Friday, April 30, 2010

HTML basix

Huwaaa dah jumpe..... penatnyaa aku dok belek2 n tercari code. almaklumlah aku dah lama tggal bidang IT ni. Ngaji jer cos IT tapi bila tak guna dah berkarat la jawabnya... tapi sib baik lgi ler kepala otak aku terpk basic cikit2!!! dan akhirnya aku pon berjumpalah degan en.code ini...

<html>
<body>
<p>

This example cannot be edited because our editor uses a textarea for input, and your browser does not allow a textarea inside a textarea.

</p>
<textarea rows="10" cols="30"> border="yes";<

The cat was playing in the garden.

</textarea>
</body>
</html>

So settle problem aku nak buat link banner untuk di copy & paste itewww..... kihkihkih!!!! so lepas nih korang blehla copy code ini utk add dekat blog yerr.....hehehhe....





Launching new banner


Taaadaaaaaaaaa.... alhamdulillah, akhirnya selesai juge aku meng'ada'kan banner sendiri ini... kikiki... owang lain ada banner, aku pon menyiboks lak nak juge... hehehehe.. kira fullday ari nih aku punyer keje 'menyurping' dan membelek2 blog org nak curik cikit2 ide... takpe kan?? thanx yer to all blogger especially to all sewing and crafty bloggers. Tanpa anda semua, siapalah aku disini....

Tapi aku tak tauler camner nak buat link supaya korang2 boleh add banner nih kat blog masing2... hehehhe... nanti yer saya try n error... Kalau saper2 yg tau boleh la konsgi ilmu dengan saya yer..... Almaklumlah diriku ini masih baru di arena nih... I NEED SUPPORT FROM ALL OF YOU......TQ!!!!

Wednesday, April 28, 2010

Dress LilRania( lain yg nak buat lain yang jadi..)





Ok ker tak? hihihi....

Close up bhgn atas...


Bahagian bawah....

Tadaaaa....nihla hasilnya dr smocking yg aku buat baru2 nih..tup2 bila dah siap camnihla rupa dress tuh.. kihkihkih ( patut aku menjerit bkn ketawa) ...Mana gi smockingnya??? Tula yang aku frust sgt... hajat di hati mmg nak tgk smocking yg aku buat tuh jd baju.. Tup2 masa nak camtum, size bhgn smocking tuh kecil dr size asal!!! Huhuhu... Memang takleh nak buat apa... Sedih.. Sedih.. memang takleh nak cakap... So tepaksa di'oter smula dress tuh dan inilah jadinya!!

Kali nih aku tau lah kat mana silapnya.... kain yg aku pleat tuh terlalu lembut wpn aku guna 1 1/2meter kain still tak cukup... sepatut aku iron kain gam nak bagi keras, so
size pleat tuh kurang n tak guna byk kain... Takpe lepas nih elak kan kesalahan mcm nih erk... hihihi..

Whateva...aku rasa dress yg tak jd nih ok gak kan?? (Perasan la tuh...hihihi) Janji jd baju gak dan penting skali Rania mesti suka baju yg mama jait utk die...

Monday, April 26, 2010

Dres smocking untuk puteriku


Hari nih berjaya aku siapkan smocking untuk "princess Rania". Balik jer dari sekolah td, terus aku duduk n mula mjait. Mula2 tuh byk kali jugakla tetas benang sebab x jadi...dr ptg td sampai dekat tgh mlm baru aku berjaya siapkan corak2 smocking yang aku main hentam sajalah.....inikan 1st trial aku. So hasilnya taklah seberapa sgt.... tapi aku bangga sebab susah payah aku buat pleat n smocking nih dengan hanya merujuk pada buku yang aku beli tuh ajer..hihihi...Lepas nih baru aku nak camtumkan badan dengan gaun die....taktau la hasilnya cam mana nanti. Kita tengok jer la apa akan jadi lepas nih.....

