.:Minggu Bz Printing Baju:.

Alhamdulillah.. segala puji bagi ALLAH swt..

Hari ini selesai beberapa keje , pulun dari pagi sampai ke malam. lastly aku print baju..dengan bantuan rakan rumah , layan... antara hasil hari ini di Raixo® , JDT 2014


















Selain baju banyak juga artwork kena siapkan untuk banner, bunting and signboard. sehari sampai berpuluh design, syukur ke hadrat ILLAHI. rezeki yang diberi. antara artwork yang sempat printscreen










.:Peraturan cipta kekalutan:.

Salam dan selamat pagi, mata masih terang dikala hampir ke subuh. Alhamdulillah, rezeki kurniaanNYA datang tak mengira masa dan waktu. Minggu ni agak sibuk dengan tempahan2 dari customer, dari cikgu2, dari peniaga2 dan juga kilang2.

Bila banyak perkara yg perlu diuruskan, maka kenalah korbankan masa rehat. Waktu tidur pn tak menentu, rasa dapat lelap kejap pn dh ok. Sejak perasmian pre order baju JDT raixo edition, sambutan amat baik dari kalangan rakan2 seterusnya rakan kpd rakan sampaikan aku terpaksa lantik beberapa runner utk take order n deposit. Maknanya kurang ckit la org contact aku. Kalau tak, mmng tak lekang ngan nphone. Pada yg jadi runner adalah komisyen yg diberi. Rezeki ALLAH swt bagi. Kita share sama2. Sama2 dapat barkatNYA. Rakan2 serumah pn dh jadi pkerja part time , bantu aku printing baju, block preparation, sorting. Drying n packing. Ternyata semua itu memang tak mampu aku nak buat sendirian. Tapi bab design, masih lagi aku yg perah idea. Idea n kreativiti ni hadirnya tak boleh dipaksa. Kalau dipaksa juga kompem xberapa menjadi kerjanya. Biasa waktu tgh malam sampai ke pagi adalah waktu aku memerah otak mengeluarkan idea2 dan diterjemah dalam laptop. Waktu camni sesuai sbb, line internet kurang bz dan laju dari biasa. Suasana sunyi dan tenang.

Kebiasaan. Waktu tgh hari sampai ke petang aku keluar utk urusan luar. Then ptg sampai malam waktu printing baju. Then lelap mata kejap. Sambung design sampai ke pagi. Rakan2 terdekat dh paham sgtlah kalau call xberjawab tu maknanya di alam mimpi. Itulah beza kerja sendiri dan kerja makan gaji. Kerja makan gaji, cukup time balik. Ckup bulan dpt gaji. Kerja sendiri ni lain tanggungjawabnya, cuba juga mendisiplinkan waktu kerja. Tapi tak dpt rasanya, kene juga siapkan oder atas permintaan. Berniaga ni lain komitmen, customer is number one gitu..hahaha.. Alangkah bahagia Kalau ad PA disisi. Kurang ckit beban nak susun atur jadual movement harian.

Haishhh, panjang plak aku karang pagi ni. Nak design dh kering idea. Menanti subuh.. Kata org lepas subuh tak elok tidur. Tapi aku tak kira dh. Ada masa sempat lelap aku lelap. Ada juga org kata rezeki tak masuk kalau tido lepas subuh. Aku jwab balik, rezeki tu bila2 masa shj. Tgh malam pn ad org call aku nak buat banner. Tu sbb aku kata rezeki ni tak kira masa. Tgh tido pn leh dtg rezeki. Sbb sistem kt malaysia ni gila. Org kje shift 12jam.. Shift siang, shift malam, ada plak rotate shift 7-3, 3-11, 11-7. Maknanya bukan smua org waktu kjenye pagi. Sistem gila ni waktu kejenye berterusan, non stop. Betul tak? Dulu pagi2 org jual sarapan macam mee, kuih2 etc..tapi skang pepagi buta dh jual nasi campur. Tak caya meh dtg p gudang.hahahah.. Ad org mkan tgh hari waktu pagi, ad yg sarapn waktu ptg, makan mlm waktu tgh ari. Begitulah rutin hidup dalam sistem yg gila ini..hahaha. Apepun, tetapkan dalam pkiran, bhawa rezeki itu pemberian ILLAHI. Bergantung harap hanya padaNYA. Bukan pada sesama mahluk.

