Wednesday, September 4, 2013
Pendidikan Ke Arah Memartabatkan Peradaban Melayu
http://www.mobtv.my/talkshow-3847.html Klik Untuk Video
Let's Talk - Pada 27 Ogos lalu,satu kongres Pendidikan Kebangsaan diadakan. Serentak dengan itu, 10 resolusi digariskan bagi menyokong pelaksanaan Pelan Pembangunan Malaysia 2013-2025. Salah satu resolusi tersebut adalah mendesak dan menyokong kerajaan melahirkan rakyat yang menghayati peradaban Melayu dan Islam yang menjadi teras kepada peradaban Malaysia. Bagi mencapai matlamat ini, KPPK berharap Kementerian Pendidikan akan memantau Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam usaha memperkasakan peradaban Melayu dan Islam. Bersama Panel bagi membincangkan resolusi kongres itu.
Friday, July 19, 2013
ARQAM, PAS & UMNO: Antara Yang Karam Dan Tenggelam
Sabtu 13 hb Julai 2013 bersamaan 4 hb Ramadhan 1413. Saya duduk seorang diri di tepi Sungai Wadi Hussein Janda Baik sambil berfikir “sampai bila kita mesti mendiamkan diri bila mendengar hampir setiap pagi menjelang Hari Raya, mesti ada cerita ramainya orang kita mati dan cedera parah akibat kemalangan di jalan raya?” Ops Sedar dan macam macam Ops diadakan tapi tak berkesan, kenapa? di mana silapnya apakah berpunca dari pendidikan atau rosaknya sebuah negara berpunca dari pemimpin ulama dan wanita yang rosak akhlaknya? Berita anak anak orang kita yang putus tangan dan cacat akibat bermain mercun dan bunga api dan mati di lebuhraya. Apakah kerana Qada’ dan Qadar terjadinya semua ini? Atau orang kita leka berpolitik hingga tak memikirkan bagaimana melahirkan bangsa Melayu yang bijak sana, cemerlang akal budinya dan hidupnya bermasyarakat dengan membudayakan konsep berkasih sayang, hormat menghormati sesama insan yang dianjurkan oleh Islam.
Kita berpuasa dengan tujuan mengawal nafsu, tidak mengikut emosi supaya diri Aqliah kita bebas dari cengkaman nafsu amarah dan mampu bertafaur dan mengenal Tuhannya? Inilah silapnya bila berikan sesuatu jawatan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggu akibatnya, seperti maksud hadith.
Air yang keruh di hulu mustahil boleh jernih dihilir, fikir, Think, Tafakkur. Bukankah kita makhluk yang ada akal dan al Quran itu untuk mereka yang berakal? Di bulan puasa di sana sini kita dengar orang membaca Al Quran tetapi berlakukah penghayatan akan makna-makna yang terkandung di dalamnya?. Untuk apa? Bukankah Al Quran itu untuk membawa rahmat untuk sekian alam?
Pesan orang tua-tua, ‘melentur buluh semasa rebungnya’tetapi apa akan berlaku kalau pelenturnya yang bermasalah? Kemana perginya para pendidik, guru, ustaz , ulama serta ibu bapa serta pemimpin dan ketua-ketua agama? Apakah amanah dakwah dan tarbiyah sudah tidak terbayang lagi oleh ulama yang gilakan kuasa dan nak jadi selebriti?
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Ramai yang lupa, budi bahasa bukanlah sekadar lemah lembut dan sopan santun dalam pergaulan, tetapi budi bahasa bererti penggunaan akal budi agar supaya perbuatan kita sesuai dengan identiti kita sebagai khalifah.
Adab sopan bukan sekadar ungkapan tetapi ianya merupakan satu tatacara hidup orang Islam yang membezakan dengan bukan Islam. Bila lagi kita mahu menyemarakkan dan menyemaikan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa orang Melayu kerana satunya bangsa yang jiwanya Islam, yang mana bila hilang unsur Islam, hilang pula keMelayuannya.
Berbudi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam hidup bermasyarakat. Di mana Melayu itu Islam, tapi apa jadi pada bangsa Melayu bila sebuah pertubuhan politik membuang Melayu, Cuma mahukan Islam sahaja tanpa Melayu. Bolehkah kita pergi ke kedai mamak meminta teh tarik tapi kita tak mahu cawan dan gelas. Lu fikirlah Bro! Jika Hang Tuah hidup semula tentu dia marah gila. Hang Tuah kata Melayu Tak Hilang Di Dunia. Bila Melayu dibuang dari Islam, Hilanglah Melayu di Dunia. Kalau Upin dan Ipin dengar tentu dia akan kata Betul! Betul! Betul!
Bolehkah Melayu dibuang macam itu saja oleh mereka yang berjuang menggunakan Islam? Seperti irama dan lagu, ombak dan pantai begitulah Melayu dan Islam. Sebab itu ramai yang malu jadi Melayu bila Roh Islam, jiwa Islam, hati Islam dimatikan dengan kejam oleh mereka yang yang tidak bertanggung jawab.
Berjubah berserban besar. Sedangkan pakaian bukan tanda keimanan dan sifat taqwa, Mungkin ada gunting dalam serban? Ada agenda tersembunyi.
Amalan dan penerapan budi bahasa dan nlai-nilai murni sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam empat institusi iaitu Institusi Kekeluargaan, Institusi Kemasyarakatan, Institusi Pembelajaran dan Institusi Perkhidmatan.Yang terpenting dalam Institusi Kekeluargaan. Semuanya bermula dalam rumah. Hendak kenal ibu tengok perangai anaknya, like father like son. Son of the Gun.
“Saya pelik wajarkah Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi Awang, sanggup meninggalkan negara untuk berkunjung ke Turki dan menyerahkan pentadbiran kepada Dato Husam Musa yang dikalahkan oleh Tengku Adnan di Putrajaya dan lain-lain pemimpin Pas yang terpaksa bertungkus lumus di Kuala Besut. Apakah pucuk pimpinan PAS tak tahu apa yang PAS Kelantan sudah lakukan terhadap Husam Musa, Exco Kanan PAS. Bayangkan, beliau tak dilantik sebagai EXCO, kononnya Sultan tak berkanan, apa agenda mereka? Apakah tujuannya untuk kuburkan politik Husam kerana mereka tahu sukar bagi PAS untuk merebut kerusi di kubu kuat UMNO di bawah pimpinan Dato idris Jusoh. Menteri Pendidikan Tinggi.
Kebetulan Pilihanraya di Kuala Besut berlaku dalam bulan Ramadhan, saya ke Kuala Besut kerana ibu kepada emak saya, Shariffah Zainah Al Attas binti Dato Syed Hasan Al Attas, isterinya arwah Nik Khadijah, dilahirkan di Kampung Raja, waris-waris saya masih ramai di Terengganu.
Bulan yang dikatakan syaitan-syaitan semua kena rantai, apa perlu P.D.R.M hantar 30,000 polis menjaga kawasan pilihanraya, di mana hampir semua penduduk berbangsa Melayu beragama Islam. Pelik, di bulan Ramadhan nak berperang seperti di Syria?
Bila lagi mereka yang mengaku sebagai pemimpin Islam mahu bertanggung jawab menghindarkan diri dari nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, kotor, yang melangggar bahasa dan yang tidak mengendahkan tatasusila yang beradab? Idris Jusoh sudah mengingatkan tak payah bertanding “menghabiskan duit, waktu yang sepatutnya digunakan untuk beribadat, pucuk pimpinan PAS lupa ke?
