Assalamualaikum, rezeki di bulan oktober... anak2 yang ada mula membesar, dah kurang sukar nak menjaganya. kalo waktu kecil, semua bekas yang berisakan air semuanya saya letakkan batu kecil dlm bekas air tersebut bagi mengelakkan anak2 yang teramat kecil jatuh n mati didalamnya..
untuk posting kali ini, saya cuma menampilkan anak2 serama dari pembaka muda yang ada dirumah ini, Pembaka muda ni adalah gabungan dari anak awe panglima iaitu awe bongsu, anak binjai manis, awe inderanata bloodline wan sabri serta 2-3 ekor lagi... semua yang ada sekarang ni dah bercampur 2-3 bloodlines...
dalam kaedah breed yang saya sekarang, saya byk menyilangkan baka terlebih dahulu dan kemudian membuat kaedah inbreed... terdapat beberapa kaedah lagi saya gunakan tetapi saya tak dapat jelaskan disini... apapun, kita seharusnya sabar dan usaha dalam proses breeding ayam serama... yang lainnya kita berserah pada ketetapan Yang Maha Esa.
anak inderanata yang pertama, sudah mula nampak bakat... alhamdulillah..
anak pertama awe bongsu, cucu kepada awe panglima.... kuning cair.... dah remaja, tapi ekor masih anak b lagi. tak meluruh.....
cucu binjai manis si kubing....... keduanya sudah mulai menampakkan cutting walaupun terdapat perbezaan... warna rasanya akan jadi kubing......