Dah lama nak menulis tapi sll tertangguh2. Ada dua perkara yg sy nk tulis tp lama tertangguh. Satu tentang misteri rezeki dan keberkatannya (inshaAllah sy tulis hari ini) dan kedua, nasihat ayah sy yg merubah byk perkara dlm hidup sy iaitu tentang sabar (sy akan tulis kemudian).
Sy berani menulis sbb teringat pesan abah, walaupun kita bukanlan ilmuan apatah lg ulama dan ustaz, andai ada apa2 ilmu yg berguna sampai pada kita, jangan segan utk dikongsikan. Jangan malu utk berbuat kebaikan.
Sy harap penulisan sy diterima secara positif dan tidak dipandang serong. Persepsi pembacaan kita adalah cermin "warna" hati kita.
Makan gaji
Sy cuba ringkaskan penulisan (masa agak limited).
Sll dengar x ayat "aku keje kuat ke biasa2 ke, gaji aku mcmtu jgk. Sbb makan gaji je".
"Buat je keje kita, kalo kita rajin2 pun sama je bayaran dpt"
Pernah dgr ustaz don punya ceramah x ckp, kalo kita gaji rm2000 tp bersungguh2 mcm org gaji rm5000, even dibayar rm2000, tp kita terasa tenang, mewah etc spt bergaji rm5000.
Rezeki itu bkn dr wang ringgit yg jelas nampak dimata shj. Mgkn ada org belanja mkn sedap2, dh xperlu keluarkan duit utk mkn hari tu.
Anak2 dan diri sndr sihat sll, xperlu rasa rungsing dihati. Rasa tenang tgk semua ceria. Malah duit utk perubatan juga jimat. Tp andai ditimpa musibah kesihatan, jgn terus rasa diri ini org2 yg memdapat pembalasan etc terus sbb kita kena sentiasa bersangka baik pada Allah. Mungkin Allah terlalu rindu nak dgr rintihan dan doa dr kita yg sgt dirindu oleh Tuan Yang Maha Pengasih.
Ada yg sll ckp bykkan bersedeqah, inshaAllah hati tenang, lapang kesan kegembiraan membantu. Malah dijanjikan rezeki berlipat ganda. Tp yg mkn gaji mgkn terasa "byk mana aku bersedeqah pun, rezeki gaji aku byk tu juga".
Sy menulis utk peringatan bersama, rezeki dan keberkatan Allah dtg dlm keadaan penuh misteri. Maafkan sy kalo cara penyampaian sy tidak kena, atau cth diberikan tidak menyenangkan, tp sy terkesan dgn apa yg sy nampak, yg sy anggap "hikmah dan peringatan" dr Allah pd sy.
Kerajaan sll sebut dan uar uar kan bahawa mereka bergaji bawah rm5000 adalah golongan yg miskin.miskin atau kaya berbeza bagi tiap persepsi manusia.
Sy nk bg cth tentang mereka yg gaji mgkn biasa je, tp dari mata kasar kita mereka nampak "Ok". Seharusnya org yg rapat dgn sy.
Pertama, sy ambil iktibar dr adik lelaki sy. Juga merupakan office manager sy. Buat masa ni sy mampu bayar gaji pd adik sy mengikut rate gaji biasa shj. Cuma rm6000. Sbb bkn hny sy sndr yg tetapkan urusan gaji etc. Tp adik sy bekerja sgt kuat. Penuh dedikasi. Dialah Tulang belakang sy. Segala yg sy harapkan dilakukan dgn sungguh cemerlang. Siang malam tak kira masa, dia bantu sy dgn bersungguh2. Smp xde job scope, dr menyelesaikan segala urusan pentadbiran, perancangan kewangan dan segala2 urusan di ofis di dalam tangan dia.
Utk gaji yg diterima, dia mgkn xmampu utk hidup agak mewah di bandaraya. Isteri tidak bekerja dan punya dua anak kecil, ie dua tahun 8 bulan dan baby berusia 5 bulan (sblm ni adik dan adik ipar sy bekerja bersama di HP cyberjaya. Sy minta tlg mereka berhenti utk tlg sy. Slps melahirkan anak, adik ipar buat keputusan utk berhenti kerja dan fokus jaga fmly). Bukan tu je, dia sgt ringan tulang. Dua2 anak dia yg mandi n siapkan segala kelengkapan sblm keje. Dia masak nasi even satu je lauk (terikut nasihat ma kami utk berusaha beri anak2 mkn air tgn sndr) sbb nnti wife boleh fokus jaga baby.urusan rumah byk yg dia dh selesaikan sblm masuk ofis. Laundry smpt dia selesaikan. Dia mmg superdad.