Sibuk hendak berebut kerusi orang mati milik UMNO tak ada pengetahuan farahid ke?
Setiausaha Agong Pas Mustafa yang videoskandalnya tersebar di media massa. Masih hidup dalam ingatan mereka yang mula sangsi dengan sikap pucuk pimpinan PAS yang tak Islamik. Macam mana ketam hendak mengajar anaknya berjalan lurus.
Pendidikan Tauhid penting supaya mereka diajar dari kecil lagi tanggung jawab sebagai seorang khalifah. Ini lah yang lakukan oleh pemimpin UMNO di bawah pimpinan YAB Ahmad Said, MB Trengganu. Memberikan keutamaan kepada Pendidikan selain Pembangunan jasad.
Jelas rakyat Terengganu tak mahu Haji Hadi, pemimpin PAS selaku Perdana Menteri Malaysia sebab itu beliau dikalahkan di PRU 13. Antara sebab BN menang di Terengganu, Dato Ahmad Said bertungkus lumus semasa PRU 13 dan beliau telah membawa pembangunan di Terengganu. Janganlah kerana panas setahun hujan sehari, jasa baik orang kita lupakan.
Ramai orang bila berada di atas jalan raya lupa diri. Begitu juga Pemimpin bila berada di puncak kuasa kerana lupa diri, tak kenal diri, tak sedar diri , ego, ujub, takabbur, yang berlebih-lebihan terlupa Islam selaku Addin, adlah cara hidup yang paling sempurna.
Orang tua-tua dulu pesan ‘ingat’, ingat siapa? Kalau bukan ingatkan Allah, tanggung jawab terhadap Allah S.W.T. ‘Habluminallah’ dan di waktu yang sama tanggung jawab terhadap sesama manusia. ‘Habluminannas’ .Ramai yang sudah tidak pakai pertimbangan akal tetapi dipengaruhi oleh emosi lupa apa yang diajar oleh Allah dalam hadith, Sesungguhnya aku menerima solat hambaku:
1 Yang tawadhu’ dengan keagunganku
2 Tidak berterusan dalam bermaksiat padaku
3 Yang menghabiskan harinya mengingatiku
4 Yang tidak menghina dan merendahkan ciptaanku
5 Yang menjaga orang fakir miskin dan anak yatim
Banyak kaum Muslimin yang mengulang ulangi kalimat “Laa ilaaha ilallah Muhamadur Rasulullah” lebih dari dua puluh kali dalam satu hari, tidak mengetahui esensi makna yang terkandung di dalamnya. Kebanyakan mereka mengulang-ulangi kalimat tersebut tanpa merenungi maknanya. Banyak pula yang belum mengenal agamanya sendiri.
Yang menimpa minoriti umat Islam adalah fenomena yang wajar terjadi kerana tidak adanya khilafah kaum Muslim. Sementara orang-orang non-Muslin mempunyai semacam kekhalifahan yang mampu menyusun dan mempersatukan semua barisan mereka. Orang-orang Yahudi punya kekhalifahan, yakni zionisme. Orang-orang nasrani juga punya khalifah, yakni Pope Vatikan, Zionis mendukung dan membela kaum Yahudi menuntut hak-hak mereka yang tidak sah. Selama bertahun-tahun mereka mencari lalu mengumpulkan sisa-sisa bangsa Yahudi untuk memelihara eksistensi Yahudi.
Hidup mesti ‘mati’ bila mati yang kita tinggalkan nama baik dan nama buruk. Berapa ramai Tok Guru dan ustaz atau ulama yang namanya seperti Tok Kenali, Tok Ku Paluh, Tok Ku Pulau Besar dan Tok Ku Pulau Manis di Terengganu?
Siapa ‘champion’ Mat Rempit di atas jalanraya? Siapa pemegang trophy buang anak dan mangsa dadah, rasuah dan bercerai kalau bukan orang kita? Alangkah baiknya jika mereka yang bernama pemimpin terutama mereka yang melaungkan Islam dari berperang merebut kerusi- setiap masa sepanjang tahun.
Kita nampak dengan mata kepala bagaimana UMNO (BN) telah menjadikan Malaysia dalam infrastuktur, bertaraf world class mereka yang mempejuangkan Islam buat apa di bidang kerohanian dan membangunkan modal insan untuk mengangkat manusia Islam ketaraf Insanul Kamil? Berjayakah melahirkan seorang wali Allah. Keramat Pulau Besar Melaka, Sheikh Ismail Sultan Ariffin Billah.
Kekuatan sebenar sesebuah Jemaah Islamiah ialah bila mendapat bantuan Allah seperti apa yang berlaku semasa ‘Perang Badar’ di bulan Ramadhan. Mengalahkan tentera ‘kafir’ musuh yang jauh lebih besar. Sedangkan tentera Badar sekadar 313 orang. Tidak ada musuh yang dapat menghalang bila Allah memberi pembelaan dan pertolongan. Kenapa di Myanmar , umat islam menjadi mangsa? Di mana di dunia ini umat Islam tak menjadi mangsa? Bantuan Allah hanya akan diberikan kepada pejuang Islam yang bertaqwa, Firman Allah: ‘Allah menjadi pembela kepada orang yang bertaqwa’ al Jatsiyah:19.
Untuk mendapat taqwa, hati mesti kena dibersihkan daripada sifat-sifat mazmumah (keji) dan bina kekuatan aqliyah dengan ilmu yang benar. Setelah itu barulah ia mempunyai kekuatan untuk melawan nafsu dan syaitan dua musuh batin yang sangat berbahaya. Tanpa hati yang bersih, cita-cita untuk menegakkan Islam tidak akan tercapai. Islam tidak boleh dihidupkan dengan politik tetapi dengan ilmu dan amal mengikut Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Pejuang Islam selalu dikalahkan oleh musuh lahirnya (orang kafir) akibat mereka menduakan Allah, luaran Islam, hati dan perbuatan menentang apa yang ada di dalam al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Salah satu cara yang paling berkesan untuk membersihkan hati ialah melalui zikrullah (ingatan Allah) Zikir yang paling berkesan ialah yang dilakukan secara istiqamah, berdisiplin dan dijazahkan oleh guru mursyid yang bersambung salasilahnya kepada Rasulullah s.a.w. menerusi zikir mengikut syarat-syarat itu dinamakan tareqat. Ia merupakahn kaedah latihan rohani yang cukup berdisiplin dan sistematik. Kita tengok betapa berdisiplinnya ahli Arqam.
Jiwa sufi melalui Darul Arqam, yang diperkenalkan oleh Ustaz Ashaari satu pembaharuan yang melibatkan kekuatan lahiriah dan kerohanian. Selain membangunkan ekonomi ahli. Beliau telah menggabungkan pendekatan sufi dan kekuatan lahiriah dan zikir , tapi bila tanpa zikir tanpa fikir telah melahirkan ribuan pengikut Yes Men yang tak mempunyai minda kreatif dan jiwa yang tidak bebas terbelenggu dengan pertubuhan, hanya taat pada ketua. Aku dengar dan aku taat hanya pada guru semata-mata, bagaimana dengan Allah dan Rasulullah?
Bolehkah Insan yang tercipta selaku Haiwanunnatik hidup yakni haiwan yang berkata-kata, tanpa boleh menggunakan akal? Setelah Nabi wafat, para pewarisnya merupakan alim ulama yang menguasai pelbagai bidang ilmu, termasuklah Tasawuf, kalam dan falsafah. Peradaban Islam telah melahirkan ilmuwan seperti Ibnu Sina, Farabi, Ibn Arabi dan Al Ghazali, termsuklah yang dari Tanah Melayu seperti Nuruddin, Raniri dan Hamzah Fansuri.
