.:Minggu Bz Printing Baju:.

Alhamdulillah.. segala puji bagi ALLAH swt..

Hari ini selesai beberapa keje , pulun dari pagi sampai ke malam. lastly aku print baju..dengan bantuan rakan rumah , layan... antara hasil hari ini di Raixo® , JDT 2014


















Selain baju banyak juga artwork kena siapkan untuk banner, bunting and signboard. sehari sampai berpuluh design, syukur ke hadrat ILLAHI. rezeki yang diberi. antara artwork yang sempat printscreen










.:Peraturan cipta kekalutan:.

Salam dan selamat pagi, mata masih terang dikala hampir ke subuh. Alhamdulillah, rezeki kurniaanNYA datang tak mengira masa dan waktu. Minggu ni agak sibuk dengan tempahan2 dari customer, dari cikgu2, dari peniaga2 dan juga kilang2.

Bila banyak perkara yg perlu diuruskan, maka kenalah korbankan masa rehat. Waktu tidur pn tak menentu, rasa dapat lelap kejap pn dh ok. Sejak perasmian pre order baju JDT raixo edition, sambutan amat baik dari kalangan rakan2 seterusnya rakan kpd rakan sampaikan aku terpaksa lantik beberapa runner utk take order n deposit. Maknanya kurang ckit la org contact aku. Kalau tak, mmng tak lekang ngan nphone. Pada yg jadi runner adalah komisyen yg diberi. Rezeki ALLAH swt bagi. Kita share sama2. Sama2 dapat barkatNYA. Rakan2 serumah pn dh jadi pkerja part time , bantu aku printing baju, block preparation, sorting. Drying n packing. Ternyata semua itu memang tak mampu aku nak buat sendirian. Tapi bab design, masih lagi aku yg perah idea. Idea n kreativiti ni hadirnya tak boleh dipaksa. Kalau dipaksa juga kompem xberapa menjadi kerjanya. Biasa waktu tgh malam sampai ke pagi adalah waktu aku memerah otak mengeluarkan idea2 dan diterjemah dalam laptop. Waktu camni sesuai sbb, line internet kurang bz dan laju dari biasa. Suasana sunyi dan tenang.

Kebiasaan. Waktu tgh hari sampai ke petang aku keluar utk urusan luar. Then ptg sampai malam waktu printing baju. Then lelap mata kejap. Sambung design sampai ke pagi. Rakan2 terdekat dh paham sgtlah kalau call xberjawab tu maknanya di alam mimpi. Itulah beza kerja sendiri dan kerja makan gaji. Kerja makan gaji, cukup time balik. Ckup bulan dpt gaji. Kerja sendiri ni lain tanggungjawabnya, cuba juga mendisiplinkan waktu kerja. Tapi tak dpt rasanya, kene juga siapkan oder atas permintaan. Berniaga ni lain komitmen, customer is number one gitu..hahaha.. Alangkah bahagia Kalau ad PA disisi. Kurang ckit beban nak susun atur jadual movement harian.

Haishhh, panjang plak aku karang pagi ni. Nak design dh kering idea. Menanti subuh.. Kata org lepas subuh tak elok tidur. Tapi aku tak kira dh. Ada masa sempat lelap aku lelap. Ada juga org kata rezeki tak masuk kalau tido lepas subuh. Aku jwab balik, rezeki tu bila2 masa shj. Tgh malam pn ad org call aku nak buat banner. Tu sbb aku kata rezeki ni tak kira masa. Tgh tido pn leh dtg rezeki. Sbb sistem kt malaysia ni gila. Org kje shift 12jam.. Shift siang, shift malam, ada plak rotate shift 7-3, 3-11, 11-7. Maknanya bukan smua org waktu kjenye pagi. Sistem gila ni waktu kejenye berterusan, non stop. Betul tak? Dulu pagi2 org jual sarapan macam mee, kuih2 etc..tapi skang pepagi buta dh jual nasi campur. Tak caya meh dtg p gudang.hahahah.. Ad org mkan tgh hari waktu pagi, ad yg sarapn waktu ptg, makan mlm waktu tgh ari. Begitulah rutin hidup dalam sistem yg gila ini..hahaha. Apepun, tetapkan dalam pkiran, bhawa rezeki itu pemberian ILLAHI. Bergantung harap hanya padaNYA. Bukan pada sesama mahluk.

Sekian karangan pagi ini, dpt lelap kejap pn ok. Lpas tu ada 12 banner nk kena siapkan, lpas jumaat nk kna deliver kt kilang plak.

Peringatan utk rakan2, "kerja utk hidup, bukan hidup utk kerja. Kerjalah seperti korang bleh hidup seribu tahun, beribadahlah seperti akan mati esok hari."

Saya cuba keluar dari kepompong hidup utk kerja. Anda bagaimana?

Wasslam..

.: Akhir Zaman :.

