GAmbar Karton kt bwh

bintang kelip2

Pages

31 Oktober 2009

Wanita muslim Acheh Barat dilarang memakai seluar ketat

(gambar hiasan)
WANITA muslim yang tinggal di Acheh Barat dilarang untuk memakai seluar ketat mulai 1 Januari tahun depan.
Sesiapa yang memakai seluar atau jeans ketat akan disuruh menukar pakaian tersebut kepada skirt labuh yang disediakan oleh kerajaan daerah itu.
Manakala seluar ketat itu pula akan dipotong dua dengan segera dihadapan mereka.
Kaum lelaki juga tidak terlepas kerana mereka tidak dibenarkan untuk memakai seluar pendek.

(gambar hiasan)
Tetapi, tidak dimaklumkan sama ada kaum lelaki akan diberi pakaian gantian jika mereka ditangkap memakai seluar pendek. Hukuman apa yang akan dikenakan buat lelaki Islam yang melanggar peraturan itu juga tidak dinyatakan.

Sementara itu, Ketua Daerah Acheh Barat Ramli Mansur berkata penduduk yang bukan beragama Islam tidak perlu mengikuti peraturan tersebut.
“Kami menghormati hak penduduk bukan Islam. Oleh itu, mereka tidak perlu risau mengenai peraturan baru ini,” jelasnya lagi.
“Kaum wanita hanya dibenarkan untuk memakai seluar sehingga buku lali mereka dan seluar itu juga mestilah longgar.
Mereka hanya boleh memakai seluar di dalam skirt,” ujarnya lagi.
Menurut Mansur lagi, jika ada sesiapa yang membantah, dia berpesan kepada mereka supaya tidak marah terhadapnya kerana dia hanya mengikut tuntutan agama Islam.
bersumberkan dari :

1 MALAYSIA CAMNE?

26 Oktober 2009

BIDADARI SYURGA

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan....

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain.Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid,maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut....Tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi.

Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... Tidur bersama-sama.... Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah,dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... Lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia...Di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... Takpernah dilihat didunia ini... Lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... Wanita itu menjawab ehhn tidakk... Saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsanasana..

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai....Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... Eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan... Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yag pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua.... Dan tak pernah dia lihat di dunia.... Lalu wanita itu berkata ... Akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... Nantiii kamu belum syahid lagiiii.......

Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... Tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi..

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi didalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid..
Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yangshahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... Dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....subhanallah....
Kesimpulan cerita ini.....

Tiada rehat atau terputusnya kehidupan selepas hidup di dunia....Selepas seseorang mati maka kehidupanya terus bersambung dengan kehidupan barzakh, akhirat etc.... Kehidupan akhirat adalah satu perjalanan yang cukup jauh dan cepat untuk tiba....Kalaulah suatu perjalanan kita dari Malaysia ke Amerika yang mana kehidupan di sana menjanjikan kehidupan yang lebih baik maka sudah pastilah bekalan yang banyak telah kita buat.... Jual tanah, jual lembu kerbau, jual kereta untuk membuat bekalan ke sana kerana kehidupan disana akan menjaminkan kebahagiaan dan segala yang tergadai ini dapat kita kecapi semua....Maka apatah lagi kehidupan akhirat lebih-lebih perjalanannya nun jauh di sana dan tiada sebarang perjanjian untuk hidup bahagia melainkan bekalan taqwa dan iman yang sempurna serta amal yang soleh... Semoga kita semua dapat amal dan sampaikan.....

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ? Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...".

bersumberkan dari internet :)

15 Oktober 2009

Kisah Penjual Tempe

Sesungguhnya tiada kuasa lain yang dapat menandingi kekuasaan Allas swt..amin

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.

Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.

Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringatakan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu dia pun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacangsoya ini menjadi tempe. Amin"

Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan diap un membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe,Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikitbungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yang sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.

Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihatisinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buatkali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe,tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadilagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudahpun dimakbulkan oleh Tuhan...

KONKLUSINYA.... :)

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan..

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan kearah kebaikan.. (",) ....

"JOM KITA RENUNG DAN FIKIR DI SEBALIK CERITA DI ATAS"
Bersumber email sahabat..

Jangan mengintai klu xnak disumpah jd batu!

Pada suatu petang, tiga orang budak lelaki bermain sorok-sorok. Dua orang menyorok dan seorang lagi mencari kedua rakannya. Dua orang budak itu menyorok di belakang bilik air dan kebetulan ketika itu, seorang gadis sedang mandi.

Secara tidak sengaja, dua orang budak itu, ternampak gadis yang sedang mandi tersebut. Beberapa minit kemudian seorang daripada budak itu menjerit dan lari lintang-pukang.

Setelah jauh dari tempat itu, kawannya bertanya, "Mengapa engkau lari?"
"Uuhh... mak aku pernah cakap kalau kita mengintai perempuan mandi,nanti kena sumpah jadi batu..."
"Masa aku tengok perempuan tu tadi, aku rasa ada sesuatu dah mula mengeras, aku rasa dah nak mula jadi batu, sebab tu aku lari...," jawabnya lagi.

hihihihihi....selamat berhibur :))

08 Oktober 2009

SERUAN AZAN

Allahu Akbar!!

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Coba Kita amati..
Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat Berkata apa-apa..
Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
'Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun sewaktu azan Berkumandang .
Sebagai orang beragama Islam Kita wajib Menghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas siapa yang berbicara ketika azan, Allah Akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
Yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah!
Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami... Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'
Sesuatu yang tak pernah terjangkau di akal fikiran ku ini. Subhanallah. ..
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan mengalunkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Saja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'
Diawali dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya sebanyak 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mulai berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan Ke-Agungan Allah S..W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.
Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia .
Perbedaan waktu antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.
Belum alunan Azan merata Indonesia selesai, dimulai pula di Malaysia .
Berikutnya di-Burma dan dalam waktu satu jam selepas Azan dialunkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.
Berikutnya alunanannya akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India . Perbedaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 menit jadi dalam jangka waktu ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.
Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.
Perbedaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam.
Dalam jangka waktu ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .
Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dialunkankan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.
Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia.
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.
Subhanallah,
begitu hebat dan agungnya Islam! Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pengeras suara, akan bergetar satu dunia dengan alunan Azan yang tidak putus-putus.
Allahu Akhbar!
Bersumberkan email sahabat...sama2 kte amalkan :)