01 January 2014

Tahun Baru

Bismillah..

Last entry pada Ogos..tup tup hari ni dah 1 Januari...tahun yang berbeza. Owh cepat sangat masa berlalu.
Saya tetap macam ni...seorang anak, seorang pekerja, seorang pelajar separuh masa.

Masih dengan Sinar Harian? Ya..selagi tiada sebab lain, insyaallah saya akan cuba pertahankan bekerja di sini.

Gambar print screen di atas adalah sebab kenapa saya masih lagi di Sinar Harian. Walaupun gaji tidak sehebat company lain yang pastinya saya boleh dapat dua kali ganda. Tapi gaji bukanlah faktor utama setakat ini..sejiwa..itu mungkin perkataan yang lebih sesuai. Tetapi saya tidak pernah menjadikan wartawan adalah pekerjaan sampai bila2. Ia boleh berubah mengikut keadaan.

Masih belum habis study? Ya, saya memperuntukkan tempoh maksima tiga tahun untuk saya habiskan sarjana. Ini bermakna 2015 baru habis. Setakat ini..itulah perancangannya..namun perancangan ini boleh berubah sekiranya hmm...sekiranya saya diberi rezeki untuk mendirikan rumah tangga (mungkin) dan bakal suami minta/suami minta pengajian segera habis (mungkin). Jika tidak..saya akan tetap dengan perancangan asal..tiga tahun untuk sarjana. Lamakan? Takpa..tiada apa-apa sebab untuk saya rushing.

So, selamat tahun baharu 2014. Saya tiada azam baharu. Matlamat hidup saya akan dipertingkatkan dan diperbaharui hanya pada 15 Syaaban.






28 August 2013

Kehilangan

Bismillah...

Seorang rakan media..chinese..dia kehilangan bapanya. Akibat kanser. Serius aku faham apa yang dia rasai. Kami boleh faham each other because kita ada persamaan..menjaga orang sakit..orang yang dekat..orang yang dikasihi disayangi. Pengalaman pernah menjaga atok yang sakit..ibu juga..malah terkini, Maksu. Sakit atok sekadar sakit tua..namun begitu melayan kehendakknya..kemahuan tekaknya..ia menuntut kesabaran. Ibu pula dengan Tumor Brain dan Maksu..kanser. Allahurabbi..sesungguhnya aku tidak mahu mengeluh setiap kali membantu mereka..sebab aku mahukan ia sebagai ibadah. Biar aku hanya anak bongsu kepada ibu..anak buah kepada Maksu..cucu kepada atok..namun dalam setiap doa aku mengharapkan keihklasan dalam setiap kebaikan dilakukan.
Apabila mendapat tahu kematian ayah kawan aku..aku jadi teringat kata-katanya tempoh hari.."I tak bersedia untuk kehilangan orang yang I sayang..yang I jaga setiap hari..yang I suapkan makan..yang I mandikan..yang I hantarkan ke hospital..I buat everything! Kalau dia pergi..I tak dapat buat tu semua lagi". Tidak sampai seminggu kata-katanya itu..ayahnya pergi selama-lamanya. Allison..you really a good friend..among non-Muslim friends who can understand about Islam..try to understand about my religion. Malah kata2 you juga sering seperti seorang Muslim. I doakan moga you memilih hidayah yang ada didepanmu Ally.

.:LorongPandan:.
:.Mati itu pasti:.


13 July 2013

In between

Bismillah... 





Sementara menunggu kawan di dalam Masjid ini..ada sesuatu yang menganggu fikiran. Akan aku ceritakan pada entri akan datang (kalau rajin). Rugi rasanya pabila berada di dalam masjid di bulan Ramadan tapi tak gunakan peluang ini sebaik2nya..kan?

.:putrajaya:
.:antaraduniadanakhirat:.

Berdosa

Bismillah...

Alhamdulillah..akhirnya aku update blog ni..dan kali ni mudah sikit hanya melalui handphone sahaja. Alhamdulillah..sekarang jua kita berada dalam bulan Ramadan Kareem.

Ramadan pertama sahaja..aku sudah diuji dengan hal berkaitan kerja. Mujur aku punya team kerja (bos) yang memahami. Ramadan kedua aku diuji lagi apabila demam sudah sampai puncak. Jika sebelum ini setakat sengal2 sendi, tekak dan mata panas. Tapi jika sudah tangkap bahagian kepala memang aku surrender. Nak pula penyakit wanita itu datang (sakit berpakej). Di mahkamah aku sudah tidak keruan menahan sakit perut dan kepala yang berdenyut. Lepas dapat kes aku terus balik rumah. Ke klinik? Tak rajinlah! Nak drive balik ke rumah ni pon kalau boleh terbang..aku nak terbang saja. Mc? Tak guna Mc kalau kena anta story. Kerja berdua sahaja dengan Abg Jeff..kesian pulak Abg Jeff kerja sorang2 nanti. Dah la ada anak..wife dalan pantang lagi pulak tu. So aku nekad balik umah buat keje sambil tido..haha..korang mampu buat kerja sambil tido? Eh ni bukan ada bela2an ok..jauh sekali hantu raya. Ni namanya buat kerja sambil sedar ke tak sedar..haha. Apepun..'powerpuffgirl' memang dah tak power dah!