Sekian karangan pagi ini, dpt lelap kejap pn ok. Lpas tu ada 12 banner nk kena siapkan, lpas jumaat nk kna deliver kt kilang plak.

Peringatan utk rakan2, "kerja utk hidup, bukan hidup utk kerja. Kerjalah seperti korang bleh hidup seribu tahun, beribadahlah seperti akan mati esok hari."

Saya cuba keluar dari kepompong hidup utk kerja. Anda bagaimana?

Wasslam..

.: Akhir Zaman :.

Akhir zaman ini,
Akhir zaman ini,
Akhir zaman ini,
Aku terhimpit di celah-celah Fitnah,
Akhir zaman ini,
Islam itu asing di muka bumi ini,
Akhir zaman ini,
Berpakaian itu adalah telanjang,
Akhir zaman ini,
Rasuah itu candu kehidupan,
Akhir zaman ini,
Arak itu tonik kesihatan,
Akhir zaman ini,
Judi itu suatu amalan,
Akhir zaman ini,
Ramai yang buta hatinya,
Akhir zaman ini,
Wang adalah nyawa,
Akhir zaman ini,
Hiburan melalaikan adalah zikir harian,
Akhir zaman ini,
Jahil itu adalah kebanggaan,
Akhir zaman ini,
Dajjal menjadi ikutan,
AKhir zaman ini,
Harta benda adalah keseronokkan,
Akhir zaman ini,
Solat itu adalah sesuatu yang berat,
Akhir zaman ini,
Masjid itu pameran pelancongan,
Akhir zaman ini,
Fitnah itu saham yang menguntungkan,
Akhir zaman ini,
Mengumpat itu memberi ketenangan,
Akhir zaman ini,
Agama boleh diniagakan,
Akhir zaman ini,
Islam adalah warisan,
Akhir zaman ini,
Bangsa menjadi anutan,
Akhir zaman ini,
Al-Quran itu menjadi pameran perhiasan,
Akhir zaman ini,
Maruah itu alat berdagang,
Akhir zaman ini,
Dosa itu seronok,
Akhir zaman ini,
Penzalim diangkat dijulang,
Akhir zaman ini,
Zina lebih mudah dari nikah,
Akhir zaman ini,
Berkata pada kebenaran adalah kisah dongeng,
Akhir zaman ini,
Ramai yg percaya pada si Fasik,
Akhir zaman ini,
Berjanji dengan munafik,
Akhir zaman ini,
Syirik itu terlindung tanpa disedari,
Akhir zaman ini,
Murtad itu bagaikan bermimpi,
Akhir zaman ini,
Akhir zaman ini,
Akhir zaman ini,
Akan berakhir ...

Ia kembali menjadi asing sebagaimana pada awal kedatanganya.

.: 30 an :.

Assalammualaikum wbt,
Alhamdulillah kita telah melepasi tahun 2013 dan sekarang 2014. Pada tahun ini maka Aku berada dipertengahan umur dan semakin dekat dengan kematian. Selama perjalanan dari umur sehari kepada 30 tahun, bermacam macam yg dilalui. Dulu masa kecil, xsabar nk merasa jadi orang dewasa, sekarang bila dh berada disituasi ini, rindukan pula zaman kanak2, zaman remaja.

Semasa kecil hidup penuh dengan tawa dan permainan, masalah? Jauh sekali utk difikir, masa remaja enjoy dgn zaman rempitnya. Sedikit demi sedikit suasana tu berubahdan ditinggalkan jauh. Kawan2 sepermainan, kawan2 seenjoy hilang satu persatu apabila sorang2 melangkah ke alam baru (perkahwinan).

