Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, November 27, 2015

I need a break

Seminggu dua ni sy agak sibuk sikit dan jadual agak padat. Selain pd kepenatan fizikal, sy juga agak letih sbb byk sgt benda nk kena fikir dan buat keputusan, melibatkan byk keputusan besar2.

Rasa hidup sy sgt la repeat rutin yg sama ulang2 ie pegi keje, sgt sibuk, balik rumah cepat2 dgn urusan kerja rumah, ulang alik hospital utk beberapa weekend  buat sy rasa agak letih. Balik keje mmg sll dh penat.  Even penat, sy masih melakukan rutin n abaikan kesihatan diri n sll ckp "sy ok" n perasan diri kuat sll. Dan memang jujurnya saya rasa ok je n normal la dtg rasa penat kan.  Rabu sy plg letih rasa cm xmampu jalan, even suap nk mkn rasa semput.

Hari khamis sy masih lakukan rutin sll n lagi besar benda nk kena fikir etc masa tu. smp ptg tu sy rasa cm nk pitam dah. Suami ajak blk awal ie 4.30ptg. Masa ni badan dh menggigil, semput etc semua ada. Teringat yg sy ada anemia. So blk terus makan byk2 n amik jgk iberet folic acid. Pastu sy baring n tidur je. Suami sy kata tekanan darah sy sgt rendah. Ada sekali smp 71/53 bacaannya. Mula tu plan nk ke hospital, tp sy sgt xlarat n minta utk tidur je. Average tekanan darah lepas tu dlm 90/60. Sy tidur dan berehat secukupnya. Jumaat plan asal mmg nk cuti, tp lepas satu2 sy attend meeting kat luar. Yg terakhir sy jenguk pelancaran pameran projek pr1ma di PWTC. Slps perasmian oleh PM, sy minta diri utk pulang.


Dlm keadaan xberapa sihat sgt, kami terus ke KLCC. Suami sy ckp kalau sy xsihat, dia kena bawak sy bercuti atau bergembira dgn anak2, inshaAllah sy akan sihat. Suami kata sy keje tlalu kuat lately so kena rehat ie kembali pd keadaan normal sy ie jalan2 n main2 dgn anak2. Eh betullah, awk pandai sungguh. Alhamdulillah slps tu sy lebih bertenaga dan sihat. Sy ni mmg xleh fokus n ulang rutin yg serius lama sgt ie dua minggu je pun sbb wkend lepas kami dekat hospital. So xde break lepas keje seminggu, wkend pun kelam kabut sbb adam kt hospital pastu sambung keje dgn schedule yg padat lg seminggu.

Apa aktiviti? Smp klcc kami solat + salin anak2. Lepas tu papa cepat2 pegi beli tiket movie. Masa tu baru pukul 7.30mlm. Kami plan nk dinner n shopping dulu sblm tgk movie.

Kami ke toys r us sbb papa ada janji sgn anak2 beli hadiah utk anak2. Bila tgk anak2 terjerit happy, tiba2 cm ada kuasa buat sy pun happy kuat n gagah perkasa. Hehe



Yg xleh tahan tu, papa belikan nerf baru utk ariana. Abg2 mmg dh byk nerf, n ariana pun ada satu. Ni kes bkn anak yg nak, papa yg berkenan nerf utk girl. Untungla anak2 sbb sll papa yg teruja nk beli mainan sll haish hehe



Lepas tu kami dinner bersama. Fine dining di level 4 klcc, charki palace. Makanan kat sini mmg xpernah mengecewakan bab kesedapannya. 





Kami amik nasi goreng ikan masin, sotong telur masin, tom yam king prawn merah dan semangkuk lg king prawn tomyam putih (semangkuk sgt kecil mmg xcukup). Makan kat sini tersangatlah sedap. Kata papa, kdg2 sengaja dtg sini pun sbb nk hirup tomyam putihnya yg sgt sedap itu :)




Lepas mkn, kami menuju cinema utk menonton The Good Dinosour. Mmg sgt best cerita ni. Sgt lucu tp dlm masa yg sama sgt menyentuh hati. Sll je nk nanges even tgk kartun ish ish ish. Adam pun ckp sedih. Byk pengajaran dlm cite ni. 
1) tentang kasih syg keluarga
2) tentang persahabatan
3) plg penting, ingat tiap org ada perasaan takut dlm diri, tp kita kena berusaha melawan perasaan tu. hny dgn melawan rasa takut kita boleh survive dlm apa jua keputusan dlm hidup ni :)




Balik rumah dh 11.30mlm, smpt lagi fmly sy main perang2 di tgh malam.. Nerf war...



Mentang2 cuti sekolah baru mula (lewat seminggu dr sekolah lain), anak2 request nk tido lmbt. Pukul 1.30am baru suma "bersurai" dan masuk tido.