Tp mgkn berkat dia keje lebih dr apa dibayar, dia boleh hidup dgn kelangsungan hidup yg agak baik. Punya dua rumah. Satu rumah dibeli dan disewakan (dpt keuntungan dr penyewaan) masa beli cuma rm350k, sekarang ada yg nk beli dgn harga rm700k. Dlm berkira2 nk jual ke tak. Malah tahun ni, diberi rezeki utk membeli rumah baru utk mereka sekeluarga di cyberjaya berharga RM1.1M tp dpt rebet promosi jd rm900k. Macamana loan lulus dan dia bayar bulan2 hasil duit sewa rumah terdahulu etc. rezeki ada datang sll pd dia. Penyewa rumah plk sgt baik dan pembersih. Itu punca rezeki tambahan jgk (nota selingan. Kalo nk buat investment, beli la rumah di cyberjaya, harga mgkn mahal ckit tp pulangan sewa sgt tinggi. Ada tpt jauh lebih tinggi dr sewa di tgh ibukota).
Kereta pula sblm pakai honda civic baru. Rezeki dtg dgn misteri. Lama dia nk kereta agak selesa utk travel. Allah lalukan rezeki tu bila sy beli kereta baru, Allah gerakkan hati utk jual kereta CX9 sy pd adik sy dgn harga "kasih syg adik dan org kuat ofis". Mmg mampu milik la :) Alhamdulillah adik sy sgt gembira. Sy sll ckp pd suami sy, adik sy bukan org senang, tp sy lega, dia boleh hidup spt org lain juga even dia sorg je bekerja utk menampung fmly.
Ni anak kedua adik lelaki sy :)
Cth kedua yg makan gaji yg sy nmpk juga adalah adik sy, adik perempuan. Dia seorg yg sgt suka belanja org mkn. Belanja kami tiap kali dpt gaji, beli breakfast utk abg (adik sy) dan beli kuih utk staff. Gaji dia xbesar sbb ni tahun pertama dia kerja dgn sy. Sy bayar cuma rm3000 shj sbg account executive sy (firm kecik kan, inshaAllah ada rezeki lebih nnti kita kongsi bersama). Dia juga pantang tgk org minta sedeqah (bila bersama sy, n dia wajib sedeqah.setiap masa).
Dia sgt rajin juga bekerja. Sll stayback. Smp kadang2 weekend buat keje etc. sy pun kesian n cuba bantu jgk la. Sy tahu xbyk sy bayar, tp sbb baru thn pertama kerja kan, nnti apa kata staff lain kalo cepat sgt naik gaji huhu.
Tp ajaibnya, dgn hanya gaji rm3000, adik sudah membeli dua buah rumah. Kebetulan ofis sy dpt satu projek pembangunan, dan staff diberi harga sgt murah berbanding market dimana sy kena bersetuju utk menerima fees yg lebih rendah (benefit utk staff ofis sy, inshaAllah ada ganjaran lain utk kami nnti). Harga asal rumah rm250k, utk staff dpt rm177. Apartment dgn kondo facilities di cyberjaya.
Adik pun teringin nk beli kereta sndr. Impian tercapai bila si abg membeli kereta sy, so adik sy (si abg) td jualkan kereta honda civic yg masih baru pd adik perempuan sy dgn harga sgt murah. Ini dikatakan misteri rezeki. Alhamdulillah. Sy gembira dan sgt ambil iktibar atas apa yg sy nmpk. Utk yg diluar sana yg rasa gaji tetap tu akan kekal tetap, buka hati utk percaya pd misteri rezeki Allah.
Misteri Rezeki Allah
Sy mendapat term "misteri rezeki Allah" adalah dr suami sy. Ye, sgt misteri bila sebut psl rezeki. Saat kami berjauhan, suami sy tak betah tinggalkan keluarga kerana kata suami, tanggungjawab dia adalah mendidik dan melindungi kami. Bila kerja jauh2, suami bagai melepaskan semua tanggungjawab seketika pd sy dan dia hanya fokus pd mencari duit.
