Salam kalini SP nak bual pasal beriani
SP tak tahu kenapa nama dieja berlainan tetapi apa yang pasti kalau kita makan nasi beriani ni pasti sedaplah
Pada bulan Sept 2012 SP telah ke Johor untuk mempelajari tentang masakan beriani.
Dari pukul 10.30am hinggalah pukul 8.30pm barulah SP sampai di Johor.
SP dengan bersemangat mempelajari cara-cara memasak beriani dengan skala yang besar(sangat sesuai untuk catering, majlis kenduri dan membuka kedai)
Bercakap mengenai buka kedai SP teringin juga nak buka kedai beriani di dalam Pulau Pinang ni. Memandangkan SP tengok di kawasan Sungai Petani, Kedah sangatlah ramai orang berkunjung untuk menikmati makanan tradisi dari Johor ni.Penduduk di sana menerima dengan baik masakan beriani.
Jika SP nak buka sebuah perniagaan mungkin kena cari "funder" atau mungkin perlu bekerja dulu dengan tauke lain untuk mencari pengalaman. Setidak-tidaknya tidaklah sia-sia saja usaha SP pergi merantau mencari ilmu dan tidak dimanfaatkan.
Tidaklah pula SP tinggalkan pekerjaan sekarang kerana perniagaan nasi beriani ini mungkin SP boleh masak selepas waktu kerja. Ini kerana pada perancangan SP, SP nak fokus pada masakan dan dihantar ke kedai manakala selok belok kedai akan diserahkan kepada tauke/funder untuk merancang perjalanan dan operasi perniagaannya.
Di bawah ada SP uploadkan serba sedikit gambar yang dicedok di google bagi menggambarkan keenakan nasi beriani.
Ini gambar SP masak dengan skala yang kecil
satu pinggan nasi yang berlaukkan kambing, daging lembu dan ayam
Ini pula nasi beriani gam
Ni gambar yang SP snap selepas makan di Sungai Petani
Ini nasi beriani gam
Ini kedai orang(hehehehe)
Kedai yang cantik
Nasi beriani tak sama rasa dengan nasi-nasi yang lain(jangan minta garam lebih ye nanti jadi nasi kenduri)
SP suka bahagian ni(kambing)
gambar amik di google aje
lagi gambar di google
*kalau tak tercapai impian SP nak buka kedai nasi beriani di kawasan Pulau Pinang, terpaksalah SP tunggu masa pencen pula......