Kadang-kadang rasa sedih & gembira saling bergilir-gilir

Allah loves you.
Buktinya, Dia menciptakan kita sebagai MANUSIA, semulia-mulia makhluk..

..nota jari-jemari..

You first put a smile if you want others to smile at you..
So, smile..! ^__^


by

Logik kah kita menunggu hidayah tanpa perlu mencarinya.?

 Bak perut yang sedang kelaparan, logik kah ia kenyang tanpa dikenyangkan.? Ada kalanya kita beruntung ada orang yang menghantarkan makanan, tetapi logiknya kita mesti mencari makanan itu sendiri. Begitu juga dengan hidayah



Manakan dapat coklat itu jika tidak berusaha untuk mendapatkannya..kan?

You bring the light to the entire world.
You bring the hope into human life.
You lead us to the way of truth.

..note for you..

Who is The Creator.? Who is The Sustainer .?
Surely He's The One.? Lord of all mankind.?

The answer is Allah swt..

Wallahu 'alam


by

"Nanti-nanti lah berubah, sekarang muda lagi" hanyalah kata-kata yang dipinjamkan oleh syaitan supaya kita diheret sama oleh mereka ke neraka Allah. Sedarlah, hidup di dunia sangat SINGKAT waktunya. Usia muda tidak bermakna ajal juga masih jauh duduknya. Tidak nampakkah kita dengan bukti-bukti yang telah Allah tunjukkan? Nauzubillah.

Tunjukkilah daku jalan yang lurus, bukan jalan yang penuh dengan kesesatan...

Hai manusia yang hidup didalam dunia ini
Jangan kita lupa pada godaan dunia.
Hidup ini hanyalah untuk sementara waktu.
Apa yang ditanam itulah nanti yang diperlu.

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah segala dosa dalam diri
Ku percaya Enagkau bisa menenguhkan
Pendirian ku keimanan ku

..nota pujangga..

Dah sampai 005 bab cinta ini.. Hanya sekadar mengingati. Ana tak dapat melahirkan nukilan yang berleret panjang kerana masa sangat cemburu. Entri pendek sebegini hanya makan masa 5 minit sahaja. Daripada tak menyampaikan satu pesanan daripada Rasulullah saw langsung lebih baik ana gunakan masa 5 minit ini untuk saling kita ingat mengingati..

p/s~Ramai orang yang duk sibuk nak kawen muda.. Tapi tak ramai pula yang sibuk akan MATI muda..

Klik disini juga : BAB CINTA 4 & BAB CINTA 1

by


Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatanNya terlalu MISTERI dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah 'what you give, you get back'. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah. 

Tunggu buah hati ke?

..nota jari manis..

Tak mampu meluahkan dengan kata-kata, ku titipkan di ruangan bisu ini agar awak, awak, dan awak dapat membaca serta menilainya sendiri. Jika kalian tidak mengambil ibrah apa yang berlaku sekian lama dulu, natijahnya akan memakan diri..

Janji Allah itu pasti. Ya..! Sangat pasti..! Sama ada janji-Nya MENGHUKUM akibat DOSA atau pun MENGURNIAKAN kerana PAHALA. Kedua-duanya itu pasti tertunai. Cuma cepat atau lambat sahaja.


فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ

 وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan melihat (pahalanya)"

 "Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihat balasannya!"

~al-Zalzalah : 7 & 8~


Klik juga disini : 001 Bab Cinta002 Bab Cinta dan 003 Bab Cinta

by

Duhai hati, janganlah terkorban dengan DUNIA. Hidup hati 

sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.


..nota rindu..

Sahabat, masih ada waktu untuk kau dan aku menghitung dosa-dosa lalu.. Lantas membasuhnya kembali bersinar menghiasi taman-taman suci..

Masih ada waktu bagi kita meniti corong-corong mazmumah dan mengutip kuntuman mahmudah menghiasi taman hidup ini..

by

Info : Brohamzah



Bermula tercetusnya Revolusi Mesir Januari 2011 yang lepas, seantero dunia menumpukan mata, wajah dan jiwa mereka kepada Mesir. Satu persatu peristiwa – baru, mengejut dan menggembirakan - berlaku dalam sejarah Mesir bagi tahun 2011.

