Thursday, December 8, 2011

Doktor kena tumbuk gara-gara tak bagi MC 2 Hari..

kali Sembang2

Kasihan dekat Doktor ini.. Gara-gara tidak memberi cuti selama 2 hari kepada seorang wanita, dia telah ditumbuk oleh teman lelaki seorang wanita...

Ini antara kandungan berita menarik yang sempat saya baca di akhbar harian Metro pada pagi ini.. Kejadian ini berlaku di sebuah klinik milik mangsa di Gohtong Jaya, Hulu Selangor, kira-kira jam 4.00 petang semalam.. 

Menurut sumber polis, seorang wanita berumur 25 tahun meminta doktor yang berusia 30-an mengeluarkan sijil cuti sakit (MC) untuknya bagi tempoh dua hari dengan alsan tidak berdaya pergi bekerja pada keesokan harinya..  

Gambar Hiasan Dari Google..

Bagaimanapun Doktor memberitahu dia hanya boleh memberikan cuti sakit selama satu hari sahaja kerana berdasarkan pemeriksaannya, wanita tersebut sudah pulih daripada demam dan layak bekerja pada hari berikutnya..

Wanita tersebut tidak berpuas hati dengan penerangan Doktor berkenaan, lalu keluar daripada bilik pemeriksaan dan memaklumkan perkara tersebut kepada teman lelakinya..

Teman lelaki wanita terbabit terus masuk ke bilik rawatan lalu memaki hamun doktor tersebut kerana tidak mahu memberikan cuti sakit selama 2 hari seperti yang diminta oleh teman wanitanya..

Doktor tersebut cuba menerangkan keadaan sebenar untuk mengelakkan daripaad terus dikasari.. Namun penerangan doktor tersebut langsung tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan..

Apabila melihat keadaan sudah tidak dapat dikawal, doktor berkenaan memanggil pengawal keselamatan dan mengarahkan lelaki yang menyerangnya di bawa keluar dari bilik rawatan..

Namun sebelum sempat pengawal keselamatan membawa lelaki tersebut  keluar, lelaki tersebut telah terlebih dahulu melakukan tindakan ganas dengan menumbuk doktor tersebut sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan dihidung dan kepalanya...

Berikutan kejadian itu, doktor tersebut telah membuat laporan polis berhampiran..

Untuk maklumat lanjut tentang berita ini, anda boleh klik di sini

Susah jugakan jadi Doktor ni.. Lebih-lebih lagi bila berhadapan dengan kerenah orang awam seperti dalam laporan akhbar ini.. Dahlah tak sabar, lepas tu tak ada adab sopan dan berbudi bahasa.. 

Dapat MC satu hari pun dah kira bersyukur... Dapat juga MC.. Bolehlah menggunakan masa cuti selama sehari untuk berehat di rumah... Kalau ditakdirkan tak sembuh juga lagi, pergi lagi ke klinik pada keesokan harinya.. 

Tapi bila dah jadi kes tumbuk menumbuk ni panjang pula ceritanya.. Heboh satu Malaysia dibuatnya.. Semoga ada hikmah di sebalik setiap kejadian yang berlaku.. wallahualam...



No comments:

Post a Comment

Blog Sembang Hari2 di Facebook

Arkib Blog Sembang Hari2..