Darul Arqam mati beragan kerana Ashaari tak meninggalkan buah fikiran yang mampu mencabar dan merubah bangsa Melayu. Tidak juga dia meninggalkan surat-menyurat, ijtihad ekonomi melawan kuasa dunia seperti Dr. Mahathir, mungkin kerana itu tak adaorang yang menulis mengenai The Mind of Ashaari, seperti mereka membuat kajian mengenai ‘The Mind of Mahathir’. Dalam PAS tak ada pemimpin yang mindanya boleh diagung bernilai falsafah seperti Hassan Al Bana, Syed Qutb di Mesir, Syed Mursi di Turki, Syed Muhammad Naquib Al Attas di negara kita.
Pas menang bukan kerana pengaruh dan akhlak pemimpin tapi kerana mereka bekerja keras mengikut era manusia yang mahukan Islam dan mereka punya penceramah yang tak kenal penat akibat terlah menjadi selebriti, macam artis yang tak ada pada pemimpin UMNO.
Pemimpin UMNO telah mengamalkan politik chah keting, PAS menang kerana bergabung dengan PKR dan DAP yang mendapat banyak keuntungan seperti sistem Ali Baba.
Berita terbaru saya terima tengok apa jadi pada Kerajaan PAS Kelantan yang dikuasai oleh tiga J, bermula dengan M.B. nya. Orang menyampaikan berita itu tanya saya boleh kah kambing yang cacat disembelih untuk korban dan akikah. Bolehkah mereka yang adakecacatan dijadikan pemimpin?
Alim ulama di Tanah Melayu seperti Raniri dan Abdul Samad di Palembang di samping ulama di Hadramaut yang menyebarkan Islam di Tanah Melayu, yang bermazhab Shafie dan menyokong alim tasawuf Imam Al Ghazali, semua mengajar bahawa seorang sufi boleh menjadi pemimpin, ahli ekonomi, pakar teknologi, doktor atau apa saja tugas dalam masyarakat. Yang penting dia perlu ada sifat kenabian Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah. Dia berani mengamalkan amar maaruf nahi munkar, apakah dalam PAS, ada seorang ahli sufi seperti Tok Kenali yang terkemuka sebagai seorang ahli fikir dan seorang ahli falsafah? Dan mengutamakan pendidikan Syariat Hakikat, Tareat dn makrifat.
Sudikah mereka menuntut ilmu dengan Syed Naquib atau hadir pada majlis Ilmu Habib Ali?
Bagi yang kenal akan Arqam, yang menjadi tanda soal mengapa Arqam terkubur bila hilang pucuk pimpinan tidak seperti UMNO? Dato Onn, Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn tiada, Presiden UMNO tinggalkan UMNO, UMNO terus hidup biarpun Dr. Mahathir berhenti menjadi ahli UMNO kerana murka pada Pak Lah.
BN menang juga. Begitu juga bila Hussien Onn, Ku Li, Tunku Abdul Rahman, tubuh Semangat 46, Anwar tubuh Parti Keadilan. namun UMNO tak mati kerana UMNO adalah satu institusi yang telah menyelamatkan Melayu. Ketika peristiwa Malayan Union menyatukan Melayu dan terlalu besar jasa UMNO bukan saja pada bangsa Melayu tapi kepada rakyat Malaysia. UMNO adalah tulang belakang pada politik Melayu.
Namun yang mengakibatkan hilangnya kepercayaan kepada UMNO selain pemimpin-pemimpin yang tak layak memegang jawatan adalah apabila PAS mempersoalkan keIslaman UMNO. Hari ini bila timbul isu kalimah Allah dan penolakan terhadap pengajaran Tamaddun Islam, adakah PAS bersuara?
Ketika umat Islam di bahagian dunia yang lain terus dicengkam oleh imperialis Barat, Darul Arqam mengajak umat Islam di sebelah Timur, khususnya di Alam Melayu, bangkit, membina taqwa kekuatan yang Allah khususkan untuk menenangkan umat Islam terhadap ancaman musuh-musuh lahir dan batin. Itulah sebabnya satu waktu dulu saya minta Ashaari dan ahli-ahlinya menyertai UMNO jika dia ingin jadi Perdana Menteri. Jangan jadi seperti Pas.
Kita boleh bangga ramainya mereka yang pergi solat jumat, solat taraweh. Cuba tanya apakahmereka mengerjakan solat lima waktu yang lain? Alangkah bahayanya kita mengimarahkan surau dan masjid, bila mengerjakan solat tarawih dalam masa yang sama tidak lupa tanggung jawab terhadap Insan yang miskin papa, anak yatim dan orang tua-tua yang memerlukan bantuan.
Sebagai hamba kita wajib minta pada Allah semua dosa sepanjang tahun diampunkan. Mereka terlupa setiap kali Allah mengingatkan kita tentang solat di mestikan dengan sikap tanggung jawab terhadap sesama insan sama pentingnya dengan tanggung jawab terhadap sesama manusia terutama sesama Islam dan saudara mara kita.
Fikir, Think, Tafakkur, kerana bertafakkur 1 minit sama seperti beribadat setahun.
Kita semua mesti melakukan peperangan. Perang yang paling besar mengikut sabda Rasulullah S.A.W. selepas Perang Badar adalah perang nafsu. Ini bukan berperang sesama sebangsa dan seagama. Ini perang untuk menghancurkan berhala besar yang ada dalam diri kita.
Berhala yang dimaksudkan itu adalah sikap ego, kesombongan, keangkuhan bila berkuasa, hilang rasa kemanusiaan, sifat bakhil, tamak, leka, lalai terlalu memberi keutamaan kepada diri, (lupa yang kita ini hamba Allah semulia-mulia manusia adalah yang paling bertaqwa), tidak patuh pada undang-undang (akibat ditakuti oleh manusia yang takut pada manusia tidak takut pada Allah) degil dan lain lain sifat ‘mazmumah’ yang dibenci oleh Allah, hidup subur dalam diri mereka yang kaya dan berkuasa dan mereka seakan-akan menjadi ‘sembahan’ umat Islam yang terlupa. Tiadatuhan yang disembah melainkan Allah.
La illa ha illallah muhammadur rasulullah, diakhiri dengan selawat Allahummasalli ala muhammad waala ali muhammad.
Thursday, July 11, 2013
Rahsia Menjadi Luar Biasa
Tarikh 6 & 7hb Julai semalam adalah dua hari dimana Wadi Hussein Janda Baik begitu ceria dengan berbagai aktiviti yang begitu mengujakan.Dari mula aku tiba awal pagi Sabtu kelihatan begitu banyak kereta yang parkir disetiap ruang yang ada melebihi jumlah yang biasa aku lihat hujung minggu.Manakan tidak,Uncleseekers dengan aktiviti "robot robot fx"nya,Abah pula dengan majlis perkongsian ilmunya dan ada satu kumpulan lagi yang aku tidak berapa pasti apa aktiviti mereka.