Satu persatu terakam kisah duka dan suka buat rakyat mesir.

Harapan, impian dan cita-cita yang tertanam begitu lama dalam mimpi mereka mulai menjelma ke alam realiti. Revolusi yang berlaku mengorbankan hampir 1,000 nyawa telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada mereka dan hari ini pengorbanan itu “bagaikan” tertebus dengan sebuah permulaan kejayaan bagi rakyat Mesir.

Saya begitu kekok untuk mencatat sesuatu berkaitan Mesir ini. Ingin mencetuskan buah fikiran, pandangan dan pendapat pun tidak berhasil baik. Sudah lama, tidak meninggalkan jejak di teratak ini terutamannya, berkaitan isu Mesir. Tidak tahu mengapa, tetapi saban hari saya mengikut perkembangan Mesir dengan perasaan yang berdebar-debar dan teruja.

24 Jun 2012 – Dengan izin dan kuasa Allah SWT.

Prof Dr Muhammad Mursi, calon Presiden Mesir daripada Parti Kebebasan dan Keadilan yang ditaja oleh sebuah gerakan Ikhwanul Muslimin secara rasminya telah diisytiharkan sebagai Presiden Mesir pasca Revolusi Mesir tahun lepas.

Boleh jadi juga, Dr Mursi akan menjadi parameter, kayu aras dan juga “standard” syarat yang harus dimiliki oleh seseorang pemimpin Islam di masa hadapan untuk abad ke 21  untuk memikul tanggungjawab kubra ini. Latar belakang akademik yang menyakinkan, bidang kepakaran yang mengagumkan dan juga keperibadian Islam yang menyejukan. – Bayangkan dia merupakan seorang muslim yang menghafal 30 juzuk Al-Quran.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Kini, seluruh dunia meletakan harapan buat kepimpinan baru Mesir terutama Dr Musri dalam mengencarkan corak pemerintahan Negara Madani yang pernah diwar-warkan sebelum ini. Tanggungjawab, bebanan dan amanah yang digalas oleh Dr Mursi amat-amat berat, besar dan sungguh-sungguh menguji.

Menang satu aspek dan mengisi kemenangan suatu aspek yang lain.

Dua perkara yang berbeza dan jauh jurangnya.

Agenda kini adalah agenda mengisi kemenangan yang baru diraih. Agenda sebenar baru bermula, gendang perjuangan mula diketuk penuh hikmah dan himmah agar iramanya terus kencang dan bergema.

Semoga rahmat, inayah dan hidayah Allah SWT mengiring setiap langkah perjuangan mereka. Mereka? Bukan – kita jua. InsyaAllah.

..nota tangan menari-nari..

Sujud syukur pada-Mu ya Rabb.
Teringin melihat di Malaysia...!!
Takbirr..!

by

Salah satu tips untuk istiqamah dalam penghijrahan adalah memilik
 teman yang sentiasa mengingatkan kita kepada agama..

Sahabat...! Gapailah tanganku agar terus bersama mu dijalan Nya..!

..nota tangan..

'Being born as a Muslim does not make you a better person. It's not how you start the race, but it's how you end it' [ImamSirajWahaj].

by




Sebenarnya, sesiapa pun akan merasai 'takut' untuk menyampaikan.. Dulu, kata-kata seperti "Tunjuk alim la tu", "Ingat kau tu baik sangat ke?, "Ala, kau sama-sama pot pet pot pet ngan kitorang gak dulu", "Kau duk sibuk sal orang kenapa? yang paling menyedihkan ana ada yang cakap membawa ajaran sesat.. 

Alhamdulillah, nilai tarbiyah yang tidak terhingga dengan sehelai tudung labuh yang dihadiahi dalam 'raga' motor secara tersembunyi membuatkan diri ini berasa kagum kepada orang yang menghadiahkannya sehingga sekarang tak berhenti-henti ana bersyukur kepada Nya. Halus sungguh orang yang memberi hadiah kepada ana tanpa membuatkan ana berkecil hati. Itu cara dia menyampaikan dakwah, bagi ana yang sangat berkesan.