Saturday, April 24, 2010

Button comel


Button comel2 nih dah lama beli sebenarnya....cuma mggu lepas baru dibuka bungkusannya... Hajatnya nak tunjuk jenis2 butang kat anak-anak murid ku. Almaklumlah aku kan mengajar subjek jahitan...:) Comel x?? Masa beli tuh aku tak terpikir pon nak buat apa.... saja nak buat kolekksi sebab tgk cute jer...hehehe... Rasanya lepas nih kalau aku buat dress kat anak dara ku bolehlah ditempekkan kan bajunya...... Hiii entah bila la mama kamu ini sempat jahit baju untuk anaknya.. Selalu jer sibuk...

Sekarang dah dekat2 masuk bulan 5 lagi lah bertambah-tambah stress sebab assigment tak siap2 lagi. tapai allhamdulillah, semua tempahan aku dah siap jahit..cuma ada 2-3 pasang kain terpaksa dipulangkan disebabkan kekangan masa disaat-saat akhir ini.... hujung bulan 5 nih dah nak masuk balik maktab.....Orang lain cuti sekolah, aku pulak bertungkus lumus ke kelas yang jadualnya teramatlah padat.... sabar2 dah tak lama dah....setahun jer lagi... lepas itu bolehla buat apa jer hobi2 yg tertangguh itewww...huhuhuhu...

Tuesday, April 20, 2010

KDSM iktiraf wanita bidang jahitan

ARKIB : 19/04/2010
KDSM iktiraf wanita bidang jahitan

Oleh Aishah Ariff
Gambar Ahmad Zakki Jilan


Para penerima anugerah pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah Tokoh Wanita Program Home Based Business (PHBB) 2009 bergambar kenangan bersama tetamu diraja.

Aktiviti menjahit di kalangan sebilangan wanita dulunya tidak lebih daripada sekadar hobi bagi mengisi masa lapang. Namun seiring dengan perkembangan zaman yang semakin materialistik segalanya kini boleh 'jadi duit' termasuk pada aktiviti-aktiviti yang dulunya sekadar hobi,

Malah jika diusahakan dengan bersungguh-sungguh, bidang jahitan boleh menjadi mata pencarian yang cukup lumayan kepada golongan wanita yang memilih untuk menjadi suri rumah.

Dengan hanya menjahit secara sambilan di rumah golongan ini mampu meraih pendapatan ribuan ringgit.

Fakta ini terbukti pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah Tokoh Wanita Program Home Based Business (PHBB) 2009 anjuran Koperasi Dagang Seni Malaysia (KDSM) yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.

Majlis bertujuan mengiktiraf kejayaan suri rumah dan ibu tunggal yang berjaya menjadikan aktiviti jahitan di rumah sebagai sumber pendapatan yang memberangsangkan.

Pada majlis tersebut tiga wanita iaitu Nurzalifah Atifah Mashri, Salbiah Taib dan Rugayah Mohd. Taha dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Wanita PHBB dengan pendapatan purata bulanan masing-masing antara RM4,000 hingga RM8,000.

Penyampaian Anugerah disempurnakan oleh tetamu diraja iaitu Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar.

Memulakan operasinya secara rasmi pada Mac tahun lalu, KDSM sebenarnya rentetan daripada penubuhan Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJK) yang turut mendapat kerjasama daripada Pusat Latihan Kraftangan Epal sekitar tahun 2007.

Koperasi tersebut menjadi platform kepada peminat seni jahitan sekali gus membantu golongan wanita daripada pelbagai latar belakang meraih pendapatan melalui aktiviti menjahit.

Sehingga hari ini, KDSM mempunyai 13 cawangan di seluruh negara dengan menjadikan Pusat Latihan Kraftangan Epal sebagai pusat pembelajaran.

Antara seni jahitan yang ditawarkan ialah sulaman baju, sulaman manik labuci, seni tampal hias, quilt dan cantuman.

Pengerusinya, Fully Chye Goet Lee, berkata, melalui program itu wanita yang menceburi bidang seni jahitan kreatif ini hanya menghabiskan masanya di rumah sambil melakukan aktiviti jahitan tanpa perlu mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Lebih menarik katanya, hasil jahitan tersebut yang kebanyakannya berbentuk kraf tangan seperti beg, sarung kusyen, quilt dan sebagainya boleh dipasarkan sendiri di tapak jualan yang disediakan KDSM pada setiap hujung minggu.