"Kenapa kau tak jawap call Abah...?",tanya Pak Habib bila kami bertemu sewaktu aku baru turun dari Saufiville disebelah petangnya."Hehh...phone saya yang itu saya tak berapa nak gunakan sebab dot dot dot..",jawapku dalam nada melawak sambil mendakap Abah.Walaupun aku dah buat salah tapi Abah tetap mendakap aku mesra dan inilah kelebihan Abah bila melayan kerenah "anak anak"nya saperti aku yang aku tak pasti berapa ramai jumlahnya.Mungkin angkanya sudah mencecah ribuan orang dan mana ada manusia zaman sekarang yang punya anak anak dalam jumlah beribu kecuali Pak Habib.Bukan senang untuk seorang individu untuk mencetuskan kasih sayang dengan begitu iklas sehinggakan semua insan yang berpangkat anak yang bertemu dengannya ingin mengABAHkan beliau.Sebab itu Abah layak memakai title Manusia Luar Biasa dan selayaknya beliau bercakap dan berkongsi ilmu bagaimana untuk menjadi manusia luar biasa.
"Kau tidor sini malam ini..?",tanya Abah lagi dan bila aku mengangguk dia menyambung,"Ok kau teruskan program kau dengan Uncle nanti jangan lupa sms abah phone no baru..",sambil kami berpelukan sekali lagi.
Jadi esuknya bila semua peserta sedang sibuk dengan robot masing masing aku mencuri waktu untuk tidak melepaskan peluang bersama majlis perkongsian ilmu dengan Abah.Sejak beberapa program yang lalu aku lihat Abah menghadkan penyertaan kepada tidak lebih 10 peserta kerana beliau ingin berinteraksi dengan lebih dekat lagi dengan setiap peserta agar apa jua ilmu yang ingin dikongsikan beliau difahami dengan lebih jelas.Saperti biasa Sarah yang begitu setia membantu Abah seketiadaan Oma tidak pernah gagal melaksanakan apa yang diminta.Terima kasih dan tahniah Sarah...
Perkongsian ilmu yang mewajibkan setiap peserta berkongsi pengalaman masing masing hari ini menyaksikan air mata aku buat pertama kalinya menitis dibumi bertuah yang bernama Wadi Hussein ini.Entah mengapa hati terasa sayu dan sebak bila membicarakan tentang DIA Yang Maha Mencipta yang selama ini terasa begitu dekat denganku.Payah nak aku gambarkan perasaan aku bila membicarakan tentang DIA...
Friday, May 3, 2013
Melayu Itu UMNO, UMNO Itu Kafir?
Konsert besar-besaran oleh kumpulan nasyid yang pertama yang berjaya mengadakan persembahan secara besar-besaran diiringi dengan band dan musik hebat. Dengan pukulan drum, rabana, kompang dan latarbelakang koir menjadi penyeri dengan suara yang timbulnya dari hati yang menusuk jiwa dan menikam sukma. Tarikhnya pula bertepatan dengan sambutan ini. Ia semacam mengalu-alu dan meraikan kelahiran Muhammad SAW, seorang junjungan besar, seorang rasul dan seorang manusia suci yang jatuh pada 12 Rabiulawal, 1420 tahun yang silam bersamaan 26hb. Jub 1999.
Kehebatan dalaman yang ada pada anggota raihan begitu mempersonakan. Mungkin kalau selain dari Raihan yang menjadi penghiburnya tentulah konsert ini tidak semeriah ini.
Farihin Abdul Fatah |
Namun sayangnya, pada malam itu Raihan tidak menyanyikan lagu-lagu lama daripada album pertama dan kedua yang telah membawa mereka ke mercu kejayaan. Sebaliknya mereka hanya menyebut beberapa baris daripada lagu lama mereka seperti Sifat 20 dan 25 Rasul, sedangkan Raihan terkenal kerana lirik-lirik dakwahnya di dalam lagu-lagu mereka.
Pak Habib yang memenuhi jemputan dari Farihin, pengurus Raihan itu datang bersama empat orang anak Pak Habib, isteri, menantu dan juga cucu. Pak Habib telah diberikan tempat duduk VIP.
Anggota-anggota kumpulan Raihan terdiri daripada Azahari Ahmad, Che Amran Idris, Nazrey Johani, Abu Bakar Mohd Yatim dan pengurus mereka, Farihin Abdul Fatah adalah merupakan kumpulan artis yang paling popular dan paling di minati ketika ini. Raihan bukan sahaja dikenali oleh orang dewasa malah kanak-kanak, termasuk mereka yang belum bersekolah turut menyanyikan lagu-lagu Raihan kerana Raihan telah memainkan peranan sebagai pendakwah dan telah berjaya menyampaikan mesej Islam melalui dunia hiburan. Kalau kita pernah membaca sejarah Wali Songo, dakwah dimulakan dengan hiburan sambil mengambil hati rakyat.
Walaupun sudah muncul sebagai artis terkenal tapi kumpulan Raihan masih tidak glamor. Mereka masih lagi bersikap rendah diri kepada sesiapa sahaja yang datang mendekati atau menghampiri mereka sama ada para wartawan ataupun peminat-peminat biasa. Walaupun sudah menempa kejayaan yang besar, mereka tetap mengamalkan cara hidup yang sederhana dan mengekalkan identiti Islam mereka.
Bila kita melihat artis yang menyenangkan kita ini tidak sombong, tidak ego, tidak glamor dan tidak meninggi diri dan tidak terlibat dalam maksiat dan mereka masih hidup dalam golongan yang beriman dan bertaqwa, mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan larangannya, tidak terlibat dengan dadah, tidak kena dam, tidak kena fit, tidak berdengung, tidak hidu gam, tidak minum dulu sebelum buat persembahan dan setiap kali persembahan tidak bawa awek sama, berpeluk, bercium dengan peminat, maka kita terpaksa bertanya, siapakah yang pernah mendidik anggota-anggota kumpulan ini sehingga mereka boleh jadi tidak sombong bila sudah berjaya? Siapakah anggota-anggota Raihan sebelum mereka menubuhkan kumpulan nasyid ini? Kalau orang yang mendidik anggota-anggota Raihan, malah ada di antara seorang anggotanya yang berasal dari agama Kristian sebelum memeluk agama Islam berjaya mendidik anak-anak ini sehingga menjadi individu-individu yang misali, maka tentulah orang ini hebat.
Almarhum Tan Sri Abdul Hamid Othman |
Konsert Raihan pada malam ini memang cukup menarik, cukup memukau dan cukup indah. Tapi malangnya suasana meriah itu Pak Habib lihat di cemari dengan upacara sembah-menyembah manusia. Setiap kali ada tetamu undangan mahu memula atau mengakhiri persembahannya, maka mereka pun mengangkat tangan menyembah Raja Permaisuri Agung walaupun sebelum ini Tuanku Permaisuri hanyalah seorang rakyat biasa.
Kalau sekalipun, Tuanku Permaisuri adalah dari kalangan mereka yang berdarah dan berketurunan Raja, apakah beliau patut disembah-sembah macam tok pekong? Ini kalau Mahathir ada, mesti marah. Ini kerana yang ada imuniti dan daulat, Mahathir saja. Raja-raja mana ada imuniti lagi. Ini sudah tersalah sembah. Pak Habib rasa, lepas ini Hamid Othman mesti kena panggil dengan Mahathir kerana ada protokol yang tidak kena.
Kita orang Islam atas apa juga sebab, memang tidak dibenarkan sama sekali menyembah sesama manusia. Peristiwa sembah menyembah ini pula berlaku dalam satu majlis yang diwarnai dengan puji-pujian bagi Allah dan Rasulnya dan bertepatan pula dengan sambutan Maulidur Rasul yang sepatutnya mengingatkan kita akan kelahiran Nabi Muhammad SAW yang telah mendapat wahyu dari Allah SAW bagi menghapuskan segala macam bentuk khurafat dan penyembahan yang selain daripada Allah SWT.
