Thursday, March 20, 2014

IBADURRAHMAN..

bismillah..

aku si hamba Allah..

iya..kelmarin,hari ini, esok..aku tetap hamba Allah...

hamba yang perlu jelas dengan tujuan kehidupannya..

kenapa berada di dunia yang fana ni?? kenapa aku diberi nyawa di dunia yang menghanyutkan ini?..kenapa dan kenapa?? 

tidak pelikkah kita??

adakah sekadar untuk makan dan minum,berseronok..berkerja..bercuti2an ...dan kemudian putaran yang sama berulang..adakah cukup sekadar itu..

TIDAK wahai diri..

hidup ini bukan semudah itu...

ada amanah Allah yang perlu  kamu pikul...ada perkara yang kamu perlu selesaikan sebelum kembali bertemu sang Khalik..

sudah selesaikah tugasmu wahai diri..mungkin sebagai dokter,ya!kamu cuba yang terbaik untuk memberi..namun sebagai hamba Allah..cemerlangkah dirimu??

ayuh tilik balik..ape yg kamu lakukan pada hari2mu..cukupkah dgn sekadar itu??
aduh..masih banyak yang masih rompong..

bantu aku ya Tuhan..bantu aku untuk menjadi hamba yang cemerlang..bantu aku untuk memikul amanahMu ini..

jangan kau jadikan aku rebah dipertengahan jalan..

bantu aku untuk berpegang pada taliMu..

jika sekalipun diuji..bantu aku untuk tidak mengeluh..kerana selayaknya aku diuji..

kerana aku hanyalah hamba...

-hanya aku-


 

Sunday, December 22, 2013

booster!

bismillah..


"Is not the matter of where and how do you begin your career, but its the matter of what you'll be in the end"


Tapi saya lebih suka tafsirkan kata-kata ini dalam persepektif dakwah dan tarbiyyah. 



"It is not the matter of when and how do you know dakwah and tarbiyyah, but it is the matter of what you can contribute and what you want to achieve in the end". 

Maksudnya, tidak kira bagaimana kita mengenal dakwah dan tarbiyyah itu sendiri, akan tetapi perkara yang penting adalah apa yang dapat kita sumbangkan dalam dakwah dan tarbiyyah. Setiap dari kita mampu untuk sumbangkan apa jua yang kita ada untuk kepentingan dakwah dan tarbiyyah. 

Jangan terlalu memikirkan keadaan kita di masa lampau, tetapi fikirkan situasi kita sekarang di mana kita semua sebenarnya berpotensi untuk menyumbang pada jalan dakwah islamiyyah. 

"Throw away your inferior and put your head up"

Akhirnya, kita percaya bahawa segala amalan kita usahakan adalah untuk mencapai mardhatillah (keredhaan Allah) and ditempatkan di syurga yang kekal abadi.


........................

# head up..head up..

#Tuhan, jika aku tidak mengadu pun Kau telah tahu... tetapi aku mengadu juga kerana aku benar-benar meminta. Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati Mu!

Monday, December 2, 2013

hey! i'm back ^^..

bismillah..

rasa kekok untuk mulai berbicara semula di ruang kongsi ini...

alhamdulillah hampir 9 bulan bekerja sebagai  pegawai perubatan siswazah di HRPZ 2.. 

sungguh! ia x semudah yg saya sangkakan..namun Allah itu Maha Kuat lagi menguatkan..DIA kuatkan sendi2 dan ototku untuk terus bertahan hingga ke saat ini..alhamdulillah.. sungguh aku x sangka... klippah..klippah..genap 9 bln hari ni.:)

terkadang..bila terlalu sibuk dgn urusan dunia..aku lupa..dahulunya aku punya matlamat yg besar dalam hidup ini..yakni..menjadi .. EXTRAORDINARY DOCTOR..menjadi DOKTOR KEPADA UMMAH ini.... Allahurabbi..

cuba sedaya untuk membangunkan diri yg semakin hari semakin rapuh, leka dengan kesibukan sehari2.. 

aku sedang mencuba ya Allah! jgn Kau hadirkan futur dipertengahan jalan.. bantu aku untuk terus berada di jalan ini... bantu aku dari segenap ruang..kerana sesungguhnya aku ini insan yg lemah..

yang masih dan tengah mencuba,

-hamba-



Thursday, January 31, 2013

yes! it's a battle..

bismillah..

berperang dgn nafsu..memang! ia menyakitkan.. menghalang diri untuk melakukan  bnda yg kita suka..itu sukar..tidak aku nafikan.

namun..
aku bimbang jika sudah tiada esok bagi diriku..

ya Allah..bantu aku untuk lebih menjaga diri yg kerdil ini..bantu aku untuk bermujahadah menguatkan diriku yg rapuh ini.bantu hamba ya Khaliq..