Kini yg tinggal ada la brapa kerat yg masih lone ranger. Bila skali skala duk bersembang melepak, kadang terkeluar gak topik yg penuh misteri "bila. Nak berumah tangga" masing2 gelak. Masing dgn jawapan lucu "eh aku remaja lg, baru habis spm", "jodoh aku ntah sembunyi kt dalam peti besi, tu yg susah nk jumpa"kahkahkah. pada aku, JODOH itu rahsia MAHA KUASA Sebaik2 perancang.


Dulu masa kecil sangat aktif membawa ke remaja. Tapi akhir2 ni kesihatan dh dapat rasa kekurangannya. Buat kerja berat ckit mula la sakit2 badan ( dedor) cepat letih. Tanda2 penuaan dh nampak. Ntah bila masanya.

Perjalanan idup ni unik, takkan sama seperti org lain. Walaupun kita cuba menjadi seperti org lain. Dulu bila org tanya, "saya mahu jadi macam dia, macam dia , macam dia dll" ternyata itu semua retorik semata2 haahha. Apa yg dilalui adalah jalan anda sendiri. Tu yang ada ayat" tak perlu menjadi seperti org lain, jadilah seperti diri anda sendiri kerana hidup ini terlalu singkat" ternyata itu benar Walaupun org yg terdekat dgn kita.

Itulah keindahan yg diciptakanNYA, ada yg miskin, ad yg kaya, ada yg elok, ad yg buruk, ad yg tinggi , ad yg rendah. Apepun tak semestinya yg kaya itu bahagia, yg miskin itu hina. Itulah istimewanya. Kebahagiaan, ketenangan xdpt dibeli dgn wang ringgit.contoh Mentaliti yg perlu dijauhi ialah kaya=bahagia, tua-tak laku, kereta mahal-gaji besar, miskin-malas usaha, siapa kita nk judge manusia sesama manusia sedangkan kita berada pada jalan yg tak sama. Sedikit perkongsian syair Jalaludin Rumi yg pernah dinyanyikan kumpulan dewa, syair dan lagu bertajuk Laskar cinta.

"Wahai jiwa-jiwa yang tenang... berhati-hatilah dirimu....kepada...
Hati-hati yang penuh...dengan...kebencian yang dalam.
Karena, sesungguhnya iblis..ada dan bersemayam..dihati..yang penuh
dengan benci...di hati...yang penuh dengan prasangka.

 Laskar Cinta... sebarkanlah benih-benih cinta
musnahkanlah virus-virus benci
Virus yang bisa rusakkan jiwa dan busukkan hati.. Laskar Cinta..
Ajarkanlah ilmu tentang cinta
Karna cinta adalah hakikat
Dan jalan yang terang bagi semua.. umat manusia..

Jika.. kebencian meracunimu...kepada..manusia lainnya..
maka..sesungguhnya iblis..sudah berkuasa atas dirimu...
Maka... jangan pernah berharap..aku..akan mengasihi..menyayangi...
manusia-manusia..yang penuh..benci seperti kamu...

Wahai jiwa-jiwa yang tenang...jangan sekali-kali kamu..
Mencoba jadi Tuhan dengan mengadili dan menghakimi..
Bahwasanya kamu memang tak punya daya dan upaya..
Serta kekuatan untuk menentukan kebenaran yang sejati..
Bukankah kita memang tercipta laki-laki dan wanita..
Dan menjadi suku suku dan bangsa bangsa yang pasti berbeda..
Bukankah kita memang harus saling mengenal dan menghormati..
Bukan untuk saling bercerai-berai dan berperang angkat senjata.."

Siapa dia Jalaludin Rumi? Korang cari sendirlah.

Renungan dikala umur semakin senja..
Siapa aku?
Kenapa aku berada didunia ini?
Aku Faizal,
Kalau buang Faizal tinggal apa?
Faizal tu Fana,
Yang tinggal hanya AKU.

.: Masih Ingat Lagi kat Aku? :.

Assalammualaikum..
saje tajuk kasi panas ckit.

