"isk,kenapa yee..aku ni bkn lah bdk baik sangat..tp, selalu je dapat benda yang baik2.."
dan kadang2..."aku doa sikit jer,tapi berlebih2 pulak dapat"..kenapa yer..pelik!..
pastu skali lagi diri ini terfikir..
"nanti satu hari.mungkin tibe waktu aku diuji seperti mane org2 lain..isk,tkutnya waktu tuh..tapi,bile ye?.."
sehinggalah suatu hari..di program motivasi.. diri ini tau akan kewujudan perkataan ISTIDRAJ..ya Allah,takutnya aku jika aku dari golongan itu...
memang lumrah manusia jika diberi nikmat..akan bersuka2 dengan nikmat itu.. dan tanpa kita sedari nikmat yang kite kecapi itu adelah suatu yang akan boleh membinasakan kita...dan ianya lazim bagi mereka yang tidak beriman..itulah istidraj..contohnye macam..
"alah kalo x semayang pon,aku dapat 4flat jugak..da memang genetik pandai kan so same je lah kalo smayang pon" ..(^_^)
ibarat diberi rezaki tetapi tidak bersyukur..itulah mereka yang kufur dari nikmat Allah...moga diri ini bukan dari golongan itu..
dan dari golongan itu jugalah jika mereka:
Maka adapun orang yang syukur dengan lisannya dan tiada syukur pada segala anggotanya, maka umpamanya seorang lelaki baginya pakaian diambil pada dua tepinya dan tiada dipakainya pada sekeliannya. Maka tiadalah memberi manfaat akan dia demikian itu daripada panas dan sejuk dan embun dan hujan.
Orang yang bersyukur dengan sekadar melafazkan kata-kata pujian seperti;
- "AlhamduliLlah",
- "Syukur pada Allah Yang Maha Besar" atau
- "Allah sentiasa memberikan dan melimpahkan kebaikan kepadaku"
- mereka yang hanya sekadar memuji-muji Allah dengan lisan sedangkan anggota badan masih liat menambahkan amal-ibadat dan
- mereka yang asyik menghitung-hitung banyaknya harta atau ilmu yang dimiliki sedangkan masih kedekut untuk dikongsi bersama dengan makhluk Allah yang lain.
- Hairan juga, bagaimana kita sering melakukan maksiat zhohir dan batin sedangkan Allah apa sahaja yang dihajati sering sahaja diperolehi?
- Malah kadang-kadang, minta sedikit tetapi banyak yang didapati hatta bertimpa-timpa nikmat yang tidak disangka-sangka.
- Tentu sekali, bagi yang halus fikiran dan tajam pandangannya ada sesuatu yang tidak kena di sini.
- Ini adalah anugerah Allah yang Maha Pemurah untukku sedangkan ia berterusan melakukan dosa dan maksiat.
- Mungkin telah apa yang telah aku lakukan ini memadai dan betul dan Allah meredoinya, kerana jika tidak, tentu sekali akan disekat pemberianNya.
- Telah cukup baik pun diriku kerana jika tidak tentu sekali telah lama Allah akan timpakan bala ke atasku kiranya aku bersalah padanya.