Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, June 30, 2014

Kisah Ramadhan Kami

Alhamdulillah syukur diberikan peluang dr Yang Maha Esa utk sama2 menjemput kedatangan bulan mulia, ramadhan. Semoga kedatangan bulan mulia ini dpt kita perbaiki amalan kita agar lebih baik dari tahun sebelumnya.

Ramadhan kali ini, kami dianugerahkan ujian utk berjauhan di antara kami suami isteri. Ujian kesabaran krn terpisah antara ayah dan anaknya. Semoga ia hanya perpisahan sementara. Ujian sentiasa dtg dgn rahmat, dan inshaAllah, ujian hadir krn Allah sgt sygkan keluarga kecil kita.


Satu ramadhan kali ni, sy diberi peluang utk berkumpul kesemua adik beradik utk bersahur dan berbuka puasa bersama di kampung bersama ayahbonda tercinta. Alhamdulillah sy slmt tiba di kuAla lumpur smlm, isnin. Namun hati wanita sy sedikit tersentuh apabila terkenangkan suami sy pd ramadhan kali ni.

Jauh di canada sana, hampir dgn alaska, adanya suami sy, bersendiri menjalankan amanah dan tugas utk bekerja di sana. Satu2nya seorg islam di dalam hutan belantara di tpt suami sy bekerja, suami sy sgt tabah utk menunaikan tanggungjawab pd penciptaNya. 

Berbuka puasa kali ini tidak lagi semeriah dulu. Hati sy xmampu utk membeli/makan seperti dulu. Rasa tersekat di dada melihat juadah di sini. Smlm smpt sy ke bazaar ramadhan sbb penat utk memasak slps bertolak blk dr terengganu dan tiba di KL tghari itu. Tiap juadah di jual mengingatkan sy ttg makanan dan kuih kegemaran suami sy. Sy tak mampu membeli apa yg suami sy suka, apa lagi lauk kegemaran sy. Cukuplah apa2 mknan yg membuka selera anak sy shj.

Kenapa selera sy sgt tersekat kali ni. Krn sy tlalu rindukan suami sy, sedih tiap kali teringatkan suami sy diperantauan. Suami sy berpuasa selama lebih 19jam di sana. Namun tiada apa2 mknan halal utk berbuka puasa (ada chef yg masak utk semua staff tp xde mknan halal ie telur mahupun seafood pd waktu tu) utk suami sy berbuka. Suami sy hanya menyediakan megi (yg xberapa mAsak sbb air xpanas) sbg juadah berbuka slps seharian penat bekerja dan berpuasa lebih 19jam. Utk bersahur pula, hny nasi segera yg suami sy bawak dijadikan alas perut. Alhamdulillah.

    menu berbuka suami sy :'(

Lagi merisaukan hati, sudah beberapa hari suami sy demam di sana, xlarat nk bgn dan pening2. Mujur suami sy bwk bekal ubat sndr ke sana.Sy ingatkan suami ttg rukhsoh utk org yg xsihat dah perantau, tp suami sy ttp btabah utk terus menunaikan tggjwbnya. Alhamdulillah, semoga Allah kuatkan abang di sana. Semoga abg dilindungiNya sll. 

Semalam kami byk bercerita ttg kisah kenangan ramadhan kami sejak awal perkahwinan. Perkahwinan kami sudah menginjak 6 tahun tp kami sudah menyambut ramadhan bersama sbyk 7 kali. Alhamdulillah.

*Tahun pertama*

Kami bru je berkahwin, tp suami sy di mauritania (offshore). Waktu tu xterasa sgt sedih spt hari ni sbb kami xpernah lg hidup berpuasa sbg suami isteri. Sy mcm rutin biasa sblm kawin, berbuka puasa dgn kakak masa suami tiada. Sblm kawin sy mmg tinggal bersama kakak sy.


 Slps suami sy pulang, selera isteri, suami sy penuhi semuanya( mengandung anak pertama).


*tahun kedua*

Kami berpuasa kali pertama sbg ibu dan ayah. Waktu berbuka , kdg2 kami tpaksa bergilir2 sbb anak kecil kami merengek sama :)


Kali pertama sy mula memasak sahur sndr. Waktu tu sy sgt kagum dgn diri sy sbb sy xpernah lg sediakan sahur sndr sblm ni ie bukan beli atau atas bantuan sesiapa (mak sy atau bibik kan). Tp bayangkan selama sebulan sy hanya masak lauk wajib -- iaitu sardin. Kalo smpt adalah telur dadar atau ayam drummet. Waktu tu sy dh rasa hebat sbb sy berjaya bgn utk sediakan sahu pd suami sy. Sy mcm xpercaya je sy boleh buat (waktu tu la hehehehe)

suami sy pulak beria makan dan sll puji sy sbb sudi bgn masak utk suami sy. Sekarang bila dikenang semula , tabahnya suami sy mkn lauk sama selama sebulan. Teruknya rasa diri ni. 