Seorang da'e seharusnya seorang yang kreatif dan aktif dalam menjalankan dakwahnya. Menarik seramai yang mungkin menjadi mad'u nya, jaga sebaik mungkin mereka-mereka itu agar tetap tegar dijalan Ilahi kerana hati-hati mereka dipegang bersama Yang Maha Esa.

Terkenang 5 tahun yang lepas tatkala kali pertama di panggil 'ustazah'. Agak rasa nak marah. Heh? Kenapa? Sebab diri ini jauh sesangat dari gelaran itu.

Sekarang, gelaran 'ustazah' dah menjadi mainan mulut orang. Apabila mendengarnya akan disertakan 'Amin, insyaAllah semoga Allah permudahkan' kerana kata2 itu adalah satu doa.

..nota cincin di jari manis..

Biarlah kena maki sekali pun...
Biarlah ditertawa tak henti-henti...
Biarlah dicanang perasaan walaupun tak nampak dek remuknya..
Biarlah hidung tak mancung dek dabikan dada..

Contohilah dia, teladan untuk semua manusia..
"Rasulullah saw"

Bersusah-susahlah dahulu...

Sungguh... 
Dakwah itu PAHIT..
Namun hasilnya MANIS..


by

Ya Allah.. Berilah ketenangan pada jiwaku setenang lautan Rabbani..

Ya Rahman.. Berilah daku kekuatan ketika mengadap dugaan dunia ini..

Ya Rahim.. Berilah daku jalan dalam merungkai hati agar tidak tersimpul mati




...nota bicara hati...

Sangkaan terik mentari hingga ke senja, namun guruh datang menyapa, kilat menguntum senyum bak kilauan yang menggila, rayuan angin datang menjengah seketika tatkala hujan menyimbahi warga bumi hadiah dari langit Ilahi..

p/s~seronok sungguh mandi hujan.... ^_^ 

Dengarlah lagu itu, dan buat puisi sendiri, gerenti akan basah pipi tanpa disedari.. ^_^

by


Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam..
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina?


...nota hias...

Agak-agak Allah redha dak hubungan begitu?
Tepuk dada tanya iman..

by


Ya, memang benar cinta itu buta, tetapi hakikatnya kita yang buta dan tuli mengenal apa itu erti cinta. Natijahnya kini, cinta yang dicanang sebagai sesuatu yang suci dinodai dengan titik-titk hitam kemungkaran dan kerendahan maruah segelintir kita yang bersifat bodoh sombong mendefinisikan cinta sebagai sebuah ikatan yang menghalalkan yang haram.
Siapa yang harus dipersalahkan?
Tepuk dada tanya Iman.
..nota ringkas..
Perkongsian untuk hari ini.. Sekadar berpesan antara kita.. Di medan bisu ini ana curahkan..
InsyaAllah..
by



Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. 


Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. 

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. 

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. 

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya. 

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. 

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. 

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda. 

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu. 

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)


Dari SINI

by

Assalamualaikum..
Salam Mahabbah & salam tautan hati..

Masa sangat mencemburui diri ini.
Dari 9 a.m hingga 5 p.m di beri amanah oleh Allah untuk berada di office..

Walau sesibuk mana pon kita seorang manusia, kita memang tak boleh lawan kehebatan Rasulullah saw. Baginda lagi sibuk...!

Seorang ketua negara, ketua keluarga, imam masjid, walid kepada anak-anak, zauj kepada zaujah-zaujah dan banyak lagi...

Namun Rasulullah saw tidak pernah lupa untuk sebarkan dakwahnya kepada manusia. Malahan semasa nyawa baginda berada dihalkum, baginda tetap ingat tentang kita.. Ummati...! Ummati..! Ummati..!

Jadi, macam mana sibuk sekali pon diri ini, insyaAllah akan sedaya upaya menyampaikan pesanan dari Rasulullah walaupun satu ayat. "Ballig hu 'anni walau ayat"

Ana kongsikan vlog ini kepada kalian..
Ambillah manfaat darinya..
Tak rugi kalo tengok, daripada duk tengok video K-PoP..!


Tekan DISINI untuk blog beliau.. ^_^

...nota jari manis...

Jangan lihat siapa yang menyampaikan, namun lihatlah isi kandungan yang disampaikan..oke!

by

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بينكما فِيْ خَيْرٍ 

Maksudnya:
Moga Allah berkati untuk kamu berdua. Ya Allah, berkatilah kedua-dua mereka, dan menghimpunkan kedua-dua mereka dalam kebaikan.

