|
PAKATAN RAKYAT CALONKAN PJ PAS N9 |
Rabu, September 30, 2009 |
Pakatan Rakyat Calonkan PJ PAS N9 TELUK KEMANG, 29 Sept : Pakatan Rakyat mengumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang. Pengumuman dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, pada majlis pengumuman calon julung kalinya diadakan di Pusat Gerakan Induk DAP di Batu 9 Teluk Kemang sebentar tadi. Zulkefly bakal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad yang diumum Umno petang tadi. Dengan pengumuman itu, Isa yang terpalit dengan beberapa kes rasuah dan salah guna kuasa dilihat berdepan laluan sukar menentang Zulkefly yang dilihat serba serbi bersih rekodnya. Biodata lengkap calon PAS ini adalah seperti berikut: NAMA: ZULKEFLY MOHAMAD BIN OMAR PROFESION: AHLI PERNIAGAAN UMUR: 45 TAHUN TARIKH LAHIR: 14/5/1964 KELULUSAN: MASTER SAINS (UPM) & IJAZAH KOMUNIKASI (UITM)
NAMA ISTERI: SAEIAH BINTI TARMIZI ANAK:6 ORANG AHMAD FAKHRURAZI 20 TAHUN FARAH WAHIDAH 18 TAHUN MOHAMAD FADLI 14 TAHUN MOHAMAD FADHIL 11 TAHUN FADHLIN SAKINAH 8 TAHUN MOHAMAD FAWWAS 4 TAHUN
JAWATAN DALAM PAS:
PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN- 2 PENGGAL (2007 - HINGGA SEKARANG)TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI SEMBILAN - 1 PENGGAL - (2005 - 2007)SETIAUSAHA BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SEMBILAN (2001-2005) EXCO PEMUDA PAS PUSAT (2001 - 2005) PEMANGKU KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2004 - 2005) TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (2001 - 2004) KETUA PENERANGAN PEMUDA PAS NEGERI SEMBILAN (1999 - 2001) BENDAHARI DEWAN PEMUDA PAS SEREMBAN (1997 - 1999)
LAIN-LAIN JAWATAN:
1.PENGERUSI 'NO INCINERATOR' BROGA 2.TIMBALAN PENGERUSI TERAS KEUPAYAAN MELAYU NEGERI SEMBILAN
PENGALAMAN KERJA:
1.PENGARAH URUSAN, L & R ENTERPRISE SDN BHD. 2.PENGURUS KANAN, IS TECHNOLOGIES TELECOMMUNICATION SDN BHD. 3.PERANCANG PEMASARAN, TELEKOM MALAYSIA BERHAD. 4.EKSKUTIF PERHUBUNGAN KORPORAT, PUSAT ZAKAT SELANGOR. 5.PEGAWAI PERHUBUNGAN, KOPERASI CELCOM BERHAD. 6.PEGAWAI PERHUBUNGAN, BIRO ANGKASA. |
posted by Abu Mus'ab @ 6:12 PTG |
|
|
MASYAALLAH |
|
اللهم زد هذا الجمع وبارك فيه
هذه مصر ... صور أفزعت العالم
المــكان : مدينـة الإســكندرية
المسجد : القائد إبراهيم - بمحطة الرمل حي الشاطبي وشاطىء الكورنيش
الشيخ : حاتم .. وهو من قـرّاء مدينة دمنهور إحدى المدن الصغيرة بجوار الإسكندرية
الزمان : صلاة التراويح شهر رمضان
هذه مصــر - أروع صور ممــكن تشوفها عن مصرمليون مصلي
(الصور التي أفزعت المراكز البحرية الأمريكية)
Terjemahan Bebas:
Gambar Yang Mengejutkan Dunia
Tempat: Iskandariah Mesir
Imam: Imam Hatim
Masjid: Masjid al-Qaid Ibrahim Hayyu Syatibi Mahattah Raml
Jumlah : 1 juta pesolat
Gambar ini mengejutkan Marine Amerika
|
posted by Abu Mus'ab @ 3:29 PTG |
|
|
KELEBIHAN PUASA 6 SYAWAL |
Jumaat, September 25, 2009 |
Kelebihan Puasa 6 Syawal
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim) Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban) Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat. Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut. Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu. Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya. Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya. Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya. Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran. |
posted by Abu Mus'ab @ 10:06 PG |
|
|
ANAK-ANAK DI EIDULFITRI 1430 H |
Khamis, September 24, 2009 |
Anak-anak di Eidulfitri 1430 H
|
posted by Abu Mus'ab @ 11:11 PG |
|
|
SALAM EIDULFITRI 1430 H |
Sabtu, September 19, 2009 |
Salam EidulFitri 1430H, Maaf Zahir Batin
Jam 12.45 tengahari nanti, saya akan ke airport Kerteh, dijadualkan jam 02.45 petang nanti ke MASA, Perintis. Kira-kira malam raya berada di sana. InsyaAllah lepas khutbah Eidulfitri esok, akan kembali ke darat untuk beraya bersama keluarga, kaum kerabat dan sahabat-handai. Barangkali ini artikel yang terakhir untuk bulan Ramadhan tahun ini. Sekejap rasa kan... Pejam celik dah berada di hari yang terakhir berpuasa di bulan Ramadhan. Rasa macam tak puas. Bahkan terasa sedih pulak dengan berakhirnya Ramadhan pada jam 06.50 petang nanti. Ialah kan, berlalunya bulan Keberkatan, Kerahmatan dan Keampunan. Mudah-mudahan segala ibadat dan amal kebajikan yang dilakukan sebulan Ramadhan yang lalu diterima Allah taala, dan segala doa-doa dimakbulkan dan seterusnya mendapat Keredhaan Allah taala. Dengan peluang yang ada ini, saya nak mengajak semua sahabat samada pendokong PAS, penyokong PAS, atas pagar serta UMNO sama-sama merenung terhadap 3 rangkap kata-kata Dato' Ustaz Harun Taib yang beliau telah utuskan dalam Perutusan Eidulfitri 1430H iaitu: "Bagi mereka yang belum bersama perjuangan Islam, kita mengharapkan mereka tidak menangguh-nangguhkan waktu untuk bersama-sama (dengan perjuangan