Bukankah Allah SAW telah berfirman dalam surah Az-Zariyat, ayat 56: “Dua tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-ku.”
Itu adalah perintah Allah SAW yang terang dan jelas. Jadi yang kita sembah-sembah manusia, pasal apa? Hamid Othman, selaku Menteri Agama, buat apa? Kenapa dia tidak menegur perbuatan ini? Apakah dia takut? Kalau takut, takut dengan siapa? Tuhan atau tuan?
Kerja sembah-menyembah ini kerja orang kafir. Tapi kalau orang lihat orang Islam pun ada yang jenis sembah manusia. Pak Habib rasa orang kafir pun akan turut terkejut sama. Lainlah kalau sembah-sembah tok pekong untuk dapat nombor ekor. Ini menyembah kerana dulu lagi orang dah menyembah, maka kita turut sama menyembah. Orang Islam tidak ikut budaya, kebiasaan yang bertentagan dengan Al-Quran dan Sunnah.
Tapi, marilah kita tinggalkan cerita Raihan dan soal sembah menyembah. Bila cakap pasal ‘kafir’ ini, Pak Habib teringat kepada peristiwa yang berlaku kepada Pak Habib beberapa minggu terdahulu.
Ustaz Haji Hadi |
Pak Habib pernah diajar oleh Allahyarham ayahanda Pak Habib, "apabila kita mendengar atau melihat sesuatu, kita hendaklah berfikir, gunakan akal. Betul ke apa yang kita tengok atau dengar itu? Kita tidak boleh main tengok saja dan lepas itu terpengaruh dengan apa yang berlaku di depan mata kita. Kita kene tengok dan pandang dengan teliti sebab boleh jadi apa yang kita tengok itu cuma satu mimpi."
Kebetulan pula kita ini terdiri daripada manusia yang berilmu, berakal dan lebih-lebih lagi kalau kita ini seorang Islam. Islam tidak suruh kita terima sesuatu itu secara bulat-bulat tanpa usul periksa. Dengar, siasat dan fikir terlebih dahulu.
Tuhan sudah mengingatkan kita, jangan sesekali kamu mempercayai berita yang kamu dapati dari orang yang fasiq. Tuhan suruh kita berfikir, apa lagi kalau orang yang berkata itu seseorang yang kita muliakan. Kita kena baca apa yang tersirat kerana orang yang menyampaikan berita itu sudah tidak lagi menjadi ahli PAS.
Kita jangan jadi macam lembu yang nampak rumput, nampak pucuk, nampak daun, terus ragut. Atau monyet yang nampak pisang dan buaya yang terjumpa bangkai, dia ngap tidak kira halal haram. Kalau binatang yang buat kerja macam ini, oklah. Binatangkan. Kalau lembu jumpa pokok dia makan, apa boleh buat, dia lembu. Tapi kita ini manusia yang ada soal jawabnya dengan Tuhan. Bagaimana kalau cerita itu merupakan satu fitnah semata-mata? Maklumlah sekarang inikan kita berada dalam dalam Kurun Fitnah. Orang yang menyampaikan fitnah sudah tentulah berdosa besar dan orang yang mendengar fitnah dan bersuhabat pun berdosa juga. Jadi kenalah kita berhati-hati bila bercakap dan mendengar sesuatu itu.
Prasangka yang salah ini hampir terdapat pada semua manusia. Jika kata-kata atau berita itu datangnya daripada orang yang disanjunginya, maka terus saja ditelan bulat-bulat, sekalipun tidak benar. Kita bukannya monyet atau kera yang tercium belacan. Sebaliknya jika kata-kata itu diucapkan oleh orang yang dihinanya, terus saja ditolak bulat-bulat, sekalipun perkara itu benar. Apakah kita selama-lamanya kenal akan kebenaran semata-mata dengan melihat siapa yang menuturkannya. Apakah kita mahu bersama-sama mereka yang meletakkan nilai kebenaran pada orang, bukan meletakkan nilai orang pada kebenaran. Inilah satu kesesatang yang nyata tiada tandingannya. Dan yang anehnya, ramai di antara kita yang terus membiarkan diri berada di dalam kesesatan.
Kita ada tiga mata: mata kasar, sama macam mata lembu, mata belalang atau mata katak yang melihat dengan nafsu. Selain daripada itu, kita juga ada mata kepala, mata yang boleh melihat dengan menggunakan ilmu pengetahuan yang berpandukan akal yang berfungsi sebagai penapis atau filter. Beruntunglah manusia yang dapat menggunakan akal fikiran. Mereka ini taklah jadi pengikut yang membabi buta atau blind followers. Dan yang paling istimewa lagi, kita boleh melihat dengan mata hati setelah Allah SWT memberikan hidayah-Nya.
Pak Habib tidak tahu kenapa tiba-tiba saja timbul lagi cerita PAS mengkafirkan UMNO? Ada apa-apa ke? Kalau nak diikutkan cerita ini sudah ketinggalan zaman. Malah dalam kekecohan politik hari ini, dan bahkan dalam politiking antara UMNO dan PAS, isu ini pada mulanya tidak timbul.
Hati kecil Pak Habib bertanya apakah ada agenda yang tersembunyi? Pilihanraya umum sudah pun hampir dan apa yang dapat kita lihat hari ini ialah PAS dan parti-parti pembangkang lain mempunyai pengaruh yang lebih kuat terhadap masyarakat jika dibandingkan dengan beberapa pilihanraya yang terdahulu. Peperangan isu-isu antara parti semakin terasa. Pertembungan pendapat, ideologi antara pemimpin dan parti politik semakin mendapat liputan dan perhatian pihak media massa dalam menyebarkan maklumat terkini berhubung isu-isu semasa negara yang hangat lagi sensasi. Sehubung dengan itu kedua-dua belah pihak mengambil kesempatan menggunakan media massa sebagai senjata peperangan antara mereka. Pihak yang sini memburukkan yang sana, pihak yang sana memburukkan yang sini dan begitulah seterusnya.
Perkara yang sama pun berlaku kepada UMNO. Hampir semua media massa memainkan berita yang boleh merugikan UMNO, tapi kenapa pucuk pimpinan membiarkan saja? Hairan. Kesian Dr Mahathir, sudahlah tua, sakit pulak tu. Akibat menjadikan Anwar seorang hero, akhirnya dia yang terpaksa hidup dalam ketakutan. Siapalah agaknya manusia kalut yant menjadi penasihatnya?
Tun Dr Mahathir |
Prof Shahnon Ahmad |
Pak Habib tak mahu menaruh buruk sangka terhadap orang yang baik. Pak Habib percaya Ustaz Hadi seorang yang baik dan berilmu cuma mungkin dia terlanjur kata. Maklumlah kadang-kadang manusia ini ada masanya terpujuk oleh emosi kemarahannya. Dan Pak Habib rasa dia sudah pun bertaubat dan yang paling penting Tuhan tahu niat hatinya dan kita tak pernah dengar pun dari mulutnya sendiri yang menghukum UMNO itu kafir lagi.
Omar Khalid |
Setiap individu seharusnya berusaha memahami ajaran Islam dan mempraktikkannya dalam kehidupannya setiap masa.
Usaha ini juga merupakan usaha seluruh ummat Islam tidak kira di peringkat dan bidang apa sekalipun mereka berada. Pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat baginda, ummat Islam terdiri daripada berbagai-bagai jenis profesion. Tapi dalam masa yang sama mereka semua adalah merupakan para pejuang dan penegak Islam.