Terima kasih abg. Abg suami yg sgt lemah lembut dlm mendidik isteri. Kata semangat abg buat sy sgt ikhlas utk memasak dan sediakan segalanya utk abg, belajar dr segala segi kelemahan sy.  Sabar abg menjadi kekuatan pd sy. Xpernah sy rasa sy isteri yg lemah sbb abg sll bg semangt n katakan yg sy sgt hebat. Tp smp masa, sy sndr sedar kelemahan sy waktu tu. (At least sy dh byk berubahkan sayang? Hihi thanks).

*tahun ketiga*

Saya sarat mengandungkan anak kedua. Setiap hari kami ke bazaar ramadhan bersama. Tp ada waktu sy menunggu je dlm kereta :) penatttt :)




* tahun keempat *

Tahun mula2 kita tidak lagi ke bazaar raamdhan. Setiap hari sy masak utk suami sy. Suami sy sgt gembira. Sy mula kenal suami sy. Seorg lelaki yg gemarkan homecook. Malah kami sering masak bersama. Kuih muih pun kami xbeli, termasuk jus. Beria kami buat onde2 bersama (even sizenya sgt la berbeza tiap satu hehe. Tp suami sy habiskan lebih 20 biji... Sy sgt gembira.. Even sy tau xla sedap kuih sy tu... Tu cara suani sy tunjukkan penghargaan nya  kot :) jus minuman semua suami sy yg siapakn. Kami akan terus ke dapur bersama setiap hari lepas blk keje. Suami sy siap dgn baju kerja lagi :) tak snpt tukar baju terus ke dapur :)

Waktu ni kami dh berempat :)


Dan tahun ni juga kami cuba utk terawih di setiap masjid yg berbeza :) alhamdulillah, sgt seronok :)

* tahun kelima *

Sy mengandungkan anak ketiga (byk plk aktiviti mengandung ni hehe). Agak sarat dan xberapa larat. 


(Ouch, gemuknya sy tiap kali pregnant. Haish )

Kami masih xpegi bazaar ramadhan. Kami masak dirumah . Dan sbb sy sll penat , hampir setiap hari suami sy yang memasak juadah berbuka. 

Plg sy ingat dan terharu , sblm balik kerja pasti suami sy tny apa yg sy nk makan hari tu. Ada sekali tu sy teringin udang masak merah.tp udang dh habis kt peti ais. Suami sy selamba je ckp "beresssss. Nanti abg buat".


Terus suami sy turun ke coldstorage KLCC utk belikan udang dan masakkan udang masak merah n ayam gulai utk sy. Waktu tu sy sgt terharu sbb sy cm teringin sgt sgt udang merah tu. Sgt sedap suami sy masak. Kata org, masak dgn kasih syg hehehe.


*tahun keenam*

Sy angkut tiga anak2 sy berlepas ke okhlahoma utk bersama suami sy yg bekerja di sana. 


Sy cuti selama sebulan utk bersama insan yg sy kasihi. Sy ke sana utk memasak dan sediakan sahur n berbuka bersama suami sy yg bersendiri di sana. Alhamdulillah Allah smp kan hajat kami utk berpuasa bersama lagi. Kenangan kami di sana sgt manis dan antara yg terindah utk dikenang.



*tahun ketujuh*

Sekali lg kita diuji utk berjauhan. Ingat, ujian ni adalah kasih syg dariNya utk kita. Semoga kita terus tabah. InshaAllah ramadha kali ni kita berusaha utk menjadikannya jauh lebih baik dr tahun2 sblmnya. ameen.

Itulah kisah ramadhan dan kenangan keluarga kita.

Salam :)

Saya,
Mrs Nizar
2-1-2


Saturday, June 28, 2014

E-Day Aina Sorfina

Alhamdulillah selesai majlis pertunangan satu2nya adik perempuan sy, aina sorfina. Semoga ikatan kekal ke jinjang pelamin dan bahagia hingga akhir hayat. Ameen.

Sekitar majlis pertunangan :)




Oppsss sorry ter interframe plk hehe.

Antara pic ketika bertunang.








Aina ditunangkan dgn anak kawan ma sy. Mula dr pilihan keluarga, akhirnya berkenalan dan menjadi pilihan hatinya :) ma dan kawan baik ma merangkap "boss" mak sy hehe



Antara hantaran pihak perenpuan yg digubah oleh ma sy. Simple je, alas barangan dihias dgn bunga kristal dan manik2. Ma sy mmg suka sesuatu yg simple je :)









Dan balasan hantaran dr pihak lelaki








Ketika majlis berlangsung :)











Dan yg terakhir, wajah si dara sy yg suka bergaya :) xnak turun pelamin syg sy :)





Salam ramadhan n slmt berterawih semua :) alhamdulillah. Sangat mengalu alukan ramadhan penuh berkah dan kemuliaan. Syukur alhamdulillah. 

P/s : lawak penawar hati si adam:

Adam : mama, cikna cantik kan. Macam princess.
Mama : a ah. Mama cantik x?
Adam : cantik.
Mama : mama cantik ke cikna lg cantik.
Adam : dua2 cantik.
Mama : yg lebih ckit cantik siapa?
Adam : cikna

Saya buat muka sedih....

Adam : yg lebih ckit cantik tu cikna, yg lehih banyak cantik tu, mestilah mama.

Tersembur i gelak. Tlalu pandai berckp, sweet talker ;)