Islam) supaya kita bersama-sama mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT dan supaya kita sama-sama memberi saham dalam perjuangan ini. Kepada mereka yang masih mahu menjadi penghalang dan penentang kepada perjuangan Islam, kita harapkan mereka boleh menggunakan ’renungan tajam’ mereka itu supaya mereka dapat (boleh) melihat sebenarnya, kebaikan Islam dan perjuangan Islam (dan) supaya berhentilah dari terus menerus menentang Islam. Kepada orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno dan pengikut Umno supaya mereka benar-benar balik kepada agama yang mereka anuti bernama Islam. Jangan (hanya) sahaja mereka bercakap dan mengakui (diri mereka) sebagai Islam tetapi dalam waktu yang sama mereka menentang Islam." Kita sama-sama membuat perubahan yer... Akhirnya, saya Abu Mus'ab, Ummu Mus'ab, Abdurrahman Mus'ab, Abdullah Mu'az dan Abdurrahman Suhaib mengucapkan Salam Eidulfitri kepada semua kenalan-kenalan yang mengenali diri kami sekeluarga. Maaf Zahir Batin. كُلُّ عَامٌ وَاَنْتُمْ بِخَيْرٍ |
posted by Abu Mus'ab @ 11:29 PG |
|
|
SUNNAH NABI SAW DI PAGI RAYA |
|
Sunnah Nabi SAW Di Pagi Raya
1- Sebelum pergi menunaikan Solat Sunnah Hari Raya AidilFitri, Baginda SAW akan mengenakan pakaiannya yang terbaik, kemudian menjamah tamar dengan bilangan butiran yang ganjil iaitu 3, 5, atau 7 biji. Hal ini berlainan dengan Hari Raya AidilAdha di mana Baginda SAW imsak (tidak makan) sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya AidilAdha.
2- Baginda SAW akan berpesan agar kaum muslimin menyegerakan pembahagian Zakat Fitrah kepada mereka yang berhak, manakala Solat Sunat AidilAdha disegerakan supaya umat Islam dapat mempercepatkan urursan penyembelihan korban.
3- Ibnu Umar r.a kerana mahu bersungguh-sungguh menghayati sunnah Nabi SAW, beliau hanya akan keluar untuk pergi menunaikan Solat Sunat selepas terbitnya matahari dan di sepanjang perjalanan, beliau akan terus bertakbir dan bertahmid memuji Allah taala.
4- Nabi SAW akan mengerjakan solat Sunat itu sebelum berkhutbah. Di dalam solat berkenaan, baginda SAW akan bertakbir sebanyak 7 kali dan berhenti seketika. Hanya riwayat Ibu Mas'ud sahaja yang menjelaskan bahawa Nabi SAW membaca Hamdalah dan bersolawat di antara takbir tersebut. Kemudia pada rakaat yang kedua, Nabi SAW bertakbir sebanyak 5 kali. Diriwayatkan juga bahawa Ibnu Umar r.a mengangkat kedua-dua tangannya semasa bertakbir.
5- Pada rakaat pertama, Nabi SAW membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Qaf, dan di rakaat kedua pula Nabi SAW membaca Surah al-Fatihah dan Surah al-Qamar. Kadang-kadang Baginda SAW akan membaca Surah al-A'la dan Surah al-Ghasyiah.
6- Nabi SAW tidak mengerjakan sebarang Solat sebelum atau selepas Solat Sunat Hari Raya itu. Dari Ibnu Abbas r.a, beliau berkata: "Sesungguhnya Nabi SAW menunaikan Solat Sunat Raya dua rakaat tanpa disertai solat yang lain baik sebelumnya mahupun sesudahnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelebihan Puasa 6 Syawal
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Amalan Yang Patut Dilakukan Pada Hari Raya
Dalam menyambut kedatangan AidilFitri sewajarnya kita menyambut dan mengamalkan beberapa amalan yang dianjurkan oleh Islam yang di antaranya ialah:
1- Memperbanyakkan takbir dan tahmid kepada Allah taala 2- Memperbanyakkan amalan Sunat pada malam hari Raya 3- Memastikan penyempurnaan zakat fitrah bagi diri dan ahli keluarga 4- Mengelakkan pembaziran ketika menyambut hari raya dengan persiapan yang sederhana 5- Mandi Sunat di pagi Hari Raya 6- Memakai pakaian baru/ bersih/ yang terbaik sebagai menzahirkan tanda kesyukuran kepada Allah taala 7- Memakai wangi-wangian pada Pagi Hari Raya 8- Memohon keampunan dan bermaaf-maafan dengan ibubapa, suami, isteri dan anak-anak 9- Makan sedikit sebelum ke masjid dan mengambil laluan yang berbeza untuk pergi dan balik 10- Solat Sunat Hari Raya dan mendengar khutbah dengan penuh penghayatan 11- Saling menziarahi kaum keluarga, sahabat handai, jiran tetangga dan sebagainya 12- Tidak lupa bersedekah kepada mereka yang memerlukan 13- Mengelakkan sambutan Hari Raya daripada perkara yang dilarang oleh Syara' |
posted by Abu Mus'ab @ 10:43 PG |
|
|
TANGISAN RAMADHAN ... |
Jumaat, September 18, 2009 |
Tangisan Ramadhan Tatkala Syawal Menjelma
Riwayat daripada Jabir r.a: Sabda Nabi SAW yang mafhumnya: "Menjelang akhir malam Ramadhan, maka menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat, kerana dengan berlalunya Ramadhan, maka berlalulah fadhilatnya. Ini merupakan musibah bagiku." Ditanya oleh sahabat:"Apakah musibah itu Ya Rasulullah? Jawab Rasulullah saw: "Dalam bulan itu segala doa mustajab, sedekah makbul, segala kebajikan digandakan pahalanya dan seksaan kubur dikecualikan, maka apakah musibah yang terlebih besar apabila semuanya itu sudah berlalu?"