Akhir zaman ini,
Akhir zaman ini,
Akhir zaman ini,
Aku terhimpit di celah-celah Fitnah,
Akhir zaman ini,
Islam itu asing di muka bumi ini,
Akhir zaman ini,
Berpakaian itu adalah telanjang,
Akhir zaman ini,
Rasuah itu candu kehidupan,
Akhir zaman ini,
Arak itu tonik kesihatan,
Akhir zaman ini,
Judi itu suatu amalan,
Akhir zaman ini,
Ramai yang buta hatinya,
Akhir zaman ini,
Wang adalah nyawa,
Akhir zaman ini,
Hiburan melalaikan adalah zikir harian,
Akhir zaman ini,
Jahil itu adalah kebanggaan,
Akhir zaman ini,
Dajjal menjadi ikutan,
AKhir zaman ini,
Harta benda adalah keseronokkan,
Akhir zaman ini,
Solat itu adalah sesuatu yang berat,
Akhir zaman ini,
Masjid itu pameran pelancongan,
Akhir zaman ini,
Fitnah itu saham yang menguntungkan,
Akhir zaman ini,
Mengumpat itu memberi ketenangan,
Akhir zaman ini,
Agama boleh diniagakan,
Akhir zaman ini,
Islam adalah warisan,
Akhir zaman ini,
Bangsa menjadi anutan,
Akhir zaman ini,
Al-Quran itu menjadi pameran perhiasan,
Akhir zaman ini,
Maruah itu alat berdagang,
Akhir zaman ini,
Dosa itu seronok,
Akhir zaman ini,
Penzalim diangkat dijulang,
Akhir zaman ini,
Zina lebih mudah dari nikah,
Akhir zaman ini,
Berkata pada kebenaran adalah kisah dongeng,
Akhir zaman ini,
Ramai yg percaya pada si Fasik,
Akhir zaman ini,
Berjanji dengan munafik,
Akhir zaman ini,
Syirik itu terlindung tanpa disedari,
Akhir zaman ini,
Murtad itu bagaikan bermimpi,
Akhir zaman ini,
Akhir zaman ini,
Akhir zaman ini,
Akan berakhir ...

Ia kembali menjadi asing sebagaimana pada awal kedatanganya.

.: 30 an :.

Assalammualaikum wbt,
Alhamdulillah kita telah melepasi tahun 2013 dan sekarang 2014. Pada tahun ini maka Aku berada dipertengahan umur dan semakin dekat dengan kematian. Selama perjalanan dari umur sehari kepada 30 tahun, bermacam macam yg dilalui. Dulu masa kecil, xsabar nk merasa jadi orang dewasa, sekarang bila dh berada disituasi ini, rindukan pula zaman kanak2, zaman remaja.

Semasa kecil hidup penuh dengan tawa dan permainan, masalah? Jauh sekali utk difikir, masa remaja enjoy dgn zaman rempitnya. Sedikit demi sedikit suasana tu berubahdan ditinggalkan jauh. Kawan2 sepermainan, kawan2 seenjoy hilang satu persatu apabila sorang2 melangkah ke alam baru (perkahwinan).

Kini yg tinggal ada la brapa kerat yg masih lone ranger. Bila skali skala duk bersembang melepak, kadang terkeluar gak topik yg penuh misteri "bila. Nak berumah tangga" masing2 gelak. Masing dgn jawapan lucu "eh aku remaja lg, baru habis spm", "jodoh aku ntah sembunyi kt dalam peti besi, tu yg susah nk jumpa"kahkahkah. pada aku, JODOH itu rahsia MAHA KUASA Sebaik2 perancang.


Dulu masa kecil sangat aktif membawa ke remaja. Tapi akhir2 ni kesihatan dh dapat rasa kekurangannya. Buat kerja berat ckit mula la sakit2 badan ( dedor) cepat letih. Tanda2 penuaan dh nampak. Ntah bila masanya.

Perjalanan idup ni unik, takkan sama seperti org lain. Walaupun kita cuba menjadi seperti org lain. Dulu bila org tanya, "saya mahu jadi macam dia, macam dia , macam dia dll" ternyata itu semua retorik semata2 haahha. Apa yg dilalui adalah jalan anda sendiri. Tu yang ada ayat" tak perlu menjadi seperti org lain, jadilah seperti diri anda sendiri kerana hidup ini terlalu singkat" ternyata itu benar Walaupun org yg terdekat dgn kita.

Itulah keindahan yg diciptakanNYA, ada yg miskin, ad yg kaya, ada yg elok, ad yg buruk, ad yg tinggi , ad yg rendah. Apepun tak semestinya yg kaya itu bahagia, yg miskin itu hina. Itulah istimewanya. Kebahagiaan, ketenangan xdpt dibeli dgn wang ringgit.contoh Mentaliti yg perlu dijauhi ialah kaya=bahagia, tua-tak laku, kereta mahal-gaji besar, miskin-malas usaha, siapa kita nk judge manusia sesama manusia sedangkan kita berada pada jalan yg tak sama. Sedikit perkongsian syair Jalaludin Rumi yg pernah dinyanyikan kumpulan dewa, syair dan lagu bertajuk Laskar cinta.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang... berhati-hatilah dirimu....kepada...
Hati-hati yang penuh...dengan...kebencian yang dalam.
Karena, sesungguhnya iblis..ada dan bersemayam..dihati..yang penuh
dengan benci...di hati...yang penuh dengan prasangka.

 Laskar Cinta... sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati.. Laskar Cinta..
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karna cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua.. umat manusia..

Jika.. kebencian meracunimu...kepada..manusia lainnya..
maka..sesungguhnya iblis..sudah berkuasa atas dirimu...
Maka... jangan pernah berharap..aku..akan mengasihi..menyayangi...
manusia-manusia..yang penuh..benci seperti kamu...

Wahai jiwa-jiwa yang tenang...jangan sekali-kali kamu..
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi..
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya..
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..
Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..
Dan menjadi suku suku dan bangsa bangsa yang pasti berbeda..
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati..
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata.."

Siapa dia Jalaludin Rumi? Korang cari sendirlah.

Renungan dikala umur semakin senja..
Siapa aku?
Kenapa aku berada didunia ini?
Aku Faizal,
Kalau buang Faizal tinggal apa?
Faizal tu Fana,
Yang tinggal hanya AKU.