Lepas kami berbincang, mmg berat keputusan utk suami berhenti mengejut. Sy agak terkejut ketika suami suarakan hasrat utk berhenti kerja walhal pd waktu itu suami langsung tidak menghantar resume ke mana2 syarikat lg utk mencari pekerjaan baru. Walaupun agak gentar, tp suami sgt nekad dan katanya xmampu utk dianjak lg keputusan itu. Keluarga adalah keutamaan suami waktu tu. bagaimana sy tidak menghargai suami yg sanggup bekorban begini. Tinggalkan pendapatan suami yg bukan sedikit pd waktu tu. seorg senior engineer di syarikat petroleum yg bertugas diluar negara.
sejak awal perkahwinan, suami dh kenal diri sy yg tidak berkira sgt psl kewangan. Sy hanya ingin org yg memahami dan melindungi kami di sisi. Kami dh siapkan fizikal dan mental utk "downgred" hidup.
Slps sebulan suami berhenti kerja, suami nmpk sndr macamana sy bekerja, jaga fmly ie masak suap anak n bgn awal pagi, lepas tu sibuk hantar anak ke sekolah, n meeting yg berterusan setiap hari. Dia mula ckp sgt kesian tgk sy. Dia mcm terkejut mcmana sy handle schedule sy sndr sblm ni. Dan suami akhirnya ambil keputusan drastik utk membantu sy sepenuhnya. Tinggalkan dunia kejuruteraan buat sementara waktu (atau mgkn selamanya).
Dr mata kasar akan nmpk keadaan kewangan kami akan lebih meruncing. Hilang lima angka pendapatan dgn tiba2. Tp kami sabar sbb kami tahu, apa keutamaan kami. Kami nk masa bersama. Kami nk berasa susah senang bersama. Kami nak didik anak2 kami bersama2 sll. Kami tahu apa yg kami inginkan. Kami pekakkan telinga dgn segala sindiran. Kami xsalahkan org lain sbb kami tahu mereka xpernah merasa berada di tempat kami.
Alhamdulillah, jalan yg kami pilih nampak ada sinarnya. Rezeki bertambah tanpa dijangka dan lebih byk dr apa yg kami tinggalkan (suami berhenti kerja). Bila bekerja bersama, hati tenang, kami byk berbincang dan merancang bersama2, anak2 setiap masa dgn kami, solat berjemaah lebih mudah bila sll bersama, kami saling tahu tahap penat n emosi pasangan utk lebih bertolak ansur sbb kami bersama spjg hari etc (kita akan nampak yg positif kalo kita mmg nak ambil yg positif).
Dan suami berkata, rezeki ni misteri. Lepas sy lepaskan satu rezeki, Allah buka pintu rezeki lain yg lebih luas. Mgkn kalau ikut rasa takut dan xberhenti dulu, rezeki kami mgkn masih pd takuk dulu. Dgn bantuan suami, bisnes sy berkembanv semakin baik. Pesan suami, yg penting kita xlalai dan tetapkan niat asal kita, bekerja bersama utk mendapat keredhaanNya dlm mendidik anak2 sndr dan sentiasa berada bersama. Malah ia juga dpt mengurangkan fitnah bila kami berjauhan dulu.
Saya cakap pd suami, tanpa dia, sy xakan mampu bergerak lebih jauh dr sekarang. Sokongan diberi sungguh luarbiasa. Even kami xpunya maid (tgh tunggu dr agen dlm sebulan setengah lagi), rumah sy kemas sbb suami sy ringan tulang orgnya. Kami uruskan rumahtangga bersama2. Sy ckp pd suami, berkat kesabaran suami, pegorbanan dan keredhaan dia pd kami sll, mgkn kami diberi sedikit rezeki tambahan. Sbb waktu suami berhenti kerja, dia memberi sepenuh keyakinan pd pencipta kami, akan ada rezeki kami nanti krn niat suami sy berhenti dulu sgt tulus. InshaAllah.
Alhamdulillah.
Percaya pd misteri rezeki. Rezeki bukan hanya dgn berapa kiraan wang kita pada setiap bulan. Ia sgt luas. Sgt luas. Setinasa bersangka baik pd Allah. Sbb kalo kita rasa sgt syg pd anak2 kita bagai tiada siapa dpt lawan rasa syg itu krn nilai syg dan cinta seorg ibu itu terlalu agung,kalo kita sgt cintakan suami kita bagai tidak mampu berjauhan dr dia, kalo kita rasa kita terlalu kasih isteri kita bagai rela korbankan segalanya utk dia, INGATLAH betapa tinggi kasihnya Allah swt pd kita kerana kasih syg Allah adalah yg paling agung dan tiada pengakhiran. Bersangka baik pd Dia yg paling kasihkan kita.
Semoga mesej yg ingin disampaikan tercapai maksud, dan utk ingatan pd sy juga. InshaAllah
Salam.
mrs Nizar