semuanya masih segar di dalam ingatan mama detik pertama kita mula bersua, detik pertama mama mencium ubun2mu sayang...detik pertama mama mengalirkan air mata mendengar tangisan kelahiranmu sayangku....detik pertama anakku lena dirangkulan mama dan detik pertama mama menyusukanmu,buah hatiku....hanya Dia yang tahu betapa dalam rasa syukur utk nikmat ini, rasa kasih yang cukup dalam sekelip mata menerpa dan terus melekat nun jauh di dalam tempat yg paling istimewa dalam di hati mama.
sejak hari pertama sayang dilahirkan, sejak itu sudah terikrar di hati mama, rasa kasih yang tidak pernah bertepi, rasa sayang yang tidak pernah bersyarat, keredhaan untuk segala pengorbanan yang paling tinggi demi membesarkan anak2 ku.....dan rasa itu tidak akan hilang, untuk apa jua keadaannya, situasinya.. malah akan sentiasa bercambah sehingga hari2 terakhir mama menutup mama untuk selamanya....kerana kamu adalah anakku, irham faris...
setiap hari tidak lekang dr bibir mama mendoakan anak2 mama, juga kamu putera sulungku, irham faris, semoga membesar sebagai HambaNya yang soleh, anakku, jadilah anak yang taat dan mengasihi orang tuamu, yang tidak lupa mendoakan orang tuamu, jadilah insan dan abang yang bertanggungjawab anakku, semoga anakku dilindungiNya selalu, berakhlak mulia, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan segala malapetaka dan niat jahat....
ketahuilah, tiada nikmat yang lebih besar setanding nikmat mendengar bibir mungil anakku menyebut namaku "mama" selepas 6 bulan kelahiranmu.....
Ya Allah terlalu banyak nikmatMu untuk diriku yang serba kekurangan ini...alhamdulillah, kupanjat segala kesyukuran kepadaMu untuk setiap kegembiraan yang Engkau limpahkan pada kami...doaku, semoga keluargaku sentiasa didalam lindunganMu dan kami tergolong dalam orang-orang yang bersyukur sll...amin ...
salam
-mama irham-
p/s : mama xsmpt ceritakan ttg celebration utk bday eham kedua ni, nnti mama tulis n upload suma pic itu ye :) juga mama akan ceritakan apa yg mama sibukkan n kenapa mama sgt bz utk meng"update" suma cite kat blog lately...yang pasti seluruh masa, kudrat n apa jua yg mama ada, mama serahkan untuk keluarga tercinta..dan mama bahagia melakukan semua ini.