Hampir setahun rasa tak jenguk dan menulis kat sini.. ni kawan2 yg lain masih aktif lg ke? or sudah berkubur dalam server google..

nak citer pasal aku pun movement tu agak sloww ckit, jodoh aku kerja dengan main con Johor Port Berhad tak lama.. around 6 bulan shj. before puasa dalam bulan jun, aku injured ligament lutut sampai dh tak boleh berjalan, apetah lagi mahu start motor.. akhirnya aku ambil keputusan untuk berundur diri coz nasihat dari doctor agar aku rest utk beberapa bulan. selagi aku paksa, selagi itulah kecederaan itu takkan pulih.

antara kenangan yg masih ada:-

antara jentera paling besar yang pernah aku jaga. hari2 panjat binatang ni. bukan kerja ringan. berpanas, tinggi, minyak dan grease dh jadi kawan harian.

Sedang Memerhati sebagai Incharge yang bertanggungjawab hahaha

ini yang dipandang kanan

Ini yang dipandang kiri



takyah la nk berlakon depan aku hihihihi

hope aku menjadi Incharge yang baik, tak de nak marah2 coz aku pernah berada ditempat korang :)

beri laluan Shell Gemusut kakap


dalam minggu terakhir puasa, aku hantar resign letter, Alhamdulillah dpt 24hrs notis (kalau tak mau kna 3 bulan notis) maklumlah nk handover job. nasib manager aku support n slowtalk dgn management.

selepas rawatan pemulihan kat HSI. aku pun jadilah penganggur start dari raya sampai akhir bulan september (dalam 2 month gak la). then awal oktober aku naik ke tempat jatuh lagi dikenang (pasir gudang), hajat ingat nk cari kerja2 yg ringan2 or officer maklumlah pergerakan masih terbatas. tapi lain jadinya. jadi mekanik bidan terjun untuk projek swap vtec engine keta member aku. dalam 3 minggu gak aku ngadap keta tu sorang2.

inilah ketanya:-
Selesai keluarkan engine lama, cat engine bay

aku ni tak gemar wat keje asal boleh. aku teliti biarpn lambat. biar cutomer puas hati jadi aku pun recommend kt dia buat painting ckit alang2 dh turun enjin.

Final checking sebelum test run, puas hati coz hasil kerja tangan sendiri

Akhirnya bersemadilah ia dalam engine bay ini. kan syok je mata memandang


Selesai projek kereta honda tu, aku masih tiada arah mana nk tuju seperti kembali menjadi penganggur.
hari2 berikutnya otak ni sentiasa berpikir apa aku buat seterusnya. kaki masih lg sakit dan masih tempang berjalan. seolah2 nikmat berjalan sempurna tu ditarik olehNYA..apepun aku tabahkan ati atas apa yang berlaku ada hikmah dariNYA hanya DIA sahaja yang mengetahui.

hari2 ku banyak dihabiskan dengan melahu sorang2. jalan2, memancing seolah olah hariku sudah berakhir. kerja apa aku nak buat ni. hampir 2 minggu fikir. akhirnya aku nekad buat keputusan untuk buka perniagaan sendiri. dengan pengalaman yang ada, kebolehan yang ada. dengan jumlah saving account yg ntah brapa sen. aku mula dgn bajet yg amat rendah. Jika inilah takdirnya aku mesti lalui. Akhirnya lahirlah syarikat Raixo ini. most niaga pada graphic dan printing design. jauh dari bidang yang aku belajar dalam engineering. rasa seperti alam diputar 180 darjah. Ya ALLAH mungkin inilah perancangan MU. now aku dah jadi seorang bizman. aku lah founder akulah manager, akulah pekerja. Ya Tuhanku, sungguh tak terduga perancangan MU.

Logo Company hasil design tangan aku sendiri

Laman web dengan domain sendiri
www.raixoprinting.com
tapi seriusly web tu under construction lagi, aku tak punya masa untuk update.


Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. akhirnya aku dapat seorang rakan untuk suntik modal berniaga. terus terang aku memang tak punya modal yg cukup. dia sbg runner utk dapatkan job. 

teringat kata2 sahabat dulu2.. rezeki 9/10 adalah dari perniagaan. :)

dengan modal yang rendah, kebanyakkan barang2 aku DIY sendiri. dengan ilmu yang ada tak perlu beli dengan harga yang tinggi, barang2 ni utk memudahkan kerja2 printing baju.
dari bab2 design sampai developement, n control system aku buat sendiri.

antara sketch design2 yang akan dibuat alam masa terdekat,conteng2 shj, tak perlu poyo sgt haahahaha

CMYK printing twin table

block handle system

3D n dimension n circuit

Expose Automatic timer table

omron timer flow n chart

circuit connection for omron timer

kebanyakkan barang2 control sys aku oder direct supplier dari china. harga memang jauh beza kt sini. tapi jumlah oder tak lebih dari rm 500, bukan apa , nak elak dari kena tax kastam..hehehehe. antara barangan yg dibawa masuk adalah control system, lm guide, stepper motor, linear guide, dll,  InsyaALLAH perancangan nak bangunkan mesin engrave machine CNC. jika semua RND ini berjalan lancar dan diuji. barulah boleh jual kan? hahahaha... target yg utama sekarang ni adalah DTG machine for tshirt printing. :)

barang2 keperluan printing

Alhamdulillah , Syukur kehadrat ILAHI. pada umur 29 tahun aku sudah memulakan perniagaan sendiri. perjalanan ini masih jauh. TQ pada my family atas support yg tak putus2.. moga restu kedua orang tua ku menjadi semangat untuk teruskan perjalanan ini.

im free, rasa bebas mencorakkan kehidupan ini, punya masa untuk bersama family, punya masa untuk hobi memancing. kerja untuk hidup. ingat tu , bukan hidup untuk kerja :). apepun masih kena beringat ingat. untuk masa akan datang.

naik bot ngan abg aku g memancing

memancing kt rakit hujung mingu


tool memancing aku hehehehe

sambil2 memancing tu, kadang teringat zaman yg aku lalui, ternyata pembelajaran yg sebenar adalah ijazah dalam perjalanan hidup, tak dapat dibeli dengan PTPTN kecuali melaluinya dengan masa.


Allah swt dh tetapkan rezeki untuk hambanya. percayalah pada rezekiNYA. semasa dalam kandungan ibu lagi kita telah ditetapkan rezeki, Jodoh,.. JODOH? adehhh
teringat soalan ibu, "bila nak kahwin? dh ada calon ke?.. aku hanya diam bisu, ternyata aku tak mampu nak jawab. entahlah ibu.. kesibukan kerja membuat aku terlupa memikirkan perkara itu. teringat wajah ibu, pertanyaan ibu adalah suatu harapan yang muncul dari rautnya.

hmmmmm... to be bersambung.. :)

1st entri guna android.

Salam, tgh2 pg ari masih belum lelap, so aku try ini software..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Basikal Muda

salam.. akhirnya gaji bulan lepas telah aku habiskan untuk membeli bende ni..xdelah terlalu branded. kira mid quality ar.. boleh aje utk wat layan g kje..aku penuhkan dengan aksesori tambahan, pengubahsuaian dan penambahbaikan agar lebih xtreme n cun, pedal pon aku dh tukar..yg asal dh jem n skru smpai loss kna kayuh.. costing pun dh hampir 1k.. semalam try masuk offroad..bila balik je rasa lain mcm align tayar belakang ..pomen terus.. rupa2nya shaft hub bengkok..hmmm.. nampaknya kna upgrade high quality la kot.. ada gak servey yg baik punya ..dekat2 rm 200 hub shj..next gaji ingat nk upgrade seat ganti yg besar n lebar ckit..so xdelah rasa nk pecah punggung pkai seat kecik..costing bajet total utk upgrade hub n seat pon dlm rm2-3 ratus..