#kerana janji Allah itu pasti :)..

Wednesday, January 9, 2013

battle sign..



bismillah..

ya Allah..jadikan semuanya mudah bagi diri ku dan umat islam seisinya...
amen :)..



.......

hmm..tatkala PRU bakal menjelma..bermacam2 isu pula yang timbul di luar sana.... amanat Hadi lah..kalimah Allah lah..allahurabbi.. sekali lagi aku mohon padamu Ya Khaliq...

tunjukkankan kami bahawasanya yang batil itu batil..dan yang hak itu hak..agar kami terpelihara dalam kesucian agamamu ya Rabb..amen.....
..kerana kami tidak tahu..sedangkan Engkau maha mengetahui.. wallahualam..



Tuesday, January 1, 2013

muhasabah DOREMON..

bismillah..

kadang2 pikiran macam doremon pon ada..rasa nak masuk dunia lain jadi org lain guna pintu ajaib doremon..huhu.ade yg nk ikut x? T_T

hakikatnya..hidup ini x semudah itu. tiada siapa yg mampu mencipta takdir kerana ianya hak mutlak Allah swt..yakinlah dgn perencanaan Allah kerana ia direncana oleh suatu kuasa Agung..manamungkin silap!

janji Allah.".la yukallifullahunafsan illa wus a haa."..insyaAllah mungkin Allah nk bgtahu yg aku masih mampu..masih belum memaksimakan kekuatan dalam  diri..Allahurabbi...

yakinlah bahawa DIA sedang mensucikan dirimu..
ok ni bkn cerita doremon mahupon oltromen.mmg x dapet la masuk pintu ajaib mahupon fireberapi raksaksa.. >_<

hmmmm..

tiada yg lebih menenangkan melainkan bila dahi bertemu sejadah..sujud dgn penuh rasa taabud lillaah...mengadu dgn penuh rasa raja' billah..menangis dgn penuh rasa bersalah.. 

bantu aku untuk menjaga diri yg kerdil ini ya Allah..

sedihnya cerita ni.. 

Friday, December 28, 2012

harapan seorg kerdil

bismillah

lama x  bercatat apa2 di ruang ini.entah..sengaja atau tidak..ini cobaan kali ke brpa sy cuba menulis satu entry yg lengkp ..harapnya berhasil lah kali ni ye..^^,..teringat, bila hati mula basah dgn peringatan..mulalah saya merangka draf dlm hati untuk dicoretkan di sini untuk dikongsi bersama sahabat krn cita2 tertinggi saya sejak dulu lg..ingin menjadi seorang yg bermanfaat dr setiap sudut..bkn hanya dalam bidang yg saya ceburi tapi semua aspek..semoga Allah tidak merasa rugi adanya hamba yang diberi nama Fauziah..supaya saya bkn yg sia2 dibumimu ini ya rabb walau dgn taraf insan yg tidak pernah sempurna..amen 

tarbiyyah dimalaysia tentu sekali berbeza dr tarbiyyah di mesir. waktu sy di bumi ambiak.. tumpuan saya hanya pada study dan tarbiyyah..selalu meletakkan tarbiyyah no satu tap x bermakna study itu no 2. huhu..hanya itu yg berlegar dalam 
kepala..tapi hakikat di bumi malaysia, ia x semudah itu..banyak saya perlu konsider..dgn family dan masalah familynya..dgn masalah pengankutannya..dgn teknikalnya..dgn keserabutan diri sendirinya..ini belum masuk bila dah bekeluarga sendiri dan kerja...Allahurabbi..jgn kau jadikan semua itu alasan untuki aku futur di jalan yg telah Engkau terangi ya rabb..

namun ..walau dalam keterikatan ini..saya masih ingin terus langkah..melangkah sedaya yang mampu...kalaupon saya x mampu seperti dulu.. moga Allah beri kekuatan untuk saya terus menjaga diri..sehingga suatu hari nnt..saya bisa seperti dulu..moga ia dihitung sebagai hasanat kebaikan.amen..

menyedari hakikat ini..untuk bakal tmn hidupku..untuk bakal imamku..kumohon padamu ya Rabb..bukanlah dia yg sempurna ..tp cukuplah seorg yg boleh menerima diri ini 
seadanya..seorg yg boleh  membantu untuk memastikan kelangsungan tarbiyyah dlm diri..kerana tiada apa yg aku mampu persembahkan padamu ya Rabb melainkan diri ini yg ditarbiyyah mengikut acuanMu.. moga Allah mudahkan segalanya..

tarbiyyah bukan segala2nya..tapi segala2nya bermula dgn tarbiyyah..

ps: saya rindu..rindu sgt2 dgn insan yang sentiasa disekeliling saya dibumi tarbiyyah..


bersama kawan2 interview SPA..moga dimudahkan langkah kami selepas ini..amen