Kelebihan 1 Syawal
Diriwayatkan Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: "Barangsiapa yang membaca: Laa ilaaha illallahu wahdahuu laa syariikalah lahulmulku wa lahul-hamdu yuhyi wa yumiit wa huwa hayyun laa yamuutu biyadihil khair wa huwa 'ala kulli syai-in qadirr, sebanyak 400 ratus kali sebelum mendirikan solat Hari Raya (samada AidilFitri atau AidilAdha), dia akan dikahwinkan Allah taala dengan 400 bidadari, dan mendapat pahala seperti memerdekakan 100 hamba."
Mengikut riwayat Abu Umamah r.a : Rasulullah SAW terlah bersabda dengan mafhumya: "Barangsiapa mengerjakan ibadat pada kedua-dua malam raya, tidak akan mati hatinya di kala matinya semua hati orang-orang Kafir yang ingkar pada hari Qiamat." (Riwayat Ibnu Majah)
Islam mensyariatkan Takbir bermula malam Aidil Fitri iaitu daripada tenggelam matahari malam hari raya sehingga imam mengangkat takbiratul ihram ketika menunaikan solat hari raya. Di samping itu, umat Islam disunatkan bertahmid di malam tersebut seberapa banyak yang mungkin. Juga umat Islam disunatkan mengerjakan Solat Sunat Tasbih.
Hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a yang bermaksud: "Hiasilah Hari Raya kamu dengan Takbir dan Tahmid." Dan daripada Anas bin Malik r.a : "Hiasilah kedua-dua hari raya kamu iaitu Hari Raya Puasa dan Hari Raya Korban dengan Takbir, Tahmid dan Taqdis." |
posted by Abu Mus'ab @ 6:58 PTG |
|
|
PERUTUSAN EIDULFITRI PJ PAS TRG |
Khamis, September 17, 2009 |
Perutusan EidulFitri Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu
Kita ucapkan selamat menamatkan ibadat puasa yang berkat pada bulan Ramadan ini dan kita mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua muslimin dan muslimat di dalam negara kita ini khususnya, dan juga kepada umat Islam di negara lain (seluruh dunia).
Termasuklah kepada bangsa-bangsa agama lain juga kita mengharapkan mereka bergembira di dalam menyambut Aidilfitri dan mengharapkan mereka dan kita semua (orang Islam) dapat merasa betapa nikmatnya (ajaran) Islam (itu) khususnya dari sudut perpaduan, walau pun berlainan bangsa, bahasa, dan berlainan warna kulit.
Tetapi (dalam menyambut Aidil Fitri) kita sangat terasa terikat oleh satu ikatan iaitu ikatan aqidah, ikatan ukhuwwah dan persaudaraan Islam.
Jadi sama-samalah kita berseru supaya Allah SWT menambahkan lagi semangat persaudaraan Islam. Walau pun di mana jua mereka (kita) berada, apa bahasa yang mereka cakapkan (tuturkan).
Seruan khusus saya kepada pejuang-pejuang Islam, sebagai salah seorang ahli parti, saya menyeru semua penyokong-penyokong parti, peminat-peminat parti supaya mereka terus terus menyalakan semangat juang dengan semangat Ramadan ini, di dalam lubuk hati dengan mengharapkan bahawa perjuangan ini adalah satu perjuangan yang suci yang dikehendaki dan dituntut oleh Allah Ta’ala.
Dan segala apa (jua) rintangan yang mereka lalui itu adalah rempah ratus perjuangan sahaja, dan bukanlah menjadi penghalang kepada (mencapai) kejayaan yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada kita. Jadi yakinlah kepada para perjuangan Islam, sesungguhnya walau pun malam itu dilihat gelap tetapi fajar akan menyinsing juga pada bila-bila masa.
Bagi mereka yang belum bersama perjuangan Islam, kita mengharapkan mereka tidak menangguh-nangguhkan waktu untuk bersama-sama (dengan perjuangan Islam) supaya kita bersama-sama mendapat ganjaran pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT dan supaya kita sama-sama memberi saham dalam perjuangan ini.
Kepada mereka yang masih mahu menjadi penghalang dan penentang kepada perjuangan Islam, kita harapkan mereka boleh menggunakan ’renungan tajam’ mereka itu supaya mereka dapat (boleh) melihat sebenarnya, kebaikan Islam dan perjuangan Islam (dan) supaya berhentilah dari terus menerus menentang Islam.
Kepada orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno dan pengikut Umno supaya mereka benar-benar balik kepada agama yang mereka anuti bernama Islam. Jangan (hanya) sahaja mereka bercakap dan mengakui (diri mereka) sebagai Islam tetapi dalam waktu yang sama mereka menentang Islam.