:-tengok bebudak pkai fixie teringin nk pkai yg camtu.. tp xsesuai ngan berat aku :)
:-moto rxz ku tinggal kenangan :(
:- klu xde pape nk cari motor baru.. motard, scram ke.. tahun ni..200cc keatas :)
:-BM E28 ku still dalam pembikinan..costing agak tinggi so kna pelan2 . (~_~')




lg satu, dulu rambut ala2 mohawk n pendek je..dekat 2 tahun simpan..sekarang dh lepas bahu.. :p

apepun aku panjatkan doa agar dipermudahkan rezeki untuk kedua orang tua ku ayah dan ibu pergi menunaikan haji. lama sudah mereka menyimpan hajat..sebelum pemergian arwah abangku sempat menunaikan umrah. now utk menunaikan haji pulak. InsyaALLAH ..-nak join skali bleh? :)



.:Antara Syariat, Tarikat, Hakikat & Makrifat:.

Islam adalah iman , ilmu dan amal .

Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.

Ilmu dan amal pula, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk

batiniah atau rohaniah.


Bertolak dari aqidah, maka timbullah keperluan untuk beribadah sama

ada ibadah lahir mahupun ibadah batin. Setelah Tuhan dikenali,

dicintai dan ditakuti, maka akan terdoronglah kita untuk menyembah dan

mengagungkan- Nya dan untuk mengabdikan diri kepada-Nya. Akan

terdoronglah kita untuk melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan

segala larangan-Nya. Akan terdoronglah kita untuk patuh dan taat

kepada-Nya. Akan terdoronglah kita untuk berjuang dan berkorban

kerana-Nya.


Ilmu lahiriah ialah ilmu feqah yang bersangkut paut dengan amalan

lahir. Ilmu batiniah atau rohaniah pula ialah ilmu tasawuf yang

bersangkut paut dengan amalan hati. Amalan sama ada yang lahir atau

yang batin mestilah didorong oleh aqidah. Ia mesti didorong oleh rasa

cinta dan takut kepada Allah . Barulah amalan itu akan bermakna dan

akan mempunyai erti dan maksud yang betul. Amalan adalah jalan, kaedah

atau cara untuk membukti dan merealisasikan rasa cinta dan rasa takut

kita kepada Allah.


Bila Allah sudah dikenali, barulah kita betul-betul boleh

mempraktikkan atau melaksanakan agama. Barulah Allah itu menjadi

matlamat dan tumpuan ibadah dan pengabdian kita. Barulah amalan kita

itu ada tempat tujunya. Barulah akan terjalin dan tercetus hubungan

antara hamba dengan Tuhannya. Dalam beragama, kenal Allah itu perkara

pokok yang mesti didahulukan. Selepas itu baru timbul soal amalan. Ini

sesuai dengan hadis yang bermaksud : "Awal-awal agama mengenal Allah"

Amalan agama yang tidak didahului oleh rasa cinta dan rasa takut

kepada Allah sudah tentu tidak akan membawa kita kepada-Nya. Sudah

pasti ia didorong oleh perkara-perkara dan kerana-kerana yang lain.

Mungkin kerana mahukan Syurga. Mungkin kerana takutkan Neraka. Mungkin

kerana mahukan pahala dan fadhilat. Walaupun tujuan-tujuan ini tidak

salah kerana ianya sebahagian dari janji-janji Tuhan, tetapi maqamnya

terlalu rendah. Justeru itu hasil dan manfaat dari ibadah seperti ini

juga adalah rendah.


Ibadah yang didorong oleh perkara-perkara seperti ini, walaupun

banyak, tidak akan dapat mengubah akhlak dan peribadi kita. Ia tidak

akan menimbulkan rasa bertuhan dan rasa kehambaan di dalam hati kita.

Kerana itu, ia tidak akan mampu menyuburkan sifat-sifat mahmudah dan

membakar sifat-sifat mazmumah yang bersarang di hati kita. Ini kerana

Tuhan tidak dilibatkan dan tidak dijadikan matlamat dalam ibadah kita.