Pada ketika itu sebenarnya tidak timbul soal lambang dan slogan, isu sama ada seorang itu ulama atau tidak, malah tidak timbul soal gelaran-gelaran yang tertentu yang boleh dihubungkan dengan jihad dan perjuangan Islam.
Subky Latiff |
Antara Pak Habib dan UMNO semacam ada satu ikatan kerana UMNO itu tulang belakang kepada BN, kerajaan yang memerintah hari ini dan kerajaan ini, kerajaan kita. Menyokong UMNO tidak bererti kita tidak boleh menegur dan mengkritik. Kalau perlu kita berperang, kita isytihar perang. Kita berperang dengan individu yang berada di dalam UMNO yang tidak betul. Satu sebab Pak Habib sanjung UMNO adalah kerana mereka yang berada di pucuk pimpinan tidak fanatik, tidak asobiah kerana mereka boleh menerima kritikan dan dari masa ke semasa mereka berubah. Apakah nanti sesudah Pak Habib mengisi borang keahlian PAS, Pak Habib masih boleh menegur pucuk pimpinan PAS?
Al-Mutawakkil Sultan Johor |
Pun begitu setakat ini Al-Mutawakkil Sultan Johor nampaknya hanya menyepi apabila isu UMNO kafir ini digembar-gemburkan semula oleh Omar Khalid.
Waktu Haji Hadi kata UMNO kafir dulu, Al-Mutawakkil adalah Yang di Pertuan Agung dan hal elwal agama Islam adalah di bawah bidang kuasanya. Kenapa baginda tidak panggil Haji Hadi untuk menghadapnya? Kalau baginda tidak lempang pun setidak-tidaknya baginda marah seperti baginda marahkan Musa Hitam sewaktu dia masih jadi Timbalan Perdana Menteri dulu. Apakah Al-Mutawakkil takut dengan PAS atau memang baginda setuju dengan apa yang diperkatakan oleh Haji Hadi?
Sekiranya PAS berjaya membentuk kerajaan Persekutuan, apakah parti itu sanggup mengubah seratus-peratus sistem yang ada termasuk pembayaran gaji, elaun dan sumber-sumber hasil serta cukai yang dikenakan oleh kerajaan sekarang? Kalau PAS berjaya membentuk kerajaan Persekutuan, apakah Haji Hadi yang berkemungkinan dilantik sebagai Perdana Menteri tidak mahu tinggal di Kediaman Rasmi Perdana Menteri yang baru dibina di Putrajaya? Macam mana pula dengan ibu pejabat Kerajaan Persekutuan, apakah ia akan berpindah ke Nilam Puri?
Seri Perdana, Putrajaya |
Kalau PAS sanggup memikul tanggungjawab ini dan sanggup pula menukar segala sistem yang dianggap tidak berasaskan Islam, maka Pak Habib mengucapkan syabas dan syukur alhamdulillah. Tapi sebelum itu PAS mestilah terlebih dahulu menyenaraikan perkara-perkara yang Pak Habib katakan itu sebagai ‘Manifesto Rasmi Parti’ di dalam pilihan raya umum ini.
Seperti yang Pak Habib katakan, Pak Habib adalah seorang penulis yang sudah biasa bermati-matian mempertahankan UMNO sewaktu UMNO memperjuangkan agama Islam dan hak-hak orang Melayu dan Islam. Tidak mustahil kalau satu ketika nanti Pak Habib mempertahankan PAS di dalam tulisan-tulisan serta buku-buku Pak Habib. Tapi buat masa ini, biarlah Pak Habib secara bermati-matian mempertahankan kebenaran. Kalau UMNO benar, Pak Habib akan katakan benar. Dan kalau UMNO salah, Pak Habib akan tetap dan terus menegur demi kebaikan. Kalau ada di kalangan orang PAS yang menaburkan fitnah dan berkata tidak benar, maka adalah menjadi tugas Pak Habib menegur dan mengkritik dengan cara yang biasa Pak Habib lakukan, biarpun Pak Habib tidak popular di kalangan mereka yang fanatik kepada PAS. Mengkritik PAS tidak bererti Pak Habib tidak sukakan Islam? PAS dan Islam adalah dua entiti yang berbeza. PAS hanyalah sebuah parti politik sekular yang dipimpin oleh mereka yang lebih mirip kepada agama sedangkan Islam adalah satu agama suci yang universal.
Pak Habib rasa masalah yang sebenarnya berlaku yang menjadi punca permusuhan antara UMNO dan PAS perlu diperjelaskan kerana ummat Islam di negara kita terutama generasi muda sedang berada di dalam dilema. Pemikiran mereka bercelaru, jadi tidak tentu arah. Tidak tahu siapa yang hendak diikut.
Ustaz Ashaari |
Kita kena tanya diri kita sendiri (terutama ahli-ahli UMNO dan juga ahli-ahli PAS), apakah betuk ke kita ini Islam? Kalau Islam, Islam kita ikut kayu pengukur siapa? Ikut kayu ukur PAS atau ikut kayu ukur UMNO atau ikut kayu ukur yang telah ditetapkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadis-hadis baginda dan wahyu-wahyu Allah yang telah disampaikan menerusi baginda.
Pun begitu kita tidak boleh kata Mahathir tidak memperjuangkan Islam. Kalau nak sebut satu per satu boleh jadi satu buku. Nanti kata nak mengampu Mahathir pula. Yang jelas Mahathir Mohamad adalah seorang Islam melalui namanya, tapi soal hati kita tidak tahu. Orang di Malaysia tumpang mendapat nama baik dan sanjungan kerana perjuangannya dalam mempertingkatkan ekonomi dan industri ummat Islam adalah jauh lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakkan pemimpin-pemimpin dan Raja negara-negara Islam di dunia ini.
Begitu juga dengan PAS, kegigihan dan ketabahan mereka dalam mengharungi politik yang berada di pihak pembangkang, kita kena salute juga sebab mereka berani menyuarakan kebenaran dan memperjuangkan Islam. Dengan adanya parti pembangkang yang berani seperti ini, barulah UMNO tidak boleh tidur lena.
Asas perjuangannya adalah sama iaitu untuk menegakkan agama Islam sungguhpun platform dan pendekatannya mungking agak berbeza, tetapi matlamatnya adalah satu, iaitu untuk mendaulatkan Islam dan menjadikan Islam satu agama yang terus diperjuangkan hingga ke generasi yang akan datang.
Pak Habib rasa hal ini perlu diperjelaskan kerana ummat Islam di negara kita, khususnya generasi muda, sekarang ini mengalami kekeliruan dan ketidaktentuan fikiran tentang siapakah sebenarnya yang seharusnya memperjuangkan Islam, dan di antara model-model pejuang Islam pula siapakah sebenarnya yang merupakan pejuang-pejuang tulen dan berwibawa.
Oleh itu apakah bezanya perjuangan ini pada seorang jurutera, doktor, peguam, arkitek dibandingkan dengan perjuangan seorang ilmuwan Islam, ulama dan sebagainya? Atau perjuangan antara parti-parti politik yang mempunyai perlembagaan dan program ke-Islaman masing-masing?
