Thursday, October 7, 2010
Sunday, October 3, 2010
بسم الله الرحمن الرحيم
[34 : 15]
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan disebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!

- Nyonya merasa kuih Benggali,
Melayu seni bersilat, India seri menyanyi,
Satu Malaysia tidak berbahagi,
Bagai satu jasad, satu jiwa tak mati.
- Berhari raya berdeepavali,
Main mercun di raya cina,
Satu Malaysia, mekar mewangi,
Rakyat disantun, negara berjaya!
- Makan laksa, nasi kandar lagi,
Sate dijamah cendol dipesan,
Satu Malaysia, diperkasa lagi,
Bersama istiqamah jayakan wawasan.
Posted by sg setar at 7:06 AM 0 comments
Saturday, October 2, 2010
PROFIL KAMPUNG GDW
Nama Kampung: | JKKKP SUNGAI SETAR |
Agensi: | RISDA |
Negeri: | PULAU |
Daerah: | SEBERANG PERAI SELATAN |
Mukim: | 9 DAN 10 |
JKKK: | JKKK PERSEKUTUAN SUNGAI SETAR |
Posted by sg setar at 9:11 PM 0 comments
MAKLUMAT ASAS KAMPUNG
Nama Parlimen: | NIBONG TEBAL (P 47) |
Nama Ahli Parlimen : | YB TAN CHEE BENG (BEBAS) |
Nama DUN : | SUNGAI ACHEH (N 21) |
Nama ADUN : | YB HJ MAHMUD BIN ZAKARIA |
Nama Pegawai Daerah : | HJH ROHANI BINTI HASSAN |
Nama Penghulu Mukim : | ILYAS BIN HJ MD DESA |
Kategori Ketua Kampung : | PENGERUSI JKKK (P) |
Nama Ketua Kampung : | MOHD RASHID BIN SHUIB |
Posted by sg setar at 9:09 PM 0 comments
SEJARAH KAMPUNG
JKKK Sungai Setar ini terletak didalam Mukim 9 dan Mukim 10, Pekan Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.
Bermula dari 1.1.2003 berlaku persempadanan semula bagi kali ke 2 kepada JKKK ini. Kawasan baru yang diletakkan semula dibawah pentadbiran JKKK ini ialah sebahagian Kg Sg Setar Kechil (kawasan sebelah kiri menuju ke Pekan Kecil Sungai Acheh). Ini bermakna keseluruhan kampung Sungai Setar Kechil, Mukim 10, diletakkan terus dibawah pentadbiran JKKK Sungai Setar.
Mulai 1.5.2008 nama JKKK Sungai Setar di kenali sebagai JKKK PERSEKUTUAN SUNGAI SETAR.
Selepas persempadanan semula itu, maka rangkaian kampung-kampung berikut meliputi kawasan pentadbiran JKKK Sungai Setar adalah seperti berikut:
Kg Tanjong Berembang.
Kg Sungai Setar Besar.
Kg Sungai Setar Kechil.
Kg Sungai Tok Tuntung/Kota .
Kg Tanah Kebun.
Setiap kampung berkenaan mempunyai sejarah yang tersendiri:
Kampung Tanjong Berembang
Nama kampung ini diambil sempena terletaknya ditepi Sungai Kerian (bahagian sudut tanjong sungai berkenaan) yang terdapat banyak tumbuhan pokok buah berembang.
Kampung Sungai Setar Besar
Dan
Kampung Sungai Setar Kechil
Nama kampung ini diambil kerana kampung-kampung ini terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Setar dan suatu ketika dahulu terdapat dengan banyaknya pokok buah setar (buah kundang).
Kampung Sungai Tok Tuntung
Nama kampung ini diambil sempena haiwan tuntung yang suatu ketika dahulu banyak mendarat di tebing sungai di kampung berkenaan. Kampung ini suatu ketika dikenali sebagai Kampung Masjid dan Kota yang pernah menjadi benteng pertahanan Kesultanan Perak.
Kampung Tanah Kebun
Berasal daripada sebidang tanah estet yang ditanam dengan pokok getah seluas 100 ekar (kepunyaan seorang tauke berbangsa Cina – AI JIN ESTATE). Estet ini telah dibeli oleh anak tempatan dan ditukarkan dengan tanaman menjadikan kebun pokok kelapa.
Posted by sg setar at 9:03 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)
PETA SG SETAR
Sebarang kecemasan ,,,sila hubungi ,,,,,
Pengerusi kampung ; MOHD RASHID SHUIB
No Telefon :012-4534151
address: 2242 Tanjung Berembang 14310 Nibong Tebal S.P.S.