Jadi, oleh sebab itu sudah sampai masanya kepada orang Umno supaya (dia) insaf , dia (berpatah) balik kepada agama dan jangan pakai lagi fahaman-fahaman dari luar yang datang daripada luar Islam dan balik semula kepada usul asal mereka sebagai orang Islam (yang) beramal dengan ajaran Islam.
Kepada anak-anak Terengganu di perantauan kami dari Parti Islam Se-Malaysia (PAS) tidak banyak kain-kain rentang yang dipasang, secomel dan secantik yang dibentangkan oleh parti lawan, kerana kami tidak tahu dia dapat wang daripada mana, (sehingga) mereka dapat menyediakan kain rentang yang cantik, tetapi sekadar wang yang ada pada kami, (kami) buatlah kain rentang ”Selamat Pulang Perantau, Selamat Hari Raya Bersama Keluarga”. Di samping itu kami harap jangan lupakan kami sebagaimana kami tidak melupakan tuan-tuan dan puan-puan.
Maka kunjungilah kami jika tuan-tuan dan puan-puan sekalian pulang dari perantauan ke tempat sendiri untuk berhari raya. Kami adakan majlis hari raya untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian pada 3 Syawal tahun ini.
Walau pun tempat kami tidak secantik mana dan makanan tidak selazat mana tetapi sangat mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan, saudara-saudara dan saudari-saudari sekalian kerana itu sangat mengembirakan kami pada hari tersebut.
Akhukum FiLlah,
Dato' Ustaz Harun Taib Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Darul Iman |
posted by Abu Mus'ab @ 6:23 PTG |
|
|
PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI |
|
PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI
Oleh : Presiden PAS
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.
Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.
Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.
Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka.
Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar. |
posted by Abu Mus'ab @ 1:52 PTG |
|
|
MENUTUP AURAT BUKAN SUNAT HUKUMNYA |
Rabu, September 16, 2009 |
Menutup Aurat Bukan Sunat Hukumnya Firman Allah SWT yang bermaksud;
”Wahai anak-anak Adam! janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibubapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman. ( Al A’raf : 27 ) Menutup aurat adalah fitrah ( sifat semulajadi ) manusia. Mendedahkan aurat merupakan usaha yang dijalankan oleh syaitan, bukan sahaja di dunia malah berlaku dari dalam syurga.
Di zaman moden ini syaitan memperdaya anak adam dengan mengatakan pakaian merupakan perkara / sifat lahiriah yang tidak ada hubungkait dengan hati dan jiwa manusia. Sedangkan sedia difahami bahawa rupa lahiriah sesuatu benda itu terjemahan kepada isi kandungannya. Begitulah juga penampilan manusia berkait rapat terhadap sikap dan mempengaruhi jiwa dan rohnya. Firman Allah SWT yang bermaksud;
“ Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( al Ahzab: 59 )
Dan firmanNya lagi yang bermaksud; “…dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu… ( Al Azhab : 33 )
Mendedahkan aurat adalah budaya Jahiliyah. Ibn Kathir menyatakan : “ Wanita di zaman Jahiliyah, apabila mereka lalu dalam kalangan lelaki membuka dan mendedahkan dada tanpa dilindungi. Mungkin mahu memperlihatkan tengkok mereka dan alunan rambut-rambut dan juga subang telinga, lalu Allah SWT memerintahkan wanita yang beriman menutup susut tubuh mereka.”
Allah SWT menganggap perbuatan sebegitu sebagai jahiliyah. Hendaklah kita faham bahawa jahiliyah bukanlah ukuran masa. Jahiliyah ialah nilai budaya dan persepsi yang bercanggah dengan ketetapan Allah SWT.
Mohamad Ali As-Shobuni menegaskan hukum Hijab ( tutup aurat ) sama seperti hukum sembahyang iaitu Wajib / Fardhu. Sekiranya wanita tidak mahu menutup aurat dengan sikap mengingkari sebagai hukum Allah SWT, hukumnya adalah Kufur dan Murtad. Sebaliknya tidak mahu menutup aurat kerana terikut trend masyarakat yang musnah, tetapi masih percaya ianya wajib maka wanita tersebut adalah melakukan maksiat / derhaka kepada Allah SWT dan menyanggahi ajaran al Quran.
Oleh itu pakaian menutup aurat adalah kewajipan dan tanggungjawab semua pihak. Wanita bertanggungjawab terhadap dirinya, suami bertanggungjawab terhadap isterinya dan ibubapa bertanggungjawab terhadap anak gadisnya. Semuanya bertanggungjawab melindungi mereka supaya tidak terjebak dengan ribut beracun yang melanda masyarakat sekarang ini. Ingatlah kita adalah manusia dan tidak mahu bertukar menjadi haiwan. Kita memiliki Islam dan tidak rela bertukar iman. Kita pengikut nabi, bukan pengikut syaitan. Kita juga sedar ini adalah suatu peringatan yang berat dan sakit, tetapi itulah hakikat Iman dan Islam. Apalah guna jika seseorang itu berpuasa dalam keadaan dia mendedahkan auratnya, memperlihatkan auratnya dan menzahirkan perhiasan dirinya... |
posted by Abu Mus'ab @ 5:17 PTG |
|
|
BERIKTIKAFLAH ... |
Selasa, September 15, 2009 |
Beriktikaflah...