Alhamdulillah, wa syukurilah..

Tahniah kak Ziela & suami. Walimah kak Ziela berlangsung pada 2 Jun 2012. Nampak sangat-sangat meriah walaupun diri ini hanya menatap beberapa keping gambar. Pada mulanya rancang nak meraikan pengantin, namun ana pula ada hal yang tak dapat dielakkan. Maaf ya kak ziela, insyaAllah walimah kak Nofa nanti Hidayah pergi & then kita semua boleh jumpa, boleh berinai, boleh sembang lama-lama, boleh itu ini, boleh usik mengusik bakal pengantin. heh? ^_^

Gerenti time nak balik nanti habis basah pipi. Jadi mulai sekarang kena simpan air mata, tak mau buat drama yang bukan-bukan.

xxxxxxxxxxxxxxxx

Ana sebenarnya nak kongsi sedikit mengenai busana muslimah pengantin yang dikenakan oleh kak Ziela. Apa pandangan kalian tentang baju pengantin perempuan?

Pengantin with kak Nofa
Bagi ana baju pengantin perempuan sangat-sangat sopan. Yang sangat penting adalah menutup AURAT. Tudung labuh menutupi dada, tidak ketat, malahan tidak jarang walaupun baju berwarna putih suci.

Jika dilihat mana-mana gambar di laman sesawang sama ada di facebook mahu pun blog kebanyakkan gambar-gambar pengantin yang mengenakan pakaian yang tidak mengikut syariat. Bagi ana, 'majoriti' pengantin tidak mengikut syariat Islam dalam pemakaian mahu pun dalam bab solek menyolek dan sangat 'minoriti' pengantin yang mengikuti syariat Islam.


Kadang-kadang terasa hairan, tatkala membaca kad jemputan perkahwinan mesti ada perkataan seperti "semoga Allah memberkati masjlis kami", "semoga majlis ini dirahmati Allah", dan pelbagai lagi ayat yang bersandarkan kepada Allah. Namun, bagaimana Allah ingin memberikan rahmat-Nya serta keberkatan-Nya sedangkan para pengantin tidak menjurus kepada peraturan yang telah elok diaturkan oleh Yang Maha Berkuasa lagi Maha Tahu?


Ok. Hati kena 'bersangka baik' & mendoakan keberkatan serta kerahmatan dari Allah datang mencurah-curah. Ameen!


Kepada bakal-bakal pengantin, bersederhanalah kalian dalam urusan duniawi dan lebihkan kepada akhirat..


Sedikit pemerhatian ana dalam musim walimatulurus ini dan sedikit perubahan yang ana cuba lakukan sebaik mungkin sebagai panduan kepada kita semua. Dua perkara yang ana tekankan iaitu:


1) HIBURAN
Biasa yang kita dengar tuan umah akan sediakan DJ untuk memeriahkan majlis dan akan menyajikan lagu pengantin, lagu cinta, dan lagu yang 'lagha'. Apa kata kalau kita ubah hiburan yang disajikan tu seperti mendendangkan lagu nasyid, burdah, dan berzanji. Tidak pun perdengarkan alunan taranum al-Quran.


Ana sertakan beberapa link lagu yang boleh didendangkan dan sedap didengari telinga. InsyaAllah.


Saat Lafaz Sakinah ~ Far East
Burdah ~Mesut Kurtis
Barakallah ~ Maher Zain
Selamat Pengantin Baru ~ Nada Murni
Isteri Cerdik Yang Solehah ~ The Zikr


Hanya pandangan ana, jika tak sesuai mohon teguran.
Nasyid dari kumpulan The Zikr yang paling ana suka. (sila clik tulisan merah untuk mendengar alunannya)


2) HIASAN
Baju pengantin perempuan penuh dengan corak, renda, dan pelbagai kilauan. Bahkan 'ketat' lagi 'sendat' malah ada yang sampai mata boleh 'scan' hingga ke dalam. Ana rasa harga baju-baju yang sedemikian mencecah ratusan ringgit bahkan hanyalah sewa sahaja. Yang menambahkan kekecewaan ana apabila si pengantin sanggup menanggalkan tudung dan mencukur bulu kening. Sedangkan sebelum ini elok ja bertudung dan tidak pernah mengukir kening. 