Sabtu pagi, masih episod rehat2. Bermalasan dirumah smp pukul 12 sblm pegi program berjumpa guru2 kpd anak2 sy utk ambil buku rekod. Alhamdulillah semua memuaskan hati kami. Pic anak2 sementara tunggu mama dan papa :)



Lepas tu kami plan nk picnic di port dickson, sekali rasa xlarat. Kami berehat je di Bangi. Lepas maghrib, teringin nk mkn seafood sedap. Kami menuju cyberjaya utk dinner di Kayu Manis yg famous dgn ketam nipah yg besar2 dan gemuk. Sekali mlm ni ketam nipah habis, kami ganti dgn soft shell crab je. Lately ncm hari2 atau selang sehari nk mkn seafood especially ketam, xelok utk kesihatan nk ish ish..

Tgk tu kalo ada lala, berebut mkn tiga beradik.






Keesokannya ahad, bangun awal pagi ie 5am, pas solat etc terus buat laundry etc n bersiap nk keluar jalan2. Kami pegi breakfast di genting highlands. Kebetulan smlm suhu agak rendah, kabus tebal dan angin yg kuat, mmg sgt sejuk. Pic jalan2 di sana :)








Smlm kami perasan langit sgt cantik malah kami boleh nmpk klcc dr puncak genting. 



Lepas tu kami bertolak menuju Bukit Fraser plk. Cantik sungguh pemandangan spjg perjalanan kami. 



Kami ke bukit fraser utk lunch dan jalan2 menikmati keindahan alam sambil merehatkan badan dan minda. Kami solat jamak dan salin anak2 sblm bertolak turun sbb hujan dtg plk, xsmot nak menunggang kuda :)










Smp kat rumah dan pukul 6pm. Alhamdulillah badan sy rasa lebih sihat dan sy happy sgt. Spjg hari hirup udara segar, layan kesegaran udara yg sejuk, buat sy rasa sgt relaks. 

Smp umah sy Terus masuk dapur masak dinner simple2 ie daging black pepper ayam goreng dan telur utk fmly. Buat laundry lagi ie basuh baju, jemur baju n lipat baju  siang td. Mop lantai seluruh rumah, vacuum karpet n kemas rumah. Alhamdulillah lega. Suami sy senyum2 ckp, "dh sihat dh isteri sy, rupanya kena bawak jalan sll, xleh keje je hehe"... 

Sbnarnya sabtu dan ahad baru ni sy kena ke PwTC, ada urusan di sana, tp semua sy batalkan sbb suami ckp sy perlu rehat. Ye kdg2 kita rasa kita ok je, lepas keje, malam2 dah rehat n dh main dgn anak2. Tp mgkn sbb dh sll wkend sy pegi jalan2, bila sekali x pegi n dgn sarat perkara dlm kepala, badan jadi lemau. So sy mmg jenis kena dptkan rehat. Bila rehat n jalan2, kepala jd ringan n tlupa jap semua hihi. Jadilah isnin sy sll isnin yg penuh semangat.:)

So malam ni, cm biasa aktiviti tidurkan ariana. Kena main cm masuk "khemah" la, menyorok dlm selimut, bisik2 sbb takut ada penjahat (mana ntah dtg idea budak kecik ni sula sgt main gitu). Xlama lepas tu, sah sah terus tertido puteri kesygan ni.:)




Sekian. Semoga pjg umur, dapat jmpa dgn hari isnin. Xsabar tunggu isnin. Fizikal mental dh ready ni. Yeayyyyyy.....

Mrs Nizar



















Thursday, November 19, 2015

Tentang anak2 | Happy Sedih Happy | Ini Dunia Saya

Hari ni byk pulak masa lapang. Smpt buat entry kedua :p dua entry satu hari?waaa kagum plk sy hehe. Kebetulan saya bercuti hari ni dan anak2 tgh tido, sbb anak sy adam tak sihat. Demam panas. Mungkin sbb dh sll busy sana sini, salah satu hikmah ujian anak tak sihat ni utk bg mak dan ayahnya turut berehat. 

Sebelum cerita pasal kesedihan sbb adam tiba2 demam, nk recall cerita ttg anak2 yg happy sehari dua lepas.

Semalam sekolah (tadika) anak sy ada buat jamuan akhir tahun ie mereka pggl annual school party. So anak2 request la nk pakai costume superhero.

Sehari sblm tu smpt bawak anak2 pegi salon dulu nk gunting rambut kasi kemas sikit hehe. Dh panjang suma 








Wajah riang ria anak2 bila balik sekolah :)



Rabu petang plk gigih la sy celah masa lunch pegi kedai costume utk sewakan pd anak2. Tp kebanyakan costume dh habis sbb musim suma ada school party kan. Lagipun nmpk costume utk disewa cm xberapa bersih jgk. So kami decided nk beli je. Lgpun dh lama anak2 nk costume.

Lepas keje, kami bergegas ke alpha angle, tp costume dicari tidak ditemui. Saya call adik sy, so dia suggest ke E Curve. Adik sy penah beli pd anak dia, yusuf. Smp kat E curve, kami terus solat maghrib sblm menapak ke kedai costume, malangnya kedai dicari tutup la pula.  Pic sementara menunggu papa dan anak teruna dua org solat di surau :)





Sbb kelaparan, kami dinner dulu kt the Curve. Irham dh stat sedih sbb dgr sy borak dgn suami, kalo xjmpa jgk kami akan ke mothercare je, ada baju batman yg cantik, tp baju biasa la. Bukan costume.

Sbb xnak patahkan hati anak, kami pusing ikano plk. Tetiba teringat kat toys r us ada jual costume. Apalagi, terus kami masuk sana. Alhamdulillah ada costume even niat asal anak sy nk costume avengers. Yg ada cuma ironman. Malam tu, semua org happy :) xsabar tungu pagi :) snip snap pic malam dan pagi sblm pegi sekolah







Namun begitu kisah sedih bermula bila anak2 blk sekolah slps school party. Tiba2 adam ckp mcm xberapa sihat. Ptg tu adam tiba2 demam panas. Jenuh kami bg ubat syrup, ubat punggung + lap badan dgn air, tp suhu masih jgk xturun2. Pukul 3am, adam terjaga n menangis ckp sakit perut. Kami bergegas ke emergency pcmc. Smp di hospital, doc buat ujian darah smp 4 botol, urine test, n xray. Lepas tu doktor minta utk tahan adam di wad utk monitor sbb bacaan darah putih adam agak tinggi. Doktor kata sllnya kalo ada jangkitan bakteria, sel darah putih akan meningkat.

Spjg sy kt emergency, irham + ariana tido dlm kereta dgn suami sy. Pukul 6am baru dpt bilik. Smp di bilik, suhu adam masih tinggi. Doktor minta utk buat ultrasound n x-ray dada jgk sbb td cuma buat xray perut kan. Kami request utk cek dada sbb adam mcm nk mula batuk sejak smlm. Mcm bru nk mula, ie sesekali bunyi batuk bila awal pagi.

Doktor mulakan drip + antibiotik utk adam sbb doktor suspect ada mgkn berjangkit viral fever. Tp doktor katanya nk monitor closely dr semua aspek. 

Kami dh dpt result x-ray perut n ultrasound. Alhamdulillah bahagian perut n usus nmpk normal. X-ray dada mgkn dh keluar result, tp belum dpt feed back doktor. Moga semuanya ok sbb hari ni adam dh xkedengaran batuk.

Sgt susah hati takut ada apa2 yg mengejutkan kami. Nauzubillah. Tp doktor suspect viral fever la.

Doakan adam hariez kesayangan kami cepat pulih spt biasa. Ameen.

adam dh nmpk ceria ckit. Sbb suhu badan susah nk turun, doc bg dua dos sekaligus ubat punggung sblm adam nmpk ceria dan berselera sikit nk mkn. Lepas suhu dh kembali normal tghari td, adam mula hepi nk bercerita, minta nasi, nk mkn keropok etc. happy tgk adam senyum ketawa n mula buat lawak lg :):) 

Ni pic adam ptg ni. Adam dan teman sejak lahir adam. Kawan gaduh kawan main dan kwn bercerita adam sentiasa temani adam, iaitu abg irham :) semoga adam terus ceria sll n pulih sepenuhnya.



Ni pic anak dara yg manja yg duk berlingkar dgn papa smp tertido.





Inilah wajah kesayangan sy , dunia kecil saya. Semoga anak2 sy diberi kesihatan yg baik sll. Ameen :)






Sekian.

P/s : rekod seminggu adam dan irham solat 5 waktu. Alhamdulillah. Semoga istiqamah utk sebulan,40 hari, setahun dan sehingga akhir hayat. Ameen

Pic adam solat sambil duduk slps diajar disebabkan drip n terpaksa duduk di atas katil. Tiada yg lebih mahal harganya dr mendapat anak yg soleh dan solehah. Semoga dimakbulkan permintaan kami. Ameen




Pss : smlm suh irham buat latihan bina ayat ringkas dr gambar dilukis.

1) Abaikan lukisan buruk mama. 
2) abaikan tulisan besar2 irham. Tanda protest kot sbb sejam dh kena buat latihan hehe.

Punya la "menurun" perangai nk ngelat mama, dia punya ayat pertama tu saja dikaitkan dgn gambar kedua juga. Lepas tu irham ckp "mama, boleh tak gambar kedua tu pakai ayat sama je. Kan ada juga perkataan kerusi tu. yg payung pun irham tulis jgk pasal kerusi"... Bijak bijak... Tp mama ckp "tak boleh, kena buat dua jgk ayat lain2" huhu







Mrs Nizar