Daripada Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Seorang yang melakukan iktikaf dipelihara daripada dosa-dosa, dan sesungguhnya dia berikan ganjaran yang sama sebagaimana mereka yang melakukan amalan-amalan yang soleh (walaupun amalan-amalan itu tidak dilakukan kerana pengasingan (dengan sebab iktikaf yang dilakukan dalam masjid." (Riwayat Ibnu Majah) Daripada Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa sedang beliau menjalani iktikaf di Masjidun Nabawi (Masjid Nabi), telah datang seseorang berjumpa dengan beliau dan memberi salam lalu duduk. Ibnu Abbas r.a berkata kepadanya: "Aku melihat kamu di dalam keadaan kesedihan dan kesusahan." Orang itu menjawab: "Ya, wahai anak kepada bapa saudara Rasulullah SAW, sesungguhnya aku berada di dalam kesusahan kerana aku mempunyai satu kewajipan untuk ditunaikan ke atas seseorang. Aku bersumpah demi kemulian penghuni tempat rehat yang mulia ini (maqam Rasulullah SAW) bahawa aku tidak dapat (mampu) memenuhi kewajipan itu." Ibnu Abbas r.a pun bertanya: "Bolehkah aku menjadi sebagai perantaraan kepada orang itu bagi pihak dirimu?" Orang itu menjawab: "Dengan senang hati jika tuan sudi." Ibnu Abbas pun memakai kasutnya dan keluar dari masjid. Orang itu apabila melihat yang demikian, berkata: "Apakah tuan lupa bahawa tuan dalam iktikaf?" Dengan air mata yang mengalir pada mata Ibnu Abbas r.a menjawab: "Tidak, masanya masih segar di dalam ingatanku apabila aku mendengar tuan yang mulia dari kubur ini telah bersabda: "Barangsiapa pergi untuk menyempurnakan keperluan yang penting bagi saudaranya, khidmat yang demikian adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sepuluh tahun, dan barangsiapa melakukan iktikaf sehari mencari keredhaan Allah, maka Allah akan membukakan tiga parit antaranya dengan api neraka, lebar di antara satu parit dengan parit yang lain adalah di antara bumi dengan langit." (Riwayat at-Tabrani) Pernah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa melakukan iktikaf pada sepuluh hari yang terakhir daripada Ramadhan, kepadanya diberikan ganjaran dua Haji dan dua Umrah, dan barangsiapa melakukan iktikaf dari Maghrib sehingga Isyak, tidak melakukan apa-apa melainkan mendirikan solat dan membaca al-Quran, maka Allah taala akan menyediakan baginya sebuah istana di Jannah." Muslimin muslimat yang dirahmati Allah taala sekalian. Demikianlah rahmat Allah taala kepada kita semua selaku hamba ciptaan-Nya. Besar rahmat-Nya. Allah...Dah nak berakhir bulan Rahmat-Mu ini, Ramadhan al-Mubarak. Tinggal 4 hari sahaja lagi. Namun, ku memerhatikan masih ramai lagi yang buta dan alpa. Perempuan yang masih tidak segan silu memperagakan auratnya, menzahirkan perhiasannya, mendedahkan auratnya ketika berjual-beli. Tidak lupa jua kepada mereka yang masih lagi menyokong dan mendokong Parti Nasionalis, UMNO/ BN. Amat malang bagi mereka ni. Walaupun baru-baru ni dikatakan UMNO adalah Parti Islam. Ces! Memang betul-betul jahil tukil sungguh yang bercakap tu, termasuk barua-baruanya. Yang menyokong pun bodo jugak, bercampur dengan jahil, bercampur dengan menjaga 'rice cooker'...UMNO BUKAN PARTI ISLAM... Ya Allah..Berilah hidayat dan petunjuk kepada para pendokong dan penyokong UMNO ni...Ku tahu, mungkin mereka tak tahu keadaan yang sebenarnya, dengan Rahmat-Mu dan Berkat-Mu di bulan yang mulia ini, bukakanlah hati mereka untuk menerima kebenaran-Mu, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar...Aamiinn... |
posted by Abu Mus'ab @ 3:54 PTG |
|
|
IJTIMA' IDULFITRI PAS TERENGGANU |
|
Ijtima' IdulFitri PAS Terengganu
|
posted by Abu Mus'ab @ 8:07 PG |
|
|
KHUTBAH KHAS AIDILFITRI 1430H |
|
Khutbah Khas AidulFitri Tuan Guru Presiden PAS 1430H
Salam Muslimin/ Muslimat yang dirahmati Allah sekalian, Syukran Jazilan
Wassalam.
