Monday, December 31, 2012

CORAT CORET TAHUN 2012

Inderanata
assalamualaikum dan salam sejahtera... dalam beberapa detik lagi tahun 2012 bakal meninggalkan kita.... diharap banyak azam bagi tahun ini yg di impikan telah tercapai....begitu juga saya, ada juga pahit manis yang saya lalui dalam breeding serama pada tahun ni,.... yang pahit tu disebabkan beberapa ekor ayam kesayangan telah pergi selamanya...huhuhuhu....  yang manisnya, pemahaman mengenai cara breeding makin bertambah dengan pemberian maklumat pembiakan dari otai2 breeder...
     disamping itu juga, selain dari ilmu pembiakan,  cara latihan serta kaedah melihat potensi ayam melalui bentuk badan juga telah dapat dipelajari serba sedikit dari rakan saya merangkap big boss 2012 group iaitu tolib sri bidong... harap2 ditahun mendatang saya dapat mempraktikkan sedikit demi sedikit dalam cara melatih ayam saya kelak....

sempat ada 5 ekor anak... mati sebelum dapat lihat anak2nya tetas...
 
Mengimbas kembali penghasilan ayam dari reban saya tahun ini, beberapa ekor telah terjual ke seberang. terima kasih banyak pada meng n judin kerna byk mempromosikan.....
GAUS (gambar Ehsan dari Meng)
 
muara hati ( gambar ehsan dari Meng)

Golden Army
 
hanya sekadar beberapa keping gambar yang dapat saya selitkan pada kali ini... inshaa Allah, di lain waktu saya akan masukkan anak - anak hasil reban yang lain, hasil dari breeding projek 2013.... sekian.....
 
p/s : SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.......
 


Sunday, December 23, 2012

Baru Terperasan,,,,,,,....



Assalamualaikum dan salam sejahtera, lain macam jer tajuk kali ni... hehehe... inilah keunikan dalam berserama,...beberapa foto diatas adalah ayam yg diluar jangkaan saya kerana tubuh serta paternnya yg belunjur membuatkan saya hanya memberi makan minum sahaja... 2-3 hari yg lepas baru saya tergerak hati untuk meletakkannya diatas meja selepas saya lihat perubahan bentuk pada ayam ni.... disebabkan tak pernah diletak diatas meja, ayam agak gayat pada mulanya.... namun mungkin akan dilatih agar dapat membiasakan diri dengan meja nanti....
   buat masa ni, ayam ni saya tak sempat nak bawak ke bon kerana keadaan dirinya yg tak terurus serta tidak pernah bersiram.... ekor muda baru tumbuh, namun ayam ni jenis cepat nak siap, banyak bulu2nya dah bersinar... kna bawak masuk dalam kategori je la kot nanti.... apa2 pun, kalo umur ayam ni panjang, insyaallah saya akan bawak ke bon..bukan ape, musim2 hujan ni, byk sangat penyakit ayam yg kita tak tahu... jadi jagalah serama anda dengan sebaiknya...

Thursday, December 20, 2012

Tok Akil


Assalamualaikum dan salam sejahtera.... nampak macam permata hati baru di reban, baru je diasing dari adik beradik dia yang lain. nampak mulai galak n garang... antara suku sakat bergenetik awe sulong yang masih ada direban dari sebelah induk dan genetik bapak Merah WS yg mempunyai pertalian dengan Naga Sri Bidong. keadaan semasa kelihatan agak tinggi, namun badannya agak bulat... harap2 dapat turun tengkuk sedikit masa lagi,,, pada waktu sekarang, keadaan tengkuknya yg panjang apabila dia tarik sedikit menampakkan cutting yg saya suka...

Monday, December 17, 2012

projek 2013 serta koleksi sri bidong

gabungan 4 darah
 Gabungan 3 baka

 jantan sekor, betina 2... okla kot
Anak inderanata yang mulai membesar tinggal 4 ekor, semuanya betina
 
 
         Assalamualaikum dan salam sejahtera, projek untuk 2013 telah pun bermula. Anak2 ayam gabungan banyak darah telah banyak yang menetas... Target tahun 2013 dan tahun 2014 nak cuba stabilkan patern n cutting yang kluar dari reban saya. tak tahula menjadi ke tak RnD untuk kali ni...
       Bapak untuk simpanan pembaka dari reban wan sabri pon dah banyak direban ni... fokus sekarang saya hanya menumpukan pada beberapa baka sahaja. dah malas nak fikir banyak untuk campuran baka bercampur gaul... baik buat je dengan ape yang ada... pernah ade sorang otai bagitahu, mula2 buat crossbreeding, pastu cuba rapatkan pertalian darah dengan inbreeding,,, hmmm,, nak terang panjang2 dalam ni pon saya tak berapa cekap nak menulis panjang2 lagipun saya masih baru setahun jagung dalam breeding ni... ayam2 pon biasa2 jer.... apa pun, buat je la apa yang patut, nak buat cross, inbreed, outbreed janji dapat menepati citarasa masing2... Sekian......

koleksi serama sri bidong Anok Ular





Tolib letak nama Anok Ular... huhuhu ... ade cerita disebalik nama ni... sedang sakit mata, sebab tu kurang aktif... jarang dia tunjuk kat orang, petang ni baru dia bawak kluar...

anok A koleksi Sri bidong



Assalam, jangan tanya rega, sebab dia tak buka rega untuk anak ayam ni.... ade beberapa ekor lagi anak A n anak B yang bolih buat orang sakit kepala dibuatnya...huhuhu... nak bwk kluar bon, banyak anak2 a  anak b yg x siap ekor... sebenarnya ada yang lain lagi, tp tolib x bagi post dalam ni.... huhuhu