Burung Kakak Tua |
Sungguhpun keadaan pembangunan material sudah berubah pada masa kini disebabkan proses pemodenan dan peningkatan ilmu pengetahuan, tetapi pada dasarnya prinsip perjuangan Islam adalah sama. Oleh kerana pemimpin agama masih berfikir secara jumud, menggunakan agama untuk berpolitik, maka ramai yang tidak menghormati para ulama. Atas sebab yang sama juga Dr Mahathir boleh bubuh otak ulama-ulama UMNO macam Hamid Othman, Zainal Abidin dan lain-lain ulama dalam koceknya. Tidak mustahil perjuangan mendaulatkan agama dan menjadikan ajaran-ajaran Al-Quran dan Hadis sebagai panduan serta sistem yang mengatur kehidupan manusia, hanya akan menjadi satu lip service saja. Sejurus saja berhenti dari memegang jawatan menteri, tugas agama ditinggalkan di pejabat sama sekali.
Oleh kerana tanggunjawab kepada agama adalah merupakan tanggunjawab bersama, mengapakah pula kita perlu memikirkan bahawa tugas memperjuangkan agama hanya menjadi milik individu atau kumpulan yang tertentu saja? Pernahkah kita terfikir bahawa apa yang terjadi di antara ulama PAS dan ulama UMNO ini merupakan dasar ‘pecah dan perintah’ yang telah lama dilaksanakan oleh pihak penjajah ketika menjajah tanahair kita dulu?
Pak Habib tidak berminat hendak berkhutbah dengan panjang lebak mengenai prinsip-prinsip Islam tetapi setahu Pak Habib orang Islam sepatutnya berkasih sayang, ingat-mengingati dan tolong-menolong, mendorong kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran sesama saudara Islam.
Sebaik-baik agama (Islam) tidak dijadikan sebagai agenda utama dalam politik. Politik adalah gula, asam dan garam dalam kehidupan manusia. Jika ia berlebihan, boleh membawa mudarat dan penyakit. Macam api, waktu kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan.
Sabda Rasulullah SAW: Orang mukmin itu diumpamakan dalam keadaan saling kasih-mengasihi dan sayang-menyayangi; sebagaimana seluruh badan, apabila satu anggotanya mengahud sakit, seluruh anggota yang lain sama-sama berasa demamnya dan berjaga malam.
Setiap orang Islam hendaklah menyayangi sesama orang Islam sebagaimana dia menyayangi dirinya sendiri. Kalau kita tidak suka orang lain menfitnah kita, samalah juga orang lain tidak suka difitnah. Anak anjing menyalak pada emak dan bapaknya kerana ia telah menjadi perbuatan lumrah, sepertimana yang dilakukan oleh emak dan bapak anjing, teringat Pak Habib kepada Rahim Noor. Nasib baik dia dah bersara, kalau tidak lebam bijik mata Pak Habib.
Apakah kita sebagai manusia juga mempunyai kelaziman yang sama seperti anjing? Kalau kita suka mencari kesilapan dan kesalahan orang lain, jadi jangan marah kalau orang lain pula yang mendedahkan ‘kurap’ dan ‘kudis’ kita. Cerminlah terlebih dahulu diri kita sebelum membuka pekung orang lain. Kesilapan orang lain didedahkan dan kebaikannya diketepikan kerana menurut ideologi - ‘orang lain salah maka akulah yang betul’ - tanpa perlu untuk mereka sendiri menunjukkan contoh yang baik. Pemikiran semacam inilah yang dipenuhi dengan hajat untuk berkuasa dan menjatuhkan orang Islam lain.
Rasulullah SAW bersabda: Di antara seorang mukmin kepada seorang mukmin yang lain adalah ibarat sebuah bangunan, yang sati mengukuhkan yang lain.
Dato Seri Anwar Ibrahim |
Sepatutnya bagi yang berilmu, mereka mestilah mengajar ilmu yang ada pada mereka kepada masyarakat. Tetapi apa yang Pak Habib lihat berlaku adalah sebaliknya. Terdapat golongan-golongan tertentu yang mempergunakan ilmu demi kepentingan sendiri. Jadi nak salahkan siapa. Memang betul ada ahli UMNO yang berperangai macam kafir, yang perangai lebih dari kafir pun ada. Minum arak, kaki judi, berzina, liwat, skandal dengan isteri orang, rasuah, rogol gadis bawah umur, jumpa bomoh, guna sihir untuk jatuhkan kawan dan lawan dan macam-macam lagi termasuk yang tidak pernah sembahyang pun ada.
Mereka yang mengaku diri Islam ini sanggup melakukan apa saja termasuk menipu orang lain dengan alasan perbuatan itu satu takdir ataupun bohong sunat.
Nampaknya bukan amalan agama yang diperintah oleh Allah SWT yang diamalkan oleh golongan yang dikatakan sebagai ulama dunia. Kita menghina wanita-wanita yang menjual maruahnya, menjual dirinya. Apakah menjual ilmu, menjual kedudukan, menjual nama tidak sama level dengan orang yang menjual maruah? Maruah itu apa? Apakah perempuan yang melacur saja dianggap tidak bermaruah? Bagaimana dengan orang munafik yang menjual agama, bangsa dan tanahair? Mereka sanggip mempergunakan kedudukan dan ilmu yang ada pada mereka demi mengaut keuntungan dunia semata-mata. Jika keadaan seumpama ini masih berleluasa, bolehkah ulama UMNO membuktikan kemampuan mereka menerajui parti yang mempertahankan kedaulatan agama Islam ini? Nampaknya ulama-ulama kita hari ini terperangkap di dalam sistem yang lebih banyak menimbulkan masalah daripada menyelesaikan masalah. Mana tidaknya, ulama-ulama kita hari ini terdiri daripada ulama-ulama siang, malam cari makan tempat lain.
Dalam penerbangan pulang dari Johor Bahru, kebetulan Pak Habib terserempak dengan dua orang kuat UMNO, seorang bernama Osman Safian, Naib Ketua Bahagian Pulai dan yang seorang lagi dikenali sebagai Tengku. Pak Habib ada bercerita sedikit pada Tengku tentang apa yang diperkatakan oleh Haji Hadi Awang mengenai pengkafiran UMNO.
Haji Hadi Awang ada berkata, dia menentang UMNO bukan kerana namanya UMNO, begitu juga Barisan Nasional tetapi kerana UMNO dan BN mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan kafir, mengekalkan peraturan jahiliyyah.
Cuba kita jawab, salahkah kita menentang benda yang tidak salah ditentang? Kitakan sudah merdeka, buat apa lagi nak mengekalkan budaya kafir di dalam sistem pendidikan di sekolah dan pusat-pusat pengajian tinggi?
“Kita tidak payah masuk Yahudi, kita tidak payah masuk Kristian. Kita tidak payah masuk Hindu. Kita tidak payah masuk Buddha, tetapi kita menjadi kafir dengan mengatakan politik suku, agama suku.”
Kalau kata-kata ini tidak betul, kenapa tidak bawa saja Haji Hadi ke mahkamah? Maklumlah sekarang inikan musim orang saman orang.
Abul Ala Al-Maududi |
Kalau diterjemahkan, maka kata-lata Abul Ala Al-Maududi ini berbunyi lebih kurang begini:
“Orang kafir pun macam kita juga. Mereka berasal dari Adam dan Hawa. Mereka itu manusia macam kita juga - ada tangan, ada kaki, mata dan telinga. Mereka minum air yang sama seperti yang kita minum, menghirup udara yang sama dan duduk di muka bumi yang sama. Tuhan yang menciptakan kamu adalah Tuhan yang sama menciptakan mereka. Jadi kenapakah mereka mesti dianggap rendah dan kamu tinggi? Kenapakah kita sahaja yang akan masuk syurga sedangkan mereka akan dilaknat ke dalam neraka?”
“Jika kita merasakan diri kita orang Islam tetapi hakikatnya bodoh dan ingkar seperti orang kafir, bolehkah kita secara realitinya menjadi lebih mulia daripada mereka hanya kerana kita memakai pakaian yang berbeza, memiliki nama yang tidak sama dan makan makanan yang berlainan? Apakah di atas dasar ini kita akan dirahmati Allah di dunia dan di akhirat? Islam bukannya merupakan satu bangsa atau keluarga yang mana keahliannya secara automatik diwarisi oleh anak dari seorang bapa. Seorang anak ulama tidak akan mendapat kemulian di sisi Allah, sekiranya dia mengerjakan perbuatan-perbuatan mungkar kerana dia dilahirkan dan dibesarkan di rumah seorang alim ulama. Tuhan juga tidak memandang rendah kepada seorang lelaku dari keluarga yang papa, tidak menafikan amalan-amalannya hanya kerana dia dilahirkan dalam golongan tersebut.”
Islam itu bukannya satu bangsa tetapi di dalam dunia ini hanya orang Melayu saja yang berani menyatakan bahawa bangsa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Dan secara automatik, anak-anak ketua agama, bila dia jadi Raja dia jadi ketua agama dan dia disembah oleh sekelian rakyat jelata dan rakyat mesti menggunakan ‘patik’ (anak anjing) bila bercakap dengan ketua agama. Adakah cara ini Islamik? Begitu juga UMNO, satu-satunya parti yang percaya bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Apa akan terjadi kepada ahli UMNO yang bukan Islam? Bukankah ucapan ini bercanggah seperti keadaannya di Sabah?
Kembali kepada cerita Omar Khalid yang sudah terkeluar dari PAS masuk UMNO dan membongkar rahsia parti semasa dia bersama PAS dulu, ianya boleh menimbulkan tanda tanya kepada kita. Betul ke Omar Khalid ini hatinya bersama-sama UMNO atau jasadnya saja?
Maklumlah hari ini ramai yang masuk UMNO untuk dapatkan sesuatu. Tapi kalau kita boleh terima seorang bekas komunis atau sosialis yang boleh mengubah sikap dan minda masyarakat, biarpun jiwanya masih kekomunis-an atau kesosialis-an setelah meninggalkan parti yang berhaluan komunis dan sosialis, apakah tidak mungkin Omar Khalid, bekas aktivis PAS ini turut bermain sandiwara, bermuka-muka, berpura-pura dan menjadi batu api untuk timbulkan kemarahan rakyat terhadap UMNO.
Ibrahim Libya |
Cuba PAS yang keluarkan isu ini, tentu sekali BN akan menuduh PAS cuba timbulkan huru-hara. Tapi sebenarnya tidak seorang pun tahu niat Omar Khalid. Hanya dia dan Allah SWT sahaja yang tahu. Kita jangan buruk sangka tapi kita ambil iktibar darinya. Firman Allah SWT:
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangakaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan atau keaiban orang, dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya dan bertaqwalah kamu kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”
(Al-Hujurat:12)
Kita sudah pun tengok apa yang terjadi pada ahli PAS yang masuk UMNO. Tapi kalau mereka nak jadi macam Abdullah bin Ubai, terserahlah!
Omar Mokhtar - Desert Lion of Libya |
Kita kena percaya pada hukum karma, pembalasan dari Allah SWT walau sebesar zarah pun kebaikan akan dikira, begitu juga kejahatan. Ingatlah pembalasan dari Allah datang dalam bermacam-macam bentuk yang kita sendiri tidak menyangkanya. Biarkanlah pergaduhan antara Anwar dan Mahathir ini mereka selesaikan sendiri. Kita sebagai orang Islam ada paradigma sendiri. Kalaupun benar Anwar melakukan perbuatan di luar tabii itu, biarkan saja Tuhan yang menghukumnya. Tidak ada seorang pun manusia yang terlepas dari dosa-dosa yang pernah dilakukannya di dunia. Kalau tidak dibalas di dunia pun, di akhirat kelak pembalasannya akan diterima juga.
Cuba lihat apa yang terjadi pada Namrud. Raja yang berkuasa tetapi zalim, akhirnya jadi gila dan memukul kepalanya sendiri dengan kasut hanya kerana seekor nyamuk (yang sudah patah sayap) terbang masuk ke dalam hidungnya dan tidak dapat keluar.
Kalau betul kita merasakan yang kita sudah tersesat, sudah terlanjur disebabkan kita tidak tahu (tidak berilmu), maka apa salahnya kita kembali ke pangkal jalan dan bertaubat. Jangan tahu buat saja, tapi tidak tahu nak bertaubat.
Mari kita minta ampun dari Allah SWT, kita kena taubat nasuha. Kita terima hakikat bahawa kita memang sudah diselewengkan oleh penjajah. Tidak perlu lagi kita nak berlagak bodoh sombong. Satu puak difanatikkan dengan agama hingga menolak perlembagaan dan perkara-perkara yang berbentuk material. Sedangkan satu lagi puak mengejar keduniaan. Kita kena terangkan kepada para pembaca terutama kepada anak muda yang berminat dalam politik yang mahukan agama, siapa sebenarnya yang memperjuangkan Islam?
Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib berkata dalam Nahjul Balagha: Janganlah anda mengenali kebenaran melalui orang yang berkata. Tapi kenal lah kebenaran itu dulu, apa itu kebenaran? Nanti anda sendiri akan tahu siapakah ahli kebenaran itu.
Dengan kata-kata lain, dengarlah apa yang dikata, anda sendiri boleh mengukur sama ada perkataan itu benar atau dusta. Tidak perlu dihiraukan dari mulut siapakah perkataan itu dikeluarkan. Ringkasnya, orang yang lemah akal mengenali kebenaran dengan melihat siapa yang bercakap bukan mengenali kebenaran demi kebenaran.
Orang yang berfikiran waras mengenali kebenaran dengan meneliti perkataan itu sendiri. Kalau benar diterima, sama ada keluarnya dari mulut pendusta atau orang benar. Malah lebih jauh dari itu seboleh-bolehnya ia menapis kebenaran yang datang dari ungkapan orang sesat.
Seorang Badwi berkata kepada Rasulullah SAW: Aku mahu menjadi orang yang paling dihormati. Jawab Rasulullah SAW: Jika kamu tidak mengatakan orang lain atau sebarang makhluk maka kamu adalah orang yang paling dihormati.
Perkara yang diucapkan oleh manusia dengan lidah secara sedar atau tidak adalah timbul daripada budinya. Budi adalah keadaan rohani manusia atau sifat batinya. Di sinilah segala kalimah-kalimah yang mengalir dari mulut dan lidah adalah ungkapan dari makna yang terkandung dalam batin kita.
Lantaran itu bahasa manusia dipengaruhi oleh budi dan pekertinya. Dalam hal ini memilih kata-kata yang baik adalah termaruk budi pekerti yang tinggi. Demikian juga contoh teladan percakapan wahyu Allah SWT kepada nabi-Nya sering memakai bahasa terpilih.
Kalimah-kalimah kotor hanya lahir dari mulut orang yang kotor hatinya. Orang kotor tidak menghasilkan yang bersih, dan orang baik tidak akan menghasilkan yang kotor. Orang yang kotor ialah orang yang imannya kodong di dalamnya. Justeru, kekosongan iman itu akan diisi oleh sifat benci dan dendam oleh iblis.
Think, FIKIR, Tafakkur. Assalamualaikum!
Subscribe to:
Posts (Atom)