Kalau Tuhan tidak dilibatkan, maka hati akan kurang berperanan kerana

hati itu wakil Tuhan. Ibadah yang tidak ada Tuhan ini sudah tentu

tidak ada rohnya, tidak ada rasanya dan tidak ada khusyuknya. Bila

hati tidak berperanan, maka tidak akan ada penghayatan dan penjiwaan

dalam ibadah.


Tambahan pada itu ibadah kerana hendakkan Syurga, pahala dan fadhilat

dan kerana takutkan Neraka ini ada risikonya. Disebabkan Tuhan dan

hati tidak dilibatkan sama dalam ibadah seperti ini, maka ibadah ini

tidak ada kekuatannya. Lama kelamaan, ia akan dicelahi dengan rasa

bosan dan jemu. Sukar hendak diistiqamahkan. Ia juga mudah dihinggapi

penyakit riyak, ujub dan sum'ah. Ini semua akan memusnahkan pahala

ibadah. Lebih-lebih lagilah kalau tujuan dan niat ibadah itu adalah

untuk dipuji, untuk disanjung, untuk mendapat nama dan glamour, untuk

menunjuk-nunjuk dan kerana sebab-sebab lain yang berbentuk duniawi.

Sudah tentulah ia tidak ada nilai apa-apa. Malahan ibadah seperti ini

akan Allah lemparkan semula ke muka pengamalnya berserta dengan

laknat-Nya sekali. Ibadah seperti ini tidak akan mendekatkan seseorang

itu dengan Allah. Malahan dia akan bertambah jauh dari Allah. Dia

berbuat maksiat dan kemungkaran dalam ibadahnya. Lagi banyak dia

beribadah, lagi dia rasa sombong, angkuh, riyak, ujub, rasa diri

mulia, rasa diri baik dan sebagainya. Lagi banyak dia beribadah, lagi

dia pandang orang lain hina, jahat dan tidak berguna.

Beramal dalam Islam ada tertibnya. Ada urutan dan susunannya. Ada

"progression" nya dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi. Ia

bermula dengan Syariat , kemudian dengan Tariqat , diikuti pula dengan

hakikat dan diakhiri dengan Makrifat .


Syariat.

Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (feqah) atau ilmu

bagi amalan hati (tasawuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib

beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal

haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,

kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan

mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita

terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut

sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak

terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti

belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat

biji benih.


Tariqat .

Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan

lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh.

Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat

wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang

mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah

pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih

tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok

yang bercabang dan berdaun.


Hakikat.

Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan

syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi

sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup

syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat

adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian

maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar , maqam

redha , maqam tawakkal , maqam tawadhuk , maqam syukur dan

berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja

(sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang

berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau

perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat

dengan faham dan dihayati.


Makrifat .

Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat

dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang

tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan

rahsia-rahsia- Nya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al

Arifbillah .

Kalau kita lihat dengan teliti, tertib dalam amalan ini bermula dari

yang lahir dan berakhir dengan yang batin. Syariat dan tariqat itu

terletak dalam kawasan lahir. Hakikat dan makrifat pula menjangkau ke

dalam hati dan rohani. Kita juga dapat lihat bahawa peringkat syariat

dan tariqat adalah peringkat-peringkat yang agak mudah dicapai kerana

ia hanya melibatkan usaha lahir.


:- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=5173.0

.:Wooo Wooo Woooooo:.


Assalammualaikum Wbt..

whoaaa... berkurun lama dh xberblog... lama sudah aku tinggalkan.. kawan2 bloggers apa khabar semua..

skali lama xmenulis.. banyak yang telah berubah.. sekarang aku dh bekerja.. kerja biasa2 aje.. boleh lah.. kata orang, kje gaji xbesor tapi hati n jiwa tenang pon ok ar tu...

apa yang di impikan selama ini xsemestinya dapat aku kecapi, apa yang di cita citakan selama ini xmenjadi.. itulah resam kehidupan.. maknanya kita sebagai manusia kenalah bersedia dengan rintangan yang mendatang.. langit xselalu cerah.. apepun..syukurlah.. penantian sekian lama mencari kerja ..akhirnya tamat.. dia x diam hampir 6 bulan dah aku bekerja.. ape pun sepi tetap sepi..entah bila nk terubat sepinya...huhuhuh

ok.. bersambung lagi kita.. yezza.....

selamat datang ke blog kedai yang xseberapa ni.. tu ada link ke blog kedai.. ada apa2 mau oder roger la ye..



wsalam...