|
posted by Abu Mus'ab @ 6:56 PG |
|
|
GEAR YANG PALING MAKSIMA |
Isnin, September 14, 2009 |
Kelebihan Lailatul Qadar
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa berdiri solat dan beribadat pada malam Lailatul Qadar (malam kemulian/kekuatan) dengan penuh keimanan (keyakinan) yang ikhlas dan dengan penuh pengharapan yang ikhlas (suci) bagi mendapatkan ganjaran, dosa-dosanya yang lepas akan diampunkan." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Daripada Anas bin Malek r.a meriwayatkan pada satu ketika apabila bulan Ramadhan bermula, Pesuruh Allah telah bersabda: "Sesungguhnya telah datang kepadamu sebulan yang di dalamnya terkandung satu malam yang ganjarannya lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa menolaknya maka sesungguhnya ia telah tertolak daripada segala kebaikan. Dan tidaklah yang tertolak daripada kebaikkannya itu melainkan dia yang benar-benar bernasib malang." (Riwayat Ibnu Majah) Daripada Ubadah bin Samit r.a meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai Lailatul Qadar. Baginda menjawab: "Ianya terdapat di dalam bulan Ramadhan di bahagian sepuluh hari yang terakhir pada malam-malam yang ganjil samada di malam yang ke 21, 23, 25, 27, 29 atau malam terakhir daripada bulan Ramadhan. Sesiapa sahaja yang melakukan ibadat pada malam itu dengan keimanan yang ikhlas dan harapan yang sejati terhadap ganjarannya, maka dosa-dosanya yang lampau akan diampunkan. Di antara tanda-tanda pada malam itu ialah ianya mempunyai suasana ketenangan dan sedikit kecerahan, tidak kepanasan, tidak kesejukan (seakan-akan kadar cahaya keruhanian), bulan berkeadaan terang tanpa memancar sehingga ke Subuh. Tidak ada panah-panah api yang dilontarkan ke arah syaitan pada malam tersebut. Tanda yang lain pula ialah matahari di pagi itu akan naik tanpa cahaya yang bersinar kuat, muncul seolah-olah seperti bulan purnama (penuh). Pada hari itu, Allah mengharamkan syaitan untuk naik bersama-sama dengan matahari." (Riwayat Ahmad) Daripada Aisyah r.a meriwayatkan: "Aku berkata: "Ya Rasulullah, apabila aku mendapati diriku berada di dalam Lailatul Qadar, apakah yang patut aku baca?" Rasulullah SAW menjawab: "Katakanlah: "Ya Allah, hanyalah Engkau yang memaafkan dosa-dosa, Engkau sangat suka memaafkan, maka maafkanlah aku." (Riwayat Ahmad Ibnu Majah) Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Tentu tertanya-tanya kenapa lama tak posting, baru 2 hari kan, yerlah, saya baru jer balik dari outstation, keje... Hari ini hari yang ke 24 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Tinggal 5 hari sahaja lagi untuk kita meraikan Eidul Fitri. Ishh..sekejap jer rasa kan? Nak buat camna, ni lah antara tanda-tanda dunia dah hampir Qiamat. Masa sekejap sahaja. Apa-pun, marilah kita sama-sama tingkatkan amalan ibadat kita ke peringkat 'Gear Yang Paling Maksima'. Inilah peluangnya..Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kerahmatan dan keberkatan serta keampunan yang melimpah ruah ini. |
posted by Abu Mus'ab @ 4:34 PTG |
|
|
AKIBAT TIDAK BERPUASA |
Jumaat, September 11, 2009 |
Akibat Tidak Berpuasa
Dari Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Barangsiapa membuka sehari pada hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (diterima oleh hukum syara'), dan tanpa sakit yang kuat, nescaya dia tidak akan dapat membayarnya walaupun dengan berpuasa hingga ke akhir hayatnya." (Riwayat Ahmad dan at-Turmizi)
Hari ini, hari yang ke 21 kita berpuasa di bulan Ramadhan. Pejam celik dah hampir nak meraikan Hari Raya. Dan saya melihat bilangan orang yang mengerjakan solat di masjid atau surau semakin surut. Yer, mungkin sibuk untuk membuat persiapan hari raya. Hendak lakukan pada siang hari, letih, panas. Jika waktu malam, cuaca dingin dan tidaklah rasa letih...
Bermuhasabahlah yer...Sepatutnya semakin hampir penghujung Ramadhan, semakin meningkatlah amal ibadat kita. Bukan semakin surut. Inilah peluang untuk kita sama-sama mendapatkan pembelaan dari Allah taala dari azab api Neraka. Perbanyakkanlah amalan soleh kita. Ambil peluang sebaik-baiknya.
Dalam hadis di atas menyatakan sesetengah ulama berpendapat apabila seseorang itu tidak mempunyai alasan yang wajar untuk tidak berpuasa pada mana-mana hari di bulan Ramadhan dan menghinanya dengan memakan dan sebagainya, dia tidak akan dapat membayarnya (qadha) serupa itu. Walaupun dia berpuasa sehingga ke akhir hayatnya dia tidak akan dapat mengganti-rugikan untuk sehari itu. Ini kerana kelebihan dan keberkatan yang sebenar masih belum boleh dicapai sepertimana di dalam bulan Ramadhan.
Seringkali saya mendapat aduan daripada orang kampung, bahkan saya pernah melihat sendiri gelagat beberapa orang remaja yang tidak berpuasa. Ini yang dalam pengetahuan saya. Di luar pengetahuan saya, wallahu a'lam. Ingat, berpuasa di bulan Ramadhan adalah satu rukun daripada rukun Islam. Barangsiapa yang meninggalkan dengan sengaja, beriktikad bahawa puasa ini tidak wajib, bahkan mencelanya, maka Kafir jadinya. Bermuhasabahlah... |
posted by Abu Mus'ab @ 10:59 PG |
|
|
BERKAT RAMADHAN |
Khamis, September 10, 2009 |
Berkat Ramadhan 17 Ramadhan- Malam Nuzul Quran, Walaupun apa yang saya postingkan ini, dah 3 malam lamanya, tetapi saje je nak berkongsi pengalaman. Jarang sekali saya memancing. Kurang minat. Tapi sejak akhir-akhir ini, bila amanah dah semakin bertambah, rupa-rupanya memancing menjadi antara satu keadaan yang boleh menenangkan fikiran dan jiwa. Di samping melihat keindahan ciptaan Allah taala yang luas terbentang dengan sedikit ucapan yang menggetarkan jiwa dan hati. Jadi berputik pula kemanisan memancing ni. Kebetulan pula dalam bulan Ramadhan. Alhamdulillah...Dapat ikan Kakap Merah sebanyak 8 ekor. 5 ekor malam pertama dan 3 ekor malam kedua... |
posted by Abu Mus'ab @ 9:43 PG |
|
|
TAKZIAH |
Rabu, September 09, 2009 |
TAKZIAH Kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu DUNGUN – PAS Mengucapkan takziah kepada Timbalan Pesuruhjaya 3 Terengganu Ustaz Satiful Bahari Mamat atas kemalangan menimpa beliau sekeluarga. Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani turut mengucapkan takziah kepada keluarga. Wan Rozami Wan Abdul Latif dan Zaradi b. Su, yang turut diduga dengan ujian dari Allah itu”Kita (PAS) ucap takziah (kepada keluarga) dan sedekah al-Fatehah kepada (ketiga-tiga) anak-anak yang meninggal dunia (kerana lemas),”katanya ketika ditemui di Kampung Pinang Merah, dekat sini semalam. Ketua Cawangan PAS kampung tersebut, Wan Mohd Adib Wan Zin berkata, empat orang anak-anak tersebut telah bermain di sungai Paka, berhampiran kampung itu kira-kira pada waktu Asr’ petang semalam.”Apabila, barangkali, ketiga-tiga kawannya telah lemas, anak Ustaz Satiful yang kecil telah berlari ke masjid untuk memberitahu para jamaah yang baru selesai solat Asr’,”ujarnya ketika ditemui Buletinonline. Beliau berkata, setelah itu, para jamaah masjid dan orang kampung segera menjalankan usaha mencari dan menyelamat dengan dibantu oleh Kelab Penyelam Terengganu (Terengganu Divers Club) serta kerjasama pihak keselamatan Polis dan Bomba, yang turut menghulurkan bantuan. Katanya ketiga-ketiga anak-anak yang terlibat adalah rakan sebaya dan sekampung serta belajar disekolah yang sama, iaitu Sekolah Rendah Islam Darul Bayan. Menurutnya, mereka adalah Wan Mohamad Wajihidun Wan Rozaimi, 10 tahun, Muhammad Saifuddin Satiful Bahari, 10 tahun dan Sharif Hidayat Zaradi, 9 tahun.” Mayat pertama yang ditemui kira-kira jam 8.50 iaitu anak Ustaz Satiful dan dalam setengah jam kemudian, anak saudara kita Wan Rozaimi pula dapat ditemui,”jelasnya. Jenazah kedua-dua anak tersebut telah disempurnakan kira-kira jam 1.30 pagi hari ini (9 September) dengan solat jenazah di imamkan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib. Kira-kira 50 orang jamaah turut menunaikan solat jenazah itu yang turut dihadiri adalah Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu, Haji Yahaya Ali. Sehingga kedua-dua jenazah tersebut disempurnakan sepenuhnya kira-kira jam 2.00 pagi, rakan mereka Sharif Hidayat Zaradi yang masih hilang dan belum ditemui. |
posted by Abu Mus'ab @ 8:44 PG |
|
|
PUASA YANG TIADA GANJARAN PAHALA |
|
Puasa Yang Tiada Ganjaran Pahala
Daripada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallahu 'alaihi wasallam telah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar, dan ramai yang mendirikan solat malam tetapi tidak memperolehi apa-apapun daripadanya melainkan kepenatan berdiri malam." Dalam riwayat lain, Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Ramai orang yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga." Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian... Hari ini dah masuk hari yang ke-19 kita sama-sama berpuasa di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini. Jadi sayugianya kita manfaatkan sungguh-sungguh baki hari yang masih ada iaitu 10 hari lagi dengan meningkatkan lagi amalan "IBADAT" kita kepada Allah taala. Berhubung dengan 2 hadis di atas, para ulama' telah memberikan 3 jenis penafsiran yang berlainan. Pertamanya ialah ianya ditujukan kepada mereka-mereka yang berpuasa pada siang harinya tetapi berbuka dengan memakan makanan yang haram. Segala ganjaran yang diterima hasil daripada berpuasa pada siang harinya musnah sama sekali akibat daripada dosa yang besar kerana memakan makanan yang haram. Bahkan ada ulama yang menyatakan, ganjaran pahala akan berkurangan apabila memakan makanan yang syubhah. Keduanya, Nabi kita Muhammad sollallahu 'alaihi wasallam mungkin memaksudkannya kepada mereka-mereka yang berpuasa dengan baiknya, tetapi semasa menjalani ibadat puasanya, mereka sibuk dengan mengumpat dan memfitnah sesama mukmin. Ketiganya, orang yang dimaksudkan itu ialah semasa berpuasa, mereka tidak juga menjauhkan dirinya daripada segala bentuk kemaksiatan, kejahatan, dan dosa. Di sini, dimaksudkan kepada segala bentuk dosa-dosa. Termasuklah yang popularnya adalah perempuan yang tidak segan silu