"Secara tidak langsung mereka meraih pendapatan dan pada masa sama masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu," katanya ketika ditemui selepas majlis anugerah.

Beliau yang juga pengasas Pusat Latihan Kraftangan Epal berkata, dalam usaha memperkenalkan seni jahitan kepada orang rama pihaknya juga mengadakan pameran hasil jahitan tempatan dan luar negara selain demonstrasi jahitan dari semasa ke semasa.

Mengenai majlis anugerah tersebut Goet Lee berkata, pihaknya memilih Semangat Si Bunga Matahari sebagai tema majlis.

Ini bagi mengambil contoh sifat bunga tersebut yang sentiasa menghadap matahari, ibarat seperti ahli keluarga yang memerlukan perhatian dan sokongan dari seorang isteri, ibu dan anak.

"Begitu juga ahli kami yang memerlukan galakan dan dorongan dari KDSM dan masyarakat untuk terus kukuh," jelasnya.

Sementara itu Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah Tokoh Wanita Program Home Based Business (PHBB) 2009 turut memperkenalkan Anugerah Khas diberi kepada ahli yang cukup komited terhadap penglibatannya dalam KDSM sehingga mereka peroleh kejayaan yang luar biasa.

Salah seorang penerimanya, Rahimah Mohamed berkata, hasratnya bergiat aktif dalam PHBB bukanlah untuk meraih keuntungan semata-mata.

Sebaliknya, perkahwinan yang didirikan selama 10 tahun tanpa zuriat, mendorongnya bekerja lebih kuat bagi mengumpul wang untuk menjalani rawatan kesuburan In Vitro Fertilization (IVF) yang menelan belanja sekitar RM20,000.

Hari ini, hasil gigih beliau dalam seni jahitan diiringi sifat rajin membuatkan dirinya tersenyum bangga apabila disahkan hamil anak kembar yang bakal dilahirkan Ogos ini.

Seorang lagi penerima Anugerah Khas, Norrimah Sharmen, dipilih berdasarkan sikapnya yang ikhlas membantu rakan seperjuangan dan tidak lokek ilmu.

Sunday, April 18, 2010

Giveaway 4rm ZilaKassim

Hehehe.. nih 1st time aku masuk giveaway..mintak2 luck kali nih... sapa2 minat boleh copy & paste n letak kat blog sendiri ..



Mintak2 ler dpt erk!!!! mesti kenangan yg tak dpt aku lupakan...:P

Tuesday, April 13, 2010

jalan2 cameron

Cuti sultan kelantan baru nih aku bawa anak2 gi kutip strawbery...hikhikhik...sebenornya mama dia yg excited terlebeh2...best sgt ker gi cameron tuh??? bg aku biasa jer..best tang kutip strawberry tuh ja la bg anak2...hehehe..lain2 tempat x besh lgsg.. cuma kat Rose Valley tuh ja..boleh thn la dok dlm pokok2 rose... B4 balik tuh sempat gak aku beli 3 bouquet rose RM10 jer..huhuhu..tuh yg best, harga paling murah setakat nih aku penah beli....
hmmm, sampai ke hari nih tak sempat2 nak update blog nih..nak nak masuk bln baru br aku teringat kt blog nih!! sumer keje2 menjahit berhenti ditengah jln...tahla..lately aku rasa letih, takdak mood...boring....apa masalahnya pon taktau... makan angin pon dah, terlebih mkn pon ada..tp semangat tuh yg semakin berkurangan.... Harap2 pasnih..aku kembali bersemangat!!! rasanya virus MALAS nih mula merebak sekarang....ditambah keadaan cuaca tersgtlah panasnya.. taktahan...

Nak kutip bery2 la nih.....


adik sungguh kusyuk mengutip bery2 di pohon2 itu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails