Assalamualaikum dan salam sejahtera, dah lama rasanya saya tidak mencoret catatan perjalanan di bon. bukannya ape, kekurangan mengarang dari segi penulisan membataskan saya membuat catitan yang panjang lebar, tak seperti teman- teman serama yang lain yang handal dalam membuat catatan.
Berbalik pada bon kota bharu, dah lama rasanya saya, Tolib Sri Bidong dan syed zira, Judin x turun.. bukannya, kami menyepi cuma seperti yang saya coretkan dulu, masing2 sibuk dengan komitmen tersendiri. perjalanan ke kb lebih kurang 2 1/2 jam.. sampai disana hampir jam 11 pagi.. sewaktu mula menurunkan kotak2 ayam serama, abang lie pauh lima serta mie wakaf che yeh sampai. alhamdulillah, senang sikit nak jumpa,.. kerna seminggu sebelum itu, mie wakaf che yeh meminta saya membawa 2 ekor induk dari hasil reban saya untuk dibuat pembaka.
pada bon kali ni, saya hanya membawa seekor anak a dan seekor ayam muda kepunyaan member saya. Untuk pengetahuan semua, keutamaan saya lebih pada breed, jadi kalau saya ke bon pon hanya semata-mata bertemu mata dengan geng2 serama.. kebanyakan geng serama yang saya kenali hanya melalui telefon, jadi waktu di bonlah saya sempat mengenali mereka... oh ya, salah seorang rakan serama iaitu kamarul ( fb brutal bro) telah terlibat dalam kemalangan pada hari sabtu malam ahad kelmaren. pohon semua rakan2 mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat dirinya.
sewaktu di bon, dah 2 kali saya terpaksa melupakan untuk mendaftar anak A kerana keadaan anak anak a tersebut yg kurang sihat. bagi yang muda pulak, berbilor lagi la jawapnya. ayam x perform.. hmmm, tak apala... janji bwk bon,.. petang ni nak hntar ayam tu kembali pada tuan dia.huhuhu...
jumlah penyertaan pada kali ni agak banyak, 289 ekor kalo tak silap sy, oklah tu makin meriah. tanpa aktiviti lipat melipat. tahniah kepada penganjur kerana tidak membenar aktiviti lipat ini. satu usaha yang bagus. saya secara peribadi amat bersetuju dengan peraturan ini, barulah adil buat semua 'player'. berdasarkan pengalaman sendiri pada waktu dulu, pernah ayam saya iaitu awe sulong di tempat pertama, namun disaat akhir terpaksa jatuh ke tempat ke 2, kerana si kaki lipat ini melipat ayamnya sebanyak 4 kali dalam kategori yang sama. akhirnya dia mendapat johan kategori itu... hmmmm, bengang betul kepala dengan sikap si kaki lipat ni. Bolih kita lihat serta nilai, sepatutnya pengadil tersebut memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan pemberian markah. takkan x cam ayam yang sama naik sampai 4 kali... hmmmm diharap x terjadi lagi seperti itu.. biarlah, benda tu pun dah lama berlalu, jadi yang saya harapkan sekarang, biarlah pengadil telus bagi meningkatkan kembali kemeriahan n meningkatkan penyertaan pertandingan serama.
keputusan yang diperolehi dari grup kami pada kali ini adalah ala kadar sahaja, tapi oklah walaupon sekadar mendapat saguhati beberapa kategori. Alhamdulillah.
oklah, dah panjang lebar saya mencoret, lenguh tangan nak menaip. begitulah sahaja coretan saya, bagi teman - teman FB saya, segala status di FB dan masalah yang timbul disebabkan oleh kekhilafan saya, saya mohon maaf banyak2.. sekian,... Insyaallah, bon MAHA 24 nov nanti 2012 group akan turun lagi bagi memberi sokongan kepada rakan2 di KL... Insya Allah... jumpa di sana...... Assalamualaikum......
P/S : ayam untuk game, saya sendiri pon dah tak ada.. tinggal 2-3 ekor jer... banyak yang dah terjual... jadi, kurang ada ayam yang sedap memandang, tinggal anak2 kecik n pembaka belunjur je kat umah ni... huhuhu