.:Salam Kerinduan Buat Semua Sahabat:.


Salam .. sudah lama tidak menjenguk disini.. apa pun jari ini aku diberikan kelapangan untuk berkongsi sesuatu ..

Raya kali ini benar benar memberi kesan pada seluruh keluarga aku..di mana insan yang kami sayangi telah pergi meninggalkan kami buat selamanya.. abang ku atau namanya MOHD LAZIM BIN SALBANI menghembuskan nafas terakhir di hospital mersing ,pada , jumaat, malam raya 1 syawal, 10 hb september 2010 , jam 12:05 AM..semoga Arwah ditempatkan dikalangan yang beriman dan bertaqwa.. Ternyata ALLAH swt lebih menyayanginya... kami redha dengan apa yang berlaku...

Jenazah dikebumikan selepas Solat hari raya... Alhamdulillah..ramai sahabat dan orang kenalan arwah hadir melawat... Selepas Arwah disembahyangkan, semua yang hadir Bertakbir raya... Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan penuh ketenangan..

Arwah meninggalkan 2 orang anak , Ain 5 tahun.. dan Kimi 9 bulan..

Mohon sahabat Blog sedekahkan Al Fatihah buat Arwah...

Aku tenang dan sangat bersyukur... Arwah pergi dengan tenang mengatakan hanya mahu tidur.. meninggal pada hari yang penuh berkat (Jumaat), pada hari kemenangan umat islam (Hari Raya). Di iringi Takbir raya.. rakan dan kenalan dan semua yang hadir berpakaian penuh warna warni dan cantik2..saling bermohon maaf..Cuaca yg redup dan mendung sejuk... Allahuakhbar...

Buat yang masih hidup..entah bagaimana pula masa kita nanti..Sama samalah kita berdoa kepada ALLAH swt...

Selamat Hari Raya buat semua...

.:Di Hentikan Sementara:.

Salam.. penulisan ini terhenti sementara sehingga diberitahu kelak jika ada kesempatan..segala salah silap selama ini harap dapat dimaafkan... minta dihalalkan makan dan minum..

jika ada sumur diladang,
boleh hamba menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
harap boleh berjumpa lagi



Epilog Pengembara Sepi

~Wassalam~

.:Dugaan dan kehidupan:.


salam sahabat ...

sudah pasti lama aku tidak menulis disini... bukan hilang tanpa berita...tapi keadaan yang kadang kala mencemburui ...

aku still seperti dulu...cuma sekarang sedang sibuk berusaha mengurusakan hal keluarga...

sedih, sayu , pilu bila mengenangkan apa yang berlaku... tapi aku percaya tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...apa pun kita sebagai manusia perlu berusaha dan berdoa seterusnya bertawakal kepada ILLAHI...

aku mohon sahabat sekelian agar mendoakan agar abangku cepat sembuh dan ditemukan penawar ...hampir 5 bulan terlantar sakit... so aku sebagai adik beradik terus berusaha sedaya yang mampu ...

"Ya ALLAH... berikanlah kami sekeluarga kekuatan dalam menempuhi dugaanMU.. Engkau berikanlah penawar untuk abangku ini..."


----OooooO----


serba sedikit mengenai abang aku... penyakit mula dikesan pada Jun 2009... penyakit dikenal pasti pada bulan disember 2009...dan rawatan sehingga ke hari ini...kanser pada usus.. seterusnya kuman telah memasuki sistem darah dan menyerang fungsi darah... rawatan KEMO sehingga ke hari ini... berat badan semakin susut...