Tuesday, July 26, 2011

anak2 serama yang ade....







Assalam, post anak terbaru.... batch anak-anak terdahulu telah habis dijual... sekarang batch terbaru hampir 70 ekor... untuk batch terbaru ni, saya tidak berniat untuk menjualnya lagi, mungkin bulan januari nanti saya akan siarkan ayam yang akan dijual... ini kerana pada waktu ini, saya sedang membuat penstrukturan baka,... bloodline yang utama sekarang ni, bloodline Awe Sulong, bloodline ayam wan sabri, bloodline presiden serama terengganu, bloodline napi padang nenas, bloodline kubing abang azid pulau kerengga,bloodline dungun... serta 2-3 bloodline lagi.... hmmmm, banyak-banyak campur baka, jadi pening saya nak adun...
apa-apa pun, memang impian tahun depan adalah, saya ingin ke bon dengan produk hasil reban saya sendiri.... warna tahun depan, ara, kuning, rinting, kubing.... harapnya saya berjaya.... InsyaAllah.....

Wednesday, July 20, 2011

Awe SangNago




Assalam, seperti dijanjikan, inilah bapak pembaka utama kedua direban saya, perangainya yang boleh tahan mengibas, ayam yang slim tinggi, tarik selam dan kadang2 lempar sayap kedepan. Sudah menghuni reban hampir 3 bulan, mempunyai anak2 pertama sebanyak 3 ekor.. berdarah baka presiden serama terengganu dan ibunya dr otai dungun... sekarang sedang dimasukkan dengan induk baka cg loh marang...

Tuesday, July 19, 2011

cendana andana




Assalam, salah seekor induk selam yg bertelor ok dan anak2nya dapat menetas. sekarang ni sedang menjaga anak tirinya seekor iaitu anak AS...

Tuesday, July 12, 2011

Awe Mangkubumi



Asalam, salah seekor bapak pembaka yang menghuni reban hampir sebulan... dulunya pernah dijual, namun telah dihantar kembali kepada tuan asal iaitu otai bidong.. agak sebulan lebih juga ayam ini berada di luar negeri Terengganu, kemudian dihantar kembali diatas masalah masalah yg tidak dapat dielakkan...waktu penerimaan kembali, ayam ini kurang sihat dan apabila dirawat kembali, ianya telah pulih sepenuhnya.. Alhamdulillah, ianya sekarang saya jadikan sebagai penghulu reban bersama lagi seekor bapak pembaka utama iaitu Awe SangNago.. ianya juga bagi menggantikan Awe Sulong yang telah berhijrah ke indonesia.. oh ya,ade sesetengah peminat serama mengatakan awe sulong telah mati, namun perkara yang sebenarnya adalah awe sulong masih lagi bernyawa dan bersama tuan barunya.. jadi sebarang kekeliruan bolehla bertanyakan saya sendiri....
Berbalik kepada AM, saya cuma jadikan ia pembaka kerana ianya agak berisi serta perangai yang mengibas serta tak terjun meja, membuatkan saya begitu tertarik untuk mengambilnya di jadikan sebagai teras pembaka saya...
Adalah diharapkan satu hari nanti, saya dapat melihat hasilnya bersama bloodline awe sulong yang masih saya simpan untuk baka nanti.... insyaAllah....

Friday, July 8, 2011

Kunjungan Rakan Serama dari Palembang


Assalam, 2-3 hari yang lalu reban saya dikunjungi oleh Pak Romzy dan Pak Albert Haryadi dari Komuniti Serama Sumatera Selatan. Setelah berbincang tentang waktu kedatangan, akhirnya tanggal 6 haribulan julai mereka telah sampai di Terengganu. Mereka tinggal disini selama 2 hari.
Sepanjang mereka di sini, saya bersama Hazlan (Serama Telipot) membawa mereka ke reban yang berdekatan dengan tempat Kami. Hanya 2 hari sahaja mereka sempat meluangkan masa disini, jadi saya cuma sempat membawa mereka ke reban beberapa otai sahaja. Mungkin di lain kali, kita akan bertemu lagi. insyaallah....