mendedahkan auratnya, perempuan yang memakai pakaian yang ketat lagi nipis, perempuan yang menampakkan kakinya, dan perempuan yang memakai seluar panjang sedangkan labuh bajunya tidak mencapai paras lutut. Bagi lelaki yang memakai gelang di tangan dan rantai di leher dengan tanpa rasa malu, ketahuilah pemakaian tersebut merupakan satu dosa yang amat nyata. Haram hukumnya. Di antara dosa lain adalah seperti mereka yang masih mengekali dan berpendirian dengan fahaman atau ideologi Yahudi dan Kristian yang dibawa oleh UMNO/ BN. Iaitulah fahaman Semangat Kebangsaan (Nationalisme), Sekularisme, Sosialisme, Liberalisme dan Kapitalisme. Kesemua fahaman ini adalah bertentangan dengan ajaran ISLAM. Begitu jugalah keadaan orang yang berdiri malam dengan solat malam secara sukarela, tetapi kerana sebab melakukan dosa-dosa, maka akibatnya amalannya yang mulia itu tidak diganjari pahala. Sama-samalah kita bermuhasabah yer. Masih ada masa untuk kita sama-sama perbetulkan diri kita dan keluarga kita. Khusus kepada Pendokong dan Penyokong UMNO/ BN. |
posted by Abu Mus'ab @ 7:58 PG |
|
|
KELEBIHAN SAHUR |
Khamis, September 03, 2009 |
Kelebihan Sahur
Ibnu Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Sesungguhnya Allah taala dan para malaikat-Nya mengirimkan rahmat ke atas mereka-mereka yang memakan sahur." (Riwayat at-Tabrani) Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa menyatakannya sebagai Mustahab. Ramai yang terlepas ganjaran yang amat besar ini kerana kemalasannya. Sesetengahnya setelah selesai Solat Terawih, terus bersahur dan terus pergi tidur. Betapa rugi besarnya rahmat yang telah mereka rugikan. Waktu sahur yang terbaiknya adalah 2 jam sebelum masuk waktu Subuh. Perlu diingatkan bahawa bersahur pada waktu yang paling lewat adalah lebih besar lagi pahalanya daripada bersahur pada awal waktu. Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Perbezaan di antara puasa kita dengan (puasa) ahli-ahli Kitab (Yahudi dan Kristian) adalah terletak di atas makanan yang dimakan ketika bersahur. Mereka tidak bersahur." Abdullah bin Harith radhiallahu 'anhu telah meriwayatkan bahawa salah seorang daripada para sahabat telah bertanya: "Sekali aku menziarahi Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pada masa Baginda sibuk dengan memakan sahur. Kemudian Rasulullah Sollallhu 'alaihi wasallam pun bersabda: "Inilah perkara (bersahur) yang penuh dengan keberkatan di mana Allah telah mengurniakannya ke atasmu. Janganlah tinggalkannya." Hari ini dah masuk hari yang ke-13, jadi dengan baki hari yang masih ada, janganlah kita lepaskan peluang keberkatan yang Allah kurniakan ini kepada kita. Allah.... |
posted by Abu Mus'ab @ 11:57 PG |
|
|
HADIAH NAJIB SEMPENA MERDEKA |
Rabu, September 02, 2009 |
Hadiah Najib 1 Malaysia
|
posted by Abu Mus'ab @ 2:41 PTG |
|
|
DOA YANG MUSTAJAB |
Selasa, September 01, 2009 |
Doa Yang Mustajab
Abu Said al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallalahu 'alaihi Wasallam telah bersabda: "Setiap hari dan malam bulan Ramadhan Allah membebaskan begitu banyak ruh-ruh daripada neraka Jahannam. Dan kepada setiap orang-orang Islam pada setiap hari dan malam ada satu ketika di mana doanya pasti diterima." (Riwayat al-Bazzar)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat 3 orang yang doa-doa mereka tidak ditolak; Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; Imam (pemerintah/ pemimpin) yang adil; Doa daripada orang yang dizalimi kerana doanya diangkat melebihi awan dan melaluinya terbukalah pintu-pintu langit, dan Allah berfirman: "Aku bersumpah dengan kemuliaanKu, sesungguhnya Aku akan membantu kamu walaupun pada suatu masa nanti." (Riwayat Ahmad)
Sahabat-sahabat seperjuangan sekalian... Pagi tadi, saya pergi isi minyak kereta. Memang betul ! Harga minyak RON 95 dah naik. Saya masih ingat lagi, sebelum minyak RON ini dilancarkan harganya hanya RM1.70 sahaja. Kemudian, saya isi 2 hari sebelum Merdeka, harganya dah jadi RM1.75. Tiba-tiba semalam, masuk 01 September harganya naik lagi kepada RM1.80. Memang CELAKA sungguh kerajaan UMNO/BN ini.
Dalam suasana rakyat Malaysia ingin merayakan perayaan Eidul Fitri, ditambah pula harga barang semakin naik, gula pula takda, kalu ada pun terhad, cuaca pula tak menentu, Yer..saya yakin inilah zaman kehancuran kerajaan Najib One Malaysia ni. Semakin bencilah rakyat kepada kerajaan UMNO ni. Allah taala Maha Agung dan Maha Berkuasa. Dia Maha Mengetahui apa yang berlaku ke atas hamba-hambaNya.
Kita, apa tugas? Kalau saya, saya akan ambil peluang dengan Ramadhan al-Mubarak ini untuk perbanyakkan doa moga-moga Allah taala ampunkan segala dosa yang telah saya lakukan sebelum ini. Ditambah, mudah-mudahan Allah taala memberi petunjuk dan panduan serta membalas segala kejahatan dan kezaliman yang kerajaan UMNO telah lakukan kepada kita semua. Tau tak? Kita semua sedang dizalimi !!! Takkan nak senyap jer.
Ingat ! Barangsiapa yang melihat seseorang membuat kemungkaran, maka hendaklah dia menegur dengan tangannya (kekuatan), jika tak mampu, tegurlah dengan lidah (memberi nasihat), dan jika tak mampu juga, bencilah dalam hatimu, ini merupakan selemah-lemah Iman...
abu Mus'ab |
posted by Abu Mus'ab @ 1:59 PTG |
|
|
|
:: My PeRsoNaL :: |
|
:: SeCanGkIR KaSiH :: |
|
:: ArTikeL TeRKiNi :: |
|
:: ArKiB iLmIYyAh :: |
|
:: PaRTi PAS :: |
|
:: BloGGeR :: |
|
:: JaLiNan ILMU :: |
|
:: TV OnLiNe :: |
|
|