Wednesday, September 05, 2007

05/08/2007

CuTTiNG ThE BuDGet
Budget harian aku terang2 harus dikurangkan. Dahulu aku menyediakan RM7 setiap hari utk perbelanjaan aku di campus di mana setiap RM7, RM 1 aku akan simpan di dlm tabung.

Kini......tak dapat tidak aku mesti membelanjakan kurang drpd RM5 sehari dan RM 2 akan di simpan di dalam tabung.

Byk aku terpaksa beli sebelum menempuh ke alam LI dan juga sebelum kerja ni. Terpaksa membeli kasut hitam,beg galas, seluar,baju kemeja all that needed things yang semuanya 4,5 tahun dan ada yg telah koyak. dan sebahagian wang itu aku terpaksa membeli kad top up utk membuat panggilan kepada byk syarikat2 utk latihan industri aku nanti.

Dan aku berharap sgt duit yang aku simpan tu tidak digunakan utk hal-hal kecemasan kerana itulah yg terjadi kpd tabungan2 aku sebelum ini. RM300-400 setiap semester selalunya akan aku gunakan untuk hal2 kecemasan diwaktu cuti semester atau pun sbg perbelanjaan jika aku ada urusan di campus diwaktu cuti.Aku juga berdoa agar aku tidak kehilangan benda-benda berharga dan juga penting yang memaksa aku menggunakan wang tersebut dgn segera.Mujur juga aku sudah biasa hanya pulang ke kg dalam satu semester hanya sekali iaitu pada cuti midsem dan juga diakhir semester dan itu byk membantu dalam penjimatan budget aku.

Nampaknya aku terpaksalah membatalkan hasrat membeli jam tangan. Sudah 5 tahun aku tiada jam tangan. Gaji pertama aku nanti Insyaallah aku akan spend utk jam tangan aku. Buat masa ini, ah,jam di dinding kan ada. atau pun tanya sahaja awek2 di sebelah sambil bertanya boleh mengorat sekali,hehe...