu jadikan aimi sihat dan happy sll". MasyaAllah, menangis sy dengar. Teresak-esak. Rasa bersalah menggunung. Say selalu menjaga kata2 sy sbb sy tau abah dan ma pasti akan tunaikan, sebab tak nak susahkan sy jarang luahkan keinginan sy. Minggu lepas pun ma abah bergegas dtg rumah sy sebab bila call sy tengah baring xsihat. Sy ni cepat nanges bila dengar suara ma. Kesian ma abah terus dtg pujuk n teman sy tidur. (Patut la anak2 pun perangai cmni, menurun perangai mak dia la ni. Mujur ada suami yang faham dan pandai pujuk isteri juga).

Jam 11 malam abah dan ma smp. Tersentuh hati saya. Datang sejauh ini utk hantar makanan dan melayan selera mengidam saya. Pukul 12.00 malam abah bgegas blk sebab kakak sy n fmly ada dirumah abah utk bermalam di sana.

Inilah makanan hasil cinta air tangan ibu. 




Nikmat apa lagi harus saya dustakan? Semoga diAmpun dosa2 saya yang kadang2 bagai org yang tidak tahu bersyukur.

Ibu saya berusia 61tahun. Di balik redup senyum manis ibu, tiada siapa tahu ma saya sll juga melawan masalah kesihatan.



Tiada apa yang saya harapkan sekarang agar saya dan adik beradik saya menjadi anak2 penyejuk mata dan penawar hati ibubapa saya. Kami akan sedaya upaya menggembirakan ma dan abah. Tak akan terbalas segala kebaikan dan kasih sayang itu. Saya selalu berdoa ma dan abah diberi kesihatan yang baik, sentiasa dalam rahmat Allah, diberikan pengakhiran kehidupan yang terbaik dan dijauhkan segala ujian dunia yang menyesakkan dan diberi segala kesenangan dunia dan akhirat yang tidak dapat digambarkan. Ameen.

Kalau ditanya, sehingga akhirnya, saya sanggup melepaskan apa jua yang sy miliki sekarang hanya utk membalas jasa ma dan abah, menggembirakan mereka dan... Andai nyawa saya harus dipertaruhkan, tiada apa yang sy tahan dan sy akan lepaskan semuanya. Itulah tanda kasih sy pd ma dan abah. InshaAllah.

Semoga kami dijauhkan dr ujian2 hebat yang tak mampu kami tanggung.

Setiap kali saya "rebah", saya pasti bangkit segera kerana ada mereka yang sll ckp "aimi dilahirkan utk terus berjaya. Ameen. Tiada hijab utk doa ma dan abah pd anaknya. InshaAllah".

Bertuah kami adik beradik dipinjamkan ibubapa yang sangat memahami, tak lokek kasih sayang, sangat berilmu dan pandai memberikan kami kekuatan sll. Setiap kejayaan dan kegembiraan seorang anak pasti ada ibubapa yang hebat yang sll mendoakan mereka.

Keyakinan saya pasti meningkat dengan tiba2 setiap kali mendengar tiap bait kata2 dan doa abah dan ma utk sy.

Sekian, coretan penuh emosi. Doakan kesejahteraan kami sll. Ameen ameen ameen.

Sedikit kisah utk perkongsian. Tersentuh hati membaca kisah di bawah ini. Kasih ibu hny boleh kita faham slps kita sndr bergelar seorg ibu/ayah.




Mrs Nizar.
Forever daughter to my beloved parents, ini janji Allah dan hukum alam.