"Ala.. Bukan selalu.. Sekali saja dalam hidup.. Lagikan ni hari bahagia."


Ok..! Alasan yang terlalu biasa.. Agaknya hidup ini ditentukan olehnya bukan oleh Allah. Jika ditakdir Allah kalian berkahwin lagi kerana berlaku kematian atau penceraian, jadi tidak perlulah berkata "sekali saja dalam hidup", kerana MATI sahaja yang sekali dalam hidup tiada dua mahu pun tiga. Muhasabah dirilah kepada kalian yang pernah mengucapkan perkara yang sedemikian.


Ana tunjukkan contoh pakaian yang sangat-sangat simple bagi pandangan mata ana namun tetap ohsem.. Canteekk..! ^_^


Credit gambar dari Ustaz 'Ali Irfan & zaujah dari blog BroHamzah

Baju pengantin perempuan ni lagi simple. Hanya jubah biasa , harga tak sampai pon RM80 ^_^.


Kalau dikatakan berkahwin, sudah tentu pelamin adalah antara satu daya tarikan para tetamu yang hadir. Bagi ana sendiri, tak ada pelamin sebenarnya tak menjadi masalah, malahan tiada dalam rukun nikah. Kalau tiada pelamin sekali pun majlis akad berlangsung juga, yang penting majlis akad & walimah yang dilangsungkan diberkati Allah. Nak buat pelamin sekadar yang mungkin boleh saja, namun elakkan dari pembaziran kerana itu adalah amalan syaitan. Ye dak?



إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورً


“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-mara syaitan-syaitan dan adalah syaitan itu sangat mengengkari akan Tuhanya”
~al-Isra':27~


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx


Seseorang pernah melontarkan persoalan kepada Ustaz Azhar Idrus (UAI)

“Salam, Ustaz apakah hukumnya menabur beras pada pengantin?”

UAI menjawab : “Boleh jika sekirnaya yang berkahwin itu adalah ayam”


Seharusnya adalah dengan meletakkan Islam sebagai “The Way of Life” adalah yang terbaik, sebab Islam adah penyelamat yang hakiki dan abadi jika dibandingkan dengan Adat Melayu yang hanya terkenal di bumi Malaysia, tidak di tempat lain.

Memetik daripada nukilan Dr. Yusuf al-Qardhawi dalam kitabnya “Halal dan Haram”
Pada Hakikatnya Segala Sesuatu adalah Mubah (Harus)
Rangka berfikir yang diterapkan oleh Islam ialah pada hakikatnya segala sesuatu yang dicipta oleh Allah itu adalah halal dan tidak menjadi haram hinggalah ada nas pasti daripada Syar’I (Allah swt) yang mengharamkannya.

Sepotong hadith menyatakan:

“Apa sahaja yang dihalalkan Allah swt di dalam kitabNya dia adalah halal, dan apa sahaja yang diharamkan adalah haram. Dan apa sahaja yang tidak disebutkan  oleh Allah swt maka dia adalah ampunan, terimalah ampunan Allah swt kerana Allah swt tidak melupakan apa pun.”

(riwayat Tarmidizi dan Ibn Majah)

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Bersambung balik mengenai hari bahagia kak Ziela.

Kak Ziela & Suami.. ^_^

Ni dia akak-akak yang ana sayangi.. Dari kiri kak Anis yang Comel, kak Ziela yang Cantik & kak Nofa yang Jelita.. 


Sungguh rindu kat akak-akak semua.. Walaupun dengan kak Ziela kita tak berapa sempat nak 'bermesra' lebih tapi ana rasa seperti kenal kak Ziela dah sangat lama.. Sungguh kak..! Teringat time kita semua tidur kat surau blof F Sime Darby UUM.. ^_^


Semoga kak Ziela & suami berbahagia hingga ke syurga..

Luv you all..!!

...nota cinta buat mu...

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (Ar-Rum:21) 

“Ya Allah kurniakan kami dari kalangan isteri-isteri kami dan zuriat kami sebagai penyejuk mata kami. Jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan).


by

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...