.:lorongpandan:.
.:sakitpenghapusdosakecil:.

22 March 2013

SPM

"Ade tempat nak sambung belajar tak?," tanya wanita separuh abad itu sebaik sahaja anaknya melangkah masuk ke rumah yang baru pulang dari sekolah mengambil keputusan SPM.

Tanpa menunjukkan slip keputusan si anak terus menjawab dengan yakin "Ada. Mestilah ada. Insyaallah ada," kata si anak bongsu itu meskipun belum pasti lagi di mana tempat untuk menyambung pelajarannya. 

Si anak menarik nafas lega kerana tidak dimarahi dan bersyukur ibunya tidak melihat slip peperiksaan yang tidak cantik langsung!

Ini dialog dan kejadian yang benar2 berlaku 10 tahun lalu.
Ya, sampai sekarang ibu tak pernah lihat slip keputusan SPM aku.

#Spm2002 #ResultSpm2003 #KeputusanSpm2003

-------------------------------------------------------

Nak minta kerja..dorang tengok result SPM..tak kira lah dah ada Diploma, Degree,  Master. Nak sambung belajar..dorang nak jugak salinan result SPM. Tengok..kan dah cakap susah duduk Malaysia ni..semuanya nak tengok result SPM. Dah la result 'terlalu cantik'. Mana tempat nak terima sambung belajar?! Siapa nak ambil bekerja!?

#Spm2012 #ResultSpm2013 #KeputusanSpm2013 #Belenggu


   -------------------------------------------------------

Walaupun SPM segala-galanya di Malaysia tetapi ia tetap tidak boleh melangkaui segala-galanya dari Allah. Biarpun result teruk..biarpun tiada A..jangan biarkan jatuh tidak bangun2. Bangunlah dan buka 'buku baru'. Jangan putus asa untuk belajar lagi dan lagi dan lagi. Gagal di sekolah tidak bermakna akan gagal di universiti. Gagal di sekolah tidak bermakna akan gagal di tempat kerja. 

Teruskan langkah ke depan. Pasang niat dan bina matlamat! Matlamat ok bukan Mat Lamat. Dan berdoalah! Hanya dengan izinNya, matlamat itu, apa yang dicita-citakan itu pasti diperoleh. Yakinlah dengan kerjaNya.

Eh, come on la..ada orang tu dulu SPM pangkat dua tapi sekarang jadi Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Melaka. Ada juga orang tu..Tan Sri Syed Mokhtar tu tak mengaji kat universiti pon tapi jadi jutawan jugak. Bak kata Ketua Biro Sinar Harian Melaka/Negeri Sembilan.."saya yang dapat grade 1 pon masih belum jadi jutawan atau hartawan".

Bagaimana saya? Saya punya result memang geleng kepala...SPM tiada A. Lagi sedih apabila dua subjek agama pon tidak A sedangkan saya belajar di sebuah sekolah agama. Tapi saya ada cita2. Saya mahu jadi wartawan. Alhamdulillah..biiznillah..saya menjadi apa yang saya inginkan sejak 11 tahun dahulu. Kini sedang memyambung pelajaran secara sambilan di peringkat Sarjana.

Nah, apa yang mahu diberitahu adalah hidup ini rahsia Allah. Kita pulak jangan berhenti belajar, jangan berhenti mengejar cita2 diiringi doa dan SOLAT JANGAN TINGGAL.

Tapi bila dah berjaya, jangan sombong! Kita manusia biasa mudah sangat syaitan nak goda. Maka..doalah supaya tidak lupa diri..teruskan berdoa supaya istiqamah rendah diri. Dan beringatlah semua ini pinjaman semata.


.:lorongpandan:.
.:peperiksaantakkanpernahtamat,hidupjugasebuahpeperiksaan:.

31 January 2013

Ketika ini

Bismillah...

Tak tahu nak cerita apa..tapi tetap nak taip sesuatu sebagai usaha untuk tidak membiarkan blog ini tidak diisi apa-apa sejak tahun berganti dan hari ini pula hari terakhir Januari.

Sebagai tempat yg akan aku jengah apabila sudah tua nanti (kalau panjang umur). Andaikan jika 10 tahun dari sekarang..aku baca semula entry ini..apa yang perlu diingatkan adalah ketika ini aku sudah bekerja di Sinar Harian selama kira-kira dua tahun 10 bulan. Ketika ini aku sedang cuti sekolah..menunggu keputusan peperiksan bagi semester Pertama Sarjana Komunikasi Pemasaran Bersepadu.

Sekarang ni juga maksu (wonderful lady) sedang menjalani radioterapi sebagai rawatan kanser dihidapnya.dan .pada tarikh hari ini 31 Januari 2013..maksu sudah jalani hari ke 13 radioterapi..berbaki lagi dua hari. Fisioterapi...masksu belum putuskan samada meneruskan dengan sesi baru atau berhenti setakat ini.

Pada hari ini, Aju merangkap roomate merangkap cousin of cousin (sepupu aku punya sepupu) memberitahu permohonan pertukaran ke Selangor cuma belum tahu lokasi sebenar di Selangor lagi. Sejak bernikah April tahun lalu (2012), Aju dan hubby dia weekend couple..weekend husband and wife. Dan hari ini kandungan Aju berusia tujuh bulan. Dan ketika ini aku terfikir..esok2 Aju dah tak duduk sini..aku tinggal sorang2. Serius aku tak suka keadaan ini. Biarpun aku dan Aju adakala jarang berbual sebab aku yg rajin tidur lepas subuh tidak sempat berbual panjang dengnnya sebelum dia pergi bekerja. Bila aku balik malam pula..Aju dah tidur (aju memang cepat collapse..doktor gigi gamaknya).

Pada ketika ini...aku masih menggunakan SLK850..si buah hati pengarang jantung. Sangat berjasa sejak menjadi miliku pada Julai 2008. Penang dah sampai, Lumut di Perak dah pergi, Segamat dan Tangkak di Johor..semua lokasi ini pergi bersama SLK850..si tabah.

Yang penting sehingga hari ini..sehingga saat ini saya masih tiada suami..(lari target) hahaha  Calon mungkin ada tapi calon hanya sekadar calon jika saya sahaja yang berfikir dia adalah calon saya sedangkan dia tidak begitu. Jika hati dan perasaan ini dilemparkan tidak disambut oleh pihak satu lagi, kita tidak boleh  marah dan paksa pihak itu..ececeh..betui dak??

Sepuluh tahun akan datang..atau seandainya blog in dibaca pada tahun 2023..ada sesuatu yg perlu ko ingat Amy..pada tahun 2013 kau seorang yg kecik berkerudung besar tetapi degil dan lasak namun hati yg mudah luruh juga mudah simpati kerana jauh di sudut hati kau ko adalah Amirah Si Tabah! (tak perlu orang lain cakap..cukup untuk kau tahu tahap mana ketika ini setelah apa yg ko lalui sejak kecil..sejak ibu sakit sakit 21 tahun dahalu)

.:lorongpandan:.


11 December 2012

R i n d u

Assalamualaikum..

Dulu kalau offday..balik Tampin. Kadang2 sebab taknak gaduh selalu..balik Tampin dua minggu sekali.
Tapi sekarang ni..jadi rindu nak gaduh-gaduh. Kalau balik pon mesti bersebab..samada nak amik dan hantar Maksu atau amik dan hantar dia. Tidur semalam je..itu pon tak sampai 24 jam di rumah. Dan seMalam tu akan digunakan peluang sebaik-baiknya untuk tidur sebelah dia..walaupun tak sempat nak gaduh-gaduh tapi cukup la dapat tidur sebelah dia..peluk dia. Sekarang ni jarang dapat balik Tampin selalu sebab offday akan ke KL..hadir kelas!

Siapa dia? Ye dia adalah IBU saya.

Biarlah kalian nak kata apa pon..sudah tua begini masih berkepit bawah ketiak mak??? Saya tidak peduli..selagi ada hayat saya..selagi ada hayat ibu. Saya tetap mahu tidur sebelah ibu jika sesekali balik kampung. Sebab kesempatan itu pasti sukar diperoleh jika sudah bergelar isteri atau kesempatan itu pasti tiada lagi jika salah seorang daripada kami 'pergi'.


Ibu sengaja membetulkan mulutnya yg senget semasa gambar ini diambil 11 tahun lalu. Apa yang kalian lihat..fizikal luaran ibu..ia adalah akibat pembedahan dijalani pada tahun 1993

.:lorongpandan:.
.:rindu:.

Jejak Penyinggah

Terima kasih kerana menyinggah. Thank you for droping by.
Visitor Map
Create your